Wednesday, January 28, 2009

Kisah si J, Z dan Ibu di lokasi X pada masa Y

.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.

Salam.
Saya teringat satu peristiwa yang berlaku bulan lepas.

Lokasi: X

Masa: Pukul Y pagi

Ibu: Z~ ( bukan nama sebenar ). Tolong mama ambil liquid paper.

Z: Okay mama!

Ibu: Kat atas meja.

Z: Oh, okay! * berlari naik ke tingkat atas X *

3 minit kemudian ( anggaran sahaja ) 1, 2, 3...

Z: Nah~*melontar si liquid paper yang tidak berdosa*

Ibu: Aih! Siapa ajar main lontar-lontar barang ni? Cakap!

Z: * membisu *

Apa pendapat anda terhadap situasi ( kisah benar ) di atas?

Beberapa hari sebelumnya, di tempat yang sama.

J: Kak, pinjam gunting.

Ibu ( hamba Allah yang sama seperti situasi di atas ): Nah!* sambil melontar gunting tersebut *

J: * terkedu *

Sekarang apa pendapat anda?

Moralnya:
  • Adab itu penting. Perlakuan kita mencerminkan peribadi kita.
  • Hidup ini ibarat roda. Sentiasa berputar. Apa yang kita lakukan akan kembali dilakukan oleh hamba Allah yang lain kepada kita.
  • Budak-budak cepat mengikut. Lebih tepat lagi mudah terikut-ikut. Jadi, tugas kita sebagai orang yang lebih dewasa, pamerkanlah sikap yang baik dan akhlak yang baik. Mengajar budak-budak ni seperti mengukir di atas batu. Kalau ukir di atas batu, tidak mungkin ukiran tersebut akan hilang kan? ( terima kasih Ustaz Muhammad *guru bahasa Arab* untuk kata-kata yang amat bermakna ini )
Renungan untuk diri saya dan anda semua. Moga kita tergolong dalam lingkungan hamba-Nya yang sentiasa beringat, bertaubat dan bersyukur. Amin. Ampunkanlah kami ya Allah andai kami terlalu asyik dengan dunia. Bantulah kami untuk meletakkan dunia di tangan dan bukannya di hati kami. Amin.

Monday, January 26, 2009

Comel ke?

1. Copy badge di bawah ini untuk diletakkan di blog anda.
2. Linkkan atau ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
Kak Dayang Hartini

3. Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum mengumumkan nama pemenang.

  • Saya akan sedaya upaya me'recycle' ais yang telah saya gunakan apabila banyak yang terlebih selepas minum. Penjimatan berharga.
  • Cermin mata saya yang berusia 5 bulan lebih sudahpun jatuh ke dalam lubang tandas ( yang bersih ) dan berlanggar dengan pelbagai jenis benda seperti sisi pintu bilik.
  • Saya belum ada diari lagi walaupun bulan Januari/Muharam tidak lama lagi berlalu. Diari tersebut hanya untuk tujuan kerja, lebih tepat lagi saya perlukan organiser.
  • Saya tidak minum kopi, nescafe dan sekutu-sekutunya. Katakan tidak kepada kafein!
  • Saya amat susah untuk dibangunkan. Oleh itu, saya amat memerlukan telefon bimbit yang mempunyai alarm yang kuat dan boleh berbunyi dari 5-10 kali.
  • Saya obses dengan gaun pengantin berwarna putih ( cepatlah kahwin wahai kakakku, sepupu-sepupuku~)
  • Saya amat obses juga dengan bidang perubatan ( Drama korea terbaru di TV2 New Heart. Saya benar-benar terlupa hendak menonton drama tersebut tadi kerana saya beranggapan hari ini ialah hari Ahad ).
  • Saya teramat jarang menonton filem Hollywood. Bagusnya kalau banyak orang seperti saya supaya ekonomi Amerika Syarikat dan Israel jatuh. Hoho. Cuba anda tanya apa-apa sahaja tentang filem Hollywood kepada saya. Pasti tiada jawapan yang tepat.
  • Percaya atau tidak, saya baru sahaja menonton filem Men In Black bulan yang lalu buat kali yang pertama!
  • Saya tidak faham kenapa mereka ( sesiapa sahaja ) menyukai Faisal Tahir.
4. Saya anugerahkan award ini kepada...

