Sunday, December 26, 2010

Sibuk berchenta

.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.

Salam.

I am in a soooo-lazy-of-updating-my-blog state.

Perkembangan terbaru? Saya sedang sibuk berchenta dengan encik buku sekalian. Kami dating semakin kerap dek kerana keputusan peperiksaan yang teruk! I didn't manage to get 3.5 dude. T.T

But then, I feel so grateful because I managed to pass all the papers. Yes, it would be awesome if I got all A's kan? It is possible Tini for you to be in the Dean List. It is just that I have to work even more harder and smarter. After that, just tawakkal. (: Lets Allah decide the rest.

Sorry guys for not updating my blog frequently. Nah, this is a hadith to be shared today:

Dari Abi Dardak r.a berkata; Rasulullah saw telah bersabda: " Barang siapa berselawat ke atasku ketika pagi sepuluh kali dan petang sepuluh kali ia akan mendapat syafaatku."

Friday, December 17, 2010

Why I love kids?

Lama sangat dah tuan punya blog berehat (berehat ke malas?)

Auji dan Amali. Dua beradik yang comel dan cerdik. Mereka ni kira anak sepupu saya. Ketika kami melalui perkuburan yang terletak berhampiran dengan Masjid Negeri...

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahhi rabbil a'lamin..
Sampailah ayat terakhir Al-Fatihah.

Subhanallah, mereka terus membaca Al-Fatihah. Selepas itu, mereka terus menyambung perbualan (Comel!). Look, how sensitive they are towards their surrounding. Kita ni yang dah besar gedabak ni pun jumpa kubur buat muka alah-kubur-je-pun. Radio pun main lagu entah apa-apa.

This is one of the reasons why I love kids so much. Mereka sangat innocent. Suci.

Sunday, November 28, 2010

Kisah si Zahra

Saya sangat 'rajin' sampaikan nak update blog pun '
senang'.

Di atas 'kerajinan' yang melampau ni saya akan hadiahkan diri saya dengan percutian seminggu di rumah! sambil menatap si kesayangan: Enche Fizik.

Tinggalkan kisah 'kerajinan' yang melampau tersebut, kita buka lembaran baru. Saya akan ceritakan satu kisah. Kisah si Zahra. Semasa Zahra berusia kira-kira 8 tahun, cita-citanya ialah mahu menjadi seorang model. Ya model. Model iklan. Model runaway. Mahu jadi cover girl majalah konon.

Setahun dua berlalu dia menukar cita-citanya. UP sikit,
kepada seorang wartawan. Nak keluar TV.

Saya Zahra Muhammad melaporkan dari Permatang Pauh.

Seterusnya, dia mahu jadi seorang pereka fesyen pula.

Setahun dua tiga tahun berlalu, tertukar lagi cita-cita
Cik Zahra ni. Kali ini dia mahu menjadi seorang arkitek..Dia terpengaruh sakan dengan buku Ahadiat Akasyah yang dibacanya semasa dia berada di tingkatan dua.

Naik lagi selangkah menuju ke tingkatan empat, cita-citanya berubah 360 darjah. Mahu jadi doktor pula. Dia terpengaruh dengan rakan-rakannya yang kebanyakannya mahu menjadi doktor.

Habis matrikulasi, dia mula terfikir tentang realiti hidup yang sebenar. Dia mula tidak yakin dengan kemampuannya untuk menjadi pelajar perubatan. Lalu, dia pun mencari cita-cita alternatif iaitu Fisioterapis. Allah lebih mengetahui mana yang terbaik untuk dia dan Dia telah meletakkan Zahra di dalam kursus Fisioterapi di sebuah universiti tempatan.

***

Orang yang mempunyai cita-cita itu ialah orang yang punya matlamat dalam hidupnya. Iya, memang cita-cita mungkin akan berubah. Tapi, lebih teruk lagi orang yang tidak mempunyai cita-cita lansung kan? Kita perlukan matlamat untuk memandu hala tuju kehidupan kita.

Kembara Hijrah bersama adik-adik dan rakan-rakan PERKEPIS pada hari Khamis 25 November yang lepas memberikan satu pengertian yang besar bagi diri saya. Tidak mudah untuk berjalan kaki sejauh 12km di dalam keadaan yang panas. Tak cukup air untuk minum ditambah pula dengan kaki yang melecet.

Saya sendiri teruja melihat adik-adik yang cukup mantap motivasi diri serta semangat mereka.

Akak, kalau saya mengalah sekarang saya kalah kak. Saya tak nak naik kereta. Saya masih boleh lagi teruskan.

:'( Sangat sweet kan? Saya sendiri yang akhirnya mengambil keputusan untuk naik kereta untuk sampai ke destinasi. *kantoi*

Masa dalam kembara jaga diri, jaga kawan, jaga kumpulan. Apa-apapun yang terjadi kita mesti sampai ke destinasi.

Pesan Encik YDP PERKEPIS, Saudara Khairul Anwar Shazali.

Dari awal lagi matlamat kami ialah untuk sampai ke destinasi iaitu Pasir Pandak bersama-sama tak kira yang berlaku. Perjalanan yang ditempuh bukannya mudah. Payah. Begitulah kehidupan. Untuk mencapai matlamat, kita perlu menempuh satu jalan yang penuh berliku. Mungkin sesekali kita terjatuh dan kita mesti bangkit semula selepas itu. Bangkit untuk merealisasikan kembali matlamat kita. Jangan pernah mengalah. Saya selalu berpesan kepada diri,

Kegagalan ialah permulaan kepada kejayaan.

Syurga itu manis tetapi jalan menujunya tidak semanis yang kita sangkakan.

(:

Friday, November 12, 2010

Sehari bersama Cik Ainul Mardhiah yang solehah.

Terima kasih ya Allah kerana menjadikan hari ini best! sangat.

Hari ini saya dating dengan Cik Ainul Mardhiah yang comel, mak Cik Ainul Mardhiah: Kak Asmah dan Mila. ^_^

I really have fun. Lots of fun! Sangat best!-kuasa-5 sebab dapat makan laksa Sarawak. Alhamdulillah. Dua bulan saya menunggu. Hoho.

Sangat best!-kuasa-5 jugak sebab tengok Cik Ainul kita ni gembira terlompat-lompat main di taman permainan. Moga jadi anak solehah ye. Amin.

Cik Ainul (2 tahun setengah) sangat solehah. Kalau keluar rumah je dia mesti cari tudung! Subhanallah, kecil-kecil lagi dah suka guna tudung. Dulu, pada mulanya Cik Ainul kita ni memang rasa rimas kalau guna tudung dan sekarang tak lagi. Alah bisa tegal biasa.

Jadi, anak-anak ni kita kena didik dari kecil lagi supaya dah dewasa nanti tak rasa janggal kalau guna tudung. Dan jangan lupa terangkan kenapa perempuan wajib bertudung serta cara penggunaan tudung yang sebetulnya. Terangkan menggunakan bahasa yang mudah dan berperingkat-peringkat mengikut umur. *I think I DO sound like a mother for this part. My friends always said that I resemble their mothers a lot. >.<"*

Budak kecil pun reti nak guna tudung wahai budak besar. Masih tidak terlewat lagi untuk anda membuat keputusan yang betul lagi betul dengan mula menggunakan tudung bagi yang belum. Bagi yang sudah bertudung alhamdulillah. Tapi pastikan cara anda menggunakan tudung itu betul ya. Moga Allah permudahkan untuk kita sama-sama memperbaiki diri. Sayangi diri anda wahai muslimat dengan menghijabkan diri anda.

Saya sayang awak sebab tu saya bagitau. *hugs*

Di sini saya sertakan link video dari Baba Ali yang lucu-kuasa-5 tapi penuh bermakna.

Wednesday, November 10, 2010

Aktiviti hari ini.

Alhamdulillah saya selamat sampai di rumah pada pukul 3.30 petang. Nak tahu apa aktiviti pertama saya selepas melangkah masuk ke dalam rumah? Tekalah. Hadiah tidak disediakan.

Menjenguk periuk! *Ye, saya tak pernah berubah*

Aktiviti kedua!
Menziarahi jiran tetangga. Saya mulakan dengan rumah di sebelah kiri. Bermesra dengan si kecik Ainul Mardhiah yang makin comel~! Dan selepas itu rumah di hadapan. Usha pulak si baby Alam. Rumah di sebelah kanan, ehem susah sikit kot, banyak sangat anak bujang. *Skip*

Aktiviti ketiga!
Berbasikal. *Basikal pinjam je*
Baru pusing satu kampung satu round dah rasa penat sampai nak patah kaki ni mengayuh *Hiperbola*.
Kalau dulu, boleh buat 3-4 pusingan tanpa berhenti. Kalau main lumba basikal pasti menang. Ehem, itu cerita dulu.

