Showing posts with label serbaneka/hodge podge. Show all posts

Monday, May 4, 2009

Bakal berada di habitat baru

.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.

Salam.

Banyak sangat benda yang dah jadi. Kalut sangat. Bingung. Stress. Alhamdulillah. Mm, saya rasa lebih matang. Matang. Hoho. Teringat saya tentang slogan dan visi yang perlu saya capai semasa saya baru habis SPM. Its time for me to be matured, optimistic and realistic:bofu_01:. Ceh. Kuikui. Rasanya hampir tercapai dah. Kalau pasal matang tu banyak dari segi pemikiran tapi kalau secara fizikalnya, perangai macam budak-budak masih ada. Masih juga kecoh tak tentu pasal masa bercakap:bofu_48:. Eh, tu namanya bersemangat:bofu_18:.

Banyak benar teman sekolah saya yang akan ke Labuan. Ohh~ Rasa macam di sekolah pulak. Ohh! Tragiknya apabila ketua anarkis (maaf sebab mengata awak sekejap) bakal ke sana juga. Sila rujuk entri ini untuk mengetahui lebih lanjut pasal ketua anarkis di sini. Awal sudah dia berpesan supaya saya terus menjadi pembekal makanan nanti. Ingat saya ni kilang biskut Slai Olai ke? :bofu_47:

Saya mungkin akan berada dalam status ON HIATUS tidak lama lagi. 8 Mei dah nak ke Labuan. Selamat tinggal alam maya. Mungkin lama juga, dalam 2 hingga 4 minggu. Boleh bertahan ke Tini? Hoho. Entri seterusnya akan menceritakan tentang habitat saya yang baru. Semoga anda terus setia jadi pengunjung blog saya :bofu_11:.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim permudahkanlah segala urusan kami.

Saturday, February 14, 2009

Sem.ala.m

Semalam, hari yang memenatkan.

Tadika

Sibuk sangat. Pagi-pagi lagi saya dan anak-anak murid saya membaca doa dan surah ( rutin harian ). Alhamdulillah, kecil-kecil lagi sudah diajarkan perkara seperti ini. Tapi, kalau memang tak mengarut sikit tidak sah pulak diaorang ni. Contohnya:

Doa Makan
Maksudnya: Ya Allah berkatilah rezeki yang Engkau limpahkan DENGAN ( yang sepatutnya DAN ) jauhilah kami dari siksaan api neraka. Amin!

Comel betul mereka ni. Setiap hari saya betulkan dan alhamdulillah sejak 2-3 hari ni ada juga yang sedar DENGAN tu sepatutnya ditukarkan dengan DAN. Selalunya kalau mereka salah sebut sikit saya akan angkat tangan ataupu kadang-kadang buat tanda X gunakan tangan (ala-ala Action Kamen dan Ultraman lah katakan ) supaya mereka tahu itu salah dan mereka secara automatiknya berhenti. Kelakar kan?

Selepas bacaan doa dan surah pula, hari Jumaat akan ada praktikal wudhu dan solat. Saya ajarkan mereka solat Maghrib pula. Sedikit kelam kabutlah sebab selalunya saya praktikal solat Subuh sahaja tetapi apabila melihat kekeliruan dalam diri mereka, saya bercadang praktikal solat Maghrib. Insya Allah, minggu hadapan solat Zohor pula. Dah tu, masa rehat lagi. Melayan kerenah Ridzuan dan Hadi. Hoho. Comel bangat~ Bagusnya budak-budak ni, doa selepas dan sebelum makan dah pass dah! Makanpun sudah mula menggunakan tangan kanan. Alhamdulillah. Cuma ada sedikit masalah dengan doa masuk tandas sahaja. Mereka semua ni mesti ada co-enzyme ( betul ke ni? lupa sikit dah pasal Biology ) baru ingat doa tu. Maksud saya di sini, mesti diberi awalan doalah. Oleh sebab itu, sebelum mereka ke tandas, saya bacakan doa bersama-sama budak yang hendak ke tandas. Tapi alih-alih, semua bebudak ikut membaca sekali. Hoho.

Masa balik... Hanya Hariz Haikal, Ridzuan, Syahiran dan Ameera yang tinggal.

Ameera: Teacher Tini, Ameera nak baca buku. ( Buku Barney yang berwarna purple tu dan saiznya kecil amat )

Teacher Tini: Ok Ameera. *membaca,membaca* The End.