Kak Wan Mai di Leceister yang kini sedang menduduki peperiksaan. Lepas exam baru buat akak ye. Hoho. Saya memilihnya kerana kotak susu bergerak di profil blognya yang amat comel dan dia juga tidak kurangnya.

Kak Wina yang comel.

Sunday, January 25, 2009

Antara menyelamat atau membunuh?

Hari ini saya ke Serikin. Tidak ada apa-apa sangat nak dibeli, cuma telekung Mak sahaja. Kotak fikiran saya cuma ada tudung dan buku. Hoho. Tudung sudah selesai, warna ungu. Comel. Buku belum lagi. Tadi amat tidak larat. Pulang saja terus terbaring di sofa. Saya terbaring. Secara tidak sengaja. Percayalah.

Hari sebelum dan sebelum hari ini, saya ke Wisma Satok. Keinginan utama ialah untuk bank in duit ke akaun Brotherhood arts kerana saya telah menempah baju-baju ( boleh ke baju digandakan menjadi baju-baju ataupun bebaju? ). Dengan yakinnya saya melangkah masuk ke dalam Maybank. Tiba-tiba...

Kakak kerja bank: Maaf dik, office tutup hari ni.

Saya: Oh, betul ke?

Kakak kerja bank: Sabtu kan.

Saya: *cuba membuat muka tidak tahu* Oh, ya! Terima kasih.

Kerana saya sendiri yang kurangnya skill tentang bank dan mesin, saya hanya pandai guna 'orang bank' itu sahaja. Lagipun saya cuba memberi mereka kerja tanpa bergantung kepada mesin. Mesin, mesin ni kurang yakin sikit. Perlu belajar dari mak. Mari mak, kita buat tutorial depan Maybank. Hoho.

Dan, kebetulan pada hari yang sama saya teringin membeli compact powder Silky Girl ( made in Malaysia ). Kakak sales girl yang saya panggil untuk memberi sedikit nasihat itu pun mengesyorkan Maybeline punya. Lalu, secara automatik, perkataan boikot sebesar 16 saiz tulisannya muncul ( dalam bayangan sahaja dan tidak dapat dilihat oleh orang lain ). Tapi dia desak juga suruh tengok dulu. Jadi, kerana tidak mahu mengecilkan hatinya, saya tengok juga. Dengan doa saya tidak akan terpedaya. Ya! Alhamdulillah. Saya lebih sayangkan saudara saya di Palestin. Saya tidak belipun si Maybeline ( walaupun dari dulu amat menginginkannya ). Saya ambil Silky Girl yang lebih murah dan comel. Persoalannya di sini bukan sahaja kepada pemilihan si Maybeline atau Silky Girl. Persoalan utamanya ialah kita mahu selamatkan saudara kita atau menjadi pembunuh mereka? Oh, mungkin ada yang beranggapan, mereka tidak ada niatpun. Tapi, kalau kita beli barangan Israel dan Amerika itu sama juga macam kita ambil senapang ke pistol ke tembak je saudara kita kat sana. Tidak ada bezanya kita seperti Rejim Zionis laknatullah. Marilah kita muhasabah balik diri kita.

Inilah antara pilihan yang perlu saya buat bermula bulan lepas.

Maybeline atau Silky Girl?

McDonald atau KFC ( Malaysia sahaja )?

Milo atau air laichee susu ( buatan Selera Fatimah )?

Colgate atau Mu'min?

Kit Kat atau Vochelle?

Maggi atau Mamee?

Menyelamat atau membunuh?

Pilihan di tangan kita. Mari beli barangan buatan Malaysia. Salam.

Saturday, January 24, 2009

Saya dan tag, tag dan saya

Saya telah ditag oleh seseorang iaitu Kak Tini ( dia ialah Kak Tini, bukan kakak kepada Tini )

The Rules:

Go to urbandictionary.com and type in your answer to the following questions.

Post the first defination it gives you.

Tag 5 people.

1. Your Name?

Hartini

A : Hartini isn't defined yet.

Lihatlah betapa uniknya nama saya. Hinggakan tidak ada satupun resultnya. Hoho.

2. Your age?

17 years old and 5 months and 19 days

A: 17 years old 5 months 19 days isn't defined yet.