Aktiviti keempat!
Menziarahi atuk dan menjemput mak balik kerja. Bila tengok muka mak saya, sejuk hati. Atuk saya kurang sihat. Doakanlah ye moga Allah beri dia kesembuhan.

Ada sesiapa nak bawa saya dating tak esok? Saya amat free. *Khas untuk sisters sahaja*

Tuesday, November 9, 2010

p/s

So far my activities during this holiday were non-beneficial-at-all either for me and people around me.

I am out of the 'orbit' again i guess. :(

Luckily, Allah gives me the 'hint'. Alhamdulillah. :)

Tini, back to your old self will you?

p/s: I'll go home tomorrow.yippie~

p/s/s: Cant wait to come back home and meet my family and ehem, eat delicious foods! yummy~

p/s/s/s: Kak Maira, Kak Hamas, Kak Djah, Kak Zana,Didi, Trah and Amni, make sure you all spare some time to have a date with me. *wink*

Saturday, November 6, 2010

I won!

I won the 6th place for Jilbab Contest by Anything! Hijabi group. Alhamdulillah~ *grin* Here's the set.

back to class

back to class by hartini :3

Wednesday, November 3, 2010

Jalan-jalan

Saya sedang berada di rumah kakak saya di Shah Alam. Semalam dia bawa saya pergi kampus dia. Mm, cantik tapi saya jumpa sampah yang bertaburan di stesen bas menyebabkan saya rasa dah tak cantik dah.

Kemudahan pulak kira berada di tahap boleh-hidup-lagi ataupun dalam bahasa mudah okay. ATM UiTM sungguh banyak. Bersinar-sinar mata saya bila tengok ATM Bank Islam. Kalau di KL, nak cari ATM Bank Islam punya lah susah. Naik kena naik monorel dulu ke Medan Tunku. Jalan-jalan-jalan-jalan dan jalan sikit lagi, baru jumpa Bank Islam.

Saya pun dengan rasa teruja *sebab duit baru masuk* mendekati ATM tu. Memang dah nasib manusia pendek, ditambah dengan kesilauan yang melampau saya terpaksa terjengket-jengket masa keluarkan duit. Mula-mula masa saya datang tak banyak pulak manusia, tiba-tiba selepas aksi jengket-menjengket disebabkan tidak cukup ketinggian banyakkkkk sangat manusia yang beratur. =.=" Maaf, ATM tu tinggi dan sedikit silau jadi saya lambat sikit. Banyak hikmah dan lelebihan jadi orang pendek ni.

Selepas itu, seperti dalam perancangan, saya, kakak dan sepupu saya ke Sunway Pyramid~! Cantik tapi jadi tak cantik dah sebab ada kedai arak. *menyampah sungguh* Dekat main entrance lagi. =.="

Saya tak beli banyak barang sebab nak berjimat. Hoho. Ada benda yang lebih penting untuk dibeli nanti. Saya cuma beli kasut Hawkeye di Jusco, langsir comel di Living Cabin dan potpouri bau sedap juga di Living Cabin. Saya cari kasut punyalah lama. Di Padini ada berkenan dengan satu kasut Vincci comel berwarna kelabu. Harga pun okay. Tapi, saya terjumpa kasut Hawkeye kelabu yang comel jugak di Jusco. Akhirnya, Hawkeye 1-0 Vincci.

Berjaya juga saya kawal diri dari membeli benda yang saya memang suka sangat tapi kurang penting. Alhamdulillah. (^_^)/ Kalau ada peluang saya akan upload gambar kasut dan langsir comel tu.

Saturday, October 30, 2010

Nanges.

Today's Physics paper reminding me of the Additional Mathematics paper last 3 years ago which was extremely hard! During the Physics exam, I am about to cry. I know nothing of what to write in the answer sheet for the subjective questions.

I could see the 18 marks fly away away and away from me.

I left the examination hall with a don't-you-ever-look-at-me-because-i-want-to-cry look. T.T

Nanges.

Thursday, October 14, 2010

Hilang bagai angin lalu.

Ini cuma satu entri yang ringkas (Mungkin kah? :P)

Betul. Amat ringkas.

Saya rasa saya perlu hilangkan diri seperti angin lalu untuk sementara waktu.

Peperiksaan akhir tinggal 11 hari lagi!

Doakan kejayaan saya. ^_^ V

***

INI IALAH TANDAS DUDUK PELAJAR. SILA HORMATI CARA DUDUK YANG BETUL. (**missing text** GENERIK YANG PERLU DIHAYATI)

Saya jumpa notis bertulis seperti yang tertera di atas di hadapan salah satu pintu tandas di kampus. Pihak pengurusan TIDAK AKAN meletakkan notis ini kalau tidak ada kes penyalahgunaan teknik menggunakan tandas. Benda kecil macam ni sepatutnya semua orang tahu *mode kecewa*. Tolonglah cari kembali sesuatu yang digelar common sense tu. Jangan biarkan ia hilang bagai angin lalu.

Nota kaki: Sila rujuk artikel Common Sense: Kebiasaan Yang Kini Luar Biasa di SAIFULISLAM.COM.

Sunday, October 10, 2010

Satu perjuangan

Selamat petang!

Tiba-tiba je teringat dengan salah seorang teman se'dating' saya : Kak Siti Khadijah Bt Edi Wahab. Kakak yang baik dan comel. *wink wink*

Saya masih ingat lagi masa saya di Kolej Matrikulasi Labuan (KML) dulu dia ada bagi satu lagu yang amat best~ Betul! Atau adakah sebab aliran kasih sayang di antara kami menyebabkan lagu ni bertambah best? Hoho.

Satu Perjuangan (Brothers)

Rintangan pasti melanda
Jangan undur walau selangkah
Teruskan perjuangan
Hingga ke akhirnya~
Andai kau gugur
Andai kau syahid
Kau diredhai-Nya.

Disebabkan wifi yang amat slow seperti siput jadi tak boleh nak upload video. >.<

Nota kaki: Kepada semua teman se'dating' saya, Kak Maira, Kak Hamas, Kak Djah, Kak Zana, Kak Zura, Amni Adilah, Trah dan Didi, sila pastikan jadual anda kosong ye masa saya balik cuti. *wink + hugs*

Khas untuk Kak Chik

Selamat pagi~ *sedang insomnia. entri ditulis pada pukul 4 pagi*
Jubah sporty yang sangat cantek~ Bila lagi nak lagi nak ada kat Malaysia?

Mungkin kalau baju macam ni ada, orang yang tak biasa pakai pun nak cuba pakai. (: Remaja tak suka sangat pakai yang banyak sulaman. Jadi, cepatlah jual baju-baju macam ni wahai pemilik kedai abaya/jubah Malaysia~ Payah benar nak beli benda ni direct dari US/UK.

u.p : Kak Chik (http://abayaelegan.blogspot.com/ ) pemilik kedai abaya yang disukai. *wink*

Hati

Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada sekerat daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rusak, maka seluruh tubuh itu pun rusak. Ketahuilah, dia itu adalah hati.‘” (HR. Bukhori)

Jaga hati.Jaga hati.

Duhai Allah, apalah nasibku jika aku usir-Mu dari hatiku,
Maka ya Allah, pungut dan manjailah aku dalam kasih sayang-Mu.

:'(

Thursday, October 7, 2010

Terimalah hakikat.

Cerewet ke saya ni?

Jawapannya ialah YA! *grin*

Cerewet bertempat lebih tepat rasanya.

Saya perlu jadi cerewet sebab kualiti kerja yang saya pentingkan.

Kualiti kerja melambangkan kesungguhan kita menghasilkan sesuatu kerja dan personaliti kita.

Maaflah *rakyat Malaysia suka minta maaf walaupun takde buat salah :p*

Anda perlu terima hakikat.

Sunday, October 3, 2010

W X Y Z

Entri kali ini agak ringkas, insyaAllah.

Saya baru sahaja selesai menghadiri Forum anjuran Persatuan Mahasiswa/wi Perubatan UKM (PERSIAP). Forumnya bertajuk, Zina Bukti Cinta Palsu. Antara ahli panel yang terlibat ialah Ustaz Pahrol Bin Mohamad Juoi, Puan Rosmawati (Pengasas Raudhatul Sakinah) dan YDP PERSIAP sendiri iaitu Saudara Mohd Azizudin Fahmi.

Saya memetik kata-kata Ustaz Pahrol Bin Mohamad Juoi yang menyebabkan saya teringat satu situasi yang pernah saya lalui dalam .

