Showing posts with label cerita/story. Show all posts

Sunday, April 22, 2012

Tarek Mahenna

.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.

In your eyes, I’m a terrorist, I’m the only one standing here in an orange jumpsuit and it’s perfectly reasonable that I be standing here in an orange jumpsuit. But one day, America will change and people will recognize this day for what it is. They will look at how hundreds of thousands of Muslims were killed and maimed by the US military in foreign countries, yet somehow I’m the one going to prison for “conspiring to kill and maim” in those countries – because I support the Mujahidin defending those people. 

This is an excerpt from:

Tarek Mahenna's Sentencing Statement.

Monday, April 9, 2012

Dalam hati ada taman.

Salam.

Mode: Dalam hati ada taman. Dalam taman ada bunga.
Lagu latar: Aku Ingin MencintaiMu (Edcoustic)

Nafas seakan terhenti. Slow motion. Tersenyum sampai ke telinga. Tiba-tiba rasa mahu menangis. Tak mampu nak buat apa-apa, kalut.

Kalau tengok dalam cerita macam ni lah kan scene masa jatuh cinta. Rasa macam tak percaya semalam semua ni jadi.

Yeah! Terjatuh cinta! Dengan siapa? ^_^

Dr Abdal Hakim Murad, Prof Dr Faruq Hamadah
*ni je yang saya tau.huhu*

Habib Ali Zain Al-'Abidin

Jatuh cinta & hati kepada mereka yang mencintai Allah & Rasul-Nya! Masha Allah, para ulama' ini sanggup meredah dunia untuk menyampaikan cinta Allah & Rasulullah. Semalam, semua umpama mimpi. Alhamdulillah ada jugak peluang bersama-sama para kekasih Allah. Semoga dengan mendekati para ulama' makin hampir kita kepada Allah & Rasulullah saw. Amin~

Rasa jatuh cinta berkali-kali kepada Allah & Rasulullah & orang-orang soleh itu super duper cool & best. Dengan ter'crush'nya kita berkali-kali, makin termotivasi untuk menyumbang lebih banyak lagi kepada ummah!

Makanya Tini, bersungguh-sungguh cari ilmu. Bersungguh-sungguh bantu ummah setakat yang mampu. Bersungguh-sungguh solehahkan diri. Bersungguh-sungguh buat assignment. Bersungguh-sungguh habiskan degree dengan cemerlang.

:D

Sunday, April 8, 2012

Feb, March, May, June, August

Updating my blog at 2.40 am. Jadi kelawar kejap. I'd taking a very long nap this evening + nescafe. Hehe. I need to settle my revisions and assignments before going to khidmat masyarakat for 4 days in Banting.

My mom was calling me around 7 pm and she told me new updates in Kuching, *poret*. Alhamdulillah, another wedding invitation! Sangat ramai ye yang saya kenal nak & dah kahwin. I'm happy for them! In Feb - Kak Wan Mai, March - cousin's wedding, May - my aunty, June - Kak Naz, August - Kak Su. Sejak jadi anak perantauan dah sangat jarang nak pergi kenduri. Rindu nasik minyak~ Mak selalu pesan saya kena rajin pergi kenduri & kendara, sebab masa ni lah kita jumpa sedara mara. Kenal siapa bapak kepada mak cik sebelah mak kita. *bukan sebab supaya masa wedding saya ramai orang ye. hoho* Saya, mm lama lagi ye. Juggling my time with studies, reports, clinical and other activities are just enough to make me faint. Keke. Sama-sama kita doakan kebahagian mereka.

***

Presents for my parents safely delivered on Monday. Alhamdulillah, both of them love the presents. It took me 3 hours to choose a blouse for my mom *Jalan TAR* and a shirt for my father *Sogo*. Yelah kan, mesti la kita nak pilih yang terbaik. Masa kecik-kecik dulu mak ayah beli untuk kita baju sekarang dah besar ni kita pulak la yang beli untuk dorang. Biar baju anak nampak comel, baju dorang tak tukar dorang tak kisah. Ouh, terharu. T_T Kalau cakap takde duit nak beli cehhh tipu nihh. Bukak almari tengok sampai tak muat nak letak baju. Jatuh, jatuh lagi baju sebab terlampau banyak *hiperbola*. Tak habisnya duit biasiswa kalau beli sehelai dua kan. :P Kumpul duit sikit-sikit, masa Sogo Sale serbu je terus.

*Yawning*

Sudah tiba masanya, untuk...

sambung balik buat kerja, bukan tidur. Ganbatte Tini~! Ya Allah permudahkanlah urusanku & pembaca entri ni *kalau ada kan. Hoho* . ^_^

Thursday, April 5, 2012

Ms X-ray 2

Scapula

Density

Velocity

Bennett's Fracture

Anteroposterior

Greater Tubercle

GUI <<< I never imagine that I'll actually learn this Matlab stuff. Blur tapi seronok sebab selalu masuk kelas macam bajet tau semua kan*LOL*, eh maksudnya ada idea la kan akan belajar apa hari ni tapi kali ni "WAHH! benda macam ni wujud sebenarnya." Tak pernah tau pun makhluk Matlab ni. Lepas belajar subjek ni baru tau nak menghargai kerja keras para pereka laman web, iPhone, Microsoft dan yang sewaktu dengannya. Terima kasih~ korang telah bekerja keras untuk memudahkan hidup kami manusia yang biasa-biasa ni. :P

Budak Engine & IT tabik spring dengan korang yang boleh menghadam benda alah bernama command. Tahniah!

Kenapa saya kena belajar guna Mathlab? Macam pelik kan, budak X-ray guna Matlab? Ada masalah dengan perancangan kursus UKM ni. Hoho. << Negatif sungguh.

Sekarang kan zaman dunia digital. Disebabkan ke'digita'lan mesin-mesin radioterapi & radiologi jadi saya kenalah tahu kan apa yang terjadi disebalik image enhancement dll yang saya buat. Tak nak la jadi orang yang tahu klik-klik Cik Tikus tanpa tahu apa-apa seperti robot.

