Tuesday, November 3, 2009

Venice?

.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.

Salam.

Si G bertanya,"Tempat mana yang Tini nak sangat pergi dalam dunia ni?"

Dengan gembira saya menjawab," Saya teringin sangat pergi Venice. Sebab kota ni unik, cantik, bla,bla..".

Inilah jawapan saya dulu. Jawapan ini tamat tempohnya pada penghujung tahun 2007. Alhamdulillah. Venice? Kelakarnya. Bila fikir balik sekarang macam bodoh semacam sebab jawab macam tu. Siap memuja memuji Venice lagi. Jahil sungguh. Memang jahil.

Kalau ada lagi yang bertanya soalan yang sama, ini jawapan saya:

Dengan sepenuh hati serta jiwa dan raga saya saya bersungguh-sungguh hendak ke Mekah, Madinah, Masjid Al-Aqsa dan Yaman! Hati saya terpaut, benar-benar terpaut pada 4 tempat tersebut. T.T Ya Allah, izinkanlah aku ke Mekah dan Madinah sekali lagi. Aku rindu. Teramat rindu. Musim haji tiba lagi dan kerinduan yang sarat selama ini menjadi makin sarat. T.T

Friday, October 30, 2009

Majlis Haul Imam Abdullah bin 'Alawi bin Muhammad al-Haddad

Sesiapa yang ada kelapangan 31 Oktober 2009, sila-silalah datang ke Majlis Haul Imam Abdullah bin 'Alawi. Rugi mun sik pegi. Bukan selalu sidak datang Sarawak. (: Must-go-event! Klik gambar maklumat tambahan.

Wednesday, October 28, 2009

|London|

10/08/09 (kalau tak silap). That day, i received a parcel from a sister : Kak Wani. Kami pernah berjumpa mungkin tapi saya tak ingat, Kak Wani pun tak ingat. Kami berkenalan melalui Yahoo Messenger sahaja selepas Kem Eksplorasi 2008. Tiba-tiba hari tu, Kak Wani minta alamat saya di Labuan. Sibuk saya mencari kad matrik. Hoho. Rupa-rupanya dia nak hantar bungkusan.:minimo_19:Indahnya berukhuwah fillah.

Gembiranya saya masa tu. Mana tidaknya, ukhti yang dikenali melalui YM memberikan hadiah. Allah dan rakan sebilik, Zila menjadi saksi saya membuka pembalut bungkusan tersebut. Buka satu pembalut ada lagi satu. Selepas satu ada lagi satu. Memang banyak jugaklah. Unik. Saya tafsirkan ini sebagai betapa berhati-hatinya Kak Wani membalut hadiah ni sebab takut pecah. Maknanya Kak Wani sayang kita lah ni? Hoho. Buka punya buka, akhirnya..Jeng, jeng, jeng! Keychain berukir LONDON dan berwarna merah jambu dan ungu dan lagi, magnet berukiran yang comel!

LONDON

Disebabkan telefon bimbit saya yang ke 4 rosak lagi jadi saya telah mengambil keputusan drastik dengan memakai telefon NOKIA back-to-basic *yang dah jatuh berapa kali entah*:minimo_14: yang sekarang berusia 4 bulan. Tiada kamera. Harapnya yang ini boleh bertahan 5 hingga 6 tahun. Insya Allah kalau tidak dibiarkan jatuh selalu. Terbayang wajah-wajah teman sebilik yang pada mulanya hampir terkena serangan jantung apabila melihat telefon bimbit saya yang kerap kali TERjatuh. TER maksudnya secara tidak sengaja tapi macam dah jadi rutin dia nak jatuh. Maksudnya saya cuai ke?

Tuesday, September 22, 2009

Tarbiyah

Alhamdulillah. Indahnya cara Allah memberikan petunjuk kepada saya malam ni. Ceritanya begini, dua orang sahabat lama datang bertandang ke rumah tadi. Lelaki. Satu sekolah masa sekolah rendah dulu. Si A dan si B. Si A ialah sepupu saya sendiri. Apabila si A sibuk membuat sesuatu dengan ayah saya, tinggallah saya dengan si B (jarak kami berempat tidaklah terlalu jauh).

Si B. Saya tidak pernah perasanpun kehadirannya semasa sekolah rendah dulu. Kami berborak macam biasa. Dia ungkit kisah-kisah masa sekolah dulu. Asking me this and that. Tanya pasal teman se-Kolej dulu dan macam-macam. I don't care if he asked me anything, tapi apa yang saya tidak dapat tahan ialah dia ni asyik cuba nak merendah-rendahkan saya. Adakah sebab saya langsung tidak mengenalinya dulu dijadikan alasan? That's rubbish! Bodohnya kalau tu sebabnya. We were still young at that time and did not bother or care too much about other people. Dia sendiri kenal ke every single person in that school?!