Bagus betul kamus ni. Hebat. Umur saya pun agak unik hinggakan tiada resultnya jua.

3. One of your friends?

Amni

A: Amni isn't defined yet.

Nampaknya kami memang serasi. Oh, Amni. Rindunya dengan Amni~

4. What should you be doing?

Talking

A: 1. talking 325 up, 26 down love ithate it

When two people are not exclusive with each other nor have established what they are as a couple, but have some sort of relationship.
"John and I go out a lot but we're just talking." or "We've been talking for months now but we're not together."
by Mike Jun 16, 2004 share this add comment

Entah apa-apalah. Saya nak bercakap dengan mak. Kami memang ada hubungan. Kenapa? Mike. Siapa Mike?

5. Favourite colour?

Purple

A: 1. purple 936 up, 151 down love ithate it

Extremely potent marijuana, specifically marijuana buds that have a purple hue to them. Also accompanied by a fragant, usually fruity smell and mad perma-grin.
Yo, you gotta come over and smoke, boy! I got the purple!

Sepatutnya saya taip sahaja perkataan ungu. Purple kan warna. Kenapa nak letak dia sebagai dadah. Tak puas hati ni. Ish,kenapa?

8. Last person you talked to?

Amir ( sepupu )
A:
1. amir 214 up, 128 down love ithate it

Means prince. One of those sexy hot guys you will only encounter once in your lifetime. Other definitions: sexy manwhore
"Hey Amir!!! u r so hot"

Cis. Dia baru berusia 13 tahun.

9. One of your nicknames?

Tin

A: 1. Tin 74 up, 12 down love ithate it

A circular container containing a delicious blend of smokeless tobacco, flavor, and fiber glass.
Hey rich, you got the tin?
by porpoise Sep 13, 2005 share this 1 comment

Menyampahnya. Tak ada ke yang 'bersih' sikit maksudnya. Siapa yang buat ni? Oh, si porpoise. Anda perlukan pem'bersih'an. Hoho. Gunalah Dynamo!

Saya mengetag:

Mazidah

Zaiy

Eka

Tyrah

Ageeba

Wednesday, January 21, 2009

Berakhirnya kisah kami.

Selamat tinggal~ Saya akan amat merinduimu. Baru sahaja genap setahun dua hari kita bersama. Masih ingatkah kamu tarikh kita mula bertemu? 19 Januari 2008. Sedihnya. Oh, Nurul Hana! Rindunya dengan telefon bimbit saya. Belum sempat saya memberi nama tersebut kepadanya, Nurul Hana. Nurul bermaksud cahaya dan Hana bermaksud kebahagiaan/rezeki tanpa kepayahan.

Hari ini, tanggal 21 Januari 2009 dia menghilang atau lebih tepat lagi dicuri. Ya, dicuri. Nurul Hana telah dicuri oleh seorang hamba Allah yang berbangsa Cina. Syabas! Hebatnya lakonan si Pak Cik Baju Kelabu tersebut. Kasihannya si Nurul Hana yang telah dihadiahkan oleh mak. Sedihnya saya bukan kerana apa, tapi itu ialah hadiah mak dan memory cardnya pula dihadiahkan oleh ayah saya.

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah untuk musibah yang Engkau berikan. Saya redha dengan ketentuan-Mu. Setiap perkara yang terjadikan ada hikmahnya. Selepas Nurul Hana hilang, saya banyak berfikir apa hikmahnya di sebalik kejadian ini. Hati saya cuba saya tenangkan dengan berbanyak-banyak istighfar. Alhamdulillah, tenangnya jiwa ini ya Allah. Di sinilah cantiknya seorang muslim. Apabila ditimpa musibah ada sahaja cara untuk mencari ketenangan. Caranya iaitu, kembalilah kepada Allah dan beringatlah kepada-Nya pasti akan ditemui ketenangan. Pasti!

"Dan jika Allah menimpakan sesuatu bencana kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya selain Dia. Dan jika Dia mendatangkan kebaikkan kepadamu, maka Dia Mahakuasa atas segala sesuatu."

Surah Al-An'am ayat 17.