" Mereka (media dan pihak-pihak yang tertentu) sibuk memPROMOSIkan pergaulan bebas, hiburan dan segala yang boleh mengundang kepada zina, tetapi dalam masa yang sama BIMBANG dengan kes pembuangan bayi, seks bebas dan sebagainya" Tak sama sangat la kot ayat dia dengan yang ni. Hehe.

***

Saya ada satu kisah. Kisah ini benar lagi benar. Al-kisah, di kawasan W, berlansunglah majlis X yang gilang gemilang dan dihadiri oleh orang-orang besar, media yang terkemuka dan dirasmikan oleh orang terkemuka kuasa 5. Majlis X ini muncul lantaran rasa bimbang sekumpulan remaja yang melihat fenomena buang bayi. Saya tabiklah bahagian ni.

*Tick tok tick tock*

Akhirnya sampailah ke penghujung majlis. Setelah perarakan keluar VIP sekaliannya, MC pun membuat pengumuman.

"Perhatian kepada semua pelajar. Malam ini diadakan satu KONSERT MINI yang akan dimeriahkan oleh artis Y, Z dan lain-lain. Anda semua dijemput hadir."

Apa kejadahnya buat konsert mini pulak? Tadi cakap BIMBANG dengan remaja yang semakin liar inilah itulah, tapi tiba-tiba ada pulak perkara yang boleh membawa kepada pergaulan bebas antara lelaki perempuan dan akhirnya benda macam boleh membawa kepada zina.=.="

Pelik tapi benar.

Nota: Perkongsian mengenai forum akan menyusul insya Allah.

Saturday, October 2, 2010

>.<"

Cerita yang terpendam dalam hati ni banyak sangat yang nak dikongsi.

Tapi... saya sangat sibuk akhir-akhir ni.

Final exam tak lama lagi, folio, pembentangan, minit mesyuarat kebanyakannya nak kena hantar dalam minggu depan. >.<"

Insya Allah saya akan cuba update ASAP kalau ada masa! ^_^

Ya Rabb, aku pohon kekuatan dari Mu.

Monday, September 20, 2010

Sibukkkk.

Saya jadi pencuri sekejap. Hoho. Curi masa belajar je pun. Sekarang saya sudah balik UKM, KL. Semalam tidur memanjang sebab letih sangat selepas naik bas dan kapal terbang. Hari ni pulak sibuk memanjang. Pukul 8.30 malam tadi baru je saya habis training teakwondo. Maklumlah, uzur hari ni jadi boleh panjangkan masa berlatih.

Hampir semua muscle dan tendon sedang merajuk dan meragam. Sakit sini sakit sana. Memang sakit. Insya Allah lama-lama nanti dia baiklah. (: Nasib baiklah Allah ciptakan manusia ni boleh beradaptasi dengan keadaan tertentu, kalau takkkkkk akan sakit je badan ni setiap kali training. Setakat ni dah lebih baik dari dulu. Kalau dulu, selepas training tidur satu malam sampai Subuh (Buruknya perangai!Jangan tiru).

Moga kesibukkan ini akan menjadi tarbiyah ke atas diri saya untuk uruskan masa dengan lebih baik lagi. Lebih baik sibuk dari banyak masa lapang yang tak digunakan dengan baik kan? Jadi, saya sukaaaaaa jadi sibuk! (:

Thursday, September 16, 2010

Usrah mobile vs dari Ribena mobile

Malam semalam saya, Kak Maira dan Kak Hamas mengadakan usrah mobile (bergerak). Lebih hebat dari Ribena mobile. Hoho. Usrah di dalam kereta yang best~Wahhh sukanya dapat 'dating' dengan dua orang kakak nih~ Alhamdulillah. ^_^

Topik kami: Hubungan sesama manusia. Sebenarnya topik ni topik usrah Kak Maira dan adik-adiknya di dalam kereta semalam, kami curi dan sambung. Tiba-tiba saya mengeluarkan statement (rasa macam artis la pulak :p);

Masa hari raya ni, manusia kononnya nak menjaga hubungan sesama manusia sampaikan mereka ni bersalaman antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Memohon maaf katanya.

Tapi, perlu ke nak bersalam jugak? Guna mulut pun sudah memadaikan? Ada ke dalam Islam cakap mesti bersalaman ke kalau nak mintak maaf? Takde.

Statement Kak Maira;

Some of them they didn't understand even after we were doing the signal/sign that we don't want to shake hands. They keep on waiting. =.="

Statement Kak Hamas;

You can cover your hands with your tudung in that kind of situation. Seriously, you have to say it in a polite way to reject them.

Saya selalu je berlaku tak sopan. Huhu. Kena ubah cara lah ye lepas ni Tini. Takut nanti disebabkan orang macam saya ni, Islam itu terfitnah. Nauzubillah.

Cuma di sini saya rasa sedikit hairan, bukannya perkara bersentuhan antara bukan mahram ni tak pernah diajar pun kepada kita. Adaaa kan? Ada je dalam buku Pendidikan Islam dari kita sekolah rendah sampai sekolah menengah. Tapi, sedikit sekali yang mengamalkannya. :(

Harapnya dapat lagi 'dating' dengan kakak-kakak saya, insyaAllah. Mungkin di Pizza Hut kot lepas ni Kak Maira? ^_^ v Terima kasih banyak-banyak kepada dua orang kakak saya ni sebab merekalah saya mampu mengubah persepsi usrah saya yang 'terpesong' dulu. Hoho.

Wednesday, September 15, 2010

pretty in pink!

Salam.

This is my first set in Polyvore! Alhamdulillah. Leave your comments will you? *wink*
Kakchik, saya terpengaruh dah ni. Hoho.

Monday, September 13, 2010

Paling dengan 4 g.

Salam. (:
Dia anak saya... punya isteri punya sepupu.

Selepas cam-whoring yang melampau :p untuk beberapa hari ni, saya telah memilih gambar ini sebagai gambar-yang-palingggg-saya-suka! Note the 'g's dekat paling tu ada 4 sahaja. Ada lagi gambar lain yang layak ada 'g' yang lebih banyak cumanya, gambar-gambar tu khas untuk simpanan diri sendiri. ((:

Friday, September 10, 2010

Ucapan khas dari London.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,

Mohon ampun dan maaf atas kekhilafan diri.

Nak ampau satu boleh? ^_^ /

Nak dua lah, tak jadi satu. ^_^V

Hartini, London. <----konon-konon lah.

Tuesday, September 7, 2010

Terkilan sungguh!

"Solat lah cepat. Nanti sibuk sibuk nak suruh berhenti cari surau" *Sambil buat rolling eyes*

Anda terkilan?

Saya lagi terkilan sebab si M ni berkata-kata kepada saya. Dan, dia ni pun bukannya orang lain dengan saya.

Paling penting si M ni bukannya beragama Buddha ke, Kristian ke tapi dia ni seorang Muslim!

Memang macam nak lempang je dia ni. Geram sungguh masa tu. Nasib baik saya di rumah saudara saya kalau tidak, entahlah apa yang saya akan buat.

Saya menangis apabila sampai di rumah.

Moga Allah memberikan saya kekuatan untuk bertahan dan terus bertahan dan memberi si M hidayah. Amin.

Saturday, September 4, 2010

Kirim 'angpau' kalau rajin.

Insya Allah esok saya akan balik. *Oh ho ho balek kampung*

Doakan keselamatan saya ye.

Kalau nak kirim 'angpau' sila rajinkan diri anda untuk mengeposnya di rumah. Saya sertakan alamat bagi memudahkan urusan anda. :D

520
Lrg Bentara 4C
Kpg Semariang Jaya Fasa 2
93050, Kuching
Sarawak.

Bagi yang mengenali diri saya silalah berkunjung ke rumah bila-bila masa, tidak semestinya masa raya je.

Nota kaki: Sedih sebab Ramadhan perlahan-perlahan pergi meninggalkan kita.

Tuesday, August 31, 2010

Indah tahap 10!

Allah Engkau dekat, penuh kasih sayang...

Terngiang-ngiang bait-bait indah lagu nyanyian Opick.
Tapi kan, ada lagi yang lebih indah bagi saya. Indah tahap 10 punya! ^_^ Tadaaa:

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad)
tentang Aku, maka sesungguhnya Aku
dekat
. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia
berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman
kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.
I Al-Baqarah: 186 I
Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui
apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih
dekat kepadanya dari urat lehernya
.
I Qaf: 16 I

Sunday, August 29, 2010

Jangan pernah rasa penat.

