Friday, January 22, 2010

Top Up Your Iman with Jana Taqwa 1

.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.

Salam.
Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana masih lagi saya bernafas dan mampu untuk mengetuk papan kekunci ini. Kali ini saya nak cerita tentang program JANA TAQWA anjuran HEWI PERKEPIS. Menarikkan bunyinya? Selalunya kita dengar jana pendapatan, jana kuasa dan lain-lain.

Program ini ialah program mingguan/bulanan HEWI PERKEPIS yang dibuat khas untuk kaum Hawa sahaja dan diadakan satu hari satu malam di mana-mana sahaja tempat yang sesuai. Pengisian program ini antaranya ialah qiamullail dan beberapa pengisian yang berkenaan dengan hal ehwal siswi. Seperti mana yang kita tahu, wanita lebih menitikberatkan aspek perhubungan ataupun relationship oriented berbanding dengan lelaki yang bersifat goal oriented. Jadi matlamat program ini selain untuk mengeratkan ukhuwah antara muslimat ianya juga bertujuan untuk menjadi medium di mana muslimat berkumpul meluahkan isi hati dan berkongsi masalah. Kalau dalam bahasa Inggerisnya program ini boleh dikenali sebagai Girls' Night ataupun Pillow Talk. Hoho.

Alhamdulilah pada 16 hingga 17 Januari yang lalu, program JANA TAQWA yang pertama untuk tahun ini telah diadakan di HOMESTAY ABAS di Kpg Panglima Seman, Kuching, Sarawak. Seramai 10 orang muslimat dari pelbagai lapisan umur telah ditakdirkan oleh Allah untuk mengikat tali ukhuwah. Saya salah seorang daripada mereka! *gembira* Terima kasih kepada Kak Siti Nurbaya dan Kak Nazirah yang bersusah payah menjadi tenaga penggerak.

Pada malam Sabtu, usai kami mengisi perut dengan daging black pepper dan sayur kobis hasil air tangan Kak Nazirah (dan sedikit sentuhan dari saya) Kak Nazirah terpaksa pulang kerana ada hal keluarga. Saya pun rasa tidak sedap hati kerana kalau Kak Nazirah mahu pulang mestilah Kak Siti yang akan menghantar. Yaa, tekaan saya benar. Huhu. Tidak lama selepas itu, Kak Siti menghampiri saya dan dia mengharapkan saya untuk menggantikannya seketika. Masya Allah, takutnya saya sebab tidak ada persiapan langsung.

Tibalah masa pengisian. Halaqah telah dibuat. Masya Allah saya berdepan dengan sahabat yang lebih muda, sebaya dan ada juga yang lebih tua dari diri saya. Rasa gementarlah sedikit. Tetapi alhamdulillah Allah beri saya kekuatan untuk meneruskan sesi taaruf kami. Usai sesi taaruf yang menghiburkan kami lebih mengenali antara satu sama lain.

*tick tock tick tock*

Jam sudah pukul 9 malam. Tapi bayangan Kak Siti belum juga nampak. Tiba-tiba datang satu pesanan ringkas dari Kak Siti

"Tini, akak perlu ambik mak akak di hospital. Lepas ya akak pergi sia gik"

Selepas itu, saya pun meneruskan jua ke aktiviti yang seterusnya iaitu KULDUM ataupun kuliah 2 minit. Masa ini giliran sahabat yang lain lagi bercakap, saya mendengar. Adil kan? Hoho. Saya beri satu tajuk yang ringkas dan mereka memberi pendapat masing-masing ataupun pengisian berdasarkan tajuk iaitu CINTA. Amat mengujakan mendengar pendapat mereka.