Jarang sangat dah sekarang guna filem ni semua. Bilik gelap (tempat proses filem yang gelap dan cuma ada lampu merah sebab filem tak boleh kena lampu lain selain merah, nanti takleh guna. alah ni ala-ala bilik cuci filem kamera) dah makin gelap sebab takde orang nak guna. Hoho. Semuanya guna benda-benda canggih. Masa lab je suka suki masuk bilik gelap. Jangan tak merasa la kan. Nanti kerja 'Selamat tinggal Bilik Gelap' kalau kerja dekat hospital besar. Kalau~ Di mana-mana pun tak kisah, ada hikmahnya. Orang yang bergelap insha Allah lebih ikhlas & tabah sebab banyak benar rintangan & cabaran nak guna bilik gelap ni. Yang guna day-light processor/EPID (plate that records image) manfaatkan sepenuhnya teknologi yang ada & berusaha untuk hasilkan radiograph yang terbaik. Jangan sia-siakan kemudahan yang ada. Jangan susahkan radiologist & pesakit.

Sekian.

# Harap dapat kerja dekat Sarawak nanti. :D Tolong doakan.

Wednesday, March 14, 2012

Ouch!

"Berbaloi ke awak datang universiti semata-mata nak tidur? Di bilik pun tidur, entah-entah berjalan pun tidur. Awak kena ingat awak guna duit rakyat tau untuk belajar ni. Tanggungjawab tergalas di bahu awak. Ramai lagi kawan-kawan awak di kampung yang takde peluang macam awak."

Ouch *beribu-ribu kali* & insaf. Lama sangat dah tak dengar ayat sentap macam ni. That is why I love my Pathology lecturer, Dr Zariyantey. My adrenaline always rushes in her lecture because she loves to ask questions but still I love to be in her class. Tak ngantuk. Semangat buat ulangkaji sebelum & selepas kelas. Semangat untuk teruskan membaca buku Pathology yang memang lebih hebat dari sleeping pills. *exaggerating :P*

All my lecturers love to see our adrenaline rush, because they want us to do self-study and not just hear the lecture then okay times up! thank you Dr/Prof. Go to the hostel and just read the notes *yawning* without having an intention to even see the book cover because we THINK we are SMART enough to do last minute study and digest the book content from cover to cover.

Having them as my lecturers make me feel so blessed. (:

Peringatan penting dekat diri sendiri, bila rasa sangat malas fikirkanlah tentang tanggungjawab yang sedang dipikul. Tanggungjawab sebagai hamba, khalifah, pelajar, anak, bakal radiographer bla, bla, bla. Allah akan soal setiap satu tanggungjawab tu nanti <<< Ayat paling sentap selama-lamanya.
Never study to be successful, study for self efficiency (3 Idiots)

Tuesday, January 17, 2012

Prognosis

Alhamdulillah. Secara rasminya, hari ni hari terakhir exam! *senyum sampai ke telinga* Exam yang berakhir dengan paper Pharmacology yang memang terkenal sebab ramai sangat yang ___________ *isi tempat kosong*. Insha Allah Tini boleh kan? Kalau memang dah ditakdirkan tak boleh jugak kenalah repeat.

Failing is part of learning.

You learn to fail if you fail to learn. (Being Happy)

Bukan bersangka buruk, tidak positif atau apa cumanya hanya untuk mengingatkan diri bahawa ada kalanya kita di atas ada kalanya kita di bawah. Dan juga cuma bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Rasa lebih tenang bila hati ini tidak lagi menidakkan tapi menerima bahawa akan dua kemungkinan itu.

I feel like more humane.

***

Alkisah tentang seorang budak perempuan selepas keputusan SPM keluar, dia menangis kerana tak dapat straight A's macam kawan-kawan dia yang lain. Hampir satu minggu lamanya. Makan tak lena,tidur tak kenyang, mandi memang tetap basah. Takde siapa yang tahu sampailah satu hari mak dia tiba-tiba 'menerjah' bilik dia. Mak dia pun cakap,

" Bersyukurlah. Ada orang satu A pun takde."

Mula-mula dia dapat lah terima hakikat tu tapi bila diuji sekali lagi kerana di'reject' oleh encik MARA dia pun menangis lagi. Menyalahkan si B3 sekali lagi & lagi.

Sekali lagi direject pula oleh encik UIA. Dia menyalahkan lagi si B3.

Terdampar di Matrikulasi Labuan, selama dua bulan dia tertekan & lama kelamaan barulah dia menerima hakikat bahawa sudah takdirNya begini.

Dan, sekarang budak tu tengah menaip entri ni ======> Tini.

***

Okay itu kisah saya! :P Budak perfectionist yang selalu mengharapkan dirinya melakukan yang terbaik dan dapat result yang terbaik setiap saat dan ketika untuk segala-galanya & lupa bahawa manusia ini tiada yang sempurna. Hanya Allah yang Maha Sempurna.

Dan sekarang, saya sedang dalam proses untuk me'manusia'kan dan mengenal diri. Proses yang saya sendiri pun tidak tahu bila penghujungnya.

Saya bertanya kepada seorang Ustaz

"Ustaz, kita kena kenal Allah baru kenal diri ke kenal diri dulu baru kenal Allah?"

Ustaz tu pun menjawab,

man 'arafallah faqad 'arafa nafsah
barangsiapa yg kenal ALLAH maka dia akan kenal siap dirinya

man 'arafa nafsah faqad 'arafaLLAh
barangsiapa yg kenal dirinya maka dia akan kenal ALLAH

Ustaz tu pun menambah lagi,

Semasa kita nak mengenal Allah mana mungkin kita lupa diri kita siapa. Dan jugak mana mungkin masa kita sedang sibuk belajar mengenal diri kita lupa kepada Allah kerana semuanya datang dariNya.

Dan sekarang saya seronok sebab boleh tahu apa kekuatan diri & kelemahan diri sedikit demi sedikit. Asyik buat SWOT masa program & orang lain je kan, jadi jom buat SWOT untuk diri sendiri!