Awak sihat ke? Saya alhamdulillah sihat je. ^_^

Esok dah mula dah mid-semester examination. Gementar satu badan. Segala sistem dalam badan ni tahu esok ialah hari yang penting selepas di'stimulate' oleh 'nervous system' ciptaan Allah yang Maha Menciptakan.

Baru je tadi, saya dapat pesanan ringkas dari seorang sahabat.

study= x fail----1

x study = fail----2

1+2

study+ x study = x fail+ fail

faktorkan

study (1 + x) = fail (1 + x)

so,

study=fail

so, xyah study??

Tahu memang dia nak main-main di malam yang masih muda ni. Cuma nak cakap satu benda je, Allah lihat usaha kita. Mungkin lepas kita berusaha berhabis-habisan kita masih juga tak dapat gred/pointer yang kita mahu. Tidak semestinya selepas kita berusaha kita akan berjaya kan?
Tapi, setidak-tidaknya kita sudah mencuba dan Dia tahu kita telah mencuba.

Kita cuma hamba. Dialah yang Maha Kuasa menentukan segala. Jangan pernah rasa penat dan berputus asa apabila kita Dia tidak memberikan apa yang kita mahu dan bersyukurlah kerana Allah masih memberi kita apa yang kita perlu. Alhamdulillah. Selepas berusaha bertawakal dan berdoalah.
*Pesanan untuk diri khususnya*

Saturday, August 28, 2010

Siapa Shatini?

Hatini

Shatini

Kartini

Nurhatini

Norhartini

Nurhaitini Mardana

Nur Hartani Mardan

Tolonglah eja nama saya betul-betul. Saya tak kenal siapa-siapa yang dekat atas tu dan itu bukan saya sebab saya ialah

NUR HARTINI BINTI MARDAN. NUR HARTINI BINTI MARDAN!

If I am in Indonesia I can see the reason why they cannot spell my name correctly because the percentage of people named Hartini is so little and there are a lot of people named HARTONO. My name is simple and yet people keep on misspelled it. =.=" *Geram*

Friday, August 20, 2010

11

I am counting the days of the examination day to come. It is only 11 days left. Until today, this is the second day I have studied the same topic of Physics.

Frank speaking, I am a bit, just a little bit, stress. I still not finish with my Physiology and Anatomy even though I've started to update most of my notes in the first week of lecture.

I am so scared to hear all the rumors that it is so hard to get an A for Anatomy! Thinking of the physics question that Prof Nazlim might ask is just enough to make my heart beating like crazy.

O Allah, may You shower us with rahmah and barakah in everything we do. Amin.

Friday, August 13, 2010

No net force

Salam Jumaat.

Alhamdulillah, kita masih lagi dalam nikmat Islam dan Iman. Terima kasih ya Allah! ^_^

Kali ini saya nak kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat dari Quranic Circle (QC) malam tadi.

Allah tidak uji Malaysia dengan bencana seperti di Indonesia,

Tidak juga kita diuji dengan peperangan seperti di Palestin,

Tidak juga dengan kemiskinan seperti di India,

Tapi, Allah uji kita dengan virus gejala sosial.

Pada bulan Ramadhan ni pun kita masih boleh lihat ada sahaja kes buang bayi dan rogol. Sedangkan pada bulan yang mulia ni kita patut menahan diri bukan sahaja dari makan, minum bahkan menahan diri dari dikalahkan nafsu! Hakikatnya kita sedang bertarung dengan nafsu kita sendiri bukannya dengan syaitan yang sedang cuti secara paksa dalam bulan puasa ni. Jangan nak salahkan syaitan eh, kalau buat perkara mungkar pada bulan puasa.

Selepas itu, saya tertarik dengan kata-kata seorang kakak ni iaitu, kebenaran tidak akan dapat berdiri tegak selagi kemungkaran berlaku seiring dengannya. Lalu neuron-neuron saya pantas memproses penyataan ini dan mengharmonikannya bersama istilah Fizik ( Prof Nazlim, saya sudah memasuki tahap mengaplikasi Fizik :D ).

Normal force = Kebenaran = 100 N

mg = Kemungkaran = 100 N

Infact, there'll be no net force because the magnitude of kebenaran and kemungkaran is the same while their direction is opposite so, they cancel each other.

Wednesday, August 11, 2010

Ahlan ya Ramadhan~

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" (al-Baqarah : 183).

Segala puji dan syukur hanya bagi Allah s.w.t. serta selawat dan salam ke atas Sayyidina Muhammad Rasulullah s.a.w. Telah sampai kita kepada satu bulan yang dihamparkan keberkatan di dalamnya. Sebagai peluang bagi kita yang masih bernyawa untuk memanfaatkan bulan tersebut sebaik-baiknya. Kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t. di atas kesempatan yang direzekikan kepada kita untuk pertemuan buat sekian kalinya dengan bulan Ramadhan al-Mubarak.Bulan yang dimuliakan di antara bulan-bulan lain.

Telah bersabda baginda Rasululullah s.a.w. "Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadhan, lima perkara yang tidak dikurniakan kepada seorang nabi pun sebelumku. Pertama, apabila awal malam bulan Ramadhan, Allah memandang kepada mereka. Sesiapa yang Allah memandang kepadanya, maka dia tidak akan diazab selama-tamanya. Kedua, bau mulut orang yang berpuasa, ketika petang lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Ketiga, para malaikat mengucapkan istighfar bagi mereka pada setiap siang dan malam Ramadhan. Keempat, Allah memerintahkan syurgaNya dengan firmanNya, "Bersiap sedia dan berhiaslah untuk hamba-hambaKu. Hampir-hampirlah mereka akan berehat daripada kepenatan dunia dan berpindah ke negeri dan kemuliaanKu. Kelima, apabila akhir malam Ramadhan, diampunkan bagi mereka semua." (H.R. al-Baihaqi)

Tambah pula dengan segala macam rahsia yang disembunyikan oleh Allah s.w.t. di dalam Ramadhan ini untuk kita cari. Khususnya malam Lailatul Qadr yang dihadiahkan oleh Allah s.w.t. kepada kita yang mana kemuliaannya lebih baik daripada seribu bulan seperti mana yang difirmankan oleh Allah s.w.t. "Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan" (al-Qadr:3). Maka kebodohan apakah yang melanda kita tatkala dihadiahkan kepada kita oleh Pencipta, dan kita menolaknya.Inilah bulan di mana kita dijanjikan dengan segala macam kebaikan sebagai tebusan akan dosa noda yang telah kita lakukan.

Telah bersabda baginda Rasulullah s.a.w.; "… bulan ini, awalnya ialah rahmat, pertengahannya ialah keampunan dan penghujungnya ialah pembebasan daripada azab neraka…" (H.R. Ibnu Khuzaimah, al-Baihaqi dan Abu al-Syeikh Ibnu Hayyan). Inilah peluang yang dihamparkan seluas-luasnya kepada kita untuk menyucikan diri daripada segala noda dan dosa yang telah mengotori hati dan jasad kita. Kita dijanjikan dengan keampunan akan dosa-dosa kita yang lalu dengan kita berpuasa dalam Ramadhan dengan keikhlasan dan keimanan, "Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) dengan penuh keimanan dan keikhlasan, diampunkan baginya dosa yang telah lalu" (H.R. Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasa'ie, Malik, Ahmad dan Baihaqi).

Mengimarahkan Ramadhan dengan sebaik mungkin dengan segala macam amalan sunat yang mengiringi amalan yang telah difardhukan ke atas kita. Sesungguhnya baginda Rasulullah s.a.w. telah bersabda; "…Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan tersebut dengan satu jenis kebaikan, maka dia seolah-olah menunaikan satu kefardhuan pada bulan yang lain. Sesiapa yang menunaikan satu kefardhuan pada bulan terse but, maka dia seolah-olah menunaikan 70 kefardhuan pada bulan yang lain…" Maka hanya kejahilan sahaja yang menjadikan kita tergolong dalam golongan yang mempersiakan Ramadhan. Maka telah dianjurkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. kepada kita umatnya untuk diamalkan dengan sebanyak-banyak dalam Ramadhan; "Hendaklah kalian memperbanyakkan pada bulan ini empat perkara: Dua perkara yang menyebabkan Tuhan kalian meredhai kalian dan dua perkara yang kalian amat perlukan. Dua perkara yang menyebabkan Tuhan kalian meredhai kalian ialah penyaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan sentiasa memohon keampunanNya. Manakala dua perkara yang kalian perlukan ialah kalian memohon syurga kepada Allah dan berlindung denganNya dari neraka…" (H.R. Ibnu Khuzaimah, al-Baihaqi dan Abu al-Syeikh Ibnu Hayyan).

