Sunday, December 7, 2008

tersalah tafsiran rupanya.

.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.

ya. Allah sedang berbicara tentang SABAR, IKHLAS dan SYUKUR kepadamu.
(ketika takbir sedang berkumandang dari Surau Kampung Semariang)

rasa amat terkesan setelah membaca blog
Ustaz Hasrizal
sebentar tadi. tentang buku Ayat-Ayat Cinta. selepas cerita AAC dimainkan di TV3, heboh satu kolej.

"Ahh..Tini, cerita itu amat sweet. Fahri is so mine.bla.bla.bla."
inilah antara ayat-ayat yang sering aku dengar. paling teruknya, aku juga antara yang mengagumi karya Habiburrahman El-Shirazy tersebut dengan meluahkan kata-kata tersebut dahulu. paling aku kesali, aku dan rakan-rakan amat menyimpang dari mesej sebenar si penulis. astaghfirullahalazim.

memang diakui pada kali pertama membaca novel ini setelah meminjamnya dari sahabatku, Amni, aku menangis kerana terharu akan kisah cintanya si Aisya dan Fahri. selepas beberapa kali membacanya, termasuk 3 hari yang lepas, alhamdulillah, aku nampaknya lebih terharu ketika Fahri berada di penjara dan sikap watak-watak novel ini yang menunjukkan cinta kepada Allah yang membuatkan aku terkesan dan menitiskan air mata.

alhamdulillah, sekali lagi aku tersedar dan benar-benar memahami mesej sebenar yang disampaikan oleh penulis AAC apabila membaca blog
Ustaz Hasrizal sebentar tadi. benar-benar tersentuh hati ini.

'Mana mungkin Habiburrahman El Shirazy menulis sebuah novel, hanya untuk membentangkan soal cinta! (dipetik dari blog Ustaz Hasrizal
)

ayat ini membuatkan aku tersentak. lantas aku berfikir sejenak sebelum meneruskan pembacaan. sebetulnya pemahaman aku tentang novel ini menyimpang sama sekali.

Ya… kesalahan Fahri adalah pada sangkaan dirinya, bahawa setelah hidup dalam ilmu dan ketaatan, beliau tidak wajar diuji. Beliau itu bersih, suci, bagai yang dimahukan oleh Allah. Apatah lagi ujian itu adalah pada sesuatu yang bertentangan dengan nilai hidupnya. Mana mungkin seorang yang begitu bersih dari menggauli manusia berlawanan jantina, tertuduh dengan sebusuk-busuk fitnah, merogol Nora?

“Apa salah saya kepada Allah???” soalan seorang manusia bernama Fahri, yang tertipu dengan dirinya sendiri.

“Istighfar! Allah sedang memberitahu kamu supaya jangan sombong! Ingat siapa diri kamu!” bicara waras seorang manusia gila.

Itulah beban Ayat-ayat Cinta, bahawa segala tentang Fahri adalah untuk mempotretkan seorang manusia yang sempurna pada ilmu, pada amal, pada ibadahnya kepada Dia. Tetapi ikhlas dan musuh ikhlas itu sulit. Sulit dan tersembunyi bagai semut hitam merayap di atas batu hitam pada malam yang hitam pekat.

(dipetik dari blog Ustaz Hasrizal)

ingatlah, kita tidak memiliki, tetapi Allah yang memiliki kita. jadi, Allah berhak menguji kita kerana kita ialah hamba-hambanya. dan kita tidak layak untuk mempertikaikan ujian yang yang Allah berikan.

terima kasih ya Allah kerana memberi petunjuk kepada hamba-Mu. jika bukan kerana petunjuk tersebut, mungkin aku tidak akan membuka blog Ustaz Hasrizal. dan kepada Ustaz, terima kasih atas artikel tersebut. aku ingin sekali membaca novel tersebut sekali lagi untuk benar-benar menghayati mesejnya yang sebenar. (^.^)/

Wednesday, December 3, 2008

kerana aku amat gumbira,entri kali ini begitu panjang.

salam.

hari ini aku amat gumbira sekali. seakan-akan kembali ke zaman sekolah rendah. berjalan kaki
ke rumah Jenab(menetap di Negeri dan sekarang sedang balik bercuti di Kuching.teman semasa
di Sekolah Rendah Kerajaan Semariang). 10 minit (jika menggunakan kelajuan yang
melampau
). inilah satu-satunya peluang untukku bersenam setelah satu minggu seperti
mayat hidup di dalam rumah. amat bosan. asyik-asyik online. makan melebihi had (dalam masa
seminggu aku makan 5 bungkus mi segera pelbagai perisa, anjing panas err, hot dog dan
french fries yang terlampau. ini berdasarkan pendapat aku yang amat peduli kekerapanku
mengambil makanan ringan) dan tidur yang kadangkala terlampau mencukupi. menjengah
website my soju untuk memenuhi keinginanku terhadap drama korea dan taiwan. pekerjaan ini
amat menguji kesabaran. setiap episod mempunyai sekurang-kurangnya 5 subpart dan paling
banyak 8. hebatkan aku. aku mahu habiskan menonton 20 episodnya. tapi berkali-kali aku
ingatkan diriku supaya ibadah-ibadah harian mesti diselesaikan terlebih dahulu. masa menonton
cuma pada waktu malam sahaja. tetapi, paling aku kesalkan aku amat sukar untuk bangun
tahajjud. adeh. aku akan cuba mengurangkan masa menonton agar dapat bangun dengan lebih
senang.