Musibah yang menimpa diri saya ini jika dibandingkan dengan apa yang menimpa saudara-saudara kita di Palestin jauh benar bezanya. Umpama sebutir pasir dengan sebiji batu besar ( perumpamaan buatan sendiri ). Hoho. Sentiasa sempat untuk mencipta sesuatu yang baru. Mungkin, hujung minggu ini saya akan mencari pengganti yang baru. Kalau hendak bersedih sangat tu, saya pun tidak mahu. Takut, seperti saya sendiri terlalu keduniaan. Sedih yang melampau kerana sebuah telefon bimbit, sungguh kurang sesuai. Saya terima sahaja apa yang Allah berikan kepada saya kerana saya hambanya. Dia berhak melakukan apa-apa sahaja kepada saya kerana Dia lebih tahu. Teringat pula saya kepada lagu nasyid dendangan kumpulan Raihan.

Kesenangan yang datang, tak akan selamanya...
Begitulah selepas susah ada kesenangan...
...waktu senang jangan lupa daratan...
...jangan difikir derita akan berpanjangan, kelak akan membawa putus asa pada Tuhan...

Memang saya merindui Nurul Hana kerana fungsinya kepada saya melebihi untuk bersms atau menelefon. Lebih dari itu. Dialah yang sentiasa setia membangunkan saya untuk bangun solat subuh, qiamullail, tahajjud, sahur, sebagai reminder, tempat menyimpan alamat dan banyak lagi. Kini, saya cuma menggunakan jam loceng dan jam semulajadi ( mak ) sahaja. Bersyukurlah Tini dengan apa yang ada. Orang dekat Palestin hilang nyawa Tini. Biar musibah ini jadi peringatan kepada diri untuk lebih berhati-hati. Salam.

Monday, January 19, 2009

Teacher Tini ( 4 )

Dek kerana ada beberapa permintaan untuk melihat rupanya si Ezzarelshah, maka hari ini, nah.. saya paparkan gambar serta videonya sekali ( video sekali woo~).
"Teacher Tini, Teacher Tini... What's this? "

" Teacher Tini~ "

Iya, dia sedang membaca. Shhh~

Dia comel kan? Hoho. Saya amat berharap murid-murid saya nanti akan menjadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat kelak. Amin. Tapi, untuk mencapai matlamat ini, para ibu bapa dan guru khususnya mestilah sedar akan tanggungjawab masing-masing. Anak-anak ini umpama kain putih jadi kitalah ( kita? semenjak dua menjak setelah menjadi guru ini, walaupun cuma guru sandaran sahaja, rasanya saya layak menggunakan perkataan kita. Hoho. ) yang mencorakkannya. Marilah kita corakkan mereka dengan corak yang bukan sahaja indah tapi betul! Saya masih ingat lagi satu peristiwa yang membuatkan saya tersenyum panjang.

Lokasi: Di tingkat atas tadika.

Hariz Haikal: Teacher, ada benda nak tolong kah?
Teacher Tini: No, Hariz. Thanks. ( Hati tengah sejuk ni )

Tiba-tiba angin kuat berdesir masuk melalui pintu balkoni.
Bupp.. buku-buku di rak jatuh.

Hariz Haikal: Aie, Teacher, gugok buku-buku ya. ( Teacher, buku-buku itu terjatuh. )

Tanpa disuruh, dia menyusun buku-buku tersebut. Aww~ Baiknya budak ni.

Teacher Tini: Thanks Hariz.
Hariz Haikal: Sama-sama. Teacher, mak I padah nak, mun kita suka tolong orang kita jadi rajin.
( Teacher, mak I cakap kalau kita suka tolong orang kita jadi rajin tau. )

Hari itu, dia menolong saya membuang sampah, menyusun buku dan mengajarkan sesuatu yang amat berharga kepada saya iaitu perbuatan dan didikan ibu bapa itu yang akan mencorakkan sikap anak-anak mereka. Hal ini boleh dijadikan peringatan kepada diri saya sendiri apabila sudah mempunyai keluarga kelak. Hoho. Teringat pula saya kepada gurauan seorang sahabat.

Lokasi: Di alam maya; yahoo massenger

Dia: Kerja? Cikgu tadika? Haha. Persediaan untuk melatih diri ke?
Saya: Mungkin kot. ( Apa?! Saya baru 18 tahun. Itupun belum genap lagi. Dalam kata lain, masih muda lagi. )

Saya mengundur diri dulu. Ada 'kerja sekolah' nak dibuat. Salam.