Macam-macam dia cakap, "Rasanya ada masalah dengan neuron kau nak?" dan "Ish, sikkanlah orang tere macam kau boleh lupak?" "Aku insan biasa jak yang boleh lupak. Ilmu akupun Allah pun. So what?! (Dalam hati)

Of course, I'm defending myself. Peliknya dengan tetamu yang sorang ni. Kurang beradab.Huh. Pelbagai kata-kata yang kurang baik bermain di hati tapi saya tetap simpan sahaja. Api jangan dibalas dengan api. Kalau diturutkan nafsu amarah buruk padahnya nanti.

Selepas sahaja mereka balik (alhamdulillah) saya pun berfikir sejenak. Alhamdulillah, mungkin ini tarbiyah dari Allah. Mungkin dulupun saya ada kurang adab dengan orang lain kan? Allah balas balik malam ni. Allah sedang berbicara tentang sabar dengan saya. Lebih baik dapat balasan di dunia dari balasan di akhirat. Salam.

Sunday, September 20, 2009

E for emulsifier, P untuk pengemulsi

Currently, I'm busy Yahoo-ing and do some research about food emulsifier. Living in a place where imported foods are scattered everywhere, I'm so so so so worried about what I eat. Labuan, labuan. Two days ago, my room mate, Ochie told me a crucial info on emulsier that our lecturer had told her. I almost faint after hearing what she had told me because hours before, I was going to SKY PARK (chocolate heaven) and bought chocolates for my family and friends. I didn't know about the specific code for HARAM emulsifier. So, as usual I focused on the ingredients and type of the emusifier (mostly soy lecithin) and simply ignoring any code. Huhu.

After Yahoo-ing, I found this! (from http://icookwithlove.blogspot.com/)

The Haram Emulsifier Code

The Haram Emulsifier Code- Simplified
Please Always keep in the pocket .

Both With E and Without E
120,140, 141, 160[a], 161
252, 300, 301, 422, 430, 431, 433, 435, 436, 441, 470,
471(*Animal Base),472[a], 472[b], 472[c],
472[d], 472[e], 473, 474, 475, 476,
477, 478, 481, 482, 483, 491, 492,
493, 494, 542, 570, 572, 631, 635, 920
(*471 Vegetable Base is said to be Halaal)

The following Emulsifiers – With or Without E are
Suspected - Mashbooh - مَشْبُوْه
E100, E110, E120, E153, E210, E213, E214
E216, E234, E256, E270, E280.
E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337.
E432, E433, E434, E440, E470, E472, E495
E904.

And info from a commenter on PPIM web,

ASM,

Gelatin adalah protein daripada kulit yang dipanggil collagen setelah mengalami hidrolisis (menggunakan asid, alkali atau enzim). Sedangkan E471 adalah mono- dan diacylglycerol, iaitu sejenis pengemulsi (emulsifier) dihasilkan melalui tindak balas glycerolysis (triacylglycerol (minyak/lemak) + glycerol) atau direct esterification (glycerol + fatty acids). Sekiranya kita menggunapakai konsep istihalah (transformation), maka ia adalah halal mengikut mazhab Maliki dan Hambali. Di Malaysia, E471 disediakan daripada minyak sawit.

E472 adalah emulsifier (bahan pengemulsi) yang terdiri daripada ester mono- dan di-acylglycerol dengan acetic atau lactic atau citric atau tartaric acids. Walaupun mono- dan diacylglycerol itu dihasilkan daripada lemak/minyak, bentuknya dan cirinya telah berubah dari yang asal. Minyak/lemak bukan emulsifier, demikian juga halnya asid asetik, laktik, sitrik dan tartarik yang semuanya adalah asid organik yang disediakan di dalam makmal atau daripada sumber asli (asid asetik = cuka; asid laktik = susu masam; asid sitrik = buah oren; asid tartarik = buah anggor). Mengikut konsep istihalah (transformasi), maka hukumya halal mengikut mazhab Maliki dan Hambali walaupun bahan asalnya diragui kehalalannya.

Wallahu-alam.

School of Chemical Sciences and Food Technology
Faculty of Science and Technology
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM-Bangi
SELANGOR
Tel : 017-8703282

And, I asked Mr Mamot ( the PPIM commenter ) regarding E476 which normally can be found in chocolates.

