Tuesday, March 31, 2009

Orang bernama Tini wajib bersemangat!

.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.

Salam,

Lama sangat sudah tak update blog kerana sibuk sangat (kagum dengan diri sendiri kerana sudah lebih kurang seminggu tidak berYahoo! Messanger) Bermula dari hari Jumaat yang lepas, saya bermusafir *perasan* ke Telaga Air untuk satu program anjuran PERKEPIS (Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak) bersempena dengan Bengkel Penulisan Remaja dan Muktamar Sanawi PERKEPIS yang ke-4. Memang seronok. Banyaknya pengalaman baru terutamanya dalam bidang protokol. Kak Mariati dan Kak Izzah dari PKPIM jadi VIPnya. Maaflah kak, sedikit kelam kabut Tini ni. Kuikui.

Hari pertama
27 Mac 2009
Jumaat

*Semangat* Saya habis kerja awal iaitu pada pukul 11 pagi. Maaf anak-anak murid sayang, Teacher Tini ada benda penting nak buat. Kak Hamas kata dia nak ambik Tini dan... tukar plan! Kami ke Kampung Budaya dahulu. Cey~ Rupa-rupanya Kak Mar dan Kak Izzah ada bersama. Memang kena dengan saya yang bertugas sebagai AJK Protokol. Kuikui.*perasan lebih* Memang seronoklah lawatan bersama mereka. Kak Izzah je yang sebenarnya belum pernah ke sana kerana saya dan Kak Mar orang Sarawak sendiri yang berlagak jadi pelancong jap. Letih sangat hari tu. Pukul 5 petang kamipun balik dan terus mengambil Kak Zana dan teruskan lagi perjalanan kami ke Telaga Air ( Telaga Biru kata Kak Izzah ). Hoho. Perjalanannya umpama dari utara ke selatan. Terkejut saya apabila terserempak dengan Bro Zamri ( yang dulunya pernah jadi fasi saya DUA tahun yang lepas ) dan sudah dua tahun kami tidak bertemu.

Hari Kedua
28 Mac 2009
Sabtu

Sedikit rasa pusing kerana tidur lewat pada malam sebelumnya. Tapi, sayakan Tini! Mesti semangat! ( Eh, orang nama Tini wajib bersemangat ke? ) Oh, lupa. Dalam PERKEPIS ada 3 orang TINI. Hoho. Kak Dyg Hartini, Kak Kartini, dan saya Nur Hartini. Kami boleh dikenali sebagai TINI 1, TINI 2 dan saya TINI 3. Sayangnya Kak Tini 2 tidak ada masa tu, kerana dia ada majlis konvokesyen ( Tahniah!) kalau tak mesti amat meriah dengan kekeliruan. Hoho. Ditakdirkan saya bukan jadi peserta sayapun tidak berada di dalam Auditorium Al-Wadi selalu untuk mengikuti Bengkel Penulisan oleh Saudara Firdaus Arif dari UIAM. Sibuk jugaklah dengan kerja lain. Jadi bussiness woman sekejap bersama Kak Zana; membuka gerai jualan PERKEPIS. Alhamdulillah, berjalan dengan lancar perniagaan kami. Oh, Kak Zana bakal rakan kongsi saya kalau saya melanjutkan pelajaran ke UIA PJ tahun ini insya Allah.

Hari yang ketiga
29 Mac 2009
Ahad

Kemuncak segala hari. Hoho. Muktamar sanawi. Buat pertama kalinya saya menjadi perwakilan. Seronoknya sebab boleh bersuara! Tahun ini tidak ada kesempatan hendak membahas ucapan dasar mahupun usul tapi insya Allah, tahun depan masih ada ( kalau masih dipanjangkan umur oleh Allah ). Rasa amat gementar sebab perlu duduk di hadapan sekali bersama VIP-VIP sekalian Kak Mar dan Kak Izzah. Banyak juga soalan dari saya kepada Kak Mar terutamanya. Ambil peluang yang adalah katakan. Bila lagi ada masa nak jumpa MT PKPIM ni. Cita-cita saya pulak nak ke Muktamar PKPIM pada tahun ini. Mesti amat hebat. Tak sabarnya~ Sedihnya saya melihat apabila pimpinan lama bersalam jamai' di atas pentas. Penuh tangis. *Terharu* Tahniah kepada pimpinan baru PERKEPIS. Kepada YDP baru Bro Khairul Anwar Sazali, fighting! Kepada Bro Syeed mantan YDP yang memang terserlah sifat ke'abang'annya, selamat menyambung pelajaran ke Yaman. Mungkin kalau balik nanti banyak benda boleh dikongsikan bersama kami di sini.

