Friday, February 27, 2009

Sedih tahap 5

.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.

Salam.

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Err, lebih tepat lagi kipas anginlah. Malam-malam buta ni tak kuasa nak buka pintu ( bukannya takut :minimo_32:).

Sebenarnya hati ini sedang sedih dan larut dalam satu kerinduan:minimo_29:. Kerinduan kepada mereka. Iya, saya tinggalkan mereka hari ini. Pada hari yang bersejarah ini saya tinggalkan mereka. Sedih sangat~ Sebak bila terkenang kembali dialog bersama Hariz Haikal sebelum 2 hari sebelum hari ni.

Saya: Hariz, come here.
Hariz Haikal: :minimo_26: Yes, Teacher Tini.
Saya: Sit here. Hariz, will you miss teacher or not kalau teacher berhenti?
Hariz Haikal: Rindulah ( penegasan yang dapat dilihat dengan penggunaan perkataaan lah )~:minimo_19:

Sebak, sebak. Hari ini, masa baca doa rupa mereka sayu sekali. Adeh, saya tahan air mata dari jatuh dan seperti biasa senyum. Kalau saya menangis merekapun ikut sekali nanti. Dengan bersemangatnya, saya mengambil gambar dengan mereka! Mula-mula bergambar dalam pose yang seskema mungkin dan yang satu lagi semua tunjuk (^_^)V. Kami comel. Atas sebab-sebab tertentu, gambar belum dapat diupload. Selepas tu, saya bertambah bersemangat menulis nombor telefon saya sebanyak 20 kali! Hanya untuk mereka. Mereka cakap mereka akan telefon saya berulang-ulang kali terutamanya si Hariz Haikal, Ameera, Muhammad Danish dan Harith. Ezzarel pula asyik cakap "Mom, Teacher Tini gave me her number" berulang-ulang kali masa balik. :minimo_12: Terharu~ Eh, saya juga bagi mereka stickers Snoopy dua keping seorang. Mereka lekatkan di red bag. Terharu lagi~ Tadi juga ciuman terakhir saya untuk mereka terutamanya yang lelaki kerana mengikut polisi saya, hanya budak lelaki 6 ke bawah boleh di :minimo_30:. Hoho. Sedih tahap 5 ni.

Semoga segala apa yang saya ajarkan mereka masih ingat dan akan kekal dalam ingatan sampai bila-bila. Amin. Ingat sayang, DAN bukan DENGAN untuk doa makan. Sakhkharalana untuk doa naik kenderaan. Jangan lupa doa masuk tandas. Masuk tidur baca doa. Ezzarelshah, recite your Basmalah properly dear. Dan juga, Surah Al-Kafirun, jangan mengarut. Harith, doa tidur takda tu, tu. Aineelia, share your toys because sharing is caring dear. For surah Al- Asr please children, haq first and then shob. Muhammad Danish don't cry dear when you doing your maths. Syahiran, don't talk when teacher is talking. Ashraf, teacher hope you'll get well soon, so sad bah because you're the only who was not inside my photo. Children, I love you all:minimo_28: ! To all the teachers, thanks a lot and i'm going to miss you all.

Selamat tinggal:minimo_13: .Harapnya nanti kita akan bertemu lagi. Dan, masa tu insya Allah kamu semua akan jadi seorang hamba-Nya yang hebat! Amin.Kita bertemu kerana Allah dan berpisahpun kerana Allah. Rasa sedih pulak nak mengakhiri entri ni. Salam.

Wednesday, February 25, 2009

Pemakan berani mati! dan kisah lain

Akhir-akhir ni mood memang tidak menentu. Iya, simptom SPM. Dan, dengarnya lagi 12 Mac ni keluarlah keputusan. Rasa nervous yang teramat. Tadi, tiba-tiba sahaja teringat tentang sekolah rendah. The real masa muda. Hoho. Rasa macam tak percaya yang sekarang saya sudah 18 tahun. Alhamdulillah, sudah 18 tahun saya hidup di dunia ni. Umur semakin tua tapi sedihnya, amalan bagaimana? *sedih, sedih*

Sekolah rendah, eh, masa muda dulu ( mengada-ngada) memang gembira hidup saya, maksudnya bukan sekarang ni tak gembira, cumakan, semakin dewasa kita semakin banyak tanggungjawab. Banyak perkara nak difikirkan. Mm, wah rindunya~

Entri ini saya dedikasikan khas untuk sahabat-sahabat di SK Semariang dan guru-guru tersayang.