Mr Mamot:

Terima kasih kerana bertanyakan saya berhubung emulsifier E476. E476 adalah Polyglycerol polyricinoleate, iaitu emulsifier yang digunakan dlm produk coklat, terutamanya Cadbury untuk menggantikan emulsifier lazim, lecithin. Ia dihasilkan pelalui tindak balas antara asid risinolik (asid utama didalam minyak biji jarak-castor bean) dgn polyglycerol (dihasilkan secara kimia). Justeru itu, pada hemat saya, hukumnya adalah halal, kecualilah kalau polyglycerol itu disediakan daripada lemak haiwan, very unlikely.

Sekian. Wallahu-alam.

Wassalam.

Nasihat saya, kita jangan dengar je apa yang orang cakap, tapi kita mesti cuba selidik.Bergeraklah jugak sel-sel neuron kita. Zaman kan dah berubah, dunia dah maju. Hoho.:minimo_26: Saya minta diri dulu.Moga Allah permudahkan urusan kita. Amin.

Ps: Nak pesan coklat?
:minimo_20:

Salam aidilfitri!

Salam. Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Tuhan sekalian alam. Alhamdulillah.At last, I'm home! Yesterday, I am truly like a perantau. Stucked (transit) at the Miri airport for 5 hours. Overall my journey took 10 hours. From 9 am, I went to the Labuan Airport, waiting for 2 hours before checked in.Tick, tock, tick tock. At 7.10 pm, I already in Kuching International Airport. I'm away from my family for this year Ramadhan.Huhu.:minimo_34:Tapi, saya rasa dewasa sangat tahun ni. Semua benda saya buat sendiri tau! Upgrade ke pangkat lady. Hoho.

Sempena dengan hari di mana kita umat Islam kembali kepada fitrah kita ni, saya menyusun sepuluh jari yang sudah dipotong kukunya, kepada yang muslimat sahaja.Hoho. Merapu tak sudah. Happy Eid Mubarak, Selamat Hari Raya kepada keluarga dan sahabat handai!

:minimo_13:

Tuesday, July 28, 2009

Usrah bergerak dalam Viva Sapu!

Subhanallah walhamdulillah walailahaillah wallahuakbar. Saya baru balik dari berusrah bersama Kak Zura sayang. Usrah yang bergerak menggunakan Viva sapu@BMW versi Kak Zura@Opa. Hoho. It was very worthy to hang out with her. Banyak sangat benda yang kami luahkan. Terasa amat hampir dengan Allah. Sejujur-jujurnya saya terlalu rindu dengan Habib Muhammad. Sudah dirancang malam ni mahu ke rumah beliau tapi Allah dah takdirkan beliau ke rumah seorang hamba Allah untuk membaca doa sempena perpindahan ke rumah baru. Bukan rezeki nampaknya.

Alhamdulilah, tadi Allah temukan saya dengan satu laman yang meyentuh kalbu. Saya salin (copy) dan lekat(paste)kan di sini. Moga mendapat manfaat.

************************************************************************************************************

Ditulis Oleh: Munzir Almusawa
Sunday, 14 June 2009

Aku pamit Wahai Guru Nan Lembut dan Damai

ImageSiang hari sabtu 13 Juni 2009, detik detik pamitanku pada Guru, aku bersimpuh dihadapan Guru, samudera ilmu nan luas.., Guru yg sangat lembut dan berwibawa, seakan akan langit dan bumi sirna ketika aku memandang kelembutan dan kedamaian diwajahnya, berkata Anas bin Malik ra : Belum pernah kami melihat pemandangan yg lebih menakjubkan dari wajah sang Nabi saw (Shahih Bukhari)

Itu adalah dimasa Anas bin Malik ra, namun dimasaku aku menemukan cahaya keindahan itu, sebagaimana sabda Nabiku saw : "Maukah kalian kuberitahu siapakah yg mulia diantara kalian?, mereka adalah yg jika dipandang wajahnya membuatmu ingat pada Allah" (HR Bukhari pada Adabul Mufrad).

Kota Tarim, Hadramaut, Yaman adalah kota kedamaian, cuaca panas terik yg bisa mencapai 45 derajat celcius, namun terik matahari itu sirna dan sejuk dengan keberadaan para ulama shalihin berwajah sejuk dan damai,

Mereka lepas dari segala racun keduniawian, mereka lepas dari segala ketamakan, mereka lepas dari sifat iri dengki, sombong dan segala penyakit hati yg hina, mereka selalu membawa kedamaian dimanapun mereka berada, airmata yg selalu mengalir dalam doa dan munajat, telapak tangan yg selalu terangkat kehadirat Yang Maha Suci dan Maha Abadi, membuat tangan tangan mereka berhak diperebutkan dan diciumi untuk mendapatkan keberkahan ilahiah dari munajat dan doa mereka, Selalu berlemah lembut bahkan pada para pendosa dan hamba yg berlumur kesalahan..

