Jika hidup itu digambarkan sebagai teori relativiti Einsten, kita umpama satu kereta api yang bergerak bersama cahaya.Setiap kali akan ada cahaya yang menerjah gerabak itu pada masa-masa yang berbeza. -Edensor, Andrea Hirata-
Awak dan saya. Kelajuan, pecutan dan jarak yang ditempuh kita berbeza. Awak bawak 50 km/jam. Saya pecut lagi laju, 100 km/jam.
Cahaya demi cahaya menerjah pada masa yang berbeza. Peristiwa demi peristiwa datang kepada kita pada masa yang berbeza. Pengalaman demi pengalaman dikutip dari setiap peristiwa juga pastinya berbeza.
Awak masuk darjah satu dulu. Saya pulak 1 tahun kemudian.
Awak dah pandai eja AYAM awal dari saya. Saya rasa macam awaklah manusia paling pandai masa tengok awak tulis A. Saya pulak 1 tahun kemudian baru tahu eja AYAM tu pergh sangat senang.
Awak pandai baca Al-Fatihah lagi awal dari saya. Saya :O kagum. Saya mengaji rajin-rajin, nak jadi pandai macam awak, boleh baca Al-Fatihah.
Sekarang, awak di Korea saya di England.
Awak jumpa si sepet comel. Saya jumpa mat salih berhidung mancung.
Awak cakap Annyeong! selepas bagi salam masa kita berSkype. Saya pulak cakap Hello! selepas bagi salam.
Hari tu masa balik Malaysia, awak ajak datang rumah. Awak cakap awak masak spesel punya. Sampai rumah awak saya kiss-pipi-kanan-kiss-pipi-kiri & hugs *in combo* sebab saya rindu sangat dengan awak.
Saya buat muka tak malu tanya pasal lauk spesel hari ni yang awak janji dalam sms.
Tada~! Maggi sup goreng tambah daging panggang spesel resipi dari Korea.
Saya buat muka :O dan cakap pelik. Mana pernah orang buat di England & Malaysia. Saya tak nak cuba dan asyik kata itu pelik. Maggi sup rebus la paling sedap di dunia kalau letak telur lagi sedap.
Saya suruh awak baca manual belakang maggi. "Tengok. Mana ada dia cakap goreng. Rebus, rebus!"
Tiba-tiba adik awak Andreana Hirata datang sambil bawak nota Fizik dia dan membaca notanya dengan kuat,
Jika hidup itu digambarkan sebagai teori relativiti Einsten, kita umpama satu kereta api yang bergerak bersama cahaya.Setiap kali akan ada cahaya yang menerjah gerabak itu pada masa-masa yang berbeza.
Oh! Kita pun tersedar. Bahawa kita sememangnya berbeza kerana cahaya yang menerjah gerabak hidup kita berbeza.
Saya pun mula rasa resepi spesel awak tu tak pelik tapi unik & harus sekali untuk dirasa. Bila rasa & kunyah 40 kali terasa sungguh nikmat sebab sangat berbeza dari maggi rebus campur telur.
We cant expect people to think & act like us. They have going through different environment & situation in life. Accept the fact that we are different. That is what the Prophet did, he accepts Umar who is so strict , Abu Bakar the opposite of Umar and everyone just the way they are. There must be a reason why Allah swt created us with distinct characters.
Nota kaki: Kalau semua orang macam saya, hmm. Berwarna pink lah seluruh rumah di Malaysia.