Showing posts with label peribadi/personal. Show all posts

Saturday, April 14, 2012

-

.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.

Ye, kita berbeza pendapat.

Awak suka tu, saya suka yang ni.

So what if I you don't like what I like. I am aware that we think & speak differently. I don't mind.

That thing we call ukhuwah fillah doesn't need us to be 99% the same!

We only need to accept each other just the way we are.

#I hate this feeling! Ini ujian Allah wahai hati. T_T

Monday, April 9, 2012

Dalam hati ada taman.

Salam.

Mode: Dalam hati ada taman. Dalam taman ada bunga.
Lagu latar: Aku Ingin MencintaiMu (Edcoustic)

Nafas seakan terhenti. Slow motion. Tersenyum sampai ke telinga. Tiba-tiba rasa mahu menangis. Tak mampu nak buat apa-apa, kalut.

Kalau tengok dalam cerita macam ni lah kan scene masa jatuh cinta. Rasa macam tak percaya semalam semua ni jadi.

Yeah! Terjatuh cinta! Dengan siapa? ^_^

Dr Abdal Hakim Murad, Prof Dr Faruq Hamadah
*ni je yang saya tau.huhu*

Habib Ali Zain Al-'Abidin

Jatuh cinta & hati kepada mereka yang mencintai Allah & Rasul-Nya! Masha Allah, para ulama' ini sanggup meredah dunia untuk menyampaikan cinta Allah & Rasulullah. Semalam, semua umpama mimpi. Alhamdulillah ada jugak peluang bersama-sama para kekasih Allah. Semoga dengan mendekati para ulama' makin hampir kita kepada Allah & Rasulullah saw. Amin~

Rasa jatuh cinta berkali-kali kepada Allah & Rasulullah & orang-orang soleh itu super duper cool & best. Dengan ter'crush'nya kita berkali-kali, makin termotivasi untuk menyumbang lebih banyak lagi kepada ummah!

Makanya Tini, bersungguh-sungguh cari ilmu. Bersungguh-sungguh bantu ummah setakat yang mampu. Bersungguh-sungguh solehahkan diri. Bersungguh-sungguh buat assignment. Bersungguh-sungguh habiskan degree dengan cemerlang.

:D

Thursday, April 5, 2012

Ms X-ray 2

Scapula

Density

Velocity

Bennett's Fracture

Anteroposterior

Greater Tubercle

GUI <<< I never imagine that I'll actually learn this Matlab stuff. Blur tapi seronok sebab selalu masuk kelas macam bajet tau semua kan*LOL*, eh maksudnya ada idea la kan akan belajar apa hari ni tapi kali ni "WAHH! benda macam ni wujud sebenarnya." Tak pernah tau pun makhluk Matlab ni. Lepas belajar subjek ni baru tau nak menghargai kerja keras para pereka laman web, iPhone, Microsoft dan yang sewaktu dengannya. Terima kasih~ korang telah bekerja keras untuk memudahkan hidup kami manusia yang biasa-biasa ni. :P

Budak Engine & IT tabik spring dengan korang yang boleh menghadam benda alah bernama command. Tahniah!

Kenapa saya kena belajar guna Mathlab? Macam pelik kan, budak X-ray guna Matlab? Ada masalah dengan perancangan kursus UKM ni. Hoho. << Negatif sungguh.

Sekarang kan zaman dunia digital. Disebabkan ke'digita'lan mesin-mesin radioterapi & radiologi jadi saya kenalah tahu kan apa yang terjadi disebalik image enhancement dll yang saya buat. Tak nak la jadi orang yang tahu klik-klik Cik Tikus tanpa tahu apa-apa seperti robot.

Jarang sangat dah sekarang guna filem ni semua. Bilik gelap (tempat proses filem yang gelap dan cuma ada lampu merah sebab filem tak boleh kena lampu lain selain merah, nanti takleh guna. alah ni ala-ala bilik cuci filem kamera) dah makin gelap sebab takde orang nak guna. Hoho. Semuanya guna benda-benda canggih. Masa lab je suka suki masuk bilik gelap. Jangan tak merasa la kan. Nanti kerja 'Selamat tinggal Bilik Gelap' kalau kerja dekat hospital besar. Kalau~ Di mana-mana pun tak kisah, ada hikmahnya. Orang yang bergelap insha Allah lebih ikhlas & tabah sebab banyak benar rintangan & cabaran nak guna bilik gelap ni. Yang guna day-light processor/EPID (plate that records image) manfaatkan sepenuhnya teknologi yang ada & berusaha untuk hasilkan radiograph yang terbaik. Jangan sia-siakan kemudahan yang ada. Jangan susahkan radiologist & pesakit.