*tick tock tick tock*

Sedar tak sedar jarum jam menunjukkan pukul 10 tepat. Tinggal 30 minit lagi. Otak saya ligat berputar memikirkan aktiviti seterusnya. POP! Allah beri ilham. Alhamdulillah! Saya kemukakan satu permintaan yang aneh pada fikiran mereka atau sesiapapun yang mendengar pada masa itu. Sila kemukakan saiz kaki anda dan bercerita tentangnya. Ada yang mengulas panjang lebar dan ada yang menceritakan betapa susahnya mencari kasut untuk dirinya dan macam-macam kisah yang lucu berkenaan dengan kaki.

Insya Allah, kisah kaki akan saya sambung pada entri yang seterusnya. Rasa bersalah sebab terlalu lama dating dengan laptop ni. Hoho.

Tuesday, January 19, 2010

Oh! Rasa macam nak membebel.

Terasa macam nak membebel malam ini.

Ya tidak dapat dinafikan, cuti ini assignments bertimbun tapi saya buat-buat macam sayalah orang paling takde kerja dalam dunia ni. Setelah satu minggu tanpa membuat apa-apa yang berfaedah saya pun rasa insaf lalu minggu ini bermula hari Isnin berazam hendak menyibukkan diri dengan semua kerja yang terbengkalai. Walaubagaimanapun, kehadiran kemudahan internet di rumah selalu menyebabkan saya terlampau sibuk meng-GOOGLE-kan banyak benda. Terlampau banyak sehingga menyebabkan saya letih dan Zzz.. akhirnya.

Selepas itu, disebabkan saya tidak dapat menahan nafsu makan yang melampau semasa di rumah saya pun terpaksa ke dapur mencari makanan. Bukan setakat itu saja, saya sibukkan diri dengan mengasah skill memasak dan memikirkan menu baru. Ditambah lagi, saya memang tidak sampai hati melihat makanan yang dimasak oleh ibu tercinta terbazir lalu dengan rela hati memakannya berkali-kali hinggalah licin. Inilah masalahnya apabila hanya saya, saya dan saya yang ada di rumah tanpa adik-beradik lain.

Perkara lain yang menjadi halangan lagi untuk belajar ialah apabila saya rasa amat merindui anak-anak buah lalu tanpa berfikir dua kali saya bergerak dengan pantasnya ke rumah mak cik yang terdekat. Lagi sekali, dengan rela hatinya saya menjadi baby sitter. Susahnya mahu tinggalkan anak-anak kecil yang comel. Jadi, saya pun habiskan banyak masa bergelak ketawa dan bersandiwara dengan mereka.

Selain itu, masa cuti ini saya dengan rasa besar hatinya menghambakan diri kepada novel-novel sama ada yang baru mahupun yang lama. Tiga hari yang lepas, saya merelakan diri untuk tidur lewat semata-mata untuk menghabiskan satu novel yang baru dibeli bertajuk PRINCESS BY JEAN SASSON. Oleh kerana tidak dapat menahan diri dari mengetahui kisah malang Sultana saya gagahkan diri sehingga jam 3.30 pagi. Keesokan harinya saya mengalami satu trauma kerana asyik terbayang hidup wanita di Arab Saudi kerana imaginasi saya teramat tinggi. Novel ini ialah kisah benar ok. T.T

Inilah sebabnya kenapa saya tidak sukakan cuti. Sebelum cuti bersemangatnya meletakkan buku pelajaran ke dalam beg dengan harapan akan dibuka selalu tapi perkara sebaliknya terjadi. Tidak sabarnya mahu balik ke kolej. Sekian terima kasih.

Wednesday, January 13, 2010

Integer: Madam Rozitah

When I'm doing my Math just now, suddenly I remember how the first time I truly understand integers. Back then in Kolej DPAH Abdillah when I was in form 2 Putih, there was a pretty teacher named Madam Rozitah. She was very cheerful, optimistic and very bright. All of us love her. She put lots lots of efforts to make us understand every single thing she taught. We could see her passion in teaching us. Her sincerity and endless love made us felt special.

One day, I came to her and said,

Tini: Teacher, I still don't understand the integer thingy. It is so tough.

