Showing posts with label impian/dreams. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Di Alam Ribena (3)

.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.

Of reminiscence. Dalam bahasa budak sekolahnya KLMJ. Bukan Kolej Matrikulasi Johor. KLMJ = Kenangan lalu mengusik jiwa. Ok, sekarang saya sedang berada di dalam mode KLMJ.

Mungkin sebahagian kecil dari korang ada baca entri Di Alam Ribena 1 dan 2 yang telah ditulis kira-kira 2 tahun lepas semasa saya berumur 17 tahun setengah. Jadi disebabkan entri ini mungkin hampir sama dari bentuk penulisan dan maknanya maka saya memberi tajuk entri ini Di Alam Ribena 3~!

Setelah merayau-rayau di blog seseorang yang saya stalk sejak sekian lama *ehem* Yang-Di'stalk', saya pun terjumpa satu lagi blog Yang-Tak-Pernah-Di'stalk' . Kat blog Yang-Tak-Pernah-Di'stalk' saya terjumpa ini...

Tada~!

Hehe. Wishlist. Senarai impian. Bab berimpian-impian ni memang kepakaran saya. Al maklumlah suka sangat berangan. Maka, bermulalah satu lagi kembara Di Alam Ribena...

Manusia yang sangat cuai dan mempunyai masalah tangan sila angkat tangan~ *Me,me!* Alhamdulillah, memang akhir-akhir ni Allah selalu uji sebab saya cuai sangat. Hehe. Telefon bimbit saya selalunya boleh bertahan sehingga 2 tahun (rekod paling lama). Itupun Nokia yang paling back-to-the-basic. Jadi, saya harap ada telefon yang tahan lasak! Tahap kelasakannya biarlah sampai bila jatuh 200 kalipun takkan rosak. Hehe.

Disebabkan saya ada masalah tangan yang tak boleh tahan tekanan yang kuat,saya tak suka bila bab angkat barang berat-berat nih. Tak suka,tak suka! Paling tak suka bila kena balik KL sorang-sorang dan bawak beg besarrrr yang selalunya paling kurangpun beratnya 18kg. Hua~Walaupun beg tu ada roda tapi masa nak naik tangga, pergi timbang, scan dll, terpaksa jugak angkat beg tu. Dan,sebab itulah saya harap ada timbang & scanner yang rendah, 1 cm tingginya dari lantai dekat airport. Kan senang untuk orang-orang yang senasib dengan saya dan juga untuk golongan wanita. Ataupun,mm lagi bagus kalau semua tempat dekat Malaysia ni guna escalator je,tak perlu guna tangga biasa. Tak perlu susah-susah nak angkut beg yang besar gedabak masa turun tangga. Dannn, lagi bagus jugak kalau ada teknologi untuk meringankan beg yang berat. Hoho.Macam tak logik je.

Noktah. Kembara berakhir di sini. Kalau nak join klik banner ye. Mana tahu kan rejeki. ^___^

Saturday, May 29, 2010

Anda baik hati sikit ke banyak?

Saya kepingin mau membeli buku-buku baru tapi uangnya masih belum cukup. Melihat buku-buku terbaru karya PTS saya geram kerana belum mampu untuk membeli. Di bawah ini ialah di antara buku-buku yang saya ingin miliki (sehingga ketika ini iaitu pada pukul 8.37 malam):

1. Hikayat Amir Hamzah Jilid 1-3 PTS

2. Galaksi Muhsinin

3. Khalifah-khalifah Yang Benar PTS

4. Perang Badar PTS

5. Three Cups of Coffee

6. The Kite Runner Khaled Mosseini

7. Aisyah

Kalau ada buku-buku seperti yang di atas saya alu-alukan anda untuk berkongsi pandangan. Kalau baik hati sikit sila kongsi buku. Kalau anda baik hati banyak sila hadiahkan saya buku. Dannn, kalau anda baik hati kuasa 5 anda bawa saya ke kedai buku, kita shopping! =p

Nota kaki: Baru selesai membaca buku Aku Terima Nikahnya karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Itupun saya pinjam dari sepupu saya. Saya bagi 5/5!