Sekian.

# Harap dapat kerja dekat Sarawak nanti. :D Tolong doakan.

Sunday, April 1, 2012

Sweet.

Dikala hati sedang mendung semendung muka yang sunburn sebab berpanasan di Bukit Cerakah, Allah hadirkan seorang sahabat yang memerlukan nasihat & kata-kata semangat dari saya yang sedang hampir lumpuh semangatnya ini dek kerana report tak siap-siap lagi~

Rupa-rupanya Allah nak tunjukkan bahawa ada lagi orang yang berada dalam situasi yang lebih sukar dari saya sampai hilang habis semangatnya berbanding dengan saya yang cepat sangat melatah hanya kerana En Reports. Makanya jangan terlalu cepat melatah wahai hati.

Subhanallah, Allah itu sweet. (:

Friday, March 23, 2012

Rumah Sakit

Bila saya pulang ke rumah lewat dan dapat nota2 begini-saya tersenyum sendiri mengucap syukur.... Merekalah membuatkan hidup saya amat bermakna... :) Barakallahufiha.
-Dicolek dari FB Kak Dina-

Bila baca nota ni tetiba jadi homesick. Teringat pulak drama sedih di makmal minggu lepas. Jadual klinikal sudah keluar jadi secara rasminya cuti menjadi pendek sependek pendeknya maka keberadaan di rumah pun menjadi sekejap. Saya akan posting di Rumah Sakit Selayang untuk bulan hujung bulan 7 sampai 9. Kami pun menangis secara berjemaah *dalam hati & betul-betul, cuma saya & Farah sebab rumah kami lebih lebih lebih & lebih dari 2 marhalah* Masa LI je boleh posting di Hospital Umum Sarawak T.T lama lagi~ Kamilah anak-anak perantauan yang fragile hatinya.

Mode: Rindu~ Terlalu padamu, tiada terhitung. Homesick. Rindu orang rumah & dapur :P . Hari ni hari jadi En Mardan << ayah. :D Hadiah dah beli awal tapi tak pos lagi nih. =.="

***
24 Mac 2012

" 70 puluh ribu malaikat mendoakan kita bila kita menziarahi orang sakit. Bila kita bekerja di hospital, ramai pesakit yang kita ziarah & rawat. Jadi,pandanglah hospital sebagai ladang ibadah kita. Jauh sekali mereka yang bekerja di hospital ini dari perkara-perkara maksiat. "
-Prof Dr Muhaya, IKIM.fm-

Serta merta hati rasa tenang & bersemangat nak pergi klinikal dah tak homesick dah *kurang sikit* . ^_____^v

Motto: Berjasa Kepada Masyarakat

Wednesday, February 29, 2012

Permainan baru!

Salam.

Maaf baby *blog ni* sebab mengabaikan awak. :'( Cuti semester ni sibuk sangat. Sibuk jadi hamba, anak, cucu, suri rumah setengah hari, jiran, babysitter, anak buah, penggerak program, pemandu dan lain-lain.

Semester ni saya tak mengalah dekat awak Encik/Puan/Cik Nafsu-Nak-BerMukaBuku yang melampau dan awak Encik/Cik/Puan Movies dan awak jugak Katil!
Mohon doa awak(s) agar Allah mudahkan urusan saya & awak (s).

Permainan terbaru! yang diperkenalkan masa kelas Radiografi Am.
Dialah teman susah senang masa ambik x-ray. (:

Tuesday, January 17, 2012

Prognosis

Alhamdulillah. Secara rasminya, hari ni hari terakhir exam! *senyum sampai ke telinga* Exam yang berakhir dengan paper Pharmacology yang memang terkenal sebab ramai sangat yang ___________ *isi tempat kosong*. Insha Allah Tini boleh kan? Kalau memang dah ditakdirkan tak boleh jugak kenalah repeat.