Aku bersimpuh dihadapan Guru, wajahku menunduk dan sangat dekat diahadapannya, airmataku terus mengalir tak kunjung henti jika memandang wajah Guru..

Airmata cinta..
Airmata haru pd kelembutannya..
Airmata semangat bakti padanya dg jiwa dan raga..
Airmata rindu dan selalu ingin bersamanya..
Airmata penyesalan atas perbuatan yg mengecewakannya..

Kuangkat kepalaku lagi menikmati wajah terindah dalam hidupku..
Wajah yg membuatku ingat pada Allah..
Wajah yg selalu memancarkan cahaya khusyu dan damai..
Wajah yg selalu berusaha menyantuni semua hamba ilahi..

Sang Guru tersenyum lembut.., membuatku menunduk dan semakin deras airmataku mengalir haru dan asyik dalam cinta dan bakti padanya..

Seraya berkata lembut : Bagaimana keadaan Jamaah di Indonesia?

Aku terdiam dan tak mampu menjawab..

Seraya berkata lembut : Semoga mereka dalam kebaikan dan kedamaian..
Semoga semakin banyak yg bertobat dan kembali kepada keluhuran..

Aku menjawab : Amiin..
Hanya itu yg bisa keluar dari bibirku..

Sang Guru berkata lagi : Kabarkan padaku..

Aku menangis tersedu sedu dan berkata : Mereka semakin banyak.., mereka semakin banyak tuanku.., saya risau tuanku..

Sang Guru tersenyum.. terdiam.., lalu berbisik lembut : apa yg kau risaukan..?

Aku berkata : musuh semakin banyak… saya risau mereka akan merusak perjuangan kita..., saya tidak mau memerangi mereka.., saya selalu memaafkan mereka sebelum mereka meminta maaf.., namun saya risau pula karena mereka terus ada..

Sang Guru berkata lirih : kita kelompok damai yg tidak memusuhi.., semoga Allah menenangkan kita dari gangguan musuh..

Aku menunduk.. amiiin.. bisikku.., airmata berjatuhan semakin deras..,

wajah indah dan damai itu kembali melantunkan wejangan wejangan lembut dg suara lirih dan terkadang berbisik lembut..,

hingga akhirnya Guru berkata lembut dan pelahan : Adakah yg masih mengganjal dihatimu..?

Aku menunduk.. airmata telah berjatuhan membasahi permadani.., aku diam dan tak berani berucap.., dan beliau menatapku dg cermat dan risau.., dahi Guru berkerenyit tanda beliau benar benar menanti jawabanku.., maka aku berkata lirih.. : mereka dengki pada saya.. saya sedih mengapa mereka dengki pada saya.., dan kemajuan yg semakin pesat justru semakin memicu hal ini.., maka saya tidak tahu harus bagaimana..

Beliau tersandar dan tersenyum.. beberapa detik tanpa suara, lalu beliau melantunkan ayat ayat kejadian Nabi Yusuf as yg didengki oleh saudara saudara kandungnya.. lalu beliau berkata lirih : bahkan anak anak para nabi pun ada yg tidak selamat dari sifat dengki pada saudaranya..

Lalu beliau tersenyum.. senyum yg menghibur jiwa yg risau dan resah..,

Aku tercenung.. lalu beliau menyadarkanku dari lamunanku dg menghentakkan sebuah siwak kepangkuanku.., siwak dipukulkan kepangkuanku.. tanda kedamaian dan keakraban yg sangat menyejukkan..

Aku berkata lirih.. : apa yg harus saya lakukan..?

Maka Guru berbisik lembut : kita adalah kelompok damai, kita adalah kelompok yg selalu berdoa, kita berusaha dg naungan doa, kita bekerja dg naungan doa, kita beraktifitas dengan naungan doa..

Doa kepada Allah.. doa kepada Allah.., doa kepada Allah..

Aku menunduk.. mulai kurasa bahwa aku telah banyak menyita waktu Guru.., aku berbisik disela sela tangis…, saya pamit……

Guru menjawab : kutitipkan engkau pada Allah…..

Aku roboh dalam tangis dan kubenamkan wajahku dipangkuan Guru, aku akan kembali berjuang dalam dakwah.., aku akan berhadapan dg segala apa apa yg semoga Allah meringankan segala bebanku..

beliau menepuk bahuku dg akrab untuk menyemangatiku, akupun bangkit.., berdiri mundur tanpa berani membelakangi.. sambil terus menunduk tanpa berani memandang wajah damai itu lagi.., sampai ke pintu barulah kubalikkan tubuhku..