Rasa lebih seronok sebab saya sudah boleh menerima kelemahan diri dan berusaha untuk berdepan dengan kelemahan tersebut daripada menyembunyikannya. Kurang stress dan penat. ^_^

Rasa lagi lagi seronok kerana terasa hampir dengan-Nya apabila kita sedar kita cuma HAMBA yang tidak memiliki.

Insha Allah, kembara ilmu semasa cuti ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengenal Pencipta & diri.

Nota kaki: Sedang cuba menghadam buku Being Happy dari Tal Ben Shahar untuk lebih memahami simptom perfectionist. ^_^ Kena buat 'diagnosis' dulu baru boleh buat 'treatment'. X-ray sikit, buat CT scan, biopsy dan segala bagai. Hoho. 'Prognosis'nya serahkan saja kepada Allah. Yang penting ada usaha!

Saturday, January 14, 2012

Hijab

High school, one of the best moments of my life. We grew up together. Our conversation started with boys, love, gossip-ing, oh!-your-bag-is-awesome, stalking and later all those changed to Allah, aurat, iman, hijab. [:

One memory which still stay fresh in my mind was when the TWINS started to wear hijab. A week before, both of them said to Amni and me

"We want to wear hijab but they are not sure when to start."

Tada! Alhamdulillah, few days later they did!

And, another friend of mine Farah also started to wear hijab last year. Alhamdulillah.

Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala ta’atik

O mover of hearts, make my heart firm upon your obedience

[:

Friday, December 30, 2011

Maggi goreng vs Maggi rebus

Jika hidup itu digambarkan sebagai teori relativiti Einsten, kita umpama satu kereta api yang bergerak bersama cahaya.Setiap kali akan ada cahaya yang menerjah gerabak itu pada masa-masa yang berbeza. -Edensor, Andrea Hirata-

Awak dan saya. Kelajuan, pecutan dan jarak yang ditempuh kita berbeza. Awak bawak 50 km/jam. Saya pecut lagi laju, 100 km/jam.

Cahaya demi cahaya menerjah pada masa yang berbeza. Peristiwa demi peristiwa datang kepada kita pada masa yang berbeza. Pengalaman demi pengalaman dikutip dari setiap peristiwa juga pastinya berbeza.

Awak masuk darjah satu dulu. Saya pulak 1 tahun kemudian.

Awak dah pandai eja AYAM awal dari saya. Saya rasa macam awaklah manusia paling pandai masa tengok awak tulis A. Saya pulak 1 tahun kemudian baru tahu eja AYAM tu pergh sangat senang.

Awak pandai baca Al-Fatihah lagi awal dari saya. Saya :O kagum. Saya mengaji rajin-rajin, nak jadi pandai macam awak, boleh baca Al-Fatihah.

Sekarang, awak di Korea saya di England.

Awak jumpa si sepet comel. Saya jumpa mat salih berhidung mancung.

Awak cakap Annyeong! selepas bagi salam masa kita berSkype. Saya pulak cakap Hello! selepas bagi salam.

Hari tu masa balik Malaysia, awak ajak datang rumah. Awak cakap awak masak spesel punya. Sampai rumah awak saya kiss-pipi-kanan-kiss-pipi-kiri & hugs *in combo* sebab saya rindu sangat dengan awak.

Saya buat muka tak malu tanya pasal lauk spesel hari ni yang awak janji dalam sms.

Tada~! Maggi sup goreng tambah daging panggang spesel resipi dari Korea.

Saya buat muka :O dan cakap pelik. Mana pernah orang buat di England & Malaysia. Saya tak nak cuba dan asyik kata itu pelik. Maggi sup rebus la paling sedap di dunia kalau letak telur lagi sedap.

Saya suruh awak baca manual belakang maggi. "Tengok. Mana ada dia cakap goreng. Rebus, rebus!"

Tiba-tiba adik awak Andreana Hirata datang sambil bawak nota Fizik dia dan membaca notanya dengan kuat,

Jika hidup itu digambarkan sebagai teori relativiti Einsten, kita umpama satu kereta api yang bergerak bersama cahaya.Setiap kali akan ada cahaya yang menerjah gerabak itu pada masa-masa yang berbeza.

Oh! Kita pun tersedar. Bahawa kita sememangnya berbeza kerana cahaya yang menerjah gerabak hidup kita berbeza.

Saya pun mula rasa resepi spesel awak tu tak pelik tapi unik & harus sekali untuk dirasa. Bila rasa & kunyah 40 kali terasa sungguh nikmat sebab sangat berbeza dari maggi rebus campur telur.

Tammat.

We cant expect people to think & act like us. They have going through different environment & situation in life. Accept the fact that we are different. That is what the Prophet did, he accepts Umar who is so strict , Abu Bakar the opposite of Umar and everyone just the way they are. There must be a reason why Allah swt created us with distinct characters. :pandacloud_26:

Nota kaki: Kalau semua orang macam saya, hmm. Berwarna pink lah seluruh rumah di Malaysia. :pandacloud_32:

Friday, December 2, 2011

Mandrake

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaa~! *Just imagine that now you hear a Mandrake the screaming plant crying*

Tada! This is Mandrake. For those who are 'kipas-susah-mati' @ die-hard fan of Harry Potter of course you will know about this loud thingy which appeared in the Herbology class.

Oh well, I am not planning to rant about Harry Potter stuff. Okay, why on earth I suddenly write about this Mandrake is because I did learn about this Mandrake in real life, not in Herbology but in Pharmacology. In real life this plant is known is Mangrene, alkaloid anti-cancer agent *I am not sure about the spelling* Yeah, this is for real! I was like 'Did JK Rowling learnt Pharmacology?'

Thanks to my favorite-lecturer-of-all -time Dr Rohi who told us during the Pharmacology class. I am sooooooooooooo sad because today's class was his last lecture with us. I never felt bored & even sleepy in his class *lie, actually there was one time I slept for 15 minutes but that was the first and the last*. He always, all the time said 'Pharmacology is not just about you read the books and hafal, hafal and hafal those drugs name people. Relate it with your life.'

When he taught us on the anti-schizophrenia drugs he asked us ' Do you know a Beautiful Mind movie?' Then he made rolling eyes because 99% of us were 'haaaaah?' Hoho.