Masih ingatkah kamu ( merujuk kepada Jenab, Hidayah, Mizah, Aani dan Ain) masa kita sama-sama pusing satu sekolah setiap pagi? Dan, masa tu kalau jumpa Cikgu Belly ( maaf cikgu )semua bertempiaran lari, hendap sana dan sini. Hoho. Nakal! Susah betul kalau pasal kutip sampah ni. Malasnya.. ( Tak nak jadi macam tu lagi. Nak budak baik (^_^)v )

Selepas tu, masih ingatkah kamu semasa kita mula-mula tubuhkan kumpulan kita dulu ( Nama dirahsiakan ). Sweetnya masa tu. Kita masak sama-sama. Buat puding, biskut dan Maggi. Hoho. Lagi, kita panjat pokok belakang rumah jiran-tidak-ingat-nama semata-mata nak ambil satu buah entah-lupa-apa-namanya untuk berulam. Pemakan berani mati! Hoho.

Dan, masa kita berkelah di jeti tu. Bawa payung, epal dan biskut. Belajar selama 30 minit, dan merayau selama 3 jam ( baru 11 tahun jadi 30 minit tu kira lamalah kan, kan? ) Berbasikal dari hujung sana ke hujung sini. Kita pernah ukir nama kita dekat satu pokok kat bawah jeti tu. Setiap kali kalau kita ada reunion mesti kita cari pokok tu kan? Comelnya kita. Hoho.

Masa darjah 6 dulu, kita masih sama. Cuma matang sedikit je. Boleh kata 59%lah ( penat kira ni ). Kita semuanya ada yang jadi Ketua Darjah, Pengawas dan sebagainya. Tapi, perangai sama je. Masih juga lari dari Cikgu Belly kan? Tak baiknya~ Kita selalu habiskan masa di perpustakaan ( masa sekolah sudah habis ) . Baca, baca, rekod sana, rekod sini, dan tidak lupa juga. Tidur. Habiskan masa dengan Cikgu Sharifah dan sembang-sembang dengan Sir.

Saya rindukan anda semua dan sekolah~ Bila dah besar ni saya terfikir balik betapa sudah berubahnya saya. Saya sendiri menyaksikan perubahan demi perubahan dalam diri saya. Luaran dan dalaman. Alhamdulillah, Allah sayangkan saya. Dia membantu saya untuk berubah ke arah kebaikan bukan sebaliknya. Temui kakak-kakak yang baik. Yang telah menjadi contoh kepada saya. Mereka tidak memaksa saya untuk berubah. Saya yang terpikat dengan perlakuan mereka. Amat sopan dan penuh keikhlasan. Segala-galanya menyentuh hati saya. Mereka sentuh hati saya dengan keikhlasan mereka. Ukhuwah yang dibina kerana Allah memang indah. Indah. Terima kasih ya Allah, kerana Engkau temukan kami dan mengikat ukhuwah dan kasih sayang di antara kami. (^_^)/

Salam.

Saturday, February 21, 2009

Kamu akan lihat gambar saya di Jepun!

Sedar tak sedar sudah hampir ke penghujung bulan Februari. Hari ini 21 Februari 2009! Dan, dalam masa 6 hari lagi saya akan menamatkan kerjaya saya sebagai seorang guru tadika. Sedih ni. Saya mesti akan merindui mereka dan mereka tentunya merindui Teacher Tini. Huaaaa. :'(

Kelmarin, hari lahirnya si Hariz Haikal. Oh, sebelum tu, saya telah memakan kek hari lahir selama 3 hari berturut-turut kerana

18 Februari - Hari lahir si Farid Aiman
19 Februari - Hari lahir si Muhammad Faris
20 Februari - Hari lahir si Muhammad Hariz Haikal
dan,
24 Februari - Hari lahir si Dayang Nadiah!