ImageDisaksikan terik matahari dhuhur kutinggalkan kota Tarim..
Kota kerinduan, kota kedamaian.. kota tempat kekasihku dan Guru Muliaku berada, sang pembimbing diriku menju jalan keluhuran, keluhuran dunia dan keluhuran akhirat..

Pesawatku mendarat di Bandara Soekarno hatta pada Ahad …..

Oh Jakarta.., gemetar dan penuh risau kulangkahkan kaki turun dari pesawat menginjak Bumi Jakarta.., beban.. tanggung jawab.., massa.., kendala.., subhanallah..,

lalu aku membatin.. wahai nafas nafasku.. kau adalah ajang bakti cintaku pada Guru, padanyalah kubaktikan Jiwa ragaku, yg dengan itulah Matahari keridhoan Allah dan Rasul Nya terbit sepanjang waktu bagiku..

Monday, July 27, 2009

T.T

Alhamdulillah, Allah masih lagi beri kesempatan untuk hidup dan menjalankan tugas sebagai khalifah-Nya. Sebenarnya hati ini amat sedih. Tiba-tiba hati tergerak untuk membuka blog seorang kenalan muslimah. Hasrat hati ini tidak lain tidak bukan untuk mengetahui khabar tentangnya. Hati saya mula tidak sedap dengan entri pertama yang saya baca. Bahasa yang dia gunakan tidak sesopan dahulu. Saya roll lagi ke bawah, masya Allah. Hati saya sedih sangat T.T Tanpa disedari air mata saya gugur. She has changed a lot. I miss the old her. Dia dulunya seorang yang pemalu, yang tahu menjaga batas dan menjaga auratnya dan kini tidak lagi. Saya sayangkan dia. Amat menyayanginya kerana Allah. Sedihnya hati ini ya Allah. Saya mendoakan semoga Allah memberikan hidayah kepadanya dan melindunginya. Ya, Allah berkuasa membolak-balikkan hati hamba-hamba-Nya. Takutnya aku ya Allah untuk berada jauh dari-Mu. Peliharalah aku dan mereka yang aku sayangi dari syaitan yang direjam.

Friday, July 24, 2009

Hati berlagu riang pabila. . .

Hari ini satu Syaaban. Wah, tak lama lagi Ramadhan akan datang. Yey! Malam ini hati memang hyper gembira. Hoho.
:minimo_18:
Because~ Sebabnya~ Alhamdulillah, tonight I managed to attend Majlis Isra' Dan Mikraj di rumah Habib Muhammad, tuan guru kesayangan. Hanya Allah yang tahu betapa rindunya saya mahu ke sana sehinggakan selalu terbayang saat-saat indah sebelum terbang jauh nun ke KML(takpe, takpe, tengah menuntut ilmu jugak kan Tini?). Dan peluang masa cuti ni akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk menyambung pengajian di Madrasah Al-Khairat. Alhamdulillah~ Gembiranya! :minimo_05: Beberapa minggu yang lepas saya seperti kehilangan diri sendiri. Serius. Penyakit hati kronik. Kotor sangat mungkin. Tadi, masa beliau mengingatkan sesuatu tentang pentingnya menjaga hati, saya benar-benar tersentak. Seperti dikejutkan dari lena. Ya, saya lupa. Lupa aset yang benar-benar perlu dijaga iaitu hati. Allah uji dengan kesibukan belajar sehingga lupa amalan-amalan harian yang dulunya selalu dibuat. :minimo_14:Rindunya dengan Allah. Moga Allah permudahkan segala urusan kita. Amin.

Tuesday, July 21, 2009

Cerita ceriti si Tini

Muzik latar: Home (Westlife)

Alhamdulillah bahagianya! Akhirnya setelah 2 bulan lebih bertungkus lumus belajar saya dapat balik ke tanah air tercinta. Hoho.(Macamlah baru balik dari Ireland, New Zealand dan sekutu-sekutunya padahal dari Labuan je.) Bunyinya kurang skema.:minimo_17: Bagus! Bolehlah menolak hujah pensyarah Biologi di KML yang mengatakan budak Hayat ni skema. Hoho. (Suara latar budak KML: Kami bukan skema, kami cuma spesifik je.)