' So do you watch this this *bla bla*?' Again we were 'Haaaa?' Another rolling eyes.

'Do you know this drug is named by the Dewa Greek?' He even told us the full story okay.

He is so awesome! He did get his PhD during his early 30! He's aware of his surrounding; he covers lots of areas & knowledge. He is a student friendly lecturer and what made me sooo touched was, today his file was corrupted so he said to us ' I need to go to the office to get the file ok'. Blok H sangat laaa jauh ok dari DK1. He is so committed to his job.

His last word was ' Jangan belajar semata-mata kerana exam. Saya harap awak semua dapat aplikasi perkara yang saya ajar dalam hidup. Memang la you kena skor exam tapi life long learning is what really matter. Saya doakan you all dapat yang terbaik.'

I want to like him someday or better, yes maybe when UNIMAS opens their Allied Science Faculty I can be one of the lecturer kan? ^____^

Sheikh Abd al-Fattah Abu Ghuddah hafizahullah menegaskan di dalam buku beliau al-Rasul al-Mu’allim, salah satu daripada teknik mengajar yang diamalkan oleh Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam sebagai seorang guru, adalah mencegah kejemuan anak murid. -Pembaziran yang terhijab,SaifulIslam.com-

p/s: i wrote this post 3-4 days ago and i only have the time to post it now cos Jaring meragam.

Monday, August 15, 2011

We are ...

Alhamdulillah, hari ni rasa tergerak hati nak menconteng sikit di blog ni. Sikit je.

***
Pada 9 Ogos 1991, tepat pada masa azan Subuh berkumandang, seorang bayi perempuan telah selamat dilahirkan di Klinik Ibu dan Anak, Kuching. Comel kot, LOL. Sekarang alhamdulillah, sudah 20 tahun dia hidup. Moga hidupnya dipenuhi dengan rasa kasih serta cinta kepada Rabb-Nya, kekasih hatinya Rasulullah saw dan sentiasa menyenangkan hati ibu dan bapanya. Ameen.

Martini. Itulah nama yang dicadangkan oleh salah seorang ahli keluarganya. Pernah dengar tentang Martini on the rock/Martini cocktail dsb? Kalau tak pernah google sekarang. Setelah berbincang, akhirnya nama yang dipilih untuk bayi tersebut ialah NUR HARTINI.

Terima kasih kepada keluarga serta sahabat-sahabat yang menitipkan doa serta mengucapkan Selamat Hari Lahir, Selamat Hari Jadi, Happy Birthday, Sanah Helwah, HB MGBU, Eid Milad dsb. Moga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangnya kepada kita.

Kepada yang sudi memberikan hadiah, terima kasih~!Kak Adiba, Aisyah dan Zainab. Felt cupcakes yang supercomel dari Aisyah. Gelang yang berkilau-kilau dari Kak Adiba dannn buku pink yang cantek dari Zainab. Hua. Terharu. Paling terharu, bila mak sendiri yang cakap 'Happy birthday!' dan dia siap tanya nak hadiah apa. Tak perlu hadiah pun takpe. Banyak sangat dah hadiah yang mak dah bagi. Tak terkiraa. <3 Terharu, terharu.

***

Yang buku di atas dan di bawah tu hadiah untuk diri sendiri. Dah mula insaf kot. Hoho. Disebabkan dah rasa bosan asyik masak makanan yang sama jadi saya pun keluarkan sikit duit untuk beli buku-buku ni. Takdelah mahal sangat pun. Buku Baking RM 16.90 dan 50 Hidangan Penambat Selera cuma RM 19.00 je.

Pen off.

We are what we eat & we are what we read.

Ramadhan 2011, Kuching.

Wednesday, May 18, 2011

Seribu erti.

5 Mei 2011. Pada pukul 1.30 petang, saya dan rombongan dari PERKEPIS telah berangkat ke Kampung Sebuyau untuk memikul amanah sebagai fasilitator bagi program Jom Cemerlang PMR 2011.

Perasaan gembira memenuhi ruang di dada kerana tidak sabar mahu bersua muka dengan adik-adik di Sebuyau. Program bermula pada hari berikutnya iaitu pada 6 Mei 2011.

Pada hari pertama, saya teruja melihat jumlah adik-adik yang mendaftar kerana saya tidaklah menjangkakan jumlah mereka begitu ramai. Dalam masa yang sama saya rasa gementar kerana takut tidak mampu untuk memberikan yang terbaik. Allahlah sebagai sandaran, hati berbisik.

***

Tadaaa~! Inilah wajah-wajah adik kesayangan saya. Mereka semuanya baik-baik belaka. Subhanallah. Pertemuan singkat di antara kami bukanlah pertemuan yang sia-sia. Banyak perkara yang telah saya pelajari dari adik-adik comel ni. ^_^

"Pekerjaan ayah saya ialah nelayan".

Dari adik yang pertama hingga yang terakhir yang memperkenal diri, hampir kesemuanya mengatakan pekerjaan ayah mereka ialah nelayan ataupun petani. Ibu mereka pula kebanyakannya suri rumah. Adik beradik mereka juga ramai.

Subhanallah. Walaupun berada di dalam kesempitan hidup, mereka masih lagi mampu untuk mengukir senyuman indah kepada saya. Mereka tetap berusaha untuk ke sekolah walaupun ada yang terpaksa berjalan seawal pukul 4 pagi.

Misi utama kami ke Sebuyau ialah untuk menyampaikan kepada adik-adik bahawa anak-anak yang tinggal di pedalaman juga mampu untuk berjaya seperti orang lain di sebalik kekurangan yang membelengu hidup mereka. Mereka mampu untuk melangkah ke universiti seperti orang lain dan akhirnya, mereka juga mampu untuk mengubah kehidupan keluarga.

***

Pertemuan dengan warga SMK Sebuyau membawa seribu erti. Semoga Allah mempertemukan kita semula di lain waktu. Insya Allah.

Wednesday, May 4, 2011

My name is Yankumi.

"Hi. My name is Yamaguchi Kumiko. You can call me Yankumi."