Selepas ini, saya berpuasa untuk tidak memakan kek selama 1 minggu ( mungkinkah akan terjadi? ).
*
*
*
Lokasi: Pustaka Negeri Sarawak
Tarikh: 20 Februari 2009
Tujuan: Menerima jemputan bengkel Origami bersempena dengan Japanese Cultural Day :)

Ya, hanya tadika kami yang dijemput untuk menghadiri bengkel tersebut ( Ada juga rasa bangga tapi sikit je. Betul, saya tak tipu. ). Hoho. Seorang perempuan Jepun yang comel menjadi tutor kami. Dan, alhamdulillah anak-anak murid saya memahami dia apabila dia bercakap di dalam bahasa Inggeris. Rasa amat bersyukurlah sebab merekapun boleh juga bercakap di dalam bahasa Inggeris. Sikitpun sudah memadai bagi saya.

Teacher, I don't know <=== ayat popular masa bengkel tu. Hoho.

*Click, click* Jurugambar Jepun mengambil gambar kami ( eleh, gembira sangat eh? ). Hoho. Mungkin nanti ada pula gambar kami di Jepun sana ( Sedikit menyampahlah dengan ayat ni ). Sesiapa sahabat-sahabat yang terlihat gambar kami ( Tadika Astana ) silalah kirimkan ke alamat

520, Lrg Bentara 4C,
Kpg Semariang Jaya Fasa 2,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.

Saya gurau je. Hoho. :) Tapi kalau ada nak hantar sampel-sampel barang percuma ke, hantar je ke alamat tu. Hoho. Gurau lagi! Lagi banyak kerja nak buat di hujung minggu ni. Salam.

Wednesday, February 18, 2009

Imaginasi budak berumur 18 tahun

Kisah ini berlaku semalam.

Lokasi: Hospital Normah

Semalam, saya membantu mak cik saya menjadi baby sitter untuk menjaga sepupu saya yang demam teruk ( semoga Allah memberi kesembuhan kepadanya ). Dalam perjalanan menuju ke hospital, di sinilah imaginasi saya sebagai budak yang berumur 18 tahun bercambah dengan aktifnya. Hoho.

Sebelum ke hospital, saya telah menonton drama Korea, New Heart di TV 2. Hati baru? Abaikan maksudnya. Setiap hari selepas pulang dari kerja saya hanya akan menonton drama tersebut selama 20-30 minit sahaja. Nak dipendekkan cerita, saya teramatlah bahagia apabila tiba-tiba muncul satu imaginasi yang amat cool. Hoho. New Heart dan Hospital Normah. Hoho.

Mengikut imaginasi saya...

1. Saya tentu akan menemui doktor dengan kot putih yang suci lagi bersih.

Ulasan: Hampa~Takda satupun doktor yang guna kot putih. Kenapa? Tapi kan, lucunya, saya temui doktor berbangsa Cina yang memakai bow. Di luar jangkaan! Itulah, think out of the box, Tini. Dan lagi, saya temui doktor Cina perempuan yang amat sempoi. Guna jeans dan t-shirt hijau yang cool. Di akhir kata, saya nak katakan, tak kisahlah doktor tu guna jeans ke, t-shirt Muslimin United ke, tapi kenapa tak nak guna kot putih yang suci dan bersih tu?

2. Saya akan sentiasa melihat doktor yang sibuk lalu lalang dan ekspresi kesibukkan terpancar di wajah mereka.

Ulasan: Hampir kesemua doktor yang saya temui tidak ada ekspresi tersebut ( 3 orang doktor sahaja ). Masa tu, saya rasa hendak melarikan diri ke Wad ICU ( saya lihat kamu ) yang berada di sebelah Wad Mulu yang amat senyap. Ataupun, curi-curi masuk ke dalam bilik pembedahan tetapi sebelum itu me'minjam' kot putih doktor. Hoho. Shuh, shuh. Pergilah wahai fikiran jahat.