Ya, cukuplah dengan permulaan yang kurang skema. Nak ke tahap cool ni. Tadi saya keluar membeli belah bersama mak. Mengeratkan silaturrahim antara anak dan ibu. Coolkan? Hoho. Malam tadi sibuk saya mengadu tentang Labuan. Labuan itu, Labuan ini. Cey. Dengan masalah air:minimo_04:, masalah makanan yang mahal (maklumat tambahan: memang amat bertuah kalau berjumpa dengan daging) cuaca yang tidak menentu dan banyak lagi. Kalau belajar di Labuan, memang tu perkara biasa. Redha je lah. Faktor luaran tidak akan menganggu dalaman!Hoho semangat.

Cerita pasal faktor luaran ni teringat dengan kisah-kisah yang menimpa diri. Masa Ujian Pertengahan Semester (UPS). Masa tu memang gembira sebab tak lama lagi nak balik kan. Malam sebelum UPS saya makan banyak benda. Sanggar :minimo_11:( pisang goreng edisi Sabah), nasi goreng di Kafe X dan makanan-makanan lain yang dibeli di koperasi. Masya Allah, tiba-tiba pagi yang hening dan bening bertukar jadi kurang hening dan bening sebab saya cirit birit. Sudahlah mahu UPS, subjek Bahasa Inggeris dan Kimia. Masa tu, tandas pun jadi bosan sebab asyik-asyik muka saya je.Dalam masa 2 hari sudah lebih 20 kali saya ke tandas:minimo_23:. Huhu. Paling lucu, masa ke Hospital Labuan, Medical Assistant Y tulis dekat ubat saya tu Berak2 ( square ):minimo_01:. Hoho. Roomies sayapun ketawa habis. Teda, teda. Roomies saya yang comel, si Vivi dan Ochie~:minimo_12: Paling mengharukan, masa hari kedua cirit birit, saya ke tandas kira-kira jam 4 pagi. Tiba-tiba ada suara, "Tini~". Alah, si Vivi yang comel:minimo_19:. She was so worried about me which made her more comel. Hoho. Malam tu, saya berguraulah dengan dia, saya cakap, kalau saya tiada di bilik nanti, cubalah cari tandas, takut-takut saya pengsan dalam tandas. Hoho.

Time is up! Mesti buat assignments so that tonight I can go to Ustaz Muhammad's class with Kak Zura. Salam.

Monday, June 22, 2009

Kolej Matrikulasi Labuan berteknologi berkemajuan, lalala~

Wahh~ Alhamdulillah i'm back again! One whole month without internet was an unbearable sadness.:bofu_24: This will be a very simple and short post because I've loads of assignments! Since the first day I'm at KML, there were numerous silly things that I had done. Hoho. Let me name some of them.

Last month: Without any bad intention ( mind you ), I purposelessly be the reason why Zone C, on third floor and at block A didn't have any water in the wash room. Until noww~ From 19 May until 22 June. Do some math by your own.

Also last month: I confidently opened a door of 3.4 room at block B! Mm, my room was at block A~:bofu_37:

Last 2 weeks: I almost went inside a church van. Hoho. I thought it was a mini bus no 6. Isma, it was your fault bah. Bidak.

People, huh~ wherever i go there must be something will go wrong. I've learnt so many Sabahan vocab such as 'boleh bah kalau kau' and 'bidak'=ugly=buruk. And, proudly to say that people here often thought that I'm a Sabahan. Cey~ Kuikui. Got to go. Don't miss me Kak Wina, Kak Maira and the others. Hoho.

Salam.

Thursday, May 7, 2009

Episod hidup yang mengharukan.

*Mode terharu*

Ukhuwah fillah abdan abada.

Kisah malam tadi. Ada malam tautan ukhuwah yang terakhir sebelum saya ke Kolej Matrikulasi Labuan. Mengharukan. Sedikit memalukan. Mm, tak perlu cerita kot pasal ni. Yang paling penting itulah masa saya meluangkan masa bersama-sama kakak-kakak yang saya sayangi. Alah, kesiannya Kak Maira takde. Saya rindu betul dengan dia ni. Tengok ni Kak Maira! Hoho:minimo_03:. Ingat janji Kak Maira, nak hantar Tini ke lapangan terbang ok!

