Sunday, April 8, 2012
Feb, March, May, June, August
Saturday, January 14, 2012
Hijab
High school, one of the best moments of my life. We grew up together. Our conversation started with boys, love, gossip-ing, oh!-your-bag-is-awesome, stalking and later all those changed to Allah, aurat, iman, hijab. [:
One memory which still stay fresh in my mind was when the TWINS started to wear hijab. A week before, both of them said to Amni and me
"We want to wear hijab but they are not sure when to start."
Tada! Alhamdulillah, few days later they did!
And, another friend of mine Farah also started to wear hijab last year. Alhamdulillah.
Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala ta’atik
O mover of hearts, make my heart firm upon your obedience
[:
Wednesday, December 28, 2011
Tada~!
Dicurik dari MukaBuku Kak Wani yang baik hati yang hantar parcel berkeychain LONDON & magnet peti sejuk LONDON comel.
Tips Kak wardina share masa workshop TOF hari tu :) Let's try this peeps! XD
1. Buy a copy of The Quran, carry it with you!
2. Never leave home without it!
3. Read it and understand it DAILY start by 1 ayat a day. Ponder, think, reflect.
4. Learn to perfect your Tajweed
5. Write down any ayat that touches your heart
6. Share it with others
7. Memorize it
8. Find peace in The Quran
9. See the difference in you!
"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya." (Qaf, 50: 16)
Sangat kagum dengan Kak Dina yang bersemangat sungguh berdakwah sana sini. Moga diberikan kekuatan untuk saya, awak, awak dan awakk untuk jadi rantaian penyambung perjuangan kekasih tercinta Rasulullah saw. ^__^
Wednesday, May 18, 2011
Seribu erti.

Tadaaa~! Inilah wajah-wajah adik kesayangan saya. Mereka semuanya baik-baik belaka. Subhanallah. Pertemuan singkat di antara kami bukanlah pertemuan yang sia-sia. Banyak perkara yang telah saya pelajari dari adik-adik comel ni. ^_^Wednesday, March 23, 2011
Tonsil yang meragam
Friday, February 11, 2011
Terbang.

Monday, January 31, 2011
T.T
Wednesday, January 19, 2011
Nikmat dan musibah
Monday, January 3, 2011
Prolog
Sunday, October 10, 2010
Satu perjuangan
Rintangan pasti melandaJangan undur walau selangkahTeruskan perjuanganHingga ke akhirnya~Andai kau gugurAndai kau syahidKau diredhai-Nya.
Friday, January 22, 2010
Top Up Your Iman with Jana Taqwa 1
Wednesday, October 28, 2009
|London|
Salam.
10/08/09 (kalau tak silap). That day, i received a parcel from a sister : Kak Wani. Kami pernah berjumpa mungkin tapi saya tak ingat, Kak Wani pun tak ingat. Kami berkenalan melalui Yahoo Messenger sahaja selepas Kem Eksplorasi 2008. Tiba-tiba hari tu, Kak Wani minta alamat saya di Labuan. Sibuk saya mencari kad matrik. Hoho. Rupa-rupanya dia nak hantar bungkusan.
Gembiranya saya masa tu. Mana tidaknya, ukhti yang dikenali melalui YM memberikan hadiah. Allah dan rakan sebilik, Zila menjadi saksi saya membuka pembalut bungkusan tersebut. Buka satu pembalut ada lagi satu. Selepas satu ada lagi satu. Memang banyak jugaklah. Unik. Saya tafsirkan ini sebagai betapa berhati-hatinya Kak Wani membalut hadiah ni sebab takut pecah. Maknanya Kak Wani sayang kita lah ni? Hoho. Buka punya buka, akhirnya..Jeng, jeng, jeng! Keychain berukir LONDON dan berwarna merah jambu dan ungu dan lagi, magnet berukiran yang comel!
Disebabkan telefon bimbit saya yang ke 4 rosak lagi jadi saya telah mengambil keputusan drastik dengan memakai telefon NOKIA back-to-basic *yang dah jatuh berapa kali entah*
Monday, July 27, 2009
T.T
Salam.