3. Melihat nurse/misi dengan pakaian putih bersih dengan topi comel.

Ulasan: Kalau ini, memang ada! Ada seorang misi ni, comel dan baik lagi. Masa doktor Alvin bow ( inilah doktor yang pakai bow tu ) tanya, siapa saya, kerja ke? Masa tulah dia tahu saya bekerja sebagai guru tadika. *knock, knock* <=== Bunyi pintu ini hanya ada dalam imaginasi sahaja.
Masuklah misi yang comel tadi. Selepas periksa sepupu saya dia pun cakap gini, " Kesian ye kamu. Esok nak kerja lagi ". Keramahannya memikat hati saya. Bagusnya kalau semua misi begini. Masa balik pulak, kami bertemu lagi. " Eh, balik dah cikgu tadika ni," dia cakap. Saya seperti biasa senyum ( Alah, orang lain pun biasa senyum. Hoho. ) Servispun bagus hospital ni, padan dengan bayarannya yang sedikit mahal.

4. Melihat katil diusung dan mempunyai orang yang sakit di atasnya.

Ulasan: Bukannya maksud saya nak tengok pesakit-pesakit ni sentiasa sakit, cuma saya nak alami situasi seperti itu. Wahhh. Tak sabarnya nak jadi doktor ni ( SPM pun belum lagi keluar. Hoho. )

5. Saya sendiri berpeluang interview sesiapa sahaja di hospital.

Ulasan: Sebenarnya, saya ingin sekali bercakap dengan doktor Alvin bow. Masa balik tu je ada sempat kami bertegur sapa.

Dr Alvin bow: Mama dia sudah datang ka?
Saya: Iye. * senyum seperti selalu *
Dr Alvin bow: Dia nangis ka tidak tadi?
Saya: Ada, tapi boleh dikawal. ( Rasa nak bercerita panjang masa ni, tapi masa amat mencemburui saya. )

Mahu tahu apa yang saya buat taktala sepupu saya Ayu ( 6 ) menangis? Dengan berbekalkan semangat waja sebagai seorang guru, bakal doktor dan baby sitter, ditambah lagi dengan bola kecil Hulk, patung Krelin beserta bebola Dragon ball yang berbintang 1 dan 3 juga dengan pengalaman menjadi penonton setia kartun saya berjaya meredakan tangisnya. Hoho. Alhamdulillah. Begini, saya menggunakan tangan yang Allah anugerahkan ni untuk mencipta satu pementasan jari. Hoho. Hebat! Dia berhenti menangis. Selepas tu, dengan bebola Dragon Ball dan bola kecil Hulk tersebut kamipun membuat satu perlawanan bola di padang katil wad 316. Saya ialah pasukan Liverpool dan dia, Chelsea! Permainannya mantap jugaklah. Hoho.

6. Berlagak seperti doktor.

Ulasan: Misi berjaya! Hoho. Saya menyoal-siasat budak katil sebelah dengan pelbagai soalan. Wah, rasa macam doktorlah pulak. Cumanya, tanpa kot putih. Rupa-rupanya, budak yang berusia 12 tahun itu namanya Abdul Mutalib. Cantiknya nama. Nama datuk nabi tu. Dia diserang penyakit lelah. Kasihannya. Terpaksa guna neb.

Berada di hospital untuk 7 jam mengingatkan saya betapa nanti besarnya tanggungjawab saya sebagai seorang doktor. Betapa perlunya kita, sebagai hamba-Nya sentiasa mensyukuri nikmat kesihatan yang Allah berikan untuk kita beribadat dengan bersungguh-sungguh. Ampunilah kami ya Allah, kerana kekadang kami menjadi hamba-Mu yang tidak bersyukur.

Nota penting: Saya tidak meminati bola.

Salam.

Sunday, February 15, 2009

v = f λ

*Cling, cling*
Tepat 8.59 pagi, Nurul Hana Jr berbunyi. Nurul Hana Jr ni nama telefon bimbit baru saya. Jr tu singkatan bagi Junior lah. Hoho. Oh ye, sambung balik. Lalu, dengan penuh kemamaian saya buka kotak inbox. Oh, daripada Ukhti Hamas ( bakal engineer yang hebat dan menjadi guru tuisyen sandaran juga sedang menyambung masternya dalam bidang air ke apa, lupa! )yang disayangi rupanya. Terbuka dengan besarnya mata saya apabila membaca mesejnya ( di dalam bahasa Sarawak lah tetapi saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu )

Salam Tini. Soalan fizik. Antara blue dengan red yang mana satu lebih laju?