berbalik kepada topik hari ini. mengikut perancangan sepatutnya aku dan Jen akan
mengunjungi dua orang teman rapat kami di SRK Semariang dulu. malangnya, Mizah sudah berpindah ke kampung yang *berdekatan* (akan menjadi dekat jika menggunakan kenderaan. boleh mematahkan kaki kalau berjalan kaki ke sana):bofu_43:. haha~. Hidayah
pula ada plan dengan keluarga last minute. jadi tinggallah kami berdua sahaja. selepas berborak
sebentar di rumah Jen kami pun memulakan perjalanan kami yang tanpa hala tuju yang pasti.
cuma visi kami mahu menziarahi rakan-rakan lama untuk mengeratkan lagi ukhuwah.
alhamdulillah, ketika singgah sebentar di rumah Ayu adik perempuannya si Razi iaitu teman
lama kami juga, Ayu tergerak hatinya untuk mengikut kami. amat gembira. kan ada satu ayat
Inggeris yang mengatakan "The more the merrier". selepas berbual mesra bersama ibunya si Razi
yang amat peramah dan baik orangnya, kami pun memulakan perjalanan ke kampung sebelah.
perjalanan pergi memang panas dan mengujakan. entah sejak bila aku tidak berjalan kaki dalam
erti kata yang sebenar. terasa takut apabila ada kereta yang melimpasi. lalu, aku teringat
tentang iklan keselamatan jalan raya di kaca tv. ya. iklan itu memang berkesan padaku apabila
aku menyuruh mereka berdua berjalan dahulu di hadapanku. sedikit skema kan? tapi mampu
menyelamatkan nyawa. penat berjalan, sampai juga ke jeti yang dahulunya menjadi tempat aku
dan rakan-rakan melepak. dan mungkin juga berkelah. jeti itu terletaknya di muara sungai.
peliknya, kami tidak pernah sekalipun melihat buaya atau binatang-binatang yang merbahaya
walaupun hampir setiap hari ke sana dahulu. siap buat tanda nama lagi di atas batang pokok mati di bawah jeti tersebut.:bofu_10:. rasa amat teruja. tapi pada hari ini jeti tersebut sudah bergoyang
apabila kami cuba sampai ke hujungnya. dengan rasa fobia yang teramat sangat aku
mencadangkan kami berpatah balik. dengan memberikan bukti yang amat cukup seperti berat kami bertiga ialah 44kg + 45kg + 38 kg. mahu nanti runtuh jeti tersebut. :bofu_47:.

selepas itu, kami melewati rumah mak cik si Ayu. kerana kami bertiga berjalan tanpa hala tuju dan tidak mahu menghampakan mak ciknya, kami singgahi juga rumah mereka. orang rumah tersebut amat peramah. alhamdulillah. rezeki kami pada hari ini. bertemu dengan orang yang baik-baik. dihidangnya kami biskut julie's yang sudah lama tidak kumakan, air jambu yang aku rindui dan biskut yang berbentuk segi empat tepat yang entah apa namanya. berbual-buallah kami kira-kira 30 minit gitu. seluruh isi rumahnya mempesona. amat kemas susun aturnya biarpun hanya rumah kampung yang berdiri amat tinggi di atas paya. banyak juga yang sempat kami bicarakan, dari diri Jen dan keluarga sampailah perihal kuih bahulu dan kebanggaan seorang anak Sarawak.
:bofu_17:. tergelak besar aku. ais krim batang yang berharga dua puluh sen satu menjadi target
kami yang seterusnya. hasrat sebenarnya ingin mendownload gambar ais krim tersebut tetapi
icon bluetooth entah hilang ke mana. mungkin nanti kot. malang tidak berbau selepas itu. tick
tock. tick tock. hujan. nasib baik ada membawa payung. situasi ini memang kena dengan satu
pepatah Melayu iaitu "Sediakan payung sebelum hujan". dengan bangganya aku membuka
payung biru tua kepunyaan kakak aku. kasutku boleh dimasuki oleh ikan sepertinya. penuh
sarat dengan air hujan dan kami basah kuyup. terasa amat bahagia kerana sudah lama tidak
dibasahi hujan ketika berjalan kaki di kampung. aku dan Jen teringat kembali kisah dahulu
dimana kami mengambil daun pisang mak cik yang tinggal di sebelah mak cik yang mempunyai
anak yang boleh dikira kacak untuk berteduh setelah pulang dari merantau ke kampung
seberang. kepada mak cik tersebut, minta maaf ya!(kalaulah dia membaca entri ini. haha~).
pelbagai kenangan indah semasa zaman kanak-kanak mencurah-curah keluar seperti hujan di
luar sana. ya, banyak yang sudah berubah. aku amat merindui zaman kanak-kanakku. sebelum
berpisah, aku dan Jen (Ayu telah kembali ke rumahnya) sempat berbual panjang,kira-kiranya
selama satu jam setengah sambil minum susu every day! sudah lama kiranya aku tidak minum
susu tersebut. sebenarnya, esok aku dan Jen akan berjumpa lagi. kami bercadang mahu menonton cerita Twilight bersama rakan lain. :bofu_48:.gumbiranya. aku patut mengakhiri entri ini kerana perancangan malam ini ialah mahu menghabiskan episod 2 cerita Taiwan malam tadi.