Ameera: Teacher Tini, this book. ( Buku Snow White yang panjang berjela. Adeh. )

Teacher Tini: Oh, oh. Ameera pergi dekat Teacher Mardziah ok. ( Sebabnya, saya kurang skill bercerita. Hoho. Kalau buku simple,simple boleh saja. )

Ameera: Ohh, Teacher suka buku kecil-kecil saja~ Buku besar ( saiznya ) Teacher don't want lah. Ok Teacher! (Ameera berlalu pergi meninggalkan saya dalam perasaan blur dan rasa kelakar pulak kerana dia beranggapan saya tidak menyukai buku-buku besar saiznya. Ameera Teacher bukan bias kepada buku kecil dan comel lah~ )

*

Restoran Selera Fatimah

Banyak sangat pelanggan kelmarin. Hampir patah kaki ni. Ambil order ni, hantar ni, hantar tu. Ada pula pelanggan yang nak air cepat-cepat. Ada yang nak tambah ni, tambah tu. Adeh. Maaflah wahai pelanggan sekalian, kerana keterlambatan servis.

*

Tadika lagi!

Selesai sahaja tugas menjadi waitress, saya kembali lagi bertugas menjadi guru tadika pada sebelah petangnya. Err, lebih tepat lagi saya katakan sebagai cleaner. Hoho. Saya mop sana, mop sini, sapu sana, sapu sini, buang tu buang ni. Adoi. Penat bangat. Dengan semangat yang waja saya lakukan jua semua ini kerana-Nya.

*

Madrasah Al-Khairat

Sebelah malamnya, saya ke Madrasah Al-Khairat bertempat di Gita. Malam tadi, kami membaca Qasidah dan tajuk utama untuk malam tadi ialah Solat. Amat menarik dan saya sukakannya. Perasaan gembira apabila di dalam majlis ilmu memang amat lain dari kegembiraan lain yang saya rasai. Wah~ Banyaknya perkara baru yang saya peroleh. Insya Allah, saya akan buat satu entri khas untuk itu. Sempat juga bertanya beberapa soalan yang sudah sekian lama tercari-cari jawapannya dari Ustaz Muhammad. Alhamdulillah, sudah ditemui jawapannya. Ustaz Muhammad, dengar sahaja apa yang disampaikannya semasa di Madrasah, hilang rasa mengantuk. Beliau penuh dengan semangat apabila menyampaikan sesuatu. Dan tidak kurang juga ada jenaka ataupun kisah-kisah di zaman Rasulullah dan sahabat yang sering diselitnya. Rugi betul kalau terlekasedikit. Kalau terleka saja, tak sempat nak salin apa yang beliau sampaikan.
*
Iya, semala m hari yang amat sibuk dan memenatkan. Tapi, saya rasa teramat-amat gembira! Hal ini kerana, saya sibukkan diri saya dengan sesuatu yang bermanfaat kepada diri dan masyarakat. Masa muda ini lah kita, sebagai remaja/pelajar menyibukkan diri untuk mencari ilmu dan membantu ummah sedikit sebanyak yang kita mampu kan? Yang penting, lakukannya ikhlas kerana Allah swt. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan menjadikan hamba-Nya yang bersyukur. Amin. Salam.