*Cling, cling*
Satu mesej datang lagi.

Macam mana range colour rainbow ye?

Dashyatnya Kak Hamas. Lalu, dengan kelajuan otak yang maksimum saya pun mula berfikir ( Sampai lupa nak baca doa selepas bangun dari tidur. Hoho. Teruk betul. ) Saya bingkas bangun dan membuka pintu bilik terus ke rak buku. Cari punya cari jumpa buku nota Fizik. Belek dan belek. Jumpa nota Diffraction of Light! Tapi masih tidak jumpa jawapannya. Otak dah mula berkarat. Terbayang wajah Mr Phang Sin Nam ( Senyum seorang diri mengenangkan masa muda. Hoho. ) Adeh! Saya cuma ingat yang ni je,

Micheal Jackson Kills His Brother In University <--- versi warna pelangi saya yang dipelajari semasa di darjah enam dahulu. Hoho. Cubalah fikir sendiri ye.

Masa breakfast pun masih berfikir sehingga saya sanggup menelefon sepupu saya untuk menghantar buku rujukan Fizik saya. Semasa makanpun saya membelek-belek buku tersebut. Hebat penangan soalan Fizik ni. Lalu, tiba-tiba datang ilham, alhamdulillah. Speed, v=f λ . Susahnya nak cari simbol lamda ni. Lamda yang simbol bagi wave length tulah. Berdasarkan formula tu, sayapun mendapat jawapan bagi soalan pertama. Wah, rasa rindu dengan kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah menengah. Rindunya nak baca buku tebal-tebal dan rasa stress. Pelikkan? Saya makhluk aneh. Hoho.Manusia-manusia, tidak pernah rasa cukup dengan apa yang ada. Bersyukurlah Tini. Selepas ni, akan saya tempuhi kehidupan sebagai pelajar universiti lagi dan fasa-fasa kehidupan lain yang lebih rumit.

Bercakap pasal SPM ni, dengar-dengar 23 Februari ini keputusan keluar kan? Rasa amat risau. Ya Allah, redakanlah kerisauan hati ini dan berikanlah saya dan rakan-rakan saya keputusan yang cemerlang. Amin.

Nota tambahan: v = speed, f = frequency, λ = wave length

Nota diri: Antara ais krim mint & chocolate chips dan ais krim coklat, saya pilih kedua-duanya. Antara ais krim dan bahulu. Saya ambil juga kedua-duanya dan terus berlalu ke ruang tamu. Hoho. Ni kalau tak tahu nak bersyukur tak tahu lagi lah nak cakap apa. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah untuk nikmat rezeki yang Engkau berikan. Teringat dengan saudara-saudara di Palestin. Apa agaknya makanan mereka hari ini? * sedih *

Saturday, February 14, 2009

Sem.ala.m

Semalam, hari yang memenatkan.

Tadika

Sibuk sangat. Pagi-pagi lagi saya dan anak-anak murid saya membaca doa dan surah ( rutin harian ). Alhamdulillah, kecil-kecil lagi sudah diajarkan perkara seperti ini. Tapi, kalau memang tak mengarut sikit tidak sah pulak diaorang ni. Contohnya:

Doa Makan
Maksudnya: Ya Allah berkatilah rezeki yang Engkau limpahkan DENGAN ( yang sepatutnya DAN ) jauhilah kami dari siksaan api neraka. Amin!

Comel betul mereka ni. Setiap hari saya betulkan dan alhamdulillah sejak 2-3 hari ni ada juga yang sedar DENGAN tu sepatutnya ditukarkan dengan DAN. Selalunya kalau mereka salah sebut sikit saya akan angkat tangan ataupu kadang-kadang buat tanda X gunakan tangan (ala-ala Action Kamen dan Ultraman lah katakan ) supaya mereka tahu itu salah dan mereka secara automatiknya berhenti. Kelakar kan?