Itulah antara peristiwa yang berlaku semasa program.
Tammat.

Ada lagi!
Isnin. Hoho. Saya dipelawa Kak Khadijah untuk menghantar Kak Mar dan Kak Izzah ke lapangan terbang. Tapi sebelum tu, kami beli sedikit cenderahati buat mereka. Ya, saya, Kak Khadijah dan Kak Hamas menjumpai 2 beg yang terserlah ke'Sarawak'annya. Sebelum ke lapangan terbang kami makan-makan dulu. Kak Mar terkejut tengok saya lagi. Hoho. Saja je dia. Lepas tu dia cakap, " Eh, protokol! ". Comel-comel. Dan lagi, Kak Izzah ada beli beg yang sama macam kami belikan untuk dia orang, masa kami bertiga tengok tu ketawa tak henti-henti kat dalam kereta. Tapi, rupa-rupanya dia belikan untuk mak dia. Kuatnya ukhuwah sampaikan citarasa untuk beg pun sama. Masa perpisahan amat sedih. Insya Allah, kita akan bertemu lagi masa Muktamar PKPIM! Salam.

Friday, March 20, 2009

Oh! Saya terlupa.

Salam.

Sedang saya sibuk menukar gambar di Yahoo Messenger tiba-tiba baru teringat tentang gambar di Tadika Astana yang saya janjikan dahulu. Malasnya mahu menaip. Sila tengok gambar sahaja ye.Saya nampak sedikit berisi ( bukan gemuk ) di sini. Skemanya~:minimo_03:Semuanya budak baik ( termasuk saya ). Hoho. Ini cuma sementara. Bukan kebaikan yang sementara tapi posenya sahaja. Take note. Hoho.

Lihat! Hoho. Kami tidak dapat menahan diri dari melakukan pose ini. Sebenarnya saya yang tidak dapat menahan diri. :minimo_19:Comel-comel~

Semuanya nak bajet comel je. Duduk bersilalah sayang. Kalau duduk bersila makin nampak comel.

Rasa amat letih dan malas mahu menaip panjang berjela-jela malam ni. Salam.:minimo_33:

Nota: Entri kali ini tiada mengandungi warna-warna ceria Ribena kerana rasa amat letih~ Mungkin akan diwarnakan pada masa yang lain.

Sunday, March 15, 2009

Nasi yang sedikit hangus kerana...

Semasa sibuk menanak nasi, tiba-tiba teringat satu peristiwa di dalam lab Biology.

Lokasi: Lab Biology di Kolej DPAH Abdillah, tingkat 2 ( siapa budak kolej yang ingat lagi nombor lab tu, sila tinggalkan komen. haha. amat teruja. )
Umur pada masa tu: 17 tahun. ( Aww~ muda lagi )
Dress code: Baju sekolah yang disayangi dan rindui.

Mungkin ada sedikit kekurangan dan penambahan pada dialog ini kerana semuanya berlaku tahun lepas.

Farah: Mek mok berik nama anak mek pake istilah sains lok. Hoho. :bofu_17:( Saya nak bagi nama anak saya guna istilah sains ) * dia adalah cakap beberapa contoh tapi saya kurang ingatlah. Contohnya, Muhammad Alpha, gitulah*
Tini: Hoho.:bofu_14: Idea bagus! Nurul Islet of Langerhan. *Cey. Sayapun kurang ingat nama yang saya sebut. Mungkin ini, mungkin juga bukan ini.*