Justeru, dalam kesempatan ini, saya serta mewakili Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) mengucapkan Selamat Menyambut & Mengimarah Ramadhan al-Mubarak! Semoga Ramadhan pada kali ini memberi makna dalam kehidupan kita. Hidupkanlah diri dengan amal sebanyak-banyaknya di bulan yang dimuliakan ini dan hidupkanlah sekeliling kita dengan bi'ah sesuai dengan kemuliaan Ramadhan. Bersamalah kita memuliakan Ramadhan dengan memberikan penghormatan yang selayaknya buat bulan keberkatan ini. Saya menyeru diri yang faqir ini serta seluruh umat Islam khususnya para pelajar, mahasiswa dan belia Islam Sarawak untuk menjadikan Ramadhan kali ini sebagai wadah muhasabah untuk kita semua dalam mendepani kehidupan hari muka.

Saudara Khairul Anwar Shazali
YDP PERKEPIS.

http://www.facebook.com/l/c2df9r2_T79FbxFmb0V8-mH1LVQ;anwarshazali.blogspot.com/2010/08/hai-orang-orang-yang-beriman-diwajibkan.html

Thursday, July 29, 2010

T.T + T.T = (:

Wahhh~ Hari ini hari yang memang memenatkan tapi insyaAllah di sebalik kepenatan yang saya lalui dalam melaksanakan perjuangan dalam menuntut ilmu ini Allah kira. Amin. Banyak perkara yang berlaku di luar jangkaan. Life is unpredictable kan? Allah sahaja yang tahu apa yang akan terjadi kepada kita sesaat selepas ini, seminit selepas ini mahupun setahun yang akan datang.

Sepatutnya pada hari ini kelompok pertama PTPTN perlu menghantar semua butiran yang diminta. Tapi, saya gagal berbuat demikian. T.T Sedikit sedih. Hampir menangis di hadapan staf PTPTN.

Saya terima dengan hati yang terbuka sebab masalah ini sedikit sebanyak berpunca dari diri saya sendiri juga. Masa terima mesej PTPTN saya ambil mudah dan terlupa hendak ke laman web PTPTN.

Al-kisahnya, saya baru tahu ada dokumen yang perlu diserahkan pada 28-29 Julai. 27 Julai saya baru sahaja mencetak semua dokumen. Alhamdulillah sebelum ini saya sudah membawa semua dokumen yang penting dari rumah. Tapi, tiba-tiba saya periksa sekali lagi salinan kad pengenalan ibu bapa tiada.

Ibu bapa saya poskan dokumen yang berkenaan. Saya telah ke pejabat kolej pada jam 10 pagi dan terpaksa tinggalkan perbincangan kerja kumpulan. Tapi, pada masa tersebut bungkusan itu belum sampai.

Alhamdulillah, sampai hari (29 Julai) dokumen tersebut. Untuk mengambil dokumen tersebut saya perlu ke kolej kediaman dan saya sempat naik bas. Setelah ber'perang' seketika dengan Pak Cik Kaunter saya pun dapat bungkusan tersebut. *Kebetulan masa pergi waktu rehat pejabat* Dan, balik ke kampus guna TSB ( Tenaga Sendirian Berhad), dengan berjalan kaki selama 20 minit. Allah takdirkan masa tu ada senior Cina yang kebetulan ke kampus. Kira-kira pukul 1.55 petang saya selamat sampai!

Kebetulan jam 2 petang saya ada kelas Fisiologi (Dr tu pantang orang datang lambat). Dengan badan yang lecun dengan peluh dan kepenatan, saya cuba tumpukan juga perhatian kepada kuliah walaupun hati risau sangat.

Tepat jam 2.30 petang, kuliah habis. Alhamdulillah, habis awal! Saya bergegas ke kaunter PTPTN. Staf tu periksa satu persatu dokumen. Dannnn, dokumen saya tidak dapat diterima kerana nama dan nombor siri di bahagian atas dokumen tidak ada (!!!!) disebabkan oleh setting printer Kafe X bermasalah.

Setelah bersusah payah ke sana ke mari alih-alih dokumen saya ditolak. Saya hampir menangis di hadapan staf tersebut. Saya pujuk diri dengan mengatakan bahawa 'Allah sayang dengan saya ni, sebab tu Dia uji banyak'. *Sambil tersenyum* Hakikatnya kita manusia hanya merancang, akan tetapi Allah ada perancangan yang lebih baik. Sebagai seorang hamba, tidak layak untuk kita merungut kan? Ampunilah hambaMu ini kerana seringkali aku tidak merungut apabila diuji ya Allah.

T.T + T.T = (: Hadapilah masalah dengan jiwa yang tenang dan senyuuummmm.

Tuesday, July 27, 2010

Padan muka

Anatomi
Fisiologi
Fizik
Pengurusan Masa
Hubungan Etnik
Kem Rabbani Siswa
Koko
Pesta Konvo
Banyaknya~ Padan muka sebab suka sangat buang masa. T.T
Jangan jadi macam saya tau. Doakan moga saya boleh FIGHT! sifat buruk yang bersarang dalam diri ni.

Sunday, July 25, 2010

Ampunilah kami.

Sedih, apabila melihat anak kecil yang tidak berdosa dibunuh dengan kejam.
Dibalut dengan kertas, bagai sampah.
Manusia sudah jadi lebih teruk dari binatang.
Inilah yang terjadi apabila manusia tidak mengenal Tuhannya.
Tidak mengenal agamanya. Lantas, rasa malu hilang.
Rasa takut jauh sekali bertapak dalam diri.
Oh Tuhanku, dunia sudah semakin membusuk dengan perangai manusia yang tidak berhati perut.
Ampunilah kami ya Allah. Ampunilah kami.

Tuesday, July 20, 2010

Sang Pengembara 2

Entri ini ialah sambungan entri yang sebelumnya.

*
*
*
6.10 petang

Usrah pun tamat. Banyak sangatt pengisian yang berguna dari sahabat-sahabat semua. Paling syok sebab boleh cakap Sarawak *Maaf Kak Azi (Johor) dan Kak Mariam (Kelantan) sebab kami asyik tersasul cakap Sarawak je.* Masa habis ni rasa gementar sikit sebab selepas itu kena balik kolej sendirian.

6.40 petang

Sampai di KL Sentral. Nasib baik masa itu, Kak Maira ada di sana. Jadi, dia nasihatkan guna teksi balik sebab lebih selamat. Paling mengharukan, dia tolong bayar separuh. *Terima kasih. Hugs* Tapi lepas ambik tiket teksi saya tak terus balik. Hoho. Lama dah tak jumpa Kak Maira jadi kami berborak sakan. Tup tup dah pukul 730 malam! Oh! Dalam hati ni dah cakap tawakkal jelah. Insya Allah Allah akan melindungi.

8.00 malam

Teksi berhenti tepat di hadapan pagar KTSN, Titiwangsa. Alhamdulillah, sampai dengan selamat.Oh! Abang Guard yang jaga malam tu.

Abang Guard : Balik kampung ke dik?

Tini: Taklah. Tadi ada usrah di KLCC. Jadi semuanya balik ke tempat yang lain-lain. Saya seorang je lah balik sini.

Abang Guard: *Terkejut* Bahaya adik sorang-sorang.

Tini: Saya tau. Inilah yang kali terakhir saya balik sorang. *Muka seposen*

Nasib baiklah Abang Guard yang jaga bukannya Pak Cik Guard. Kalau Pak Cik Guard mesti dia lebih risau sebab dia Pak Cik. Argh. Tak pandai nak terangkan. Faham-faham sendirilah kenapa. Untuk pengetahuan anda semua pagar kami akan tutup pukul 1230 malam.

Hari tu saya habiskan RM15.40 untuk kos perjalanan. Maklumlah baru pertama kali menggunakan kenderaan awam di KL, jadi sedikit membazirlah. Sekarang sudah tahu dah macam mana cara paling mudah dan murah kalau nak ke usrah. Sepatutnya boleh je guna RM2 untuk perjalanan ke KLCC. T.T Jauh betul beza dengan kos hari tu.

Anda mungkin rasa entah apa-apa lah saya ni sebab tulis pasal perjalanan yang bosan macam ni. Orang lain ada juga balik lebih lewat dan berseorangan lagi tak bising. Hoho. Suka hatilah. Kalau di Kuching saya tidak pernah keluar berseorangan ke mana-mana. Jadi, ianya menjadi satu pengalaman yang saya akan ingatlah sebab itu pertama kali saya berjalan seorang diri tanpa ibu bapa dan kawan-kawan di bandar yang saya tidak tahu sangat selok-beloknya.