Info: Video dan gambar-gambar ini diambil semasa mereka sedang membaca selepas berjaya menyiapkan kerja mereka. Hoho. Nasiblah si Ezzarel ni kurang advance sikit. Dia tidak perasan pun saya sedang mengambil gambar dan videonya.

Nota tambahan: Setelah membaca entri terbaru Kak Wina, alhamdulillah timbul kesedaran dalam diri saya tentang sesuatu iaitu tidak terlalu asyik dengan dunia. Contohnya dengan kehadiran blog dan entri saya sendiri. Selitkanlah perihal dunia dalam tazkirah akhirat dan bukannya sebaliknya. Saya akan cuba. Bantulah saya ya Allah dan terima kasih Kak Wina. *hugs*

Saturday, January 17, 2009

Di Alam Ribena ( 2 )

Andainya saya ke Ireland...

Andainya saya ke Ireland...

Bukan untuk melancong tapi dengan tujuan untuk melanjutkan pelajaran. Tapi secara automatiknya macam melancong jugalah jadinya. Hoho. Sambil menyelam minum air ( mesti bangga Cikgu Maimon kerana saya sudah pandai menyelitkan peribahasa/ ungkapan menarik di dalam penulisan ). Hidup saya penuh dengan angan-angan yang cuma menunggu masa sahaja untuk menjadi kenyataan kalau memang diizinkan-Nya untuk jadi kenyataan. Boleh kita memulakan kembara impian saya yang seterusnya?

Andainya saya ke Ireland...

Perkara pertama yang saya terus fikirkan ialah membeli basikal! Hoho. Mengikut imaginasi saya saya akan amat memerlukan basikal untuk menghadiri kuliah kelak. Di mana nak beli? Hoho.
Semestinya di carboot sale. Nak bajet kan? Cari sahaja yang murah tapi masih boleh guna dan nilai estetikanya pun penting juga. Kalau boleh nak merasa guna basikal warna silver ataupun pink. Macam dalam gambar di bawah ni,

Bunga tersebut tidak termasuklah kan? Bakul itu nanti untuk saya letakkan buku-buku perubatan yang tebal ( mungkin ) dan makanan! Pentingnya makanan bagi saya hanya Allah yang tahu. Hoho.

Andainya saya ke Ireland...

Benda yang kedua yang terus menjelma dalam kotak fikiran saya ialah baju hujan transparent! Wahh. Entah, saya sendiri pun tidak tahu mengapa saya obses sangat dengan baju hujan dan payung yang transparent. Asalkan baju di badan tidak transparent sudah.

Saya nak yang lebih labuh.

Andainya saya ke Ireland...

Tidak sabar untuk bertemu dengan kakak-kakak yang ada di sana seperti Kak Wina, Kak Wan Mai, Kak Iman, Kak Nadiah, Kak kepada si Syahadah yang saya sudah lupa apa namanya dan banyak lagi~ Tidak sabar rasanya.

Andainya saya ke Ireland...

Ireland kan negara 4 musim. Jadi, yeay! Merasa juga saya kesejukkan yang teramat apabila tiba musim salji. Merasa juga saya keindahan musim bunga. Merasa juga saya ketenangan musim panas dan merasa juga saya dihujani dengan daun maple pada musim luruh. Hoho. Hebatnya angan-angan. Insya Allah, dengan sedikit rezeki akan saya jelajahi bumi Ireland, Eropah dan ke Turki! Menyingkap pelbagai sejarah dan menimba ilmu dari pelbagai sudut.

Andainya saya ke Ireland...

Saya sedar, dengan menceburkan diri dalam bidang perubatan cabarannya tidak kurang hebatnya dengan buku-buku yang tebal lagi dashyat intipatinya. Saya juga sedar akan perlunya saya tegas terhadap diri sendiri agar tidak leka dengan kebebasan. Bantulah saya Ya Allah.

Andainya saya ke Ireland...

Rumah cottage impian saya akan jadi kenyataan mungkin! Hoho. Terujanya saya. Walaupun bukan rumah sendiri ( rumah yang disewa ) tetapi saya amat teruja. Cottage wooo~

Andainya saya tidak ke Ireland...