Selepas bacaan doa dan surah pula, hari Jumaat akan ada praktikal wudhu dan solat. Saya ajarkan mereka solat Maghrib pula. Sedikit kelam kabutlah sebab selalunya saya praktikal solat Subuh sahaja tetapi apabila melihat kekeliruan dalam diri mereka, saya bercadang praktikal solat Maghrib. Insya Allah, minggu hadapan solat Zohor pula. Dah tu, masa rehat lagi. Melayan kerenah Ridzuan dan Hadi. Hoho. Comel bangat~ Bagusnya budak-budak ni, doa selepas dan sebelum makan dah pass dah! Makanpun sudah mula menggunakan tangan kanan. Alhamdulillah. Cuma ada sedikit masalah dengan doa masuk tandas sahaja. Mereka semua ni mesti ada co-enzyme ( betul ke ni? lupa sikit dah pasal Biology ) baru ingat doa tu. Maksud saya di sini, mesti diberi awalan doalah. Oleh sebab itu, sebelum mereka ke tandas, saya bacakan doa bersama-sama budak yang hendak ke tandas. Tapi alih-alih, semua bebudak ikut membaca sekali. Hoho.

Masa balik... Hanya Hariz Haikal, Ridzuan, Syahiran dan Ameera yang tinggal.

Ameera: Teacher Tini, Ameera nak baca buku. ( Buku Barney yang berwarna purple tu dan saiznya kecil amat )

Teacher Tini: Ok Ameera. *membaca,membaca* The End.

Ameera: Teacher Tini, this book. ( Buku Snow White yang panjang berjela. Adeh. )

Teacher Tini: Oh, oh. Ameera pergi dekat Teacher Mardziah ok. ( Sebabnya, saya kurang skill bercerita. Hoho. Kalau buku simple,simple boleh saja. )

Ameera: Ohh, Teacher suka buku kecil-kecil saja~ Buku besar ( saiznya ) Teacher don't want lah. Ok Teacher! (Ameera berlalu pergi meninggalkan saya dalam perasaan blur dan rasa kelakar pulak kerana dia beranggapan saya tidak menyukai buku-buku besar saiznya. Ameera Teacher bukan bias kepada buku kecil dan comel lah~ )

*

Restoran Selera Fatimah

Banyak sangat pelanggan kelmarin. Hampir patah kaki ni. Ambil order ni, hantar ni, hantar tu. Ada pula pelanggan yang nak air cepat-cepat. Ada yang nak tambah ni, tambah tu. Adeh. Maaflah wahai pelanggan sekalian, kerana keterlambatan servis.

*

Tadika lagi!

Selesai sahaja tugas menjadi waitress, saya kembali lagi bertugas menjadi guru tadika pada sebelah petangnya. Err, lebih tepat lagi saya katakan sebagai cleaner. Hoho. Saya mop sana, mop sini, sapu sana, sapu sini, buang tu buang ni. Adoi. Penat bangat. Dengan semangat yang waja saya lakukan jua semua ini kerana-Nya.

*

Madrasah Al-Khairat

Sebelah malamnya, saya ke Madrasah Al-Khairat bertempat di Gita. Malam tadi, kami membaca Qasidah dan tajuk utama untuk malam tadi ialah Solat. Amat menarik dan saya sukakannya. Perasaan gembira apabila di dalam majlis ilmu memang amat lain dari kegembiraan lain yang saya rasai. Wah~ Banyaknya perkara baru yang saya peroleh. Insya Allah, saya akan buat satu entri khas untuk itu. Sempat juga bertanya beberapa soalan yang sudah sekian lama tercari-cari jawapannya dari Ustaz Muhammad. Alhamdulillah, sudah ditemui jawapannya. Ustaz Muhammad, dengar sahaja apa yang disampaikannya semasa di Madrasah, hilang rasa mengantuk. Beliau penuh dengan semangat apabila menyampaikan sesuatu. Dan tidak kurang juga ada jenaka ataupun kisah-kisah di zaman Rasulullah dan sahabat yang sering diselitnya. Rugi betul kalau terlekasedikit. Kalau terleka saja, tak sempat nak salin apa yang beliau sampaikan.
*
Iya, semala m hari yang amat sibuk dan memenatkan. Tapi, saya rasa teramat-amat gembira! Hal ini kerana, saya sibukkan diri saya dengan sesuatu yang bermanfaat kepada diri dan masyarakat. Masa muda ini lah kita, sebagai remaja/pelajar menyibukkan diri untuk mencari ilmu dan membantu ummah sedikit sebanyak yang kita mampu kan? Yang penting, lakukannya ikhlas kerana Allah swt. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan menjadikan hamba-Nya yang bersyukur. Amin. Salam.