Dan pada hari itu saya rasa amat bersyukur kerana Allah lindungi saya dari apa-apa kejahatan yang mungkin sekali boleh terjadi kepada saya. Terima kasih ya Allah!

mun ktk berada d tpt yg asing
bangunan nya asing
even
org nya majoriti / semua ktk sik kenal
ingat sigek jek
ada SATU DZAt yang
sik asing melihat ktk
walhalNya lebih kenal kita dari diri kita
dan Nya
sentiasa dekat
:)

Saturday, July 17, 2010

Sang Pengembara 1

Alhamdulillah kira-kira pukul 8 malam saya tiba di pintu masuk KTSN. Kembara hari ini meletihkan dan mendebarkan.

7.25 pagi

Dengan semangat yang waja ingin ke kampus UKM KL untuk menghadiri satu taklimat saya pun menunggu bas di stesen KTSN. Tiba-tiba Pak Cik Bas cakap yang hari ini tiada bas yang akan ke kampus sebab pejabat Dekan tidak ada menempah bas. *Redha* Jadi, saya dan kawan-kawan berjalan secara berjemaah ke kampus. Hampir 30 minit baru sampai.

7.55 pagi

Alhamdulillah, sampai di dewan kuliah dengan selamat. Sampai-sampai je di sana rasa macam panas semacam. Padanlah panas, penghawa dingin rosak. *Redha*

8.40 pagi

Taklimat selesai. Perut sedang menyanyi-nyanyi. Lalu kamipun bergegas ke warung berdekatan. Selepas makan punya makan, masa hendak membayar tu rasa nak pengsan sebab mahal sangaaaattttt! Oh, lupa. Ini KL. *Tak suke! tak suke bandar besar macam nih~*

9.10 pagi

Bekejaran naik bas. Ingatkan bas tu ke Bukit Bintang. Tapi, dia pergi KLCC. *Redha* Di KLCC kawan-kawan pergi menonton wayang. Saya escape. *Maaf, saya tidak menonton wayang* Lalu, saya ambil keputusan drastik berjumpa dengan Kak Comel. Tanya orang sana sini mana LRT dan akhirnya saya berjaya ke Stesen Universiti. *Pertama kali dalam hidup ronda KL berseorangan*

11.00 pagi

Tiba di Stesen U pukul 10 pagi. Kak Comel datang hampir pukul 11 pagi. *Takpe, tak kisah. Lebih baik berada di sana daripada di panggung wayang*

Bakal bersambung... *janji dengan diri sendiri nak buat revision malam ni jadi mesti stop!*

Tuesday, July 13, 2010

He knows

I think that I will never meet PHYSICS for my whole life after the SPM. It is thturns to be the other way around.

So, for the whole semesters I will learn PHYSICS.

Oh! Ya Allah, please ease the way for me and my friends.

Ameen.

Sunday, July 11, 2010

Apabila diriku tersasar dari orbit.

In my previous entry just a few hour ago, I wrote about good things on the orientation week. Adat kan, setiap sesuatu itu ada baik ada buruknya. Cuma di sini saya rasa minggu orientasi UKM/MPP ini akan lebih mantap jika beberapa perkara ini dititikberatkan oleh pihak PC:

1. Solat jangan dilewat-lewatkan. Masa MPP memang solat dalam keadaan tergesa-gesa. Ramai yang mengadu.

2. Pergaulan antara lelaki dan perempuan harus dipandang serius.

3. Ada cheers yang pergerakannya melampau bagi wanita khususnya.

Ini bukanlah kutukan tapi cuma satu teguran yang diharap boleh diperbaiki oleh pihak PC di masa akan datang. Hari itu masa hari terakhir terlalu asyik dan lalai sampai terlupa hendak berfikir tentang benda-benda macam ini. Lalai sungguh saya ni ye. Astaghfirullah. Apabila berfikir balik masa di bilik, menilai itu dan ini baru saya sedar bahawa tidak semua yang PC cakap atau suruh buat itu betul. Dan, sebagai mahasiswa kita mesti membangkang jika ada yang tidak betul. My first lesson in UKM. Thank Allah to show me the right path. Moga saya tidak tersasar dari orbit lagi ya Allah.

Opss ah oh yeah~

I am in the new habitat now. Meeting new faces. I am trying my best to make myself comfortable at all the time. Eventhough this is not the first time I am away from home I still feel homesick. Miss my mom cooking. T.T

Orientation had ended officially yesterday. After all the bitter sweet time, I did realize how I miss the orientation week. The PCs were so nice to us ( they did yell at us, but that was a common thing right?). I miss the cheers thingy (some). One of my favorite cheers is :

Go Nasir go Nasir dont break my heart Nasir,
Opps ah oh yeah
Opps ah oh yeah( at this part there is a very cute hand movement)
Go Nasir!

Note: Nasir is stand for Kolej Tun Syed Nasir

During the 4th day of orientation, Datuk Dr Sheikh Muzaffar were coming to UKM Bangi for a talk. That was the second time I met him. Hoho. But at that time, I am not just looking at him from far, but I talked to him at a very short distance. Actually, I asked him a question during the session. I didn't expect that he would walk toward me and I am blushing like crazy. The camera was focusing at me. People were laughing at me after they seen my reaction. Funny~ A sweet memory to remember. I am trying my best to find people who took our picture that night. Hope I can find them soon.

Pen off.

Tuesday, June 29, 2010

Anak-anak saya!

Petang yang sungguh gelap. Jangan hati yang gelap sudah. Hoho. Nak jadi serius sikitlah hari ini (konon).Selepas membaca blog seorang ibu yang amat hebat (mak saya pun hebat tau), saya rasa tergerak hati untuk menulis entri ini.

Saya memang sukakan budak-budak. Kalau pergi mana-mana, saya selamba badak je pegang-pegang anak orang. Picit pipi. Hobi saya kalau pergi mana-mana ialah tackle budak-budak comel (tak mainlah takcle budak besar). Hoho. Mak saya pun perasan yang anak dia yang seorang ini amattttlah sukakan budak-budak.

Dengan anak-anak kecil inilah saya banyak belajar skil-skil parenting. Belajar menguruskan mereka apabila mereka naik angin/tantrum banyak menguji kesabaran saya. Masa beginilah baru saya terfikir bahawa dulu mungkin sayapun pernah buat macam ini.Nakal. Mesti pening ibu bapa saya. Hebatnya ibu bapa kita yang boleh tahan dengan kerenah kita hingga sekarang. Terima kasih ya Allah kerana memberikan saya ibu bapa yang sabar dan ikhlas dalam membesarkan anak-anaknya.

Nota kaki: Buat anak-anak saya Anis, Amsyar, Hariz, Ifah di Labuan, Daniel, Ain, Miza,Aleef dan Asyraf di Kuching, terima kasih sebab sudi jadi anak-anak umi! Jangan nakal-nakal. Jadi anak soleh dan solehah tau. Nak cari anak-anak di KL lagi ni. Hoho.

Wednesday, June 23, 2010

Kualiti solat

Hari ini dan semalam, saya sempat menghadiri majlis bersama Habib Muhammad bin Soleh Al-Attas, ulamak dari Hadramaut Yaman. Tapi, saya bukanlah sepenuh masa berada di dalam majlis beliau walaupun saya sedang berada di tempat tersebut atas sebab-sebab yang tertentu. Antara kata-kata beliau yang paling saya ingat ialah

Ada wanita yang solat, tapi masih mengumpat dan mengutuk orang lain.

Ada wanita yang solat, tapi dia mengajak suaminya untuk derhaka kepada kedua ibu bapa lelaki tersebut.

Kata-kata beliau membuatkan saya rasa terasa (untuk kes yang pertama sahaja). Dan lantas saya menyoal diri saya,

Benar-benar berkualitikah solatmu?

Jika jawapannya iya, kenapa masih lagi terlibat dalam perbuatan yang Allah benci?

Moga Allah bantu kita untuk meningkatkan kualiti solat kita sekaligus meningkat kualiti keimanan dan akhlak kita . Amin~

Monday, June 21, 2010

Susah

Saya teruk. Hati kotor. Tengok benda tak betul ada sahaja mengutuk dalam hati. Mereka tidak tahu. Tapi Tini, ingat Allah tahu.

Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. ( Qaf, 50:16 )

Kak Hamas cakap, biarlah dia free hair ke, guna skirt pendek ke, kita tak boleh kutuk. Itu urusan dia dengan Allah. Kalau nak, tegur je terus. Sepatutnya kita mendoakan dan rasa kasihan tau? Allah bila-bila masa je boleh bolak-balikkan hati kita.

Susah benar mahu mentarbiah hati.