Sunday, February 1, 2009

Dari 8.04 pagi hingga 9.59 pagi

*munch,munch* Saya menulis entri ini sambil mengunyah kuih bahulu. Sedap woo~ Hampir habis sudah. Tinggal 2 ketul lagi. Pagi ini saya bangun awal dari biasa kerana telah berjanji dengan kakak untuk membantunya menaip assignmentnya ( kerja part time ). Selain itu saya juga sedang mendengar lagu nyanyian Yusuf Islam-Bismillah. Ya, pagi ini saya tiada kerja yang khusus untuk dibuat.
*
*
*
*
Selepas saya habis menaip ayat terakhir di atas tiba-tiba saya rasakan ada perkara yang perlu saya selesaikan. Hoho. Ada juga rupanya kerja yang perlu saya buat. Ketika menulis ayat ini, kerja-kerja saya baru sahaja selesai, cuma satu sahaja lagi! Saya terlupa membaca surat khabar yang dibeli semalam. Adeh. Baru sahaja hendak membaca. Saya perlukan 15 minit untuk membacanya. *membaca,membaca*
*
*
*
*
Oh. Saya perlukan 21 minit untuk membaca surat khabar. Sedihnya saya apabila membaca berita tentang saudara kita di Palestin. Dunia, dunia. Sudah hilang entah ke mana perikemanusian kita. Tiba-tiba rasa lapar pulak ni. Aroma sup daging buatan mak menerawang di ruang udara rumah. Hebat! Mungkin saya perlu makan dahulu. Saya perlukan 20 minit untuk makan. *makan, makan*
*
*
*
*
Alhamdulillah, sedapnya sup daging. Saya mengambil masa selama 36 minit untuk makan. 16 minit terlebih dari target sebenar. Semua ini salahnya si Spongebob! Kenapa ada cerita sebest tu kat TV3?Ish. Rasanya sudah selesai semua kerja saya. Mungkin. Ya, mungkin. Tapi, apabila melihat jam yang sudah menunjukkan pukul 9.57 pagi...saya rasa saya perlu mandi lagi. Hoho. Dan, saya akan ada meeting pukul 11.00 pagi nanti.

Saya tidak akan mempercayai diri saya jika saya fikirkan saya amat senang tanpa kerja. Bila fikir-fikir balik, banyak benda lagi kena buat.

Nota: Catatan di atas ditulis dari pukul 8.04 pagi sehingga pukul 9.59 pagi.

Sekian. Salam.

Sunday, January 25, 2009

Antara menyelamat atau membunuh?

Hari ini saya ke Serikin. Tidak ada apa-apa sangat nak dibeli, cuma telekung Mak sahaja. Kotak fikiran saya cuma ada tudung dan buku. Hoho. Tudung sudah selesai, warna ungu. Comel. Buku belum lagi. Tadi amat tidak larat. Pulang saja terus terbaring di sofa. Saya terbaring. Secara tidak sengaja. Percayalah.

Hari sebelum dan sebelum hari ini, saya ke Wisma Satok. Keinginan utama ialah untuk bank in duit ke akaun Brotherhood arts kerana saya telah menempah baju-baju ( boleh ke baju digandakan menjadi baju-baju ataupun bebaju? ). Dengan yakinnya saya melangkah masuk ke dalam Maybank. Tiba-tiba...

Kakak kerja bank: Maaf dik, office tutup hari ni.

Saya: Oh, betul ke?

Kakak kerja bank: Sabtu kan.

Saya: *cuba membuat muka tidak tahu* Oh, ya! Terima kasih.

Kerana saya sendiri yang kurangnya skill tentang bank dan mesin, saya hanya pandai guna 'orang bank' itu sahaja. Lagipun saya cuba memberi mereka kerja tanpa bergantung kepada mesin. Mesin, mesin ni kurang yakin sikit. Perlu belajar dari mak. Mari mak, kita buat tutorial depan Maybank. Hoho.

Dan, kebetulan pada hari yang sama saya teringin membeli compact powder Silky Girl ( made in Malaysia ). Kakak sales girl yang saya panggil untuk memberi sedikit nasihat itu pun mengesyorkan Maybeline punya. Lalu, secara automatik, perkataan boikot sebesar 16 saiz tulisannya muncul ( dalam bayangan sahaja dan tidak dapat dilihat oleh orang lain ). Tapi dia desak juga suruh tengok dulu. Jadi, kerana tidak mahu mengecilkan hatinya, saya tengok juga. Dengan doa saya tidak akan terpedaya. Ya! Alhamdulillah. Saya lebih sayangkan saudara saya di Palestin. Saya tidak belipun si Maybeline ( walaupun dari dulu amat menginginkannya ). Saya ambil Silky Girl yang lebih murah dan comel. Persoalannya di sini bukan sahaja kepada pemilihan si Maybeline atau Silky Girl. Persoalan utamanya ialah kita mahu selamatkan saudara kita atau menjadi pembunuh mereka? Oh, mungkin ada yang beranggapan, mereka tidak ada niatpun. Tapi, kalau kita beli barangan Israel dan Amerika itu sama juga macam kita ambil senapang ke pistol ke tembak je saudara kita kat sana. Tidak ada bezanya kita seperti Rejim Zionis laknatullah. Marilah kita muhasabah balik diri kita.

Inilah antara pilihan yang perlu saya buat bermula bulan lepas.

Maybeline atau Silky Girl?

