Salam.
Saya teringat satu peristiwa yang berlaku bulan lepas.
Lokasi: X
Masa: Pukul Y pagi
Ibu: Z~ ( bukan nama sebenar ). Tolong mama ambil liquid paper.
Z: Okay mama!
Ibu: Kat atas meja.
Z: Oh, okay! * berlari naik ke tingkat atas X *
3 minit kemudian ( anggaran sahaja ) 1, 2, 3...
Z: Nah~*melontar si liquid paper yang tidak berdosa*
Ibu: Aih! Siapa ajar main lontar-lontar barang ni? Cakap!
Z: * membisu *
Apa pendapat anda terhadap situasi ( kisah benar ) di atas?
Beberapa hari sebelumnya, di tempat yang sama.
J: Kak, pinjam gunting.
Ibu ( hamba Allah yang sama seperti situasi di atas ): Nah!* sambil melontar gunting tersebut *
J: * terkedu *
Sekarang apa pendapat anda?
Moralnya:
- Adab itu penting. Perlakuan kita mencerminkan peribadi kita.
- Hidup ini ibarat roda. Sentiasa berputar. Apa yang kita lakukan akan kembali dilakukan oleh hamba Allah yang lain kepada kita.
- Budak-budak cepat mengikut. Lebih tepat lagi mudah terikut-ikut. Jadi, tugas kita sebagai orang yang lebih dewasa, pamerkanlah sikap yang baik dan akhlak yang baik. Mengajar budak-budak ni seperti mengukir di atas batu. Kalau ukir di atas batu, tidak mungkin ukiran tersebut akan hilang kan? ( terima kasih Ustaz Muhammad *guru bahasa Arab* untuk kata-kata yang amat bermakna ini )
what goes around comes around~
ReplyDeleteadeh..ada kenak mengenak ka?
ada.sbnrnya mek nak tls ya tdk.haha.kta berbluetooth gik!
ReplyDeleteyah..hebat la kita lamak tok ni! huhu
ReplyDeletetelepati bah.
ReplyDeleteju kita kuatkan kekuatan minda dgn meng awal kan solat. mun xslh mek lah, ya yg dipdh artikle yg mek bc riya.