Failing is part of learning.

You learn to fail if you fail to learn. (Being Happy)

Bukan bersangka buruk, tidak positif atau apa cumanya hanya untuk mengingatkan diri bahawa ada kalanya kita di atas ada kalanya kita di bawah. Dan juga cuma bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Rasa lebih tenang bila hati ini tidak lagi menidakkan tapi menerima bahawa akan dua kemungkinan itu.

I feel like more humane.

***

Alkisah tentang seorang budak perempuan selepas keputusan SPM keluar, dia menangis kerana tak dapat straight A's macam kawan-kawan dia yang lain. Hampir satu minggu lamanya. Makan tak lena,tidur tak kenyang, mandi memang tetap basah. Takde siapa yang tahu sampailah satu hari mak dia tiba-tiba 'menerjah' bilik dia. Mak dia pun cakap,

" Bersyukurlah. Ada orang satu A pun takde."

Mula-mula dia dapat lah terima hakikat tu tapi bila diuji sekali lagi kerana di'reject' oleh encik MARA dia pun menangis lagi. Menyalahkan si B3 sekali lagi & lagi.

Sekali lagi direject pula oleh encik UIA. Dia menyalahkan lagi si B3.

Terdampar di Matrikulasi Labuan, selama dua bulan dia tertekan & lama kelamaan barulah dia menerima hakikat bahawa sudah takdirNya begini.

Dan, sekarang budak tu tengah menaip entri ni ======> Tini.

***

Okay itu kisah saya! :P Budak perfectionist yang selalu mengharapkan dirinya melakukan yang terbaik dan dapat result yang terbaik setiap saat dan ketika untuk segala-galanya & lupa bahawa manusia ini tiada yang sempurna. Hanya Allah yang Maha Sempurna.

Dan sekarang, saya sedang dalam proses untuk me'manusia'kan dan mengenal diri. Proses yang saya sendiri pun tidak tahu bila penghujungnya.

Saya bertanya kepada seorang Ustaz

"Ustaz, kita kena kenal Allah baru kenal diri ke kenal diri dulu baru kenal Allah?"

Ustaz tu pun menjawab,

man 'arafallah faqad 'arafa nafsah
barangsiapa yg kenal ALLAH maka dia akan kenal siap dirinya

man 'arafa nafsah faqad 'arafaLLAh
barangsiapa yg kenal dirinya maka dia akan kenal ALLAH

Ustaz tu pun menambah lagi,

Semasa kita nak mengenal Allah mana mungkin kita lupa diri kita siapa. Dan jugak mana mungkin masa kita sedang sibuk belajar mengenal diri kita lupa kepada Allah kerana semuanya datang dariNya.

Dan sekarang saya seronok sebab boleh tahu apa kekuatan diri & kelemahan diri sedikit demi sedikit. Asyik buat SWOT masa program & orang lain je kan, jadi jom buat SWOT untuk diri sendiri!

Rasa lebih seronok sebab saya sudah boleh menerima kelemahan diri dan berusaha untuk berdepan dengan kelemahan tersebut daripada menyembunyikannya. Kurang stress dan penat. ^_^

Rasa lagi lagi seronok kerana terasa hampir dengan-Nya apabila kita sedar kita cuma HAMBA yang tidak memiliki.

Insha Allah, kembara ilmu semasa cuti ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengenal Pencipta & diri.

Nota kaki: Sedang cuba menghadam buku Being Happy dari Tal Ben Shahar untuk lebih memahami simptom perfectionist. ^_^ Kena buat 'diagnosis' dulu baru boleh buat 'treatment'. X-ray sikit, buat CT scan, biopsy dan segala bagai. Hoho. 'Prognosis'nya serahkan saja kepada Allah. Yang penting ada usaha!

Wednesday, January 11, 2012

Unpredictable

If the lecturers said read the textbook, please read the textbook. Even if you feel like you want to faint because there are soooooooooooo many things to read & understand. Even if you really confident the questions are from the lecture notes from your so-called 'sharp thinking and observation' because the lecturer never say you have to read the book, just go and read the book. You never know what will happen.

Human is an unpredictable creature.