Madam Rozitah: Ohh. It's okay. I'll help you to understand it. You see, it is like this, if you owe me RM10 but you only have RM5. You can pay me RM5 first and the balance is RM5. So, the negative sign means hutang. When you owe somebody you must pay. Can you understand now?

Tini: Yes! Thank you madam. *big big smile*

-10+5=-5 Simple mathematical equation for most people but I consider it as a tough one. You may think I'm a dumb for asking that kind of easy question. I don't care. Malu bertanya sesat jalan kan? What I want to highlight here is my teacher's effort in making me understand the integer. I admit it was very very very easy question which sometimes people may say 'Are you a dumb?' when you ask them. I couldn't trace that kind of impression on her face that time which made me felt comfortable enough.

You see here, how a teacher give such an impact to her student. I will cherish this memory forever. So, for those who have ambition to become a teacher please be sincere because human like sincerity don't we? For Madam Rozitah thank you very much. Jazakillah. May Allah bestow you with His love and Jannah. Amin.

Tuesday, January 12, 2010

Alone:Sendirian

After having a busy life in LMC, here I am at home, alone.
Yes, alone.
No human being.
There are only cats: Amat, Tom and Kakak, the sounds of fan and washing machine whooing and yiying.
Masya Allah. Bosan sungguh.
I can only study if I see the movement of human being.
In fact, back then in LMC I usually rolling on my bed when all my roomies were out because I couldn't study at all.
Tetapi, kali ini benda ini mesti diubah. Mesti. Tini cepat study~

Saturday, January 9, 2010

Yakin dan percaya

Alhamdulillah, pada pukul 7.15 petang saya selamat sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Cuti kali ini saya benar-benar berazam nak berdamping dengan buku betul-betul, tak nak macam dulu. Serius. PSPM semester 1 pointer kurang baik tapi alhamdulillah boleh hidup lagi kalau dapat 4 flat semester 2. Ya, memang payah nak dapat 4 flat sebab semuanya makin susah. Tapi, saya percaya dan yakin "Tini boleh~" Macam Vivien ( teman sebilik yang disayangi ) cakap, you can when you believe.

Sekali lagi kesyukuran dipanjatkan kerana saya berjaya memujuk ibu bapa saya untuk membenarkan saya belajar luar dari Sarawak. Bukannya saya tidak mahu belajar di UNIMAS cuma kursus yang saya minati tiada. Ya, banyak halangan dan syarat yang perlu dihadapi dan penuhi. Tapi, saya percaya dan yakin "Tini boleh~"

Insya Allah saya akan ambil optometri. Pilihan pertama optometri UiTM, mungkin juga boleh berubah. Untuk UPU saya letak, optometri, diagostik dan radioterapi, fisioterapi dan yang sewaktu dengannya. Berubah angin sejak keputusan PSPM keluar. Ukur baju di badan sendiri kata orang.

Semester 2 amat mencabar mental dan emosi. Program kolej sana sini. Kerja rumah sini sana. Saya mesti berusaha lebih kuat lagi dan saya yakin dan percaya " Saya dan kawan-kawan saya boleh~" Ayat yang saya selalu gunakan sebagai jarum penyuntik kembali motivasi ialah

Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu (Muhammad:7)

Saya bersyukur sebab Allah uji saya dengan macam-macam masalah semester ini. Kerana semua ujian itulah saya rasakan saya jadi lebih matang. Ya kawan-kawan, saya bukan lagi Tini yang dulu ( tabiat makan tetap sama ). Maklumlah sudah 19 tahun, jadi saya mesti melakukan anjakan paradigma. Cabaran untuk menjadi daei bukan mudah. Kerap kali saya tewas, mengeluh dan menangis sebab gagal. Astaghfirullah, memang lemah kan? Saya masih baru lagi setahun jagung dalam bidang ini. Tetapi tidak apa, saya yakin dan percaya " Tini boleh~" .