Surah Al-Baqarah(2) ayat 216,

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Ayat di atas sudah menerangkan semuanya. Ya, Allah lebih tahu apa yang baik bagi saya. Kalau memang tidak ada rezeki ke sana saya tetap juga akan berjuang di sini atau di mana-mana sahaja. Carilah ilmu sampai ke negeri China sekalipun. Hoho. Nak mengundur diri dulu. Salam.

Wednesday, January 14, 2009

Teacher Tini ( 3 )

Hari ini dalam sejarah apabila hari inilah pertama kali saya mengajar di dalam kelas dalam konteks yang sebenar. Ya! Kelas Bahasa Arab bermula~ Mula-mula kelas memang sukar sedikit hendak dikawal kerana Wan Danish ( 6 tahun ) punya angkara ( Fuh, nasib baiklah Muhammad Danish tidak hadir ke sekolah tadi dan kelmarin ). Cis, jahatnya cikgu ni. Hoho.

Wan Danish memang sukakan perhatian. Teramat sukakan perhatian. Di sebalik kenakalannya, dia sebenarnya rajin sangat, cepat belajar dan memang suka ke depan ataupun boleh saya katakan hiperaktif. Alhamdulillah, hari ini ada banyak pengajaran berharga bagi saya. Banyak benar perkara yang saya dapat belajar dari budak-budak tersebut. Saya berpegang kepada konsep mengajar, diajar dan belajar.

Hari ini pun saya telah diajar oleh mereka bagaimana cara nak buat huruf a (bukannya a jenis ni. A kecil jenis yang satu lagi tu. Ikut sahaja cara di bawah) dengan betul. Adakah anda semua tahu bagaimana? Begini caranya,

Circle, up and down!

Bagaimana hendak buat huruf b dengan betul?
Begini caranya,

From up, down and circle!

Terima kasih untuk tegurannya. Saya amat gembira dengan situasi seperti ini. Ada yang menegur apabila kita membuat kesilapan. Alhamdulillah, budak-budak itu ada kesedaran dan keberanian yang ramai orang yang lebih dewasa tidak punyai. Syabas! Harapan saya, merekalah yang akan menjadi insan dan hamba Allah yang soleh dan solehah kelak. Insya Allah, dengan didikan dari ibu bapa dan guru, akan terhasillah satu barisan yang lebih kukuh dari konkrit yang tidak akan roboh dek cacamarba mehnah dan tribulasi serta mampu melakukan perubahan pada dunia. Amin.

Maklumat tambahan:
Sepinya saya tanpa ikon oren. Alhamdulillah, komputer riba saya boleh digunakan dalam masa 1 hingga 2 hari lagi!

Sunday, January 11, 2009

Terima kasih ya Allah.

Hujan amat lebat. Sejuknya sampai ke tulang hitam. Hari ini, saya memang duduk diam sahaja di rumah. Tidaklah hanya diam sahaja. Hoho. Tipu betul kan?( Tipu ke betul ni ) Saya bercakap dan bergerak juga. Banyak juga perkara yang perlu diselesaikan. Sehari-harian, fikiran saya tidak lepas dari memikirkan nasib saudara-saudara kita di Palestin. Alhamdulillah, dengan nikmat kemudahan internet dan komputer riba, saya dapat melakukan sesuatu untuk saudara-saudara saya. Saya rasa bersyukur. ( Disebabkan komputer riba saya bermasalah, saya menggunakan komputer riba milik bapa saya yang tentunya tidak mempunyai ikon comel yang berwarna oren tersebut. Jadi, tiada ikon oren untuk beberapa hari ini. Harap maklum. ) Hoho. Terima kasih ya Allah! Apa yang saya lakukan ialah mem'print'kan leaflet tentang memboikot barangan Israel laknatullahi alaih. Mari kawan-kawan, kita boikot barangan Israel laknatullahi alaih! Mungkin anda semua perasan, sejak akhir-akhir ini tiada entri tentang hidup saya sendiri. Rasanya kisah saudara kita di Palestin lebih penting dari kisah hidup saya yang tak seberapa ni. Keberanian dan semangat jihad fi sabilillah mereka terutamanya kanak-kanak yang amat kuat membuatkan saya malu dengan diri sendiri yang tidak sekuat dan setabah mereka. Dan mana mungkin saya dapat bergembira ketika saudara-saudara kita sedang sengsara di sana? Mungkin itu sahaja untuk hari ini. Salam.