*sigh*

I can't wait for the holiday to come. Just thinking about it makes me excited. Wee wee. Kembara Mencari CINTA! *capital letter bling bling* with Kak Comel. :P

Tuesday, January 3, 2012

Setiap helai

"Jangan lokek untuk beli buku,sebab kita ni kan manusia. Lambat laun kita akan lupa jugak apa yang kita belajar. Kalau lupa senang la nak rujuk balik".
(Prof Jamal, pensyarah Pathology)

Saya risau pasal exam. BP & heart rate naik bila lalu tepi dewan exam. *lalu je pun sebab nak ke kafe, melampau kan*

Tapi, yang paling dirisaukan & merisaukan ialah bila saya lupa apa yang saya dah belajar. Selepas exam semuanya macam hilang. Adakah saya belajar semata-mata kerana exam semata-mata? *ouch menusuk ke hati*

Jadi, kena sentiasa betulkan niat Tini. Siang malam bersengkang mata di bawah lampu pendaflour (eh betul ke ejaan ni?), minum oligo koko sebab nak berjaga malam (saya je kot, orang lain minum kopi kan?) kalau sekadar untuk exam takde guna. Takde maknanya. Nada. Fullstop. Titik. Lakukanlah semuanya kerana rasa CINTA kepada ilmu. Pesanan dari penaja: Rajin-rajin baca balik apa yang kita dah belajar sebelum ni. Sayangnya kalau kita lupa perkara-perkara yang kita pernah belajar. Sayang sangat.

Semua ni bukan je untuk diaplikasikan kepada subjek-subjek universiti sahaja ye, segala surah-surah yang kita hafal, segala isi-isi kuliah agama yang tertulis dalam setiap helai buku nota, yang tercatat dalam mana-mana buku yang kita pernah baca pun kita kena sentiasa baca balik & amalkan. ^_^

Nota kaki: Exam Radiation Physics tadi 'terbaik' lah. Bertawakkal & doa je lah. >_<
"Apabila kamu membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah suka orang yang bertawakal kepada Nya."
(Al-Baqarah:159)

Sunday, January 1, 2012

STBM!

Someone told me, "I have a boyfriend. I want to marry him but we aren't able to marry yet. Our parents won't approve."

I am with the parents on this one. Lesson: Don't start what you can't finish. Lower your gaze and protect your private parts. Practice fasting, it will be a protection for you.

Prevention is better (and much less painful) than cure.

Aiman Azlan,Mukabuku.

Sangat setuju.

Satu lagi cara best punya. Pergi JUSCO, Mydin, SOGO dll, pastu pergi bahagian lampin & susu budak-budak ye. RM50 satu tin?! RM60 satu bungkus pampers?! Mesti rasa takut nak usha anak-anak dara orang.Hoho. Jangan mulakan dulu bila belum bersedia secara rohani, fizikal & mental.

Selamat Tahun Baru Masihi! Harap-harap segala azam yang dah dibuat masa awal Muharram dulu dikekalkan & dimantapkan lagi.

Oh, rasa macam dah dewasa sangat pulak. 21 walaupun tak secara r
asmi. Bukan budak lagi la kan. so Tini, behave!

:pandacloud_01:

Thursday, December 15, 2011

Being Happy.

It has been too long since I read books other than my course textbooks. *sigh* Trying very hard to finish Being Happy since it is not mine.

Wednesday, December 14, 2011

This semester

This semester is really something.

Crying, moody, abnormal hormones level and etc are common things happened.

First few weeks I was so stress that I kept on crying *yes, crying while doing reports & reading*

I keep on reminding myself. " Tini, study is a jihad. This is one of the ways to gain Allah bless & love. This is how you can help the Islam & ummah."

Well what makes things become more complicated is my perfectionism. *I have to read Being Happy book!*

Oh Allah, please ease my way.

Sunday, November 13, 2011

Ms X-ray 1

Profile

Name: Mr Lead Block
Mass : 20 kg
Function: Block high energy radiation, gamma ray and etc.

He is small but this heavy(!!!) lead block is the thing that I have to carry back and forth during my Fizik Sinaran experiments for every week *four lead blocks are needed for each experiment (4 x 20 kg = 80 kg). Perghh, luckily in one group there are 2-3 people*

The one we have in the lab is something which looks like a brick but it is made up of lead. Even though it is super duper heavy, we still need it to protect ourselves (yeah, the radiation might be very low but prolong exposure will increase the dose and become harmful to us!)