Dialog kat atas tu dipetik dari drama bersiri Jepun, Gokusen~!

Drama yang sangat best. Tersangatlah best sampai saya sanggup menghabiskan tiga siri ( Gokusen 1, 2 dan 3) sebelum, semasa dan selepas minggu peperiksaan. Hehe. Budak jahat. Tsk tsk.

Yankumi ialah seorang guru Matematik. Odou. Itulah gelaran Yankumi di rumah. Sayapun tidak ingat apa maksud Odou, tapi apa yang pasti Odou ialah gelaran yang ada kena mengena dengan ketua Yakuza.

Lantaran minat yang mendalam terhadap bidang pendidikan, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menjadi Ketua Yakuza.

Yankumi ialah seorang yang optimistik dan suka bersangka baik terhadap para pelajarnya walaupun 100% daripada mereka ialah 'delinquent' belaka. Disebabkan Yankumi sudah biasa bergaul dengan manusia-manusia yang lebih dashyat (betul ke ejaan ni?) dari para pelajarnya, dia lansung tidak pernah takut terhadap mereka. Yelah, dia lagi power~

Para pelajarnya suka bergaduh seolah-olah bergaduh tu macam dah jadi rutin harian. Ada juga yang pernah memukul guru. Kurang adab. Cukup lengkap semuanya. Macam Maggi Cukup Rasa.

Tapi, Yankumi masih percaya bahawa mereka semua masih mempunyai sisi yang baik. Dia percaya bahawa mereka semua mempunyai keinginan untuk berjaya di dalam hidup cumanya mereka tidak tahu bagaimana mahu memulakan langkah pertama.

Kerana inilah saya jatuh cinta dengan drama ini. Jatuh cinta dengan sikap Yankumi. Lupa nak cakap, Yankumi ni perempuan ye. Hoho.

***

"Eh, dia ni asyik lepak je. Takde kerja."

"Tak malu ke pakai legging? Macam nangka pun ada."

Memang kadang-kadang kita tidak mampu untuk menahan hati dari asyik mengata orang di sekeliling. Penampilan mereka mungkin tidak menyenangkan. Gaya percakapan mereka mungkin pada pandangan kita sebagai kurang adab.

"Daripada asyik mengata baik kita mendoakan orang tersebut dan diri kita." Ukhti kesayangan pernah mengingatkan saya.

Jangan asyik memandang kepada sisi buruknya sahaja. Berlaku adil dan optimis. Pandang pada sisi positifnya.

Setiap orang mempunyai latar belakang yang berbeza. Persekitaran membesar yang berbeza. Mereka juga tidak mahu untuk menjadi pencuri, kaki samseng atau jadi manusia yang ingkar kepada perintah-Nya. Ada pernah kita mendengar semasa kita di sekolah ada yang mengatakan

"Bila saya besar nanti saya nak jadi perompak lah cikgu."

Tidak ada kan? Semuanya mahu menjadi orang yang baik-baik.

Jadi, marilah kita sama-sama cuba memahami. Jangan kerana penampilannya tidak menyenangkan hati kita kita mudah untuk membuat satu penilaian yang terus menyimpang ke arah yang negatif.

Semua kata-kata di atas lebih ditujukan kepada diri sendiri yang sukaaa sangat bersangka buruk.

***

Bercakap pasal pelajar, teringat pulak dengan para pelajar saya yang comel-comel nihh. Err, macam tak kena je guna pelajar, murid-murid. Ok, murid-murid.

I miss them. Be a good servant to Allah and be good to your parents. Teacher loves all of you my little khalifahs~!

Wednesday, April 13, 2011

Of Reminiscence

Assalamualaikum wbt.

13th April 2011

I have no idea why am I super duper active in updating my blog in this critical time. I should have spent more times on books. Tini, tomorrow is Physics. Tomorrow will be a nightmare. Trust me. Prof XY has high expectation on us. He will give questions which will make we feel like I-have-never-read-this-before or we will end up crying a moment we walk out from the examination hall. Last time, I think I would fail the exam. In the end, alhamdulillah Allah still has His Mercy on me and I got C.

***

Reading Kak Maira's blog makes me feel like digging into the past. Ouh. I am a naughty fellow back then. Hoho. I am not a fast learner (being positive by saying this instead of using slow learner). There were times I spent 2 hours to solve one Additional Mathematics question. You see how not fast (trying so hard to be optimistic) I am?

I had failed 90% of my Mathematics paper in Primary One till Primary Three.

I am never good at 'tulisan berangkai'.

I had no talent in music.

My History marks were never more than 62% for 3 years in row (Form 1- 3).

There was once I almost fail my Physics paper. It was so close. 40%. I NEVER EVER score an A.

I did lots and lots and lotssssssssssss of careless mistakes for Mathematics paper.

I easily forgot what I have read.

Procrastinator is my second name.

***

14th April 2011

Looking back at 2005, it was a year which turned my life 360 degree. Tini who always failed Mathematics in Primary One-Three and never gets more than 3A's in Primary 6 suddenly became one of the best students in my school. Alhamdulillah.

In 2006, I was shocked by my PMR results. Alhamdulillah. I managed score 8A and 1C (Arabic). For someone who is a not-so-fast-learner like me, it was really something.

In 2008, another shocking news. I did manage to get 9A's and 1B3 (Add Math). Most of my friends were shocked and of course happy to see my achievement. Even I myself did not believe it after looked at the board once. In fact, I kept on approaching the board for more than 3 times to make sure that I am not dreaming. Alhamdulillah. Allah had given me another chance to succeed again.

***

Reminiscence of the past gave a big impact on me. It taught me one big lesson: Even if you are slower than a snail, it does not mean you cannot succeed. You just need to double/triple up your efforts and have faith in Allah.

Snail race. Cute.

Now, I am still the not-so-fast-learner. I did spent days to finish off one topic particularly for Physics. Knowing my weaknesses help me to sort out a few solutions to overcome them.