Mereka datang pagi tadi. Bertepatan dengan janji mereka malam semalam. Ohh~ Saya rindukan mereka. Huh~ Pagi tadi saya kerap kali terbangun. Menjenguk ke tingkap menunggu kehadiran mereka. Pagi yang mengharukan. Jazakumullah Kak Khadijah, Kak Zura dan Ani! Sanggup jugak korang datang ke rumah Tini sebelum ke Sebuyau. Masih terasa hangat pelukan dan kasih sayang mereka. Seronoknya kalau berkasih sayang kerana Allah. Tetibe je masa ni ada lagu latar yang macam kena dengan situasi kami. Adeh! Gugur juga air mata saya:minimo_34:. Pandai betul radio zaman sekarang. Takpe, kita jangan sedih-sedih ye. Bulan 7 nanti Tini balik sinilah. Walaupun hanya 2 minggu. Paling mengharukan, tadi mereka hantar gambar guna MMS. Tajuk MMS tu, dekat feri sebuyau :minimo_12:. Mm, nanti kita calling-calling, MMS-MMSing, bermesej-mesej ye! Sayaaanngg korang!*Sedihnya*

Monday, May 4, 2009

Bakal berada di habitat baru

Banyak sangat benda yang dah jadi. Kalut sangat. Bingung. Stress. Alhamdulillah. Mm, saya rasa lebih matang. Matang. Hoho. Teringat saya tentang slogan dan visi yang perlu saya capai semasa saya baru habis SPM. Its time for me to be matured, optimistic and realistic:bofu_01:. Ceh. Kuikui. Rasanya hampir tercapai dah. Kalau pasal matang tu banyak dari segi pemikiran tapi kalau secara fizikalnya, perangai macam budak-budak masih ada. Masih juga kecoh tak tentu pasal masa bercakap:bofu_48:. Eh, tu namanya bersemangat:bofu_18:.

Banyak benar teman sekolah saya yang akan ke Labuan. Ohh~ Rasa macam di sekolah pulak. Ohh! Tragiknya apabila ketua anarkis (maaf sebab mengata awak sekejap) bakal ke sana juga. Sila rujuk entri ini untuk mengetahui lebih lanjut pasal ketua anarkis di sini. Awal sudah dia berpesan supaya saya terus menjadi pembekal makanan nanti. Ingat saya ni kilang biskut Slai Olai ke? :bofu_47:

Saya mungkin akan berada dalam status ON HIATUS tidak lama lagi. 8 Mei dah nak ke Labuan. Selamat tinggal alam maya. Mungkin lama juga, dalam 2 hingga 4 minggu. Boleh bertahan ke Tini? Hoho. Entri seterusnya akan menceritakan tentang habitat saya yang baru. Semoga anda terus setia jadi pengunjung blog saya :bofu_11:.

Ya Allah ya Rahman ya Rahim permudahkanlah segala urusan kami.

Friday, May 1, 2009

Selamat tinggal~

*Emoticon muncul lagi. Emosi lebih terserlah.*

Sejak dari pukul 11 lagi saya bersemangat menunggu di hadapan laptop. Sedikit kecewa. Saya tidak dapat tawaran UPU. Jadi, selamat tinggal UIAM. Kolej Matrikulasi Labuan hai~
:bofu_27: assalamualaikum ( sila cakap ahlan wasahlan balik dan jawab salam ). Ya, tentulah saya menangis. Tapi kira-kira 15 minit je. Usai solat semua, hati ini jadi tenang setenang air dalam kolah mandi. Kini sedang sibuk mengisi borang matriks. Lalala~ Saya redha. Tidak semua yang kita mahu kita akan dapat. Apabila kita bersabar semasa diberi cubaan Allah, darjat kita akan dinaikkan tau? Jom Tini. Sabar. Allah sayang hambanya yang bersabar.

Jadi, habitat terbaru Labuan. Matlamat, masih sama; cari keredhaannya dalam apa jua yang dilakukan. Lain, belajar sungguh-sungguh, satu tahun je. Target, 4 flat
:bofu_47:. Bolehlah ambik perubatan~ Hoho. Sentiasa bersemangat walaupun UPU tak dapat, masih ada jalan lain. Analoginya, macam nak ke Supermall kan boleh je kalau guna jalan dari Kolej Abdillah ke, dari DEPO ke dan lain-lain lagi. Kerinduan terhadap kelas di Madrasah Al-Khairat pasti akan ada. Oh~ Kak Zura, Kak Zana, Kak Khadijah, Kak Hamas dan kakak-kakak yang saya pasti merindui kalian semua!*Hugssss*

Kebetulan, sahabat baik saya, Amni Adilah pun akan ke Labuan. Ya, kita bersama lagi. Hoho. Tapi, peratusan nak sama kelas tu tipis kot. Macam selalulah kan. Kami tidak pernah berada di kelas yang sama dari tingkatan satu sampailah tingkatan lima tetapi masih lagi jadi teman baik@belangkas. Hoho. Akhir sekali, ingin diingatkan kepada diri, orang bernama Tini mesti bersemangat! Fighting!
:bofu_18: Ya Allah, permudahkanlah untuk kami segala urusan kami. Amin.