Alhamdulillah, Allah masih lagi beri kesempatan untuk hidup dan menjalankan tugas sebagai khalifah-Nya. Sebenarnya hati ini amat sedih. Tiba-tiba hati tergerak untuk membuka blog seorang kenalan muslimah. Hasrat hati ini tidak lain tidak bukan untuk mengetahui khabar tentangnya. Hati saya mula tidak sedap dengan entri pertama yang saya baca. Bahasa yang dia gunakan tidak sesopan dahulu. Saya roll lagi ke bawah, masya Allah. Hati saya sedih sangat T.T Tanpa disedari air mata saya gugur. She has changed a lot. I miss the old her. Dia dulunya seorang yang pemalu, yang tahu menjaga batas dan menjaga auratnya dan kini tidak lagi. Saya sayangkan dia. Amat menyayanginya kerana Allah. Sedihnya hati ini ya Allah. Saya mendoakan semoga Allah memberikan hidayah kepadanya dan melindunginya. Ya, Allah berkuasa membolak-balikkan hati hamba-hamba-Nya. Takutnya aku ya Allah untuk berada jauh dari-Mu. Peliharalah aku dan mereka yang aku sayangi dari syaitan yang direjam.
Tuesday, July 21, 2009
Cerita ceriti si Tini
Salam.
Muzik latar: Home (Westlife)
Alhamdulillah bahagianya! Akhirnya setelah 2 bulan lebih bertungkus lumus belajar saya dapat balik ke tanah air tercinta. Hoho.(Macamlah baru balik dari Ireland, New Zealand dan sekutu-sekutunya padahal dari Labuan je.) Bunyinya kurang skema.
Ya, cukuplah dengan permulaan yang kurang skema. Nak ke tahap cool ni. Tadi saya keluar membeli belah bersama mak. Mengeratkan silaturrahim antara anak dan ibu. Coolkan? Hoho. Malam tadi sibuk saya mengadu tentang Labuan. Labuan itu, Labuan ini. Cey. Dengan masalah air
Cerita pasal faktor luaran ni teringat dengan kisah-kisah yang menimpa diri. Masa Ujian Pertengahan Semester (UPS). Masa tu memang gembira sebab tak lama lagi nak balik kan. Malam sebelum UPS saya makan banyak benda. Sanggar
Time is up! Mesti buat assignments so that tonight I can go to Ustaz Muhammad's class with Kak Zura. Salam.
Thursday, May 7, 2009
Episod hidup yang mengharukan.
Salam.
*Mode terharu*
Kisah malam tadi. Ada malam tautan ukhuwah yang terakhir sebelum saya ke Kolej Matrikulasi Labuan. Mengharukan. Sedikit memalukan. Mm, tak perlu cerita kot pasal ni. Yang paling penting itulah masa saya meluangkan masa bersama-sama kakak-kakak yang saya sayangi. Alah, kesiannya Kak Maira takde. Saya rindu betul dengan dia ni. Tengok ni Kak Maira! Hoho
Mereka datang pagi tadi. Bertepatan dengan janji mereka malam semalam. Ohh~ Saya rindukan mereka. Huh~ Pagi tadi saya kerap kali terbangun. Menjenguk ke tingkap menunggu kehadiran mereka. Pagi yang mengharukan. Jazakumullah Kak Khadijah, Kak Zura dan Ani! Sanggup jugak korang datang ke rumah Tini sebelum ke Sebuyau. Masih terasa hangat pelukan dan kasih sayang mereka. Seronoknya kalau berkasih sayang kerana Allah. Tetibe je masa ni ada lagu latar yang macam kena dengan situasi kami. Adeh! Gugur juga air mata saya
Friday, May 1, 2009
Selamat tinggal~
Salam.
*Emoticon muncul lagi. Emosi lebih terserlah.*
Sejak dari pukul 11 lagi saya bersemangat menunggu di hadapan laptop. Sedikit kecewa. Saya tidak dapat tawaran UPU. Jadi, selamat tinggal UIAM. Kolej Matrikulasi Labuan hai~
Jadi, habitat terbaru Labuan. Matlamat, masih sama; cari keredhaannya dalam apa jua yang dilakukan. Lain, belajar sungguh-sungguh, satu tahun je. Target, 4 flat
Kebetulan, sahabat baik saya, Amni Adilah pun akan ke Labuan. Ya, kita bersama lagi. Hoho. Tapi, peratusan nak sama kelas tu tipis kot. Macam selalulah kan. Kami tidak pernah berada di kelas yang sama dari tingkatan satu sampailah tingkatan lima tetapi masih lagi jadi teman baik@belangkas. Hoho. Akhir sekali, ingin diingatkan kepada diri, orang bernama Tini mesti bersemangat! Fighting!