1. Start my revision during holiday

2. Read books/notes before entering the class

3. Updating notes as soon as possible

4. Be an active listener in class since lecturers tend to give hint on the exam's question

5. For real, I did make analysis for each of my lecturers' backgrounds/habits in class. I even asked my seniors, lecturer and friends' from other courses. Hoho. Call me a stalker. The better you know your lecturer, the easier you can score. There is one of my lecturers who will only gives questions based on his lecture notes. My Anatomy lecturer will never do that, forever. Physics lecturer is an unpredictable person. My tutor is always being so nice to me (and to my friends too). Hoho.

Pen off.

Note: Today's Physics paper is just so-so. Still, I have no confidence in me. T.T Tawakal, tawakal.

"...kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kpd

Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yg bertawakkal." (Al-Imran:159)

Monday, March 28, 2011

Sayalah Pengkritik Filem terhebat!

tahun depan, saya bakal melakar sejarah. jadi pengkritik filem. jadi pengkritik filem ni bukan senang. ecececehhhh. tak main la kritik filem hikayat serong titiwangsa, king's audio & speech. out of list terus!

source:google

budak PDR kritik filem x-ray je. tahun depan kena buat sungguh-sungguh la kritik mengkritik filem ni. tak sangka ada jugak aktiviti mengkritik ni. bolehh kan tini tahun depan dapat paling ciput pun 3.7 la. mesti boleh punya.

Wednesday, March 23, 2011

Tonsil yang meragam

Assalamualaikum~

Terlampau lama dah tuan punya blog mendiamkan diri. Ada rasa hati nak menulis tapi asyik-asyik setengah jalan je. Banyak lagi entri yang masih tersadai di dalam draft. Alahai~ Sabo je lah.

Alhamdulillah, demam sudah beransur sembuh. Sejak dari minggu lepas, macam-macam penyakit yang menimpa diri. Kafarah dosa Tini~ Mula-mula diarrhea, hujung minggu lepas tonsil mula meragam dan tekak terasa perit, bermaksud jeng, jeng, jeng, akan demam tak lama lagi.

Tepat tekaan saya! Hari Isnin kepala mula rasa berat. Dengan adanya amali Fizik kepala makinnnnn terasa berat. Malamnya pula yang paling dashyat, tidur dari petang sampai ke pagi sebab sangat tak larat dan tak tersedar.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi mendermakan Panadol, Panaflex dan paling best sekali ada pakej urutan. Hehe. Mengadanya. Malam semalam, saya menggigil-gigil kesejukan walaupun dah guna sweater dan selimut dua helai.

Semalam jugak, saya ke bilik rawatan kolej untuk check up apa yang patut. Sekarang ni kan tengah popular Adeno Virus = Virus Kencing Tikus. Rasa cuak sebab semua simptom saya ada. Doktor tu cakap kalau masih tak sembuh lepas saya pergi klinik panel saya kena pergi HUKM buat blood test. Harap-harap takde apa-apa kan. Doktor tu cakap semua simptom tu jadi mungkin sebab tonsil saya bengkak.

Jadi, hari ini saya dan kawan saya Cik Izy, dengan rasa bangganya pergi ke Klinik Reddy di Jalan Ipoh. Rasa bangga sebab pertama kali pergi klinik sendiri. Chewahh. Alhamdulillah berjaya jugak pergi dan balik dengan selamat.

Rindu sangat masa dekat rumah. Ada makanan yang sedap. Mak yang bawak pergi klinik dan paling penting ada urutan kasih sayang kalau sakit. ^_^

Hidup jauh di perantauan ni banyak benda kena buat sendiri. Kadang-kadang kena naik teksi sorang-sorang. Jalan kaki sorang-sorang. Pergi beli barang sorang-sorang. Masa ni lah terasa pergantungan dengan Allah kuatttt sekali. Suka, suka, suka. Moga semua ni jadi satu tarbiyah yang membentuk diri saya supaya sentiasa meletakkan pergantungan kepada Allah di tempat yang tertinggi. ^_^

Thursday, January 27, 2011

Aurat Saya, Maruah Saya

Lokasi: H425, KTSN
Mode: Drama Queen

*angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, walaupun mentari terik, panas tak terasa, Alhamdulillah syukur ucapan kepada sang Pencipta*

Hoho. Sengaja nak berdrama sekejap.

Dari beberapa hari lepas lagi saya berniat untuk mencoretkan sedikit intipati dari kuliah Maghrib di Surau Siti Khadijah pada Isnin yang lalu. Sesuatu yang boleh dipanggil sebagai an-eye-opening. Kuliah ini diadakan bersempena dengan Kempen Aurat Saya Maruah Saya untuk Bulan Penghayatan Islam KTSN.

Serba sedikit pengenalan tentang penceramah. Beliau berasal dari Kuala Lumpur. Pernah menuntut salah sebuah pesentren di Indonesia dan selepas itu menyambung pengajiannya di Kolej Insaniah dan seterusnya ke Universiti Al-Azhar. Ustazah Sharifah Durrah namanya. Sweet dan solehah. Omo~

Ps: Apa yang tertulis di sini bukanlah 100% yang ustazah tu cakap ye. Saya ambil intipatinya sahaja sebagai guideline dalam penulisan ni.

Kenapa kita wajib menutup aurat?

" Tak adil lah perempuan kena tutup semua. Lelaki sikit je kena tutup."

Ustazah memulakan kuliahnya dengan sedikit provokasi. Kami semua hanya tersenyum. Kemudian, ustazah bertanya satu soalan,

" Siapakah yang menurunkan perintah menutup aurat?"

Semuanya menjawab, Allah. Iya, semua orang tahu bahawa perintah tersebut diturun oleh Allah swt (Surah An-Nur: 31). Tetapi, hanya berapa kerat sahaja yang benar-benar menurut perintah Allah. Seolah-olah mereka menyamakan perintah Allah itu dengan perintah makhluk. Endah tak endah sahaja.

Jika Allah murka kepada kita kerana meninggalkan perintahnya kepada siapakah kita mahu bergantung?