Quoted from Kak Maira in her post:

Honor my position as an ilm-seeker (though not always by choice)
Remind me about Abu Hurairah who walked under the hot sun for miles, scouring the empty desert in order to gain ilm.
Was he also the one who sold off the last of his property for papers (for him to write his notes) and lived by eating only 1 or 2 dates per day? And tied stones to his belly to combat his hunger?

For an ilm-seeker, hardship is something that we have to face in order to get the ilm. It is fine to carry the lead block forever if that is the only way to get the ilm Tini. Hoho. In the end, what I can say is : Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.

LEAD BLOCK = MY 'TOY'.

Friday, November 11, 2011

HUKM, 8 Zulhijjah

*Allahu dendangan UNIC berkumandang*

*Smart coco A+ dikunyah*

*Otak ligat memikirkan tajuk*

Alhamdulillah, kita masih lagi dalam nikmat Iman & Islam. [: Nah, ni saya kongsikan beberapa untaian nasihat dari mak cik yang saya temu ramah di HUKM untuk Projek Pengurusan Pesakit.

" Nak, segala sakit dalam dunia ni bermula dari sini hati. Kalau hati kita sakit nanti melaratlah sakitnya sampai ke anggota zahir. Bila dah penyakit hati bersarang semua benda jadi tak kena.Nak lihat salah orang je. Salah sendiri tak nampak. Dalam dunia ni kita tak payah la nak sombong, bongkak sedangkan semua benda Allah bagi pinjam.Bila-bila Allah boleh tarik. Allah bagi banyak sangat nikmat tapi sikit sangat manusia yang bersyukur."
(HUKM, 8 Zulhijjah 1432 H, 4 Oktober 2011)

Subhanallah. Dalam kesibukan menyiapkan tugasan, Allah hadirkan seorang ibu untuk memberikan mutiara-mutiara bercahaya bagi mengisi hati yang kian malap.

Wednesday, October 12, 2011

dear me

  • " rmbr

    Allah will not let it happen if He knows you cannot
    this semester also m very serabut
  • but im trying to be positive

  • i hv to send in 2 different proposals and one thesis by the end of this sem

  • on top of my other classes

  • what m trying to say is, dearest

  • We can whine and complain

  • if it makes you feel better

  • i knw u r tired and all

  • i knw how that feels

  • But i supposed for me, during those undergrad days when i had to literally drag myself out of bed

  • my consolation is that mencari ilmu itu jihad "

    (kak maira)

    dear me, pls be strong. pay now, play later.

Friday, August 26, 2011

Di Alam Ribena (3)

Of reminiscence. Dalam bahasa budak sekolahnya KLMJ. Bukan Kolej Matrikulasi Johor. KLMJ = Kenangan lalu mengusik jiwa. Ok, sekarang saya sedang berada di dalam mode KLMJ.

Mungkin sebahagian kecil dari korang ada baca entri Di Alam Ribena 1 dan 2 yang telah ditulis kira-kira 2 tahun lepas semasa saya berumur 17 tahun setengah. Jadi disebabkan entri ini mungkin hampir sama dari bentuk penulisan dan maknanya maka saya memberi tajuk entri ini Di Alam Ribena 3~!

Setelah merayau-rayau di blog seseorang yang saya stalk sejak sekian lama *ehem* Yang-Di'stalk', saya pun terjumpa satu lagi blog Yang-Tak-Pernah-Di'stalk' . Kat blog Yang-Tak-Pernah-Di'stalk' saya terjumpa ini...

Tada~!

Hehe. Wishlist. Senarai impian. Bab berimpian-impian ni memang kepakaran saya. Al maklumlah suka sangat berangan. Maka, bermulalah satu lagi kembara Di Alam Ribena...

Manusia yang sangat cuai dan mempunyai masalah tangan sila angkat tangan~ *Me,me!* Alhamdulillah, memang akhir-akhir ni Allah selalu uji sebab saya cuai sangat. Hehe. Telefon bimbit saya selalunya boleh bertahan sehingga 2 tahun (rekod paling lama). Itupun Nokia yang paling back-to-the-basic. Jadi, saya harap ada telefon yang tahan lasak! Tahap kelasakannya biarlah sampai bila jatuh 200 kalipun takkan rosak. Hehe.