Friday, January 9, 2009

sakit.

Saya sakit. Benar. Mungkin pada lahiriahnya kurang kelihatan tapi di hati ini hanya Allah yang tahu. Sakit benar, tidak tertanggung. Hati saya amat sakit melihat saudara-saudara saya di Palestin ditindas oleh Israel laknatullahi alaih. Hati saya bagai dihiris melihat penderitaan mereka. Alhamdulillah, Allah telah mempertemukan saya dengan beberapa blog yang memberi banyak maklumat dan informasi yang bermanfaat tentang Palestin. Antara blog-blog tersebut ialah Ustaz Hasrizal
dan Kak Wina ( Linknya ada di sekitar blog saya. Entah kenapa tak dapat nak letak kat sini. Mohon dicari ya. ). Terima kasih saya ucapkan. Jazakumullahukhairaljaza'. Alhamdulillah, Allah telah memberikan kesedaran kepada saya untuk menyertai pasukan pejuang Islam. Walaupun bukan dengan cara berperang, insya Allah saya akan lakukan semampunya. Bantulah hamba-Mu ini ya Allah.

Bagai terbangun dari lena yang panjang, saya sedar saya tidak patut hanya mengeleng kepala, meluahkan rasa kecewa dan berdiam diri sahaja. Saya mampu mengubah dan membantu saudara-saudara saya! Insya Allah. Saya akan sedaya upaya untuk memboikot barangan-barangan yang dikeluarkan oleh Israel laknatullahi alaih. Untuk keterangan lanjut tentang ini sila klik link-link ini,
http://inminds.co.uk/boycott-faq.html
http://palestinkini.info/index.php http://www.humanappeal.org.uk/Gaza_Appeal_December_2008.html dan http://www.muslimhands.org/en/gb/ . Saya juga akan sedaya upaya untuk menjadi seorang muslimah yang sejati yang boleh menangkis cacamarba segala mehnah dan tribulasi supaya tidak tertindas oleh mana-mana pihak. Insya Allah. Ya Allah, berikanlah saya kekuatan untuk berjihad di jalan-Mu. Wahai saudara-saudaraku doakanlah dan marilah kita sertai perjuangan menegakkan agama Allah! Takbir, Allahuakbar!

Tuesday, January 6, 2009

Teacher Tini ( 2 )

salam.
*penat* Hari yang memenatkan sejak dari minggu lepas. Hari pertama sebagai seorang guru tadika berjalan dengan lancar. Memang teramat penat. Melayan kerenah kanak-kanak yang sentiasa dilanda 'hujan' pada setiap pagi.:bofu_24:

Wan Danish. Muhammad Danish. Ezarel.

Ya, nama mereka akan berkumandang setiap hari paling kurangpun 10 kali. Kenakalan mereka memang menangkis 'gate' kesabaran yang mengelilingi hati dan perasaan saya. Adeh. Memang suatu nikmat kerana tidak menjadi guru kelas mereka. Akan tetapi...saya akan mengajar mereka Bahasa Arab! Ya Allah, permudahkan untukku... Walaubagaimanapun, saya amat sukakan Ezarel. Dia amat comel ( yang lain pun comel juga!
:bofu_48:). Ezarel selalunya bertutur dalam Bahasa Inggeris ( menjadikan dia lebih comel dari biasa ). Tapi dia bercakap macam kartun. Ayat kegemarannya ialah

Ezarel: I don't know. I know.
Teacher Tini: I don't know, I don't know but you still want to do the samething. ( dengan gaya yang menyakitkan hati:bofu_47: . )

Hoho. Lucunya. Selepas tu, si Amna dengan lagu Rain nya. Bukannya lagu Rain si Korea tu tapi

Rain, rain, go away,
Come again another day,
Little children want to play,
Bla, bla, bla..( malu untuk mengaku, tapi saya tidak ingatlah. Hoho. )

Kanak-kanak di tadika tersebut dikehendaki untuk bertutur di dalam bahasa Inggeris. Dan ini peluang baik bagi saya sendiri. Alhamdulillah saya tidak ada masalah untuk bertutur di dalam bahasa tersebut. Ini boleh juga dijadikan latihan kepada saya. :bofu_26:

Teacher Kimi. Sampai hati mereka kerana memanggil saya dengan nama tersebut. Ini semua angkaranya si Muhammad Danish. Saya tidak sangka mereka menonton drama Indonesia seperti itu :bofu_37:. Mungkin sampai di sini sahaja untuk hari ini. Saya ingin berehat dahulu.
Salam.