Sebenarnya wahai muslimat sekalian, perintah menutup aurat itu tandanya Allah menyayangi kita. Kerana Dia tahu ada bahagian-bahagian wanita kalau tidak ditutup boleh membawa banyak masalah. Kalau kita lihat sekarang, antara punca yang menyebabkan berlakunya kes rogol, sumbang mahram dan zina ialah kerana wanita tidak menjaga tata cara pemakaiannya.

Hikmah menutup aurat

1. Untuk membezakan manusia dengan binatang.
Mendengar sahaja hikmah yang pertama ini tiba-tiba ter'pop-up' satu kata-kata yang pernah saya dengar di dalam sebuah rancangan realiti TV Amerika.

Less is more.

Kalau dalam rancangan tersebut, kata-kata ini merujuk kepada apabila makin sikit kain yang digunakan untuk membuat baju, itulah yang terbaik. Tapi, saya sendiri suka menggunakan dan mantafsirkan kata-kata tersebut sebagai makin sikit yang didedahkan, semakin baik. Apabila kita mengaplikasikan 'less is more' ini dalam kehidupan insya Allah, ia bukan sahaja boleh mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri malahan kepada orang di sekeliling kita juga.

2. Menutup aurat boleh membantu kepada proses pembentukan akhlak yang mulia.

3. Untuk membezakan orang Islam dengan yang bukan Islam ( terutamanya bagi wanita ).

4. Berupaya mengelakkan diri dari diganggu oleh manusia yang berhati jahat.

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:21)

Coretan kisah lama

Dahulu, saya gemar menggunakan t-shirt biasa dan jeans.Tudung pun nipis dan singkat. Saya masih ingat lagi baju labuh pertama saya dibeli pada tahun 2008. Hoho. Masa tu, di Sarawak nak cari baju labuh memang sangat sukar dan kalau ada pun harganya mahal. Jadi, saya ambil alternatif untuk membeli baju t-shirt labuh secara on-line. Tadaaa~ Selepas 2 bulan baru baju tersebut sampai.Sangat lama kan? Sebab rasa gembira jadi tak kisah sangat baju tu sampai lambat.

Pada hujung tahun 2008, itulah titik permulaan saya berubah. Pada peringkat permulaan, saya melabuhkan tudung saya sedikit demi sedikit.Saya kumpul baju-baju yang labuh dan memperbanyakkan penggunaan baju labuh dan baju kurung.Saya bersihkan almari baju dari baju-baju yang singkat dan ketat. Selepas itu, saya berjinak-jinak menggunakan stokin tangan dan kaki. Pada mulanya ada sedikit rasa janggal. Tapi, lama kelamaan kejanggalan tersebut bertukar menjadi keseronokkan. (^_^)V

Kalau dari sudut pergaulan pula, ada perubahan yang besar yang berlaku. Hubungan saya dengan keluarga semakin baik. Saya mula mengurangkan perhubungan (baca:komunikasi yang tidak penting) dengan lelaki. Dan juga saya membuang gambar-gambar saya di Friendster Zaman saya dulu Friendster je yang famous, takde MukaBuku.

Semua yang saya sebutkan di atas bukanlah berlaku dalam sekelip mata. Saya memerlukan masa yang panjang untuk melakukan perubahan tersebut. Ianya memang satu cabaran yang besar bagi diri saya untuk meninggalkan semua kebiasaan.

***

"Tak pandai berfesyen lansung."

"Kenapa tudung dia besar sangat?"

Itu antara suara-suara sumbang yang saya dengar. Di masa awal perubahan saya, saya rasa sedikit down apabila mendengar suara sebegini. Alhamdulillah, sekarang cool je. Lebih cool dari ais.

Alhamdulillah, semasa saya dalam proses transisi tersebut, Allah temukan saya dengan kakak-kakak (yang solehah :) ) yang banyak sangatttttt banyak membantu dan memberi motivasi. Alhamdulillah, dengan kekuatan yang Allah berikan akhirnya saya berjaya~!

Jika memang sudah ada niat untuk berubah, jangan biarkan niat berhenti hanya sekadar niat tanpa disertai momentum untuk merealisasikannya. Mari sama-sama kita berusaha untuk menjadi wanita solehah~! (^_^)V

"Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu sehingga mereka mengubah nasibnya sendiri” (Ar-Rad:11)

Orang yang berpakaian kerana Allah, hanya ada Satu Tuhan yang mahu digembirakannya. Orang yang berpakaian untuk menyedapkan mata manusia memandang, akan menjadi hamba kepada tuhan-tuhan kecil yang mahu digembirakannya. (Saifulislam.com)

Monday, January 3, 2011

Prolog

Maybe it is still not too late for me to say Happy New Year of 2011! For muslims, our new chapters of life have started earlier which was on 1 Muharram.

I was celebrating the New Year at Dusun Eco Resort Pahang. It was a BLAST! *even though I did sleep instead of yelling 'Happy New Year! during the 00.00 o'clock'*.

What on earth I was doing there?

Mm, it was sort of a motivational camp by our Jabatan PDR. One word to describe it: BRILLIANT! An eye-opening. They had shown to us of the importance of critical thinking. Of how to practice it in our study and life. The LDKs and extreme activities captured my attention from the beginning 'till the end.

I can't show you the pictures simply because I have none of them. =.=" I will post it as soon as my seniors have uploaded them on FB.

p/s: All my second year senpai are awesome. I did not know that before this. I am so glad that Allah has destined me to know them closer.

Friday, December 17, 2010

Why I love kids?

Lama sangat dah tuan punya blog berehat (berehat ke malas?)

Auji dan Amali. Dua beradik yang comel dan cerdik. Mereka ni kira anak sepupu saya. Ketika kami melalui perkuburan yang terletak berhampiran dengan Masjid Negeri...

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahhi rabbil a'lamin..
Sampailah ayat terakhir Al-Fatihah.

Subhanallah, mereka terus membaca Al-Fatihah. Selepas itu, mereka terus menyambung perbualan (Comel!). Look, how sensitive they are towards their surrounding. Kita ni yang dah besar gedabak ni pun jumpa kubur buat muka alah-kubur-je-pun. Radio pun main lagu entah apa-apa.