Lihatlah kami. Pelik. Sedikitlah, kurang dari 8%. Hoho. Janganlah diikut keanehan di atas. Bagilah nama-nama yang baik untuk anak-anak anda. Kalaupun takde idea nak nama apa, Yahoo!kan sahaja. Mudah kan? Insya Allah, maksud nama yang baik tu akan menggambarkan peribadi anak-anak anda. Cukup~:bofu_47: Masih berumur 18 tahun lagi Tini. Di sini, saya, nak mengucapkan tahniah ( baca: tahniahhh! mesti penuh dengan emosi gembira dan teruja ):bofu_26: kepada teman-teman sekolah dan bukan sekolah atas kejayaan anda semua di dalam SPM 2008. Alhamdulilah, terima kasih ya Allah atas kejayaan, rezeki dan nikmat yang Engkau berikan kepada kami. Terima kasih kepada ibu-bapa semua yang sentiasa memberi sokongan dan kepada guru-guru kami~ Oh, maaf kerana secara tidak sengaja saya berhibernasi di dalam kelas. :bofu_29:Adoi~ Dan, maaf kerana selalu sahaja menjadi orang yang terlambat masuk ke kelas selepas rehat. Lagi, maaf kerana selalu ke tandas dan selalu jadi amat lapar lalu makan dan menjadi pengedar makanan di dalam kelas.:bofu_13: Maaf. Terima kasih juga kepada teman-teman yang setia menjadi tutor secara percuma ( insya Allah dapat pahala dan kebaikan dari Allah. Tak rugi~ Saham pahala tu berjalan kalau saya guna ilmu yang kamu semua ajarkan. Jazakumullah. ) Kepada Mimi, Aina dan Anis yang menjadi pusat top-up tenaga makanan dan air. Hoho. Oh ya, tadi saya berjumpa dengan Azfar si Anarkis, Amir bakal YB, Hazman budak pandai dan Jam yang poketnya sentiasa penuh. Tapi tidak sempat hendak ucapkan apa-apa kerana jarak kami lebih kurang 80 meter ( mungkinlah kerana tidak sempat mahu bawa pita pengukur tadi ). Sekian saja. :bofu_48:

Nota tambahan: Nasi saya hangus sedikit kerana terlalu asyik menaip entri ini.

Wednesday, March 11, 2009

Dup dap dup dap

Saya cuba tenangkan diri dengan mendengar lagu-lagu begini sejak beberapa hari ni. Nampak jugalah kesan ketenangannya. Alhamdulillah. 2 jam setengah lagi. Iya, SPM. Malam tadi tidur tak lena. Dalam 4 jam sahaja. *Nervous* Baru sahaja nak hilang rasa nervous tiba-tiba je, eleh pengacara HMI ni cakap pasal SPM pulak. Adoi~
:minimo_23::minimo_14::minimo_06::minimo_25::bofu_31::bofu_24::bofu_33::phonecry::cry::minimo_36::minimo_42: Antara ekspresi-ekspresi saya beberapa hari yang lepas sehingga hari ini. Doakan saya.

Ya Allah berilah ketenangan kepada kami. Janganlah biarkan rasa sedih terlalu menguasai diri kami apabila tidak mendapat apa yang kami impikan. Amin.

Monday, March 9, 2009

Hilangnya simptom SPM

:minimo_35: Angin bertiup~Awan berarak~ Hoho. Lagu subjek Muzik masa darjah 3. Ya! Hari ini kami sekeluarga ke Kampung Terombol ( nama dia banyak pelik ya tapi unik ). Sudah 7 tahun tidak menjejakkan kaki ke sana lantaran beberapa sebab.

Sebab musabab tidak ke sana
1. Saya semakin dewasa. Perempuan lagi. Dengan kekurangan kemudahan asas seperti bilik air memang amat susah nak hidup. Baru sekarang dibina jadi saya rasa :minimo_43:
2. Rumahpun jenis yang terbuka jadi susahnya nak santai-santai atau nak 'buat macam rumah sendiri'.
3. Jalan perhubungan yang sedikit rumit kerana perlu menaiki kereta selama 1 jam dan selepas itu menaiki bot selama 1 jam ataupun lebih. Kalau cuaca tidak mengizinkan tak sampai juga saya ke sana. Dan, yeay, tadi kami menggunakan jalan darat yang baru dibina. Kira-kira satu jam sahaja perjalanan!