Monday, April 20, 2009

Apabila terkenang entri Di Alam Ribena (2)

Salam.

*the phone, the phone is ringing, there's an animal in danger 2x~... this is serious* ==> lagu latar semasa menulis entri ini. Ya, saya sedang menonton TV3.

Cuaca cerah. Sunyi. Saya seorang je manusia di dalam rumah ni. Yang menjadi peneman cuma Tom ( kucing yang nakal macam Tom dalam cerita Tom n Jerry lagaknya, yang suka menjatuhkan barang dengan sengaja; perasan comel lah~ ), Baby Pigeon, Leny, Tuck dan Ming Ming! Eleh. Yang 4 makhluk terakhir tu, ada dalam tv je. Hoho.

Hati ni rasa macam tak tenang je. Adeh~ Sentiasa terkenang-kenangkan Ireland. Sila rujuk entri Di Alam Ribena (2). Ya, saya mesti menerima hakikat saya takkan ke sana pun untuk buat degree. Simpan dulu dalam poket impian tu. (~.~)^ Tini, semangat ahh. Orang bernama Tini kan mesti semangat! Fighting! Dalam keresahan saya saban hari, selalu je saya terngiang-ngiang satu ayat Al-Quran yang ni:

Surah Al-Baqarah(2) ayat 216,

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Ayat kat atas tu cukup dah untuk menerangkan semuanya. Harapnya, saya akan dapat ke UIAM! Kak Wina, Kak Wani, Kak Iman dan lain-lain, Tini tak dapat nak sertai kamu semua buat masa ni. Tapi~ tunggu masa degree nanti kot. Hoho. Kak Wina, kita berduakan dah rancang sesuatu. Tak sabar nak tunggu akak balik Malaysia. Ya, Kak Wina dan lain-lain dah nak final exam dah, mungkin dalam masa 2 hari lagi kot, jadi, doa-doakanlah mereka. Semoga nanti jadi daie bergerak di hospital *untuk Tini jugak*! Amin.Hoho. Salam.

Friday, April 17, 2009

Satu pengumuman: Fighting!

I have no picture to show you, but it is enough to say that I got matriculation offer. At Kolej Matrikulasi Labuan. 1 year program ( What?! ). Course, M001-Science. Hoho. To be honest, matric will be my LAST choice ever! *UIAM, UIAM!* 11 May will be the day of registration.

Mom and dad~I want to go to UIAM instead of matric. PLEASE~ My Arabic teacher will be so proud of me if they know Hartini who back then often went to the toilet and could only be seen in the class 10 minutes before class over choose UIAM as her first choice! Astaghfirullah. Yeah, back then, I'm a bit naughty.

Ustaz, Tini insaf dah. Sekarang nak belajar Arab sungguh-sungguh!Ustazah Dyg Rubiah (Ting. 1) --> masa ni baik je,Ustaz Sazidin (Ting. 2) --> masa ni hormon mula memberontak, suka hati dia je nak lepak dan masuk kelas akhir *jahat!*, Ustaz Shafie (Ting. 3) --> Hah. Masa ni baru mula nak serius dan saya seorang je budak harian yang ambik Arab *semangat*. Ingatkan gagal Arab, tapi Allah masih sayang lagi, saya dapat C. Sedikit cacat keputusan PMR yang hampir cantik. Jazakumullah untuk ilmu yang kalian taburkan. Serta seribu kemaafan atas kekurangan adab dalam diri saya ni.

FIGHTING!
FIGHTING!
GOMENNE~
GOMENNE~

Saturday, January 17, 2009

Di Alam Ribena ( 2 )

Andainya saya ke Ireland...

Andainya saya ke Ireland...

Bukan untuk melancong tapi dengan tujuan untuk melanjutkan pelajaran. Tapi secara automatiknya macam melancong jugalah jadinya. Hoho. Sambil menyelam minum air ( mesti bangga Cikgu Maimon kerana saya sudah pandai menyelitkan peribahasa/ ungkapan menarik di dalam penulisan ). Hidup saya penuh dengan angan-angan yang cuma menunggu masa sahaja untuk menjadi kenyataan kalau memang diizinkan-Nya untuk jadi kenyataan. Boleh kita memulakan kembara impian saya yang seterusnya?