McDonald atau KFC ( Malaysia sahaja )?

Milo atau air laichee susu ( buatan Selera Fatimah )?

Colgate atau Mu'min?

Kit Kat atau Vochelle?

Maggi atau Mamee?

Menyelamat atau membunuh?

Pilihan di tangan kita. Mari beli barangan buatan Malaysia. Salam.

Friday, December 12, 2008

hanya rutin pada hari ini.

Lokasi: Di hadapan tv di ruang tamu tingkat dua, 520, Lrg Bentara 4C, Kpg Semariang Jaya Fasa 2.

*mengunyah gula-gula Halls Vit-C perisa Grape Fruit*

:bofu_20:( bukan sekadar gambar hiasan ) Saya teramat amatlah letih, pening kepala dan berasa mual. Jadual hari ini sedikit padat pada sebelah tengah hari. Rutin pada waktu pagi tadi hanyalah menonton Dora The Explorer setelah saya merasa sedikit hampa kerana rancangan Monster Warrior tidak dimainkan pada hari Jumaat. Sekitar pukul 10.30 pagi, saya terus mengurungkan diri di dalam bilik untuk membaca buku dan melayari internet. * tick tock tick tock * Jarum jam berbunyi ( Tipu, tipu! Saja je buat bunyi ni. Dalam bilik saya tidak mempunyai jam dinding sejak 2 tahun yang lalu. Sejak saya mempunyai telefon bimbit, kasih sayang saya terhadap jam dinding semakin pudar. Maaf jam dinding. Tetapi, kerana rasa sayang yang masih tersisa, saya gantungkan sahaja jam dinding tersebut. )
*
*
*
1.45 petang! :bofu_01:Adeh. Beginiah ekspresi saya tadi apabila saya menyedari jam sudahpun menunjukkan jam 1.45 petang. Saya menyalahkan diri kerana terlalu leka mencari 'header' blog ( yang masih juga belum dijumpai sehingga kini ). Saya bergegas turun ke bawah untuk makan. Bercakap pasal makan ni, tadi saya yang memasak! Ulang suara. Saya yang memasak tadi!:bofu_48: Menu saya tadi ialah ayam masak merah. Terima kasih kepada mak saya yang membantu menggoreng ayam sebelum pergi bekerja. Jimat sikit masa nak memasak. Hoho. Saya sendiripun kurang pasti sama ada sedap atau tak, tetapi gambar ini mungkin boleh menjawab semua persoalan tersebut. Hoho.:bofu_48:Licin. Baru sebentar tadi saya membuat kaji selidik dengan beberapa individu yang telah membantu menghabiskan lauk ini.

Responden pertama: Mardiah Bt Mardan
Hubungan: Kakak
Umur: 20 tahun
Respon: Mm, entahlah. Kurang pasti. Aku makan ajak tadik. *Senyum dibelakang saya*( Saya tahu mungkin dia malu. Aww~. Gurau je. Hanya Allah yang tahu apa perasaannya semasa memakan ayam tersebut. )

Responden kedua: Abdul Samat Bt Mardan
Hubungan: Adik
Umur: 13 tahun
Respon: Nyaman, nyaman! ( Situasi sebelum perkataan tersebut terpacul dari mulutnya tertulis di bawah )

Tini : Adik, nyaman sik ayam tadik? Macam mak masak sik? Hoho. ( Adik, sedap tak ayam tadi? Macam masakan mak tak rasanya? )
Samat : Nyaman, nyaman.
Tini : Hoho ( ketawa penuh semangat ). Aku masak!
Samat : Oh~* senyum *

Sekian sahaja. Saya perlu berehat dan menyambung pembacaan saya tadi. Assalamualaikum.

Thursday, December 11, 2008

terubat rindu.

Wah. Kelmarin hari yang amat ditunggu-tunggu. kami, warga PERKEPIS dan ABM telah mengadakan sambutan AIDIL ADHA dengan 'mengorbankan' haiwan berkaki dua iaitu ayam di rumah Bro Azli. Memang heboh dan 'kamboh'. korban ayam? sembelihan ayam.
:bofu_19:(gambar hiasan). Tetapi malangnya, hanya yang muslimin sahaja yang berpeluang menyembelih ayam. Hoho. Lupalah kami muslimat nak ambil bahagian. Mungkin tahun depan ada peluang lagi kalau masih diberikan Allah peluang untuk hidup. Insya Allah. Banyak benda baru yang saya belajar kelmarin. Belajar pasal masakan dari neneknya si Bro Azli. Hoho. Maaflah nek, kami semua ni tak lah 'li hai' sangat pasal masak-masak dan potong-potong ayam ni. Kurang sikit ilmu masakan.