Atukpun selalu ke Kuching melawat nenek dan dia akan balik ke sana kerana ada kebun yang dia sayangi ( tak dapat tinggalpun keladi, tembikai, lembu dan macam-macam lagi ) . Memang rajin. Bangga nih.:minimo_41: Dan alhamdulillah sudah ada jalan perhubungan yang baik jadi tidak menjadi masalah untuk kami selalu ke sana. Paling penting, tandas sudah ada. Tapi, kalau nak bermalam masih tidak dapat lagi kerana rumah tersebut terbuka sangat. Tenangnya jiwa ini masa main dekat pantai. Angin memang kuat sangat. Bunyi pelepah kelapa apabila ditiup angin, pemandangan Pulau Satang dan lautan luas yang terbentang mampu menghilangkan simptom SPM yang melanda sejak beberapa hari ini. Subhanallah. Cantik. Sampai saya sanggup berdiri macam tiang je dekat tengah pantai sebab nak nikmati semua ni.:minimo_38: Makan bersama-sama di atas tikar memang syok! Lebih meriahnya lagi apabila ada ahli keluarga lain yang datang menyusul. Insya Allah, lain kali akan ada ramai lagi yang lain akan ikut bersama dalam ziarah ke Kampung Terombol ni.

Salam.

Saturday, March 7, 2009

3R versi kami

Hari yang ceria~ Alhamdulillah. Hari ni ada satu program iaitu 3R. Bukan 3R yang dekat TV3. Hoho. 3R versi kami; Rehlah, Relax dan Reunion ( untuk muslimat sahaja ). Semuanya berjalan dengan lancar dengan izin-Nya dan berkat kesungguhan sahabiah-sahabiah saya. Terima kasih! Kamsahanmida! Kombawo! Jazakumullah!:minimo_12: Panjang ceritanya kalau nak cerita dari mula. Jadi saya akan ambil saat-saat genting saja ye.

Buaya biawak yang sering tersedak kerana kami

Idea ni baru terpop-up masa tengah sibuk bersiap sebelum saya ke banglo Tahfiz di Kpg Astana Lot. Hoho. Masa taaruf, kamipun main satu permainan iaitu Buaya Biawak. Hoho. Comel. Siapa yang tersangkut atau salah kita suruh dia taaruf. Penuh dengan gelak ketawa terutamanya si Nomi.
:minimo_16:Ada saja perkara yang lucu pada pandangannya.

Mangsa keadaan angkara reflex arc yang tidak terkawal

Masa memanggang ayam tadi memang lucu. Hoho. Dengan ayamnya yang hangus dan keletah Raihan! Raihan, Raihan. Ceritanya begini, di kala perut sudah kenyang selepas melicinkan :minimo_11:ayam panggang sayapun macam sibuknya nak berkemas itu ini. Bersemangat! Tiba-tiba, dengan rasa slumber dan yakinnya saya ambil satu gelas dan buang air kat dalam gelas tu. " Ohhh, aik aku dibuangnya, aik aku~". Hoho. Raihan cakap gitu, dalam mode latah je bunyinya. Sayapun macam blur untuk beberapa ketika. Selepas dalam 5 saat baru faham ( slownya ). Raihanpun macam tersedar dia cakap gitu sebab kami tak pernah guna aku semasa berkomunikasi. Saya sendiripun kurang pasti kenapa saya buang air di dalam gelas tu. Spontan. Semuanya berlaku secara spontan ( angkara tangan yang sentiasa melakukan reflex action ).

Satu lagi, masa minum petang. Kisah yang hampir sama. Hoho. Air lagi. Ketika seronok bercakap dengan Kak Hamas ( dia tidak mempunyai hubungan dengan gerakan Hamas di Palestin ).

Kak Hamas: Let us take our last sip. * sedang minum air oren *
Tini: Alah, lambat Kak Hamas. Mek dah abis dah. ( Alah, lambat Kak Hamas. Tini dah habis dah ) * confident!*
Lalu, dengan rasa yakin sayapun menunjukkan gelas dengan gerakan menghala ke atas. Opss.
Ada air lagi rupanya. Kali ni terkena baju si Cah pula. Adoi~:minimo_14: Banyaknya mangsa saya hari ni. Selepas itu, mereka semua kira usik-usik sayalah dengan menjauhkan saya ketika saya memegang air. Hoho. Alah, saya tidak sengaja. Maaflah. :minimo_09:

Harapnya Allah temukan kita lagi dalam meeting esok dan usrah minggu hadapan kerana saya sudah merindui anda semua~

Salam.