Disebabkan saya ada masalah tangan yang tak boleh tahan tekanan yang kuat,saya tak suka bila bab angkat barang berat-berat nih. Tak suka,tak suka! Paling tak suka bila kena balik KL sorang-sorang dan bawak beg besarrrr yang selalunya paling kurangpun beratnya 18kg. Hua~Walaupun beg tu ada roda tapi masa nak naik tangga, pergi timbang, scan dll, terpaksa jugak angkat beg tu. Dan,sebab itulah saya harap ada timbang & scanner yang rendah, 1 cm tingginya dari lantai dekat airport. Kan senang untuk orang-orang yang senasib dengan saya dan juga untuk golongan wanita. Ataupun,mm lagi bagus kalau semua tempat dekat Malaysia ni guna escalator je,tak perlu guna tangga biasa. Tak perlu susah-susah nak angkut beg yang besar gedabak masa turun tangga. Dannn, lagi bagus jugak kalau ada teknologi untuk meringankan beg yang berat. Hoho.Macam tak logik je.

Noktah. Kembara berakhir di sini. Kalau nak join klik banner ye. Mana tahu kan rejeki. ^___^

Monday, August 22, 2011

My new crush.

Ever since I met my new crush, Baking (ehem, it's actually a book) I can feel that I became more active in the kitchen. Last week, for the first time of my entire 20-years-life-of-being-a-girl I baked a pie. As long as I remember,my bestie, Zainab (her blog: this is me talking) has started to bake pie(s) at the age of 14. Alhamdulillah, it is a positive sign that I have grown up~! Yeay!

Ze photos.

The recipes.

Eat an apple a day keeps the doctor away.

Before.

HOT.

After.

Yummy~!

Ze recipe.

pastry

140g plain flour, plus extra for dusting
1/4 tsp baking powder
1/2 tsp mixed spice or ground ginger or ground cinnamon
1/4 tsp salt
50g caster sugar
55g cold unsalted butter,diced,plus extra for greasing
1 egg, beaten, plus extra for glazing

filling

750-1kg cooking apples,peeled,cored and sliced
100g caster sugar
1/2-1 tsp mixed spice or ground ginger or ground cinnamon
about 1-2 tbsp water

Method

1. Go to www.google.com

2. Type : Apple pie.

3. Tadaa~! You can start making your own apple pie straight away. :p

For this part, I really hope that you will use technology to help you because the steps are toooooooo long and I have no courage to type them. Hoho. If you do have extra money, just buy the book at MPH.

Book title: Baking 100 days everyday recipes (Love Food)
Price: RM 16.90

...

Monday, August 15, 2011

We are ...

Alhamdulillah, hari ni rasa tergerak hati nak menconteng sikit di blog ni. Sikit je.

***
Pada 9 Ogos 1991, tepat pada masa azan Subuh berkumandang, seorang bayi perempuan telah selamat dilahirkan di Klinik Ibu dan Anak, Kuching. Comel kot, LOL. Sekarang alhamdulillah, sudah 20 tahun dia hidup. Moga hidupnya dipenuhi dengan rasa kasih serta cinta kepada Rabb-Nya, kekasih hatinya Rasulullah saw dan sentiasa menyenangkan hati ibu dan bapanya. Ameen.

Martini. Itulah nama yang dicadangkan oleh salah seorang ahli keluarganya. Pernah dengar tentang Martini on the rock/Martini cocktail dsb? Kalau tak pernah google sekarang. Setelah berbincang, akhirnya nama yang dipilih untuk bayi tersebut ialah NUR HARTINI.

Terima kasih kepada keluarga serta sahabat-sahabat yang menitipkan doa serta mengucapkan Selamat Hari Lahir, Selamat Hari Jadi, Happy Birthday, Sanah Helwah, HB MGBU, Eid Milad dsb. Moga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangnya kepada kita.