Sunday, February 8, 2009

Saya gembira lagi!

Lokasi: Di ruang tamu rumah

Mood: ( comelnya dia )

Hoho. Hari yang gembira. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Hari ini, saya nak memperkenalkan seorang lagi anak murid saya yang comel.

Taaruf bersama Muhammad Ridzuan ( 4 tahun )

Profil

Nama: Muhammad Ridzuan bin ... ( Tak taulah. Hoho. )
Umur: 4 tahun

Ketinggian: Di bawah paras pinggang saya yang tingginya 156 cm ( Tinggi yang diukur 5 bulan yang lalu semasa EST. Rakan-rakan 5 Ruby, masihkan anda semua ingat saat itu? Saya rindukan kamu semua )

Kata-kata favourite: Teacher~ I nak buat Ottoman ( Ultraman ).

Testimonial: Muhammad Ridzuan ataupun nama panggilan di rumahnya Ryan. Tetapi, saya lebih suka memanggilnya Ridzuan yang bermaksud... ( Masa ni sedang meYahoo!kan nama tersebut ) Maaf, tidak saya dijumpai maksudnya. Dia budak yang berdikari, bijak dan cepat belajar. Lagu kegemarannya ialah ABC dan Gajah. Tahu lagu gajah tak? Mari saya ajarkan.

Gajah

Nota: Anda perlu berdiri untuk membuatkan lagu ini bertambah feelnya. Hoho.

Gajah berkaki empat
Gelek, gelek (masa ni anda perlu bergelek tapi jangan melampaulah )
Gajah berhidung panjang
Gelek, gelek
Gading bercabang-cabang
Tapi tidak makan orang
Kalau adik mahu tahu apa makanan gajah
Lalalalalalala
Lalalalalalala
Gajah makan *tebu!

*Mereka sering menyalahsebutkan tebu sebagai lembu!

Berbalik kepada kegembiraan saya. Saya amat gembira kerana Ridzuan sudah pandai memegang pensel dan menulis! Alhamdulillah. Gembira dan terharunya saya sehingga mahu menitis air mata. Itulah kegembiraan seorang guru. Seperti suatu kemenangan bagi seorang guru apabila anak muridnya berjaya. Itulah kata-kata seorang guru yang saya kenali. Dan, sekarang saya merasainya sendiri.

Hari ini juga, muncul si Hadi ( 4 tahun ). Seorang budak baru yang hanya akan berada di tadika selama sebulan. Kenapa? Kerana dia ni bersekolah di Lawas. Entah kenapa dia datang ke sini. Belum lagi saya ketahui. Dia amat bosan di rumah kerana sudah biasa bersekolah kan. Jadi sebab tu lah dia menjadi murid sementara. Dia ini agak cergas dan suka bertanya. Bagusnya~Tapi, cara dia bercakap pelik sedikitlah. Dia guna aku bukannya kamek ( saya dalam bahasa sarawak ) dan tidak juga I. Hoho. Budak-budak lain sering mengadu, " Teacher, dia guna kau." Lepas tu, saya terangkan kat diaorang sebab musababnya. Nampaknya saya perlu mengakhiri entri saya di sini. Ada banyak lagi kerja nak buat nih. Doakan semoga Allah permudahkan untuk saya segala urusan. Amin.

Wednesday, February 4, 2009

Semalam vs Hari ini

Semalam,

Awan hitam : Dalam mood yang memang kurang stabil.

Mata yang kuyu: Demam.

Mulut yang terbuka kecil: Tanpa suara. Mengajar tanpa suara. Saya membaca doa bersama mereka tanpa suara pada hari tersebut.

Belon yang terapung: Berjalan terhuyung-hayang seperti mahu tumbang dek kepala yang pening.

Hujan rintik-rintik: Dikelilingi budak-budak yang nakal. 5 titik hujan yang paling besar merujuk kepada Muhammad Danish, Wan Danish, Ezzarelshah, Ziqri dan Aiman.