Andainya saya ke Ireland...

Perkara pertama yang saya terus fikirkan ialah membeli basikal! Hoho. Mengikut imaginasi saya saya akan amat memerlukan basikal untuk menghadiri kuliah kelak. Di mana nak beli? Hoho.
Semestinya di carboot sale. Nak bajet kan? Cari sahaja yang murah tapi masih boleh guna dan nilai estetikanya pun penting juga. Kalau boleh nak merasa guna basikal warna silver ataupun pink. Macam dalam gambar di bawah ni,

Bunga tersebut tidak termasuklah kan? Bakul itu nanti untuk saya letakkan buku-buku perubatan yang tebal ( mungkin ) dan makanan! Pentingnya makanan bagi saya hanya Allah yang tahu. Hoho.

Andainya saya ke Ireland...

Benda yang kedua yang terus menjelma dalam kotak fikiran saya ialah baju hujan transparent! Wahh. Entah, saya sendiri pun tidak tahu mengapa saya obses sangat dengan baju hujan dan payung yang transparent. Asalkan baju di badan tidak transparent sudah.

Saya nak yang lebih labuh.

Andainya saya ke Ireland...

Tidak sabar untuk bertemu dengan kakak-kakak yang ada di sana seperti Kak Wina, Kak Wan Mai, Kak Iman, Kak Nadiah, Kak kepada si Syahadah yang saya sudah lupa apa namanya dan banyak lagi~ Tidak sabar rasanya.

Andainya saya ke Ireland...

Ireland kan negara 4 musim. Jadi, yeay! Merasa juga saya kesejukkan yang teramat apabila tiba musim salji. Merasa juga saya keindahan musim bunga. Merasa juga saya ketenangan musim panas dan merasa juga saya dihujani dengan daun maple pada musim luruh. Hoho. Hebatnya angan-angan. Insya Allah, dengan sedikit rezeki akan saya jelajahi bumi Ireland, Eropah dan ke Turki! Menyingkap pelbagai sejarah dan menimba ilmu dari pelbagai sudut.

Andainya saya ke Ireland...

Saya sedar, dengan menceburkan diri dalam bidang perubatan cabarannya tidak kurang hebatnya dengan buku-buku yang tebal lagi dashyat intipatinya. Saya juga sedar akan perlunya saya tegas terhadap diri sendiri agar tidak leka dengan kebebasan. Bantulah saya Ya Allah.

Andainya saya ke Ireland...

Rumah cottage impian saya akan jadi kenyataan mungkin! Hoho. Terujanya saya. Walaupun bukan rumah sendiri ( rumah yang disewa ) tetapi saya amat teruja. Cottage wooo~

Andainya saya tidak ke Ireland...

Ayat di atas sudah menerangkan semuanya. Ya, Allah lebih tahu apa yang baik bagi saya. Kalau memang tidak ada rezeki ke sana saya tetap juga akan berjuang di sini atau di mana-mana sahaja. Carilah ilmu sampai ke negeri China sekalipun. Hoho. Nak mengundur diri dulu. Salam.

Sunday, December 14, 2008

Di alam Ribena (1)

::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.

Salam.

Mood: :bofu_25:nak berangan nih. hoho.

Tajuk : Rumah Impian (bunyinya seperti tajuk karangan semasa darjah 6)

Pintu

Pintu rumah impian saya lebih kurang jugalah macam gambar kat atas cuma ada sedikit penambahan penting. Hoho. Antara penambahan yang saya akan buat ialah ( Ayat pokok mesti ada. Teringat dengan Ustazah Noorhasyimah. *hugs* ):

1. Rasanya kalau tambah pengetuk pintu yang amat besar dan diperbuat daripada besi lebih bagus lagi. Senanglah nanti terutama musim jerebu kan, banyak orang demam dan sakit tekak jadi kalau suara mereka memberi salam tak kuat sangat, ketuk sahaja guna pengetuk tu. Dah tuan rumah (iaitu saya :bofu_48:) datang membuka pintu barulah beri salam.