Semasa kuliah Maghrib, ada sedikit pengisian dari Bro Syeed. Masih terngiang-ngiang kata-katanya malam tadi; Masih banyak lagi yang kita belum ketahui, jadi sentiasalah 'update'kan diri kita dengan pelbagai ilmu. :bofu_44:Pasal pengisian dari Bro Syeed akan saya masukkan ke dalam entri yang baru. Nanti taklah serabut sangat. Lepas kuliah Maghrib, entah apa jadi dengan seisi rumah tu.
*
*
*

Saya menemani Kak Niza menghantar dua orang anak buah Kak Dijah; Najihah dan Szaza. Perjalanan yang memang mendebarkan. Penuh dengan ketakutan, kefobiaan, kegembiraan dan kesesatan. Wah. Kak Niza bawa kereta teramatlah laju. *Drift* Meter mencecah 120! Bayangkan. Hoho. Sebenarnya, saya tidak akan sedar Kak Niza memecut dengan laju jika tidak menjeling kepada meter kelajuan kereta Kelisa milik Kak Nisa. Perasaan masa tu, tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Masa paling genting ialah apabila ada treler 12 roda di tepi kami yang hendak masuk ke 'lane' kami. Adeh. Huh. Alhamdulillah, selamat juga kami apabila pemandu treler tersebut ternampak kami. Fuhhh~. Lepas tu, masih sempat ketawa lagi(ketawa dalam keadaan yang nervous):bofu_17:. Kak Niza terus memandu.(Memandu~). Masa yang ditarget oleh kami berdua untuk sampai kembali ke Rumah Brother Azli ialah 8.53 malam.

*
*
*
Lokasi: Traffic light berdekatan tol.
Jarak dari tol: Kira-kira 800 meter.

Kak Niza: Tini, da sik duit seringgit atas dashboard ya?(Da tak duit seringgit di atas dashboard tu?)
Tini: Sikda pun.( Mana ada..)
Kak Niza: Biar bena. Mek ingat mek ambik RM3 tek. Molah keja na jak. Hoho.(Ketawa dengan nervous sekali).Kitak da duit x? Da 50 sen jak tok( Biar benar. Ingatkan akak ambik RM3 tadi. Memang buat masalah betul. Tini ada bawa duit tak? Ada 50 sen je ni.)
Tini: Adeh. ek sikda embak beg duit. ( Adeh. Tini takde bawa duit lah )
Kak Niza: Hoho.(Ketawa dengan nervous sekali lagi ).

Tiba-tiba, duit seringgit menjelma dari belakang.OH,PENYELAMAT. Ingatkan Action Kamen, lalu saya kembali ke dunia realiti. Sebenarnya Szaza ( Szaza tidak dapat dihantar pulang sebenarnya,hanya Najihah sahaja yang kami mampu hantar kerana khuatir Kak Nisa pulang terlalu lewat ).
yang menghulurkan duit. Kalau tidak apalah nasib kami. Kami ketawa. Ketawa dan ketawa. Adeh. Tak pernah ada dalam situasi sebegini. Hoho.:bofu_48:. Akhirnya, kami sampai di rumah Bro Azli tepat pukul 9.04 malam. Wah~. Hanya satu jam untuk perjalanan pergi dan balik ke Samarahan. 8.04 - 9.04 malam. Komen Kak Niza: Sebenarnya kita boleh sampai mengikut masa yang dah ditargetkan tapi, disebabkan selalu sesat, target lari sikitlah. Hoho. Kakak-kakak ketawa ( hampir terguling ) apabila kami menceritakan tentang tol tersebut. Saya 5/6 hampir terguling. Kak Hamas menoleh ke arah saya lalu berkata "TINI. JANGAN NAKAL." Nakal ke saya ni? Soalan yang tak perlu jawapan dari anda semua. :bofu_48: Selamat malam. Assalamualaikum.

Info: Bayaran tol cuma RM1.50. Dan, mulai detik ini saya tidak akan menggunakan perkataan aku lagi kerana bunyinya sedikit kasar.