Kepada yang sudi memberikan hadiah, terima kasih~!Kak Adiba, Aisyah dan Zainab. Felt cupcakes yang supercomel dari Aisyah. Gelang yang berkilau-kilau dari Kak Adiba dannn buku pink yang cantek dari Zainab. Hua. Terharu. Paling terharu, bila mak sendiri yang cakap 'Happy birthday!' dan dia siap tanya nak hadiah apa. Tak perlu hadiah pun takpe. Banyak sangat dah hadiah yang mak dah bagi. Tak terkiraa. <3 Terharu, terharu.

***

Yang buku di atas dan di bawah tu hadiah untuk diri sendiri. Dah mula insaf kot. Hoho. Disebabkan dah rasa bosan asyik masak makanan yang sama jadi saya pun keluarkan sikit duit untuk beli buku-buku ni. Takdelah mahal sangat pun. Buku Baking RM 16.90 dan 50 Hidangan Penambat Selera cuma RM 19.00 je.

Pen off.

We are what we eat & we are what we read.

Ramadhan 2011, Kuching.

Monday, June 20, 2011

Puteriku sayang.

Menoleh kembali hari-hari yang telah berlalu, saya rasa malu. Malu kepada Allah. Malu kerana saya merasakan betapa lemahnya diri saya mengekang diri dari melakukan perkara yang tidak disukai-Nya.

"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang" Aisyah ra.

Kata-kata Ummul Mukminin ini benar-benar membuatkan hati wanita ini luluh. Betapa setiap wanita mengimpikan untuk menjadi wanita yang solehah termasuk diri saya.

Tetapi adakah kita (terutamanya saya sendiri) sudah mengorak langkah untuk merealisasikan impian untuk menjadi wanita solehah? Atau kita sekadar memasang niat semata-mata tanpa mengatur strategi?

Satu muhasabah untuk diri yang sering kali terlupa.

***

Puteriku Sayang (Hijjaz)

Aduhai puteriku sayang
Aduhai puteriku sayang
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dan dirobohkan dan jua dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman

Wednesday, May 18, 2011

Seribu erti.

5 Mei 2011. Pada pukul 1.30 petang, saya dan rombongan dari PERKEPIS telah berangkat ke Kampung Sebuyau untuk memikul amanah sebagai fasilitator bagi program Jom Cemerlang PMR 2011.

Perasaan gembira memenuhi ruang di dada kerana tidak sabar mahu bersua muka dengan adik-adik di Sebuyau. Program bermula pada hari berikutnya iaitu pada 6 Mei 2011.

Pada hari pertama, saya teruja melihat jumlah adik-adik yang mendaftar kerana saya tidaklah menjangkakan jumlah mereka begitu ramai. Dalam masa yang sama saya rasa gementar kerana takut tidak mampu untuk memberikan yang terbaik. Allahlah sebagai sandaran, hati berbisik.

***

Tadaaa~! Inilah wajah-wajah adik kesayangan saya. Mereka semuanya baik-baik belaka. Subhanallah. Pertemuan singkat di antara kami bukanlah pertemuan yang sia-sia. Banyak perkara yang telah saya pelajari dari adik-adik comel ni. ^_^

"Pekerjaan ayah saya ialah nelayan".

Dari adik yang pertama hingga yang terakhir yang memperkenal diri, hampir kesemuanya mengatakan pekerjaan ayah mereka ialah nelayan ataupun petani. Ibu mereka pula kebanyakannya suri rumah. Adik beradik mereka juga ramai.

Subhanallah. Walaupun berada di dalam kesempitan hidup, mereka masih lagi mampu untuk mengukir senyuman indah kepada saya. Mereka tetap berusaha untuk ke sekolah walaupun ada yang terpaksa berjalan seawal pukul 4 pagi.

Misi utama kami ke Sebuyau ialah untuk menyampaikan kepada adik-adik bahawa anak-anak yang tinggal di pedalaman juga mampu untuk berjaya seperti orang lain di sebalik kekurangan yang membelengu hidup mereka. Mereka mampu untuk melangkah ke universiti seperti orang lain dan akhirnya, mereka juga mampu untuk mengubah kehidupan keluarga.

***

Pertemuan dengan warga SMK Sebuyau membawa seribu erti. Semoga Allah mempertemukan kita semula di lain waktu. Insya Allah.