Monday, April 20, 2009
Apabila terkenang entri Di Alam Ribena (2)
Salam.
*the phone, the phone is ringing, there's an animal in danger 2x~... this is serious* ==> lagu latar semasa menulis entri ini. Ya, saya sedang menonton TV3.
Cuaca cerah. Sunyi. Saya seorang je manusia di dalam rumah ni. Yang menjadi peneman cuma Tom ( kucing yang nakal macam Tom dalam cerita Tom n Jerry lagaknya, yang suka menjatuhkan barang dengan sengaja; perasan comel lah~ ), Baby Pigeon, Leny, Tuck dan Ming Ming! Eleh. Yang 4 makhluk terakhir tu, ada dalam tv je. Hoho.
Hati ni rasa macam tak tenang je. Adeh~ Sentiasa terkenang-kenangkan Ireland. Sila rujuk entri Di Alam Ribena (2). Ya, saya mesti menerima hakikat saya takkan ke sana pun untuk buat degree. Simpan dulu dalam poket impian tu. (~.~)^ Tini, semangat ahh. Orang bernama Tini kan mesti semangat! Fighting! Dalam keresahan saya saban hari, selalu je saya terngiang-ngiang satu ayat Al-Quran yang ni:
Surah Al-Baqarah(2) ayat 216,
Ayat kat atas tu cukup dah untuk menerangkan semuanya. Harapnya, saya akan dapat ke UIAM! Kak Wina, Kak Wani, Kak Iman dan lain-lain, Tini tak dapat nak sertai kamu semua buat masa ni. Tapi~ tunggu masa degree nanti kot. Hoho. Kak Wina, kita berduakan dah rancang sesuatu. Tak sabar nak tunggu akak balik Malaysia. Ya, Kak Wina dan lain-lain dah nak final exam dah, mungkin dalam masa 2 hari lagi kot, jadi, doa-doakanlah mereka. Semoga nanti jadi daie bergerak di hospital *untuk Tini jugak*! Amin.Hoho. Salam.
Thursday, April 16, 2009
Captain Goh: Agakgeration!
Salam.
Have you all ever notice or know who help us to control flood? Pernah ke? Hoho. This kind of question reminds me of Captain Goh Chin Guan. Kak Hamas, take note. Our Captain Goh. Hoho.
Bermulanya ceritanya begini, saya pergi menemankan Kak Hamas ke Kuching Barrage Management Sdn Bhd yang berada di bawah jambatan! Wah~Ya. Saya baru tahu bahawa ada rupanya hamba-hamba Allah yang membantu kita mengawal banjir dan inilah pertama kali saya ke baraj.*teruja*
Babak pertama
Captain Goh: Oh~ Both of you are from UNIMAS?
Kak Hamas: She's not. *me, me!*
Babak kedua
Captain Goh: We are working like hell here. But no one notice us. *sorry Captain!*
*
Captain Goh: We're just agakgeration because we've no device that can do the calculation for acceleration.
Saya rasa macam nak cakap kat dia yang tak apa~ Sebabkan, Allah tahu apa yang Captain buat tu. Ramai orang boleh diselamatkan kerana usaha Captain. Lagipun kalau kita buat kerja orang lain tak tahu, macam tawadhuk je. Hoho. Berbanggalah kerana usaha Captain, Bro Benjamin dan pak cik-pak cik berbaju orenlah kami tidak teruk sangat semasa banjir melanda. Jazakumullah.
Babak ketiga
Captain Goh: So, you, what are doing right now?
Tini: I'm a SPM leaver, Sir.
Captain Goh: Ohhh~ Really. Here, i got something for you. *this time, i was like hyperventilating*
Saya masih simpan brochure, name card dan bookmark yang dia bagi. Oh, Captain Goh, you made my day! What a great coversation we got. I still remember the agakgeration word you taught me. Cool. I'll pay you a visit again someday. Yeah, someday. =)
Monday, April 6, 2009
Catatan Jumaat
Salam.
Catatan Jumaat.