Nota tambahan: Buaya biawak. Buaya, toleh ke kanan ye, biawak, kita toleh ke kiri.

Friday, March 6, 2009

Mari main lumba-lumba~

Hari yang ceria walaupun kepala sedikit pusing. Pusing bangat. Malam tadi seperti biasa saya ke Madrasah Al-Khairat. Rasa amat terpukul dengan diri sendiri yang terlalu menyia-nyiakan masa hidup. Terngiang-ngiang kata-kata Ustaz Muhammad " Kita hidup bukan untuk bermain ". Sejak akhir-akhir ni, saya perasan sibuk. Sedangkan bila teliti balik, taklah sibuk mana. Itulah saya cakap perasan sibuk! :minimo_31: Selepas pulang dari kelas malam tadi rasa amat tenang. Itulah kan, makanan rohani pun perlu sentiasa disuapkan kepada diri. Apa gunanya kalau makanan yang sedap dan lazat penuh berkrim kita makan setiap hari kalau hati kita kosong? Saya selalu cuba ingatkan diri. Tapi, huh~ dek kerana iman yang tak semantap mana ni, selalu juga hanyut dalam arus dunia. Astaghfirullah. Bila baca satu entri Kak Wina ada satu ayat dia, " Now now, don't all of us feel like to race each other to Jannah now, as that is really the ultimate grand prize in life. Jom!~":minimo_26:. Semangat jiwa ni. Sayang Kak Wina.:minimo_30: Terima kasih ya Allah, kerana telah menghadirkan insan-insan yang sering menjadi alarm clock kepada saya. Eh, reminder lebih baik rasanya.

Berbalik kepada kata-kata " Dunia bukan tempat untuk bermain ". Masa kat dunia ni lah kita bertungkus-lumus melengkapkan diri kita kerana dunia ialah sawah ladang akhirat ( kira macam nilah bunyinya ). Kalau kita ada tidak bercucuk tanam kat ladang tu, tak akan adalah hasilnya untuk kita di akhirat ( kalau salah sila betulkan ). Begitulah analoginya hidup kita di dunia ni. Di dunia inilah kita tuntut ilmu sebanyak yang mungkin. Menuntut ilmu itu kan jihad. :minimo_19: Sesiapa yang pergi menuntut ilmu dia sedang melakukan jihad fisabilillah. Hoho. Subhanallah~ Katakanlah kalau ditakdirkan maut datang menjemput semasa dalam perjalanan menuntut ilmu kita akan mati syahid! Tak ke best tu? Orang yang mati syahid, dia akan ditempatkan di tingkat ke 100 dalam syurga. Subhanallah~ Bertambah best kan? Kita sudah tahu kenikmatan menuntut ilmu. Jadi,masih nak ponteng kelas dan sebagainya ke? Hidup di dunia ni sekejap sahaja, di akhirat nanti kita akan hidup selamanya. Syurga atau neraka? Semua kita pasti akan memilih untuk ke syurga.Now now, don't all of us feel like to race each other to Jannah now, as that is really the ultimate grand prize in life. Jom!~:minimo_26:
( Kak Wina, pinjam ye ) :minimo_12: Aja, aja fighting! :minimo_01:

Salam.

Nota kaki: Hari ini saya akan masak ayam masak kicap sahaja. Sudah lama tak makan menu tu.

Thursday, March 5, 2009

Labah-labah yang bernama Inci Winci

Blog sudah bersarang labah-labah- Inci Winci ( Wah~banyaknya. Nak tolong buangkan tak? ). Lama sungguh dah tak update. Hoho. Saya sibuk. Sibuk dengan perkara yang tidak berfaedah. Teruk:minimo_14: . 88% perkara tidak berfaedah dan 12% perkara berfaedah. Ish. Grr. Simptom SPM lagi. 6 hari lagi. Dan, kerja-kerja lain yang sememangnya yang perlu dilangsaikan segera tapi diabaikan kerana 88% perkara tidak berfaedah:minimo_06:

Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini yang mudah terlupa. Mudah lalai.