.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.Salam.Alhamdulillah, pada pukul 7.15 petang saya selamat sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Cuti kali ini saya benar-benar berazam nak berdamping dengan buku betul-betul, tak nak macam dulu. Serius. PSPM semester 1 pointer kurang baik tapi alhamdulillah boleh hidup lagi kalau dapat 4 flat semester 2. Ya, memang payah nak dapat 4 flat sebab semuanya makin susah. Tapi, saya percaya dan yakin "Tini boleh~" Macam Vivien ( teman sebilik yang disayangi ) cakap, you can when you believe.Sekali lagi kesyukuran dipanjatkan kerana saya berjaya memujuk ibu bapa saya untuk membenarkan saya belajar luar dari Sarawak. Bukannya saya tidak mahu belajar di UNIMAS cuma kursus yang saya minati tiada. Ya, banyak halangan dan syarat yang perlu dihadapi dan penuhi. Tapi, saya percaya dan yakin "Tini boleh~"Insya Allah saya akan ambil optometri. Pilihan pertama optometri UiTM, mungkin juga boleh berubah. Untuk UPU saya letak, optometri, diagostik dan radioterapi, fisioterapi dan yang sewaktu dengannya. Berubah angin sejak keputusan PSPM keluar. Ukur baju di badan sendiri kata orang.Semester 2 amat mencabar mental dan emosi. Program kolej sana sini. Kerja rumah sini sana. Saya mesti berusaha lebih kuat lagi dan saya yakin dan percaya " Saya dan kawan-kawan saya boleh~" Ayat yang saya selalu gunakan sebagai jarum penyuntik kembali motivasi ialah Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu (Muhammad:7)
Saya bersyukur sebab Allah uji saya dengan macam-macam masalah semester ini. Kerana semua ujian itulah saya rasakan saya jadi lebih matang. Ya kawan-kawan, saya bukan lagi Tini yang dulu ( tabiat makan tetap sama ). Maklumlah sudah 19 tahun, jadi saya mesti melakukan anjakan paradigma. Cabaran untuk menjadi daei bukan mudah. Kerap kali saya tewas, mengeluh dan menangis sebab gagal. Astaghfirullah, memang lemah kan? Saya masih baru lagi setahun jagung dalam bidang ini. Tetapi tidak apa, saya yakin dan percaya " Tini boleh~" .
.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.Salam.Si G bertanya,"Tempat mana yang Tini nak sangat pergi dalam dunia ni?"
Dengan gembira saya menjawab," Saya teringin sangat pergi Venice. Sebab kota ni unik, cantik, bla,bla..".Inilah jawapan saya dulu. Jawapan ini tamat tempohnya pada penghujung tahun 2007. Alhamdulillah. Venice? Kelakarnya. Bila fikir balik sekarang macam bodoh semacam sebab jawab macam tu. Siap memuja memuji Venice lagi. Jahil sungguh. Memang jahil.Kalau ada lagi yang bertanya soalan yang sama, ini jawapan saya:Dengan sepenuh hati serta jiwa dan raga saya saya bersungguh-sungguh hendak ke Mekah, Madinah, Masjid Al-Aqsa dan Yaman! Hati saya terpaut, benar-benar terpaut pada 4 tempat tersebut. T.T Ya Allah, izinkanlah aku ke Mekah dan Madinah sekali lagi. Aku rindu. Teramat rindu. Musim haji tiba lagi dan kerinduan yang sarat selama ini menjadi makin sarat. T.T