Hari ini,

Muka senyum: Gembira kerana demam telah beransur pulih ( alhamdulillah ) dan sudah ada sedikit suara.

Belon oren yang terapung: Teramat gembira kerana pihak Shell telah menelefon saya tadi dan menjemput saya untuk mengisi borang biasiswa mereka!

Warna biru muda: Mood yang sudah kembali seperti biasa.

Awan putih: Kanak-kanak tadika yang sudah mula mendengar kata. Jadi angel. Hoho. Saya berjaya mengawal kelas dengan baik hari ini. Dengan suara yang serak yang menjadikan saya sedikit garang. Berjaya!

Jom kita renungkan intipati surah Al-Insyirah.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
  2. وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
  3. الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ yang memberatkan punggungmu?
  4. وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
  5. فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
  6. إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
  7. فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
  8. وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.

Demam semalam memang teruk sangat-sangat. Mungkin itu kafarah atas dosa-dosa saya. Moga Allah ampunkan saya. Amin. Semalam, dengan kepala yang teramat berat saya tetap gagahkan diri untuk ke sekolah. Masa ni saya rasa amat terharu dengan pengorbanan guru-guru saya yang sanggup ke sekolah mengajar walaupun sakit. Dan, saya sendiripun merasainya. Alhamdulillah. Kalau tak kerana itu, mungkin kurang kesedaran sikit. Astaghfirullah. Dan, hari ini alhamdulillah! Datangnya satu khabar berita gembira apabila pihak Shell menelefon saya. Hoho.Itu sahaja gambaran untuk semalam dan hari ini. Esok, hanya Allah yang tahu. Mari kita sama-sama jadi hamba-Nya yang bersyukur!

Sunday, February 1, 2009

Dari 8.04 pagi hingga 9.59 pagi

*munch,munch* Saya menulis entri ini sambil mengunyah kuih bahulu. Sedap woo~ Hampir habis sudah. Tinggal 2 ketul lagi. Pagi ini saya bangun awal dari biasa kerana telah berjanji dengan kakak untuk membantunya menaip assignmentnya ( kerja part time ). Selain itu saya juga sedang mendengar lagu nyanyian Yusuf Islam-Bismillah. Ya, pagi ini saya tiada kerja yang khusus untuk dibuat.
*
*
*
*
Selepas saya habis menaip ayat terakhir di atas tiba-tiba saya rasakan ada perkara yang perlu saya selesaikan. Hoho. Ada juga rupanya kerja yang perlu saya buat. Ketika menulis ayat ini, kerja-kerja saya baru sahaja selesai, cuma satu sahaja lagi! Saya terlupa membaca surat khabar yang dibeli semalam. Adeh. Baru sahaja hendak membaca. Saya perlukan 15 minit untuk membacanya. *membaca,membaca*
*
*
*
*
Oh. Saya perlukan 21 minit untuk membaca surat khabar. Sedihnya saya apabila membaca berita tentang saudara kita di Palestin. Dunia, dunia. Sudah hilang entah ke mana perikemanusian kita. Tiba-tiba rasa lapar pulak ni. Aroma sup daging buatan mak menerawang di ruang udara rumah. Hebat! Mungkin saya perlu makan dahulu. Saya perlukan 20 minit untuk makan. *makan, makan*
*
*
*
*
Alhamdulillah, sedapnya sup daging. Saya mengambil masa selama 36 minit untuk makan. 16 minit terlebih dari target sebenar. Semua ini salahnya si Spongebob! Kenapa ada cerita sebest tu kat TV3?Ish. Rasanya sudah selesai semua kerja saya. Mungkin. Ya, mungkin. Tapi, apabila melihat jam yang sudah menunjukkan pukul 9.57 pagi...saya rasa saya perlu mandi lagi. Hoho. Dan, saya akan ada meeting pukul 11.00 pagi nanti.

Saya tidak akan mempercayai diri saya jika saya fikirkan saya amat senang tanpa kerja. Bila fikir-fikir balik, banyak benda lagi kena buat.

Nota: Catatan di atas ditulis dari pukul 8.04 pagi sehingga pukul 9.59 pagi.

Sekian. Salam.