This is one of the reasons why I love kids so much. Mereka sangat innocent. Suci.

Sunday, November 28, 2010

Kisah si Zahra

Saya sangat 'rajin' sampaikan nak update blog pun '
senang'.

Di atas 'kerajinan' yang melampau ni saya akan hadiahkan diri saya dengan percutian seminggu di rumah! sambil menatap si kesayangan: Enche Fizik.

Tinggalkan kisah 'kerajinan' yang melampau tersebut, kita buka lembaran baru. Saya akan ceritakan satu kisah. Kisah si Zahra. Semasa Zahra berusia kira-kira 8 tahun, cita-citanya ialah mahu menjadi seorang model. Ya model. Model iklan. Model runaway. Mahu jadi cover girl majalah konon.

Setahun dua berlalu dia menukar cita-citanya. UP sikit,
kepada seorang wartawan. Nak keluar TV.

Saya Zahra Muhammad melaporkan dari Permatang Pauh.

Seterusnya, dia mahu jadi seorang pereka fesyen pula.

Setahun dua tiga tahun berlalu, tertukar lagi cita-cita
Cik Zahra ni. Kali ini dia mahu menjadi seorang arkitek..Dia terpengaruh sakan dengan buku Ahadiat Akasyah yang dibacanya semasa dia berada di tingkatan dua.

Naik lagi selangkah menuju ke tingkatan empat, cita-citanya berubah 360 darjah. Mahu jadi doktor pula. Dia terpengaruh dengan rakan-rakannya yang kebanyakannya mahu menjadi doktor.

Habis matrikulasi, dia mula terfikir tentang realiti hidup yang sebenar. Dia mula tidak yakin dengan kemampuannya untuk menjadi pelajar perubatan. Lalu, dia pun mencari cita-cita alternatif iaitu Fisioterapis. Allah lebih mengetahui mana yang terbaik untuk dia dan Dia telah meletakkan Zahra di dalam kursus Fisioterapi di sebuah universiti tempatan.

***

Orang yang mempunyai cita-cita itu ialah orang yang punya matlamat dalam hidupnya. Iya, memang cita-cita mungkin akan berubah. Tapi, lebih teruk lagi orang yang tidak mempunyai cita-cita lansung kan? Kita perlukan matlamat untuk memandu hala tuju kehidupan kita.

Kembara Hijrah bersama adik-adik dan rakan-rakan PERKEPIS pada hari Khamis 25 November yang lepas memberikan satu pengertian yang besar bagi diri saya. Tidak mudah untuk berjalan kaki sejauh 12km di dalam keadaan yang panas. Tak cukup air untuk minum ditambah pula dengan kaki yang melecet.

Saya sendiri teruja melihat adik-adik yang cukup mantap motivasi diri serta semangat mereka.

Akak, kalau saya mengalah sekarang saya kalah kak. Saya tak nak naik kereta. Saya masih boleh lagi teruskan.

:'( Sangat sweet kan? Saya sendiri yang akhirnya mengambil keputusan untuk naik kereta untuk sampai ke destinasi. *kantoi*

Masa dalam kembara jaga diri, jaga kawan, jaga kumpulan. Apa-apapun yang terjadi kita mesti sampai ke destinasi.

Pesan Encik YDP PERKEPIS, Saudara Khairul Anwar Shazali.

Dari awal lagi matlamat kami ialah untuk sampai ke destinasi iaitu Pasir Pandak bersama-sama tak kira yang berlaku. Perjalanan yang ditempuh bukannya mudah. Payah. Begitulah kehidupan. Untuk mencapai matlamat, kita perlu menempuh satu jalan yang penuh berliku. Mungkin sesekali kita terjatuh dan kita mesti bangkit semula selepas itu. Bangkit untuk merealisasikan kembali matlamat kita. Jangan pernah mengalah. Saya selalu berpesan kepada diri,

Kegagalan ialah permulaan kepada kejayaan.

Syurga itu manis tetapi jalan menujunya tidak semanis yang kita sangkakan.

(:

Friday, November 12, 2010

Sehari bersama Cik Ainul Mardhiah yang solehah.

Terima kasih ya Allah kerana menjadikan hari ini best! sangat.

Hari ini saya dating dengan Cik Ainul Mardhiah yang comel, mak Cik Ainul Mardhiah: Kak Asmah dan Mila. ^_^

I really have fun. Lots of fun! Sangat best!-kuasa-5 sebab dapat makan laksa Sarawak. Alhamdulillah. Dua bulan saya menunggu. Hoho.

Sangat best!-kuasa-5 jugak sebab tengok Cik Ainul kita ni gembira terlompat-lompat main di taman permainan. Moga jadi anak solehah ye. Amin.

Cik Ainul (2 tahun setengah) sangat solehah. Kalau keluar rumah je dia mesti cari tudung! Subhanallah, kecil-kecil lagi dah suka guna tudung. Dulu, pada mulanya Cik Ainul kita ni memang rasa rimas kalau guna tudung dan sekarang tak lagi. Alah bisa tegal biasa.

Jadi, anak-anak ni kita kena didik dari kecil lagi supaya dah dewasa nanti tak rasa janggal kalau guna tudung. Dan jangan lupa terangkan kenapa perempuan wajib bertudung serta cara penggunaan tudung yang sebetulnya. Terangkan menggunakan bahasa yang mudah dan berperingkat-peringkat mengikut umur. *I think I DO sound like a mother for this part. My friends always said that I resemble their mothers a lot. >.<"*

Budak kecil pun reti nak guna tudung wahai budak besar. Masih tidak terlewat lagi untuk anda membuat keputusan yang betul lagi betul dengan mula menggunakan tudung bagi yang belum. Bagi yang sudah bertudung alhamdulillah. Tapi pastikan cara anda menggunakan tudung itu betul ya. Moga Allah permudahkan untuk kita sama-sama memperbaiki diri. Sayangi diri anda wahai muslimat dengan menghijabkan diri anda.

Saya sayang awak sebab tu saya bagitau. *hugs*

Di sini saya sertakan link video dari Baba Ali yang lucu-kuasa-5 tapi penuh bermakna.