Friday, January 2, 2009

Teacher Tini ( 1 )

Wah. Saya telah mencatat sejarah apabila sudah 2 minggu tidak memegang komputer riba! hebat~kenapa saya tak online? Sebabnya bukan kerana sibuk dengan kerja, akan tetapi internet baru sahaja dibaiki. Sibuk tu, memanglah teramat amat amat sibuk. Jadi cikgu tadika bukan senang tahu. Banyak~~~ kerja
:bofu_44:. Gunting tu, lukis ni, gantung tu, tulis ni dan bermacam-macam lagi. Saya bekerja di Tadika Astana ( mengikut logik, tadika yang bernama Astana terletak di Jalan Astana, walau bagaimanapun, tadika ini terletak di Jalan Matang. Lepas siasat punya siasat, rupanya tadika tersebut pernah beroperasi di Jalan Astana 3 tahun dahulu. ) Tadika ini milik keluarga Kak Humaira, kakak kepada Bro Umar, Ali dan Taheera. Dan juga anak kepada Pak Cik Raslie dan Mak Cik Azizah.Kalau tidak tahu, buat-buat tidak tahu sahaja. Kini, kotak pensel saya dipegang dan digunakan sekali lagi. Pen dan pensel yang sudah lama berehat kini bekerja lagi. Pemadam yang kecil kian kecil. Kaki yang biasa duduk sudah mula berjalan.:bofu_15: Badan yang dulunya hanya statik seperti kayu kini sudah kembali bergerak ke kanan, ke kiri, ke depan, ke belakang dan seperti lalang. Tangan yang dulunya hanya menaip dengan pantasnya :bofu_28:, kini sudah mula menulis, mengukur dan mewarna! memang saya letih tapi amat gembira. nak lihat hasil kerja saya yang pertama?( akan disertakan nanti kerana icon bluetooth hilang entah ke mana. Bosan dia duduk diam barangkali ) Hoho. Saya amat bahagia dan gembira bekerja di sana. Teachersnya amat ceria dan keceriaan mereka menjangkiti saya. Ada Teacher Jas, Teacher Yati dan Teacher Majinah ( bos ):bofu_18:. Teacher Yati mungkin akan melahirkan anaknya yang ke lima pada malam ini ataupun esok. mungkin juga lusa. Hoho. Oleh itu, saya akan menggantikan Teacher Jas ( yang bakal mengajar Junior 2 menggantikan Teacher Yati ), untuk mengajar budak-budak 4 tahun di kelas Junior 1. Selain itu, saya juga mengajar Bahasa Arab dan Jawi. Hoho. Insya Allah demi-Nya saya akan mengikhlaskan hati saya seiklhas-ikhlasnya untuk mendidik anak-anak kecil yang comel itu nanti. Saya harap Allah akan memudahkan segala urusan saya, melancarkan lidah saya dan sentiasa memberi petunjuk. Amin. Harapan paling besar saya ialah anak-anak tersebut nanti akan menjadi pembela agama Allah, daie-daie yang hebat dan hamba Allah yang taat kepada-Nya. Amin.

Tadi, saya dan yang lain pergi ke kedai makan Selera Fatimah di Satok ( lagi, kedai kepunyaan keluarganya Kak Humaira ) kerana kami perlu menolong di kedai sekejap. Hal ini kerana budak-budak lelaki perlu pergi menunaikan solat
Jumaat ( alhamdulillah ). Pengalaman pertama bekerja sebagai waitress memang menarik :bofu_48:. Merasa juga saya bekerja di kedai makan. Setiap hari Jumaat, kami memang akan ke sana untuk menolong. Dan tadi, Kak Aisyah ( tukang masak yang amat hebat walaupun berusia 18 tahun dan masakannya teramatlah sedap ) telah membayar makanan saya dan Teacher Jas. Jazakillahukhairaljaza'. Semoga Allah permudahkan segala urusannya. Amin.