3 April 2009
Kak Khadijah: Malam tok ada kenduri doa selamat di rumah Kak Yati. ( Malam ni ada kenduri doa selamat di rumah Kak Yati.)
Tini: Kak Yati ne tok? ( Kak Yati mana satu ni? )
Kak Khadijah: Angah, angah.
Tini: Angah? * tiba-tiba ada satu skrin senarai nama beserta gambar terpancar. kebudak-budakannya *
Eleh, rupa-rupanya saya kenal Kak Yati yang kami bicarakan tu. Masa tu neuron lambat sikit nak berhubung rasanya. Ya, malam tu ialah hari pertama dalam sejarah saya menjejakkan kaki ke rumah Kak Yati di Taman Sukma. Hati rasa amat girang kerana dapat berjumpa dengan kakak-kakak yang lain ~(^_^)~. Hoho. Masa tu masih tidak tahu lagi tujuan kenduri tu diadakan. Main pergi je. Ya! Masa menyiasat bermula.
*ambil masa jugaklah, nak tanya tu dan ini sebab orang tengah sibuk nak bersalam-salaman dalam bahasa mudahnya sedang LOADING*
12%...
49%...
70%...
100%...
Ohh~ Alhamdulillah,alhamdulillah. Ada saudara baru rupanya. Bahagianya hati ini. Hampir gugur air mata saya, kalau saya dah menangis susahnya nak berhenti. Adoi~ Nama kakak ni dulu Angeline kalau tak silap saya. Berbangsa iban yang berasal dari Bau, sebuah kawasan yang boleh dikatakan sikit juga populasi Muslimnya. Sebenarnya, dia sudah lama ingin memeluk agama Islam tapi tiada orang yang menggalakkan dia.
Sejak dia bekerja di hospital bersama Kak Diana ( yang juga telah memeluk Islam beberapa tahun yang lepas! ) rakan serumah Kak Yati, dia orang berdua ni banyaklah membantu dia. Alhamdulillah, sebab Allah telah mempertemukan mereka. Tepat jam 11.45 pagi pada hari Jumaat, Kak Angeline melafazkan Shahadah di Majlis Islam Sarawak. Dia kini boleh dipanggil dengan nama barunya Nurul Syafiqah. Syafiqah = baik hati. Malam meraikan saudara baru yang cukup indah bagi saya.
Insya Allah, pada 18 hari bulan ni, saya akan ke perkampungan saudara baru di Kota Samarahan untuk menziarahi mereka serta menemani kakak-kakak dan abang-abang yang bakal menguruskan bengkel solat untuk mereka. Ya Allah, permudahkanlah untuk kami segala urusan kami. Amin.
Nota kaki: Saya tengah cuba mencari layout yang lebih sesuai untuk saya. Yang sekarang ni sekadar hiasan sahaja.
Tuesday, March 31, 2009
Orang bernama Tini wajib bersemangat!
Salam,
Lama sangat sudah tak update blog kerana sibuk sangat (kagum dengan diri sendiri kerana sudah lebih kurang seminggu tidak berYahoo! Messanger) Bermula dari hari Jumaat yang lepas, saya bermusafir *perasan* ke Telaga Air untuk satu program anjuran PERKEPIS (Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak) bersempena dengan Bengkel Penulisan Remaja dan Muktamar Sanawi PERKEPIS yang ke-4. Memang seronok. Banyaknya pengalaman baru terutamanya dalam bidang protokol. Kak Mariati dan Kak Izzah dari PKPIM jadi VIPnya. Maaflah kak, sedikit kelam kabut Tini ni. Kuikui.
Hari pertama
27 Mac 2009
Jumaat
*Semangat* Saya habis kerja awal iaitu pada pukul 11 pagi. Maaf anak-anak murid sayang, Teacher Tini ada benda penting nak buat. Kak Hamas kata dia nak ambik Tini dan... tukar plan! Kami ke Kampung Budaya dahulu. Cey~ Rupa-rupanya Kak Mar dan Kak Izzah ada bersama. Memang kena dengan saya yang bertugas sebagai AJK Protokol. Kuikui.*perasan lebih* Memang seronoklah lawatan bersama mereka. Kak Izzah je yang sebenarnya belum pernah ke sana kerana saya dan Kak Mar orang Sarawak sendiri yang berlagak jadi pelancong jap. Letih sangat hari tu. Pukul 5 petang kamipun balik dan terus mengambil Kak Zana dan teruskan lagi perjalanan kami ke Telaga Air ( Telaga Biru kata Kak Izzah ). Hoho. Perjalanannya umpama dari utara ke selatan. Terkejut saya apabila terserempak dengan Bro Zamri ( yang dulunya pernah jadi fasi saya DUA tahun yang lepas ) dan sudah dua tahun kami tidak bertemu.