Friday, June 18, 2010

Ziarah Habib Muhammad Bin Soleh Al-Attas Ke Kuching, Sarawak

Tentatif Program

Ziarah Habib Muhammad Bin Soleh Al-Attas
Ke Kuching, Sarawak

Biodata Habib Muhammad Bin Soleh Al-Attas:

Beliau merupakan salah seorang di kalangan ulamak Ahlus Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafie dari Hadramout yang sering kali mengunjungi Malaysia di dalam usaha dakwahnya. Di antara guru-guru beliau ialah yang tidak asing lagi Habib Umar bin Mohd bin Salim Bin Hafidz, mudir pusat pengajian Dar AlMustofa, Tareem, Hadramout Yaman, Habib Muhammad bin Abdullah AlHaddar dan Habib Ali bin Muhammad Al-Attas (mufti Huraidah, Hadramout Yaman). Sebagai seorang mudir Rubath Al Fath, di Huraidhah, Hadhramaut, Yaman, beliau mempunyai lebih kurang 40 orang pelajar yang terdiri dari pelbagai negara termasuk Indonesia dan Malaysia.

Tarikh : 22 JUN 2010 H / 9 REJAB 1431 H
Hari : SELASA
Tempat : Kediaman Dato Sri Wan Abu Bakar Bin Tku Muhammad Al-Aidarus (rumah ke-4 selepas
DBP)
No.16, Embun Desa
Jln Datuk Patinggi Hj Abd Rahman Yakub
93050, Kuching

Agenda:
6.00 ptg : Wirdullatif
6.45 ptg : Solat Maghrib Berjema’ah
Rattib Al-Attas, Mawlid Daiba’ie & Qasidah
Tausyiah : Disampaikan oleh Habib Muhammad B. Soleh Al-Attas
(Penterjemah : Saudara Muhammad Al-Haddad)
Qasidah
9.00 mlm : Solat Isya Berjema’ah
9.30 mlm : Jamuan Makan

Tarikh : 23 JUN 2010 H / 10 REJAB 1431 H
Hari : RABU

Agenda:
5.00 pagi : Solat Subuh Berjemaah di rumah Dato Sri Wan Abu Bakar Bin Tku Muhammad
Al-Aidarus
Rattib
Kuliah Subuh
7.00 pagi : Jamuan Sarapan Pagi
Rehat & Berkemas
8.30 pagi : Bertolak Ke Rumah Habib Mohamad Bin Alwi Al-Attas
9.00 pagi : Mawlid/Asma’ul Husna
Qasidah
Tausyiah / Tabaruk Baca Kitab oleh : Al-Habib Muhammad Bin Soleh Al-Attas

11.00 pagi: Sesi Dialog Bersama Al-Habib Muhammad Bin Soleh Al-Attas
11.30 pagi: Jamuan Makan Tengahari
12.15 tgh : Bertolak Ke Rubath di Kampung Selang (Utz Syed Izuddin Bin Syed Kamaluddin Al-Aidarus)
12.45 tgh : Tiba di Kpg Selang, Telaga Air
Solat Zohor Berjema’ah
Ziarah Rubath
1.45 ptg : Bertolak ke Rumah Dato Sri Wan Abu Bakar Al-Aidarus
2.10 ptg : Berkemas
3.30 ptg : Pesanan & Nasihat dari Al-Habib Muhammad Bin Soleh Al-Attas kepada warga Kuching
4.00 ptg : Solat Asar Berjema’ah
Jamuan Minum Petang
4.45 ptg : Bertolak Ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

Marilah meraikan majlis berasama ulama.... semoga kita mendapat manfaat daripada kedatangan beliau... Ameen...

NOTA: Alamat kediaman Habib Mohamad Bin Alwi Al-Attas (Madrasah al-Khairat) ialah:

No. 70
Jln Bunga Cempaka, Gita
93050 Kuching

"Berjasa Kepada Masyarakat"

Sebar-sebarkan...

Terima kasih ya Allah.

TAHNIAH!

Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut:

KOD PROGRAM : KM13
NAMA PROGRAM : PENGIMEJAN DIAGNOSTIK DAN RADIOTERAPI
IPTA : UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

This is what stated in the website when my sweet friend, Jenab helped me to check the result. Alhamdulillah. Banyak sungguh dosa saya ini sebab selalu je tak dapat kalau nak check keputusan guna online. Selalu je error. Sehingga sekarang saya masih gagal masuk ke website itu. Aishh~

Terima kasih ya Allah. Memang radioterapi yang saya mahu. Kak Zana pernah cakap yang radioterapi ini memang sikit sangat perempuan yang ambil. Kira macam engineering jugalah kan? Satu cabaran besarlah bagi saya. Mohon doa sahabat-sahabat moga Allah permudahkan segala urusan saya di UKM nanti.

Saturday, June 12, 2010

Kenangan

Saya ketawa dan sedikit menyampah apabila membaca kembali entri lama. Macam mana saya boleh menulis benda yang kebudak-budakan yang melampauuuu sangatttttt . *Dalam keadaan masih tidak percaya bahawa entri itu ditulis oleh saya!*. Aish! Sempat juga saya membuang entri yang rasanya tiada faedah. Tidak semua saya buang. Kenangan semasa berumur 17 tahun setengah ada juga yang mungkin boleh saya simpan untuk dijadikan pengajaran dan bahan ketawa masa tua nanti.

After reading all those entries, I could see how much I have changed. Thank you Allah for giving me strength to become a better person.

Sunday, June 6, 2010

Kembalilah.

Ada yang mengira bahawa dengan demonstrasi itu sudah cukup. Kita bangga mendabik dada mengatakan kita adalah salah seorang yang membakar bendera Israel laknatullah.

Bersemangat benar kita melaungkan kalimah SELAMATKAN PALESTIN, SAVE GAZA dan yang sewaktu dengannya.

Kita ikut sama mengutuk tindakan Israel. Keras sekali bunyinya.

Tapi, sejauh mana kita sedar bahawa kita harus melepaskan DIRI KITA dari belengu Yahudi laknatullah dahulu sebelum saudara kita benar-benar terbebas, sebelum datangnya pertolongan Allah.

Bangkitlah! Sedarlah dari lena!

Yahudi senang sekali melihat kita leka dengan dunia. Leka dengan hiburan. Leka dengan arak. Leka dengan rokok. Leka dengan wanita.

Kembalilah kepada Allah, kembalilah kepada fitrah. Jadilah muslim yang sejati. Hanya dengan itu, Islam akan kembali menyinar.

Saturday, May 29, 2010

Anda baik hati sikit ke banyak?

Saya kepingin mau membeli buku-buku baru tapi uangnya masih belum cukup. Melihat buku-buku terbaru karya PTS saya geram kerana belum mampu untuk membeli. Di bawah ini ialah di antara buku-buku yang saya ingin miliki (sehingga ketika ini iaitu pada pukul 8.37 malam):

1. Hikayat Amir Hamzah Jilid 1-3 PTS

2. Galaksi Muhsinin

3. Khalifah-khalifah Yang Benar PTS

4. Perang Badar PTS

5. Three Cups of Coffee

6. The Kite Runner Khaled Mosseini

7. Aisyah

Kalau ada buku-buku seperti yang di atas saya alu-alukan anda untuk berkongsi pandangan. Kalau baik hati sikit sila kongsi buku. Kalau anda baik hati banyak sila hadiahkan saya buku. Dannn, kalau anda baik hati kuasa 5 anda bawa saya ke kedai buku, kita shopping! =p

Nota kaki: Baru selesai membaca buku Aku Terima Nikahnya karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Itupun saya pinjam dari sepupu saya. Saya bagi 5/5!

Sunday, May 9, 2010

Basikal Muda

Basikal biru. Nostalgia di Kolej Matrikulasi Labuan secara tiba-tiba menerjah fikiran (terjah?). Bagi anda yang telah mengikuti perkembangan blog ini dari zaman Ribena saya sehingga sekarang (zaman apa pulak sekarang?) anda mungkin masih ingat atau pernah terbaca satu entri saya di zaman Ribena dulu berkenaan dengan basikal. Kalau lupa, saya tolong ingatkan. Klik link ini

Segala komen tentang entri Di Alam Ribena sila simpankan dalam hati. *Blush* Berbalik kepada basikal biru saya. Jika mahu dikenang jasa basikal muda itu terlaluuu banyak. *Flashback*

***
Tini: Helo bapak, assalamualaikum.

Bapak: Waalaikumsalam. Pahal nak?

Tini: Mm, bolehkah mun beli basikal? ( Boleh tak kalau saya beli basikal?)