2. Pengetuk pintu hendaklah diletakkan tidak terlalu tinggi. Ini bagi memberi kesenangan kepada budak-budak ataupun...orang yang kurang ketinggian mereka. Hoho.

Jenis Rumah

Entah kenapa saya amat sukakan rumah jenis cottage. Wah~ Cantik dan nampak classic kan?
Rumah saya nanti MESTIlah ada banyak bunga. Mm. Kalaulah bunga lavender dapat ditanam di Malaysia. :bofu_39:( bukan sekadar gambar hiasan ) Warna rumah pula nanti mestilah warna yang terang macam putih dan pink muda. Comelnya. Selepas itu, gate rumah nanti seboleh-bolehnya seperti di dalam gambar tu lah. Tapi, kalau kat Malaysia ni, kalau guna gate begitu habislah~Punah harapan ingin memiliki gate tersebut.

Jelajah Cottage ( Saya? )

Hah! Kerusi macam ni WAJIB ada. Senang sikit nak bersantai sambil minum teh Boh ( iklan Boh sedang bermain di fikiran ) dan makan kek yang sangat sedap. Oh, kek cheese rumah Mimy~ Sangat sedap. Ataupun macam kek dalam drama Korea, My Lovely Sam Soon.

Kita ke dapur dulu. Kalau boleh, rumah saya nanti ada dapur macam ni lah. Nampak homey sangat-sangat! Setiap hari nanti boleh buat kek dan makanan yang sedap belaka ( bertambahlah berat nanti. Hoho. ) Saya akan buat sedikit modifikasi. Contohnya, saya akan tukarkan perabot saya menjadi warna putih semuanya. Nampak kemas sikit.

Kita beralih kepada ruang tamu pula. Perkara yang paling penting ialah sofa! Sofa mestilah lembut dan empuk. Warna cat pula semestinya putih! Putih nampak bersih dan kemas. Hoho. Angan yang tak sudah.

Ini pula bilik impian. Sepatutnya ada four poster bed. Hoho. Sedikit pembetulan, kalau boleh katil tu ditukar dengan four bed poster baru nampak lebih ke'cottage'an. Selain nampak ke'cottage'annya, four bed poster ini mengingatkan saya kepada katil di dalam cerita Harry Potter. Aww~

Macam kat atas ni. Katil four poster bed yang sungguh banyak laces. Comel-comel.

Rak buku. Ya, rumah saya nanti mesti ada rak buku kerana saya amat sukakan buku! Rak buku tu mestilah macam ni, lekat di dinding. Tetapi, mungkin saya memerlukan rak yang lebih besar lagi.

Ini ialah tempat untuk membaca. Cantiknya~Persoalan. Bunga kuning itu ada tak dekat Malaysia?

Kuda! Saya memang teringin hendak menunggang kuda. Rumah saya nanti, kalau bolehlah ada kuda. Hoho. Teringin nak pergi kerja guna kereta kuda, macam Cinderella. Wah~

Bunga lavender~. Saya nak pemandangan rumah seperti ini. Malangnya...Mungkin tanpa bunga lavender. Teringat pula masa kecil dulu. Hoho. Bunga kesukaan saya ialah..bunga..raya! Saya selalu memetik bunga orang rumah sebelah suatu ketika dahulu. Letak dekat rambut. Buat lauk dalam mainan masak-masak dan berangan jadi puteri. Hoho. Sudah terbukti, sejak kecil lagi saya memang kuat berimaginasi. Akan tetapi, kasih sayang saya terhadap bunga raya sudah tiada lagi dan saya beralih pula kepada bunga lavender dan lili:bofu_27: .Selamat tinggal bunga raya~( sejak itu, bunga raya jiran sebelah selamat dari gangguan saya. )

Mungkin itu sahaja untuk siri Di alam Ribena pada hari ini. Assalamualaikum wbt. Selamat malam!

Friday, November 28, 2008

i'm inspired

yes.i'm inspired by them.who are they?kak pet, abang azri and kak dhil. want to be like them. and much better. i really want to further my study in IRELAND. i hope i can be there to carry on my life as a medical student and definitely as a khalifah. we must do everything because of Allah right? :)