Hari Kedua
28 Mac 2009
Sabtu
Sedikit rasa pusing kerana tidur lewat pada malam sebelumnya. Tapi, sayakan Tini! Mesti semangat! ( Eh, orang nama Tini wajib bersemangat ke? ) Oh, lupa. Dalam PERKEPIS ada 3 orang TINI. Hoho. Kak Dyg Hartini, Kak Kartini, dan saya Nur Hartini. Kami boleh dikenali sebagai TINI 1, TINI 2 dan saya TINI 3. Sayangnya Kak Tini 2 tidak ada masa tu, kerana dia ada majlis konvokesyen ( Tahniah!) kalau tak mesti amat meriah dengan kekeliruan. Hoho. Ditakdirkan saya bukan jadi peserta sayapun tidak berada di dalam Auditorium Al-Wadi selalu untuk mengikuti Bengkel Penulisan oleh Saudara Firdaus Arif dari UIAM. Sibuk jugaklah dengan kerja lain. Jadi bussiness woman sekejap bersama Kak Zana; membuka gerai jualan PERKEPIS. Alhamdulillah, berjalan dengan lancar perniagaan kami. Oh, Kak Zana bakal rakan kongsi saya kalau saya melanjutkan pelajaran ke UIA PJ tahun ini insya Allah.
Hari yang ketiga
29 Mac 2009
Ahad
Kemuncak segala hari. Hoho. Muktamar sanawi. Buat pertama kalinya saya menjadi perwakilan. Seronoknya sebab boleh bersuara! Tahun ini tidak ada kesempatan hendak membahas ucapan dasar mahupun usul tapi insya Allah, tahun depan masih ada ( kalau masih dipanjangkan umur oleh Allah ). Rasa amat gementar sebab perlu duduk di hadapan sekali bersama VIP-VIP sekalian Kak Mar dan Kak Izzah. Banyak juga soalan dari saya kepada Kak Mar terutamanya. Ambil peluang yang adalah katakan. Bila lagi ada masa nak jumpa MT PKPIM ni. Cita-cita saya pulak nak ke Muktamar PKPIM pada tahun ini. Mesti amat hebat. Tak sabarnya~ Sedihnya saya melihat apabila pimpinan lama bersalam jamai' di atas pentas. Penuh tangis. *Terharu* Tahniah kepada pimpinan baru PERKEPIS. Kepada YDP baru Bro Khairul Anwar Sazali, fighting! Kepada Bro Syeed mantan YDP yang memang terserlah sifat ke'abang'annya, selamat menyambung pelajaran ke Yaman. Mungkin kalau balik nanti banyak benda boleh dikongsikan bersama kami di sini.
Itulah antara peristiwa yang berlaku semasa program.
Tammat.
Ada lagi!
Isnin. Hoho. Saya dipelawa Kak Khadijah untuk menghantar Kak Mar dan Kak Izzah ke lapangan terbang. Tapi sebelum tu, kami beli sedikit cenderahati buat mereka. Ya, saya, Kak Khadijah dan Kak Hamas menjumpai 2 beg yang terserlah ke'Sarawak'annya. Sebelum ke lapangan terbang kami makan-makan dulu. Kak Mar terkejut tengok saya lagi. Hoho. Saja je dia. Lepas tu dia cakap, " Eh, protokol! ". Comel-comel. Dan lagi, Kak Izzah ada beli beg yang sama macam kami belikan untuk dia orang, masa kami bertiga tengok tu ketawa tak henti-henti kat dalam kereta. Tapi, rupa-rupanya dia belikan untuk mak dia. Kuatnya ukhuwah sampaikan citarasa untuk beg pun sama. Masa perpisahan amat sedih. Insya Allah, kita akan bertemu lagi masa Muktamar PKPIM! Salam.