Bapak: Ohh. Pake apa tek? ( Ohh. Untuk apa?)

Tini: Pake outing ke kedai dekat-dekat. ( Untuk outing ke kedai berdekatan.)

Bapak: Ok,ok. Belilah.

Tini: Makseh! (Terima kasih!)

***

Selepas membeli basikal tersebut bersama rakan-rakan di Labuan, kembara kami bermula! Darah mudalah katakan. Kami berbasikal dari Terminal Labuan ke kolej kami. Perjalanan yang penuh batu dan habuk. Alhamdulillah~ Selepas hampir dua jam (!) kami sampai dengan selamat. Ceh, malam itu kami demam secara berjemaah. Isk, isk.

Basikal biru muda itulah yang saya kayuh hampir setiap hari untuk ke surau. Basikal muda itulah menjadi pembekal semangat untuk saya terus terus dan terus istiqamah ke surau. Basikal muda itu jugalah yang menjadi pengerat ukhuwah saya dengan sahabat-sahabat di KML. Betapa ramainya sahabat yang saya kenali setelah mempunyai basikal tersebut. Dan, basikal tersebut jugalah yang menjadi pembuka mata bagi manusia yang memandang muslimat dengan sebelah mata. Basikal itu jualah yang menjadi saksi peristiwa di kejar 3 anjing besar di pagi yang hening dan sunyi.

Kini, basikal muda itu masih ada di KML, menyambung khidmatnya untuk seorang sahabat yang telah membelinya dari saya. Selamat berkhidmat wahai basikal muda!

Hari ini

Hari ini hari yang sibuk bagi saya.

Hari ini dalam sejarah kerana pada saat dan ketika ini saya baru memegang komputer riba.

Hari ini hati rasa amat berdosa kerana banyak bersangka buruk.

Hari ini saya tenang kembali kerana prasangka buruk yang sekian lama bermaharajalela berjaya dipadamkan. *^_^*

Hari ini Hari Ibu.

Tapi, bagi saya hari ini, esok, lusa atau selamanya sentiasa hari ibu~

Sayang mak~

Friday, May 7, 2010

CCTV: Hebat sangat ke?

.::Ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.Sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.

CCTV.

Reaksi mereka apabila berdepan dengan CCTV.

Ali: :bofu_11:

Ahmad: :bofu_37:

Joshua: :bofu_47:

Labu: :bofu_09:

Lingam: :bofu_35:

Jumah: :minimo_09:

Mei Mei: :minimo_30:

Halimah: :minimo_06:

Walau apa pun reaksi anda apabila berdepan dengan CCTV, ingatlah Allah Al-Bashir itu lebihhhhh hebat dari CCTV. Jadi, berwaspadalah kerana kita sentiasa diperhatikan *ala-ala seram bunyinya*.

Tuesday, May 4, 2010

Bahagia.

"Astaghfirullahalazim~"

Terkeluar kalimah istighfar dari mulut Abang Faizi. Saya sendiri pun pada mulanya terkejut kerana ada yang menjawab WANITA sebagai matlamat utama mereka untuk bekerja. Akan tetapi, apabila difikirkan kembali sebenarnya mereka yang menjawab WANITA ini mungkin sekali bermaksud mereka bekerja kerana mahu mengumpulkan duit bagi menyunting 'bunga di taman'.

***

" Adakah anda merasa bahagia?"

Itulah yang seringkali Pak Rasyid tanyakan. Kebahagian itu mampu menyebabkan kita senyum sendiri, tapi ini bukan bermakna kita gila. Orang yang mabuk cinta halal menemui kebahagian. Budak-budak kecil diberi hadiah merasa bahagia. Kebahagian itu akan menjadi seindah-indahnya apabila kita dapat mencintai Allah dengan sepenuhhhh hati.

***

Allah merahsiakan 3 perkara dari kita iaitu : JODOH,REZEKI dan MAUT. Alhamdulillah, pada malam Jumaat yang mulia Allah berikan saya rezeki-Nya. Saya terasa bahagia sekali. Tidak disangka-sangka akhirnya saya bertemu jodoh dengan SEMINAR ESQ! Terima kasih kepada hamba Allah yang berhati mulia itu.

Kegembiraan yang saya rasai sepanjang saya menghadiri seminar tersebut tidak mampu untuk saya nukilkan di sini. Apa yang mampu saya katakan saya bahagia sekali. I met lots of wonderful people such as Pak Rasyid the trainer, Abang Faizi the first Malaysian ESQ trainer, Aunty Lili the humble woman, Faihah the youngest, Aunty Siti Hajar the cute engineer, Aleef an eight years old kid and there were lots of them that I cannot write their names here.Yesterday, I had officially became part of ESQ family!

Terima kasih ya Allah untuk segala-galanya~

Monday, May 3, 2010

Pengakhiran yang baik.

Ini ialah kisah happy-ending. Lebih indah dari cerita Disney yang selalu berakhir dengan pengakhiran yang indah. Dan, hampir semua ceritanya mudah dijangka pengakhirannya ataupun predictable.

Tetapi kisah yang mahu saya bawakan ini, pengakhirannya baru diketahui sedang permulaannya sepuluh tahun yang lampau. Tidak dapat dijangka pada sepuluh tahun yang lepas apa pengakhirannya. Walaupun ini kisah seorang sahabat, saya catatkan di sini agar kita sama-sama mendapat ibrah/pengajaran, insya Allah.

Kisahnnya begini, Kak Hana (bukan nama sebenar) mempunyai seorang rakan sebilik iaitu A ( bukan nama sebenar ) yang bukan beragama Islam. Hampir setiap hari Kak Hana membaca Al-Qurannya di bilik dengan suara yang rendah.

Entah kenapa, pada satu hari ini, semasa Kak Hana membaca Al-Quran si A pun datang dan berkata

" Hana, boleh tolong kecilkan sikit suara. Saya terganggulah."

Yang menghairankan Kak Hana, suaranya tidaklah sekuat mana. Rendah dan halus. Macam mana si A masih rasa terganggu?

Sepuluh tahun telah berlalu, masing-masing membawa haluan sendiri. Ditakdirkan oleh Allah, bertemulah mereka berdua sekali lagi. Pertemuan yang tidak disangka-sangka. Lebih mengejutkan Kak Hana, A yang dulunya mengadu rasa terganggu dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran telahpun bergelar seorang muslimah. Alhamdulillah! Kini menurut Kak Hana,A seorang daie yang aktif dalam menyebarkan dakwah Islamiyah.

Subhanallah. Segala puji bagi Allah yang menentukan pengakhiran (sementara) yang baik buat A (Insya Allah pengakhiran yang sebenarnya pun akan baik).Dakwah Kak Hana dengan membacakan Al-Quran di biliknya berhasil walaupun ianya mengambil masa yang lama. Mungkin semasa A mendengar Al-Quran dialunkan, hatinya resah kerana sudah ada tarikannya kepada Islam di situ pada masa itu. Tetapi dia menafikannya. Hingga sampai satu ketika, Allah bukakan hati-Nya untuk menerima Islam. Alhamdulillah.

Mungkin ada yang berkata Kak Hana bukanlah satu-satunya yang cuba berdakwah kepada A sehingga dia akhirnya menemui sinar Islam. Ya, memang tidak dinafikan, ada juga hamba-hamba Allah yang lain menjadi tangga hidayah untuk A menemui Islam. Akan tetapi, apa yang mahu saya tekankan di sini ialah sekecil-kecil usaha kita insya Allah akan ada hasilnya jika kita benar-benar ikhlas walaupun kejayaannya belum pasti akan kunjung tiba. Kejayaan selepas kita berusaha itu urusan Allah. Selepas kita berusaha tanpa jemu, berdoa dan bertawakkallah.

*Semua yang ditulis ini adalah pesanan buat diri yang lemah ini terutamanya. Jika ada kesilapan mohon teguran dari anda semua. Semoga kita sentiasa istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam. Hayya bil jihad~

" Jika seseorang mendapat hidayah daripada Allah lantaran kamu ianya lebih baik bagimu daripada apa yang disinari matahari" (Hadis riwayat At-Tabrani)

Kembali.

Setelah saya bersusah payah belajar menggunakan WORDPRESS saya ambil keputusan ini. Saya mahu kembali kepada BLOGSPOT! Banyak sebab kenapa. Antaranya:

  • Saya tidak pandai mahu memindahkan semua entri lama ke sana
  • Susahnya~ mahu tahu update terbaru rakan-rakan
  • Banyaknya link blog lama yang mahu dipindah
  • Dll
Duhai BLOGSPOT, terimalah saya kembali~ Empat entri baru dari WORDPRESS akan dipindahkan segera!