.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.
salam.
hari ini aku amat gumbira sekali. seakan-akan kembali ke zaman sekolah
rendah. berjalan kaki
ke rumah
Jenab(menetap di Negeri dan sekarang sedang balik bercuti di Kuching.teman semasa
di Sekolah Rendah Kerajaan Semariang). 10 minit (jika menggunakan kelajuan yang
melampau). inilah satu-satunya peluang untukku bersenam setelah satu minggu seperti
mayat hidup di dalam rumah. amat bosan. asyik-asyik online. makan melebihi had (dalam masa
seminggu aku makan
5 bungkus mi segera pelbagai perisa, anjing panas err, hot dog dan
french fries yang terlampau. ini berdasarkan pendapat aku yang amat peduli kekerapanku
mengambil makanan ringan) dan tidur yang kadangkala terlampau mencukupi. menjengah
website
my soju untuk memenuhi keinginanku terhadap drama korea dan taiwan. pekerjaan ini
amat menguji kesabaran. setiap episod mempunyai sekurang-kurangnya 5 subpart dan paling
banyak 8. hebatkan aku. aku mahu habiskan menonton 20 episodnya. tapi berkali-kali aku
ingatkan diriku supaya ibadah-ibadah harian mesti diselesaikan terlebih dahulu. masa menonton
cuma pada waktu malam sahaja. tetapi, paling aku kesalkan aku amat sukar untuk bangun
tahajjud. adeh. aku akan cuba mengurangkan masa menonton agar dapat bangun dengan lebih
senang.
berbalik kepada topik hari ini. mengikut perancangan sepatutnya aku dan Jen akan
mengunjungi dua orang teman rapat kami di SRK Semariang dulu. malangnya,
Mizah sudah berpindah ke kampung yang *
berdekatan* (akan menjadi dekat jika menggunakan kenderaan. boleh mematahkan kaki kalau berjalan kaki ke sana)
. haha~.
Hidayah pula ada plan dengan keluarga last minute. jadi tinggallah kami berdua sahaja. selepas berborak
sebentar di rumah Jen kami pun memulakan perjalanan kami yang tanpa hala tuju yang pasti.
cuma
visi kami mahu menziarahi rakan-rakan lama untuk mengeratkan lagi
ukhuwah.
alhamdulillah, ketika singgah sebentar di rumah Ayu adik perempuannya si Razi iaitu teman
lama kami juga, Ayu tergerak hatinya untuk mengikut kami. amat gembira. kan ada satu ayat
Inggeris yang mengatakan "
The more the merrier". selepas berbual mesra bersama ibunya si
Razi yang amat peramah dan baik orangnya, kami pun memulakan perjalanan ke kampung sebelah.
perjalanan pergi memang panas dan mengujakan. entah sejak bila aku tidak berjalan kaki dalam
erti kata yang sebenar. terasa takut apabila ada kereta yang melimpasi. lalu, aku teringat
tentang iklan keselamatan jalan raya di kaca tv.
ya. iklan itu memang berkesan padaku apabila
aku menyuruh mereka berdua berjalan dahulu di hadapanku. sedikit skema kan? tapi mampu
menyelamatkan nyawa. penat berjalan, sampai juga ke jeti yang dahulunya menjadi tempat aku
dan rakan-rakan melepak. dan mungkin juga berkelah. jeti itu terletaknya di muara sungai.
peliknya, kami tidak pernah sekalipun melihat buaya atau binatang-binatang yang merbahaya
walaupun hampir setiap hari ke sana dahulu. siap buat tanda nama lagi di atas batang pokok mati di bawah jeti tersebut.
. rasa amat teruja. tapi pada hari ini jeti tersebut sudah bergoyang
apabila kami cuba sampai ke hujungnya. dengan rasa fobia yang teramat sangat aku
mencadangkan kami berpatah balik. dengan memberikan bukti yang amat cukup seperti berat kami bertiga ialah
44kg + 45kg + 38 kg. mahu nanti runtuh jeti tersebut.
.
selepas itu, kami melewati rumah mak cik si Ayu. kerana kami bertiga berjalan tanpa hala tuju dan tidak mahu menghampakan mak ciknya, kami singgahi juga rumah mereka. orang rumah tersebut amat peramah. alhamdulillah. rezeki kami pada hari ini. bertemu dengan orang yang baik-baik. dihidangnya kami
biskut julie's yang sudah lama tidak kumakan, air jambu yang aku rindui dan biskut yang berbentuk segi empat tepat yang entah apa namanya. berbual-buallah kami kira-kira 30 minit gitu. seluruh isi rumahnya mempesona. amat kemas susun aturnya biarpun hanya rumah kampung yang berdiri amat tinggi di atas paya. banyak juga yang sempat kami bicarakan, dari diri Jen dan keluarga sampailah perihal
kuih bahulu dan kebanggaan seorang anak Sarawak.
. tergelak besar aku. ais krim batang yang berharga dua puluh sen satu menjadi target
kami yang seterusnya. hasrat sebenarnya ingin mendownload gambar ais krim tersebut tetapi
icon
bluetooth entah hilang ke mana. mungkin nanti kot. malang tidak berbau selepas itu. tick
tock. tick tock. hujan. nasib baik ada membawa payung. situasi ini memang kena dengan satu
pepatah Melayu iaitu "
Sediakan payung sebelum hujan". dengan bangganya aku membuka
payung biru tua kepunyaan kakak aku. kasutku boleh dimasuki oleh ikan sepertinya. penuh
sarat dengan air hujan dan kami basah kuyup. terasa amat bahagia kerana sudah lama tidak
dibasahi hujan ketika berjalan kaki di kampung. aku dan Jen teringat kembali kisah dahulu
dimana kami mengambil daun pisang mak cik yang tinggal di sebelah mak cik yang mempunyai
anak yang boleh dikira kacak untuk berteduh setelah pulang dari merantau ke kampung
seberang. kepada mak cik tersebut,
minta maaf ya!(kalaulah dia membaca entri ini. haha~).
pelbagai kenangan indah semasa zaman kanak-kanak mencurah-curah keluar seperti hujan di
luar sana. ya, banyak yang sudah berubah. aku amat merindui zaman kanak-kanakku. sebelum
berpisah, aku dan Jen (Ayu telah kembali ke rumahnya) sempat berbual panjang,kira-kiranya
selama satu jam setengah sambil minum susu
every day! sudah lama kiranya aku tidak minum
susu tersebut. sebenarnya, esok aku dan Jen akan berjumpa lagi. kami bercadang mahu menonton cerita
Twilight bersama rakan lain.
.
gumbiranya. aku patut mengakhiri entri ini kerana perancangan malam ini ialah mahu menghabiskan episod 2 cerita Taiwan malam tadi.