Wednesday, April 29, 2009

Mimpi aneh di kawasan V

Mimpi-mimpi aneh menghantui diri. Oh~

Lokasi: Dalam mimpi aneh di kawasan V

Lalala~ Berjalan-jalan penuh kegembiraan. Tiba-tiba teringat tentang roti berintikan kacang merah. Ohhh~ Ya, saya boleh nampak roti tersebut dari jauh. Apabila masuk satu kedai takde pulak. Berlari-lari. Masuk satu kedai keluar satu kedai, masuk dan keluar, keluar dan masuk. Rupa-rupanya berada di kawasan penduduk berbangsa Cina. Batang hidung orang Melayupun tak nampak. Kira macam lost sekejaplah. ( Apa?!tsk tsk tsk )

Gelap.

Sudah nak masuk waktu Maghrib rupanya. Hilang, hilang. Roti idaman tak ditemui. Hati pun mula risau sebab sorang-sorang. Jalan punya jalan, jumpa ayah. Alhamdulillah. Pulang ke rumah guna kereta. Eh, silap. Saya ditinggalkan kalau tak silap sebab dia tidak nampak saya. Selepas tu, *tsk tsk tsk* terbangun!

Mimpi apa ni entah. Semuanya kerana roti berintikan kacang merah Aisyah yang sedap. Lama sudah nak merasa balik tapi selalu je tak dapat. Dulu mimpi pizza, sekarang roti kacang merah. Eh, pernah juga dulu bermimpi tentang air milo di bulan puasa! Adoi~Hentikan tabiat bermimpi tentang makanan Tini.

Jangan pandang belakang?

Mode: muhasabah diri
Lagu latar: Mentari Hidup - Haikal

Jangan pandang belakang?

Saya perlu juga.

Walaupun hati ini terluka teruk apabila memandang kembali masa lampau.

Ya, rasa benci pun ada.

Rasa malu. Malu pada-Nya kerana tidak menjadi hamba-Nya yang baik.

Masa lampau mendewasakan saya.

Masa lampau membuatkan saya menghargai saat-saat indah apabila sampainya hidayah-Nya kepada saya.

Hati ini rasa amat rindu kepada kasih-Nya. Saya inginkan kasih-Nya.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Hati ini tenang ya Allah dengan mengingati-Mu.

Monday, April 27, 2009

Tabik spring *toing, toing*

Serius, sekarang ini saya sedang stress tahap 5 ( mengikut kipas angin punya tahap ). Huh~ Tadi ada kelas di masjid kampung sebelah. Memang kasihan tengok budak-budak kampung ni. Ya, saya telah cuba bersangka baik. Tapi, kenapalah hati ini...oh hati? PMS ke ni?

Suasana amat berbeza dari anak murid saya di Tadika Astana. Dan jugak, tadi tak cukup oranglah pulak. Susah sikitlah nak jaga 15 orang budak sekolah rendah berbeza tahap dengan hanya tenaga pengajarnya 2 orang. Tabik spring *toing,toing* kepada cikgu-cikgu sekalian.

Budak-budak memang nakal, seperti biasa. Hoho. Mm, masalah pertuturan yang agak kurang beradab dan sikap mereka berbeza dari anak murid di Tadika Astana. Tabahkan jiwa, Tini. Iyalah, mungkin juga di sebabkan persekitaran mereka membesar. Oh~ Sungguh kasihan. Bantulah kami ya Allah~

Bersabarlah wahai hati. Ujian itu tarbiyah dari Allah. Iya, mesti bersemangat dan teruskan bersangka baik dan juga ikhlaskan hati.

Wednesday, April 22, 2009

Mahu jadi seperti si ulat?

Malam tadi saya pergi menghadiri usrah gabungan PERKEPIS di Banglo Tahfiz Astana, Kuching ( sila google sekarang tempat tu. hoho ). Tajuk malam semalam ialah Zikir: Dengan mengingati Allah jiwamu akan menjadi tenang.

Ya, Allah tidak ciptakan kita, dan makhluk-makhluknya di bumi dan di langit dengan sia-sia. Masa Bro 'Afif kupas pasal benda ni, teringat pulak satu kisah yang diceritakan Ustaz Muhammad:

*Melayang sekejap. Wee woo*

Lokasi: Madrasah Al-Khairat
*Tengah khusyuk mendengar sambil menulis, al maklumlah, ingatan ni bukannya baik sangat. Shh~ Ustaz sedang bercerita*

Ketika Nabi Allah, Daud as duduk di tempat ibadat sambil membaca kitab Zabur. Lalu dia melihat seekor ulat dan tertanya-tanya apa gunanya Allah ciptakan si ulat. Dengan izin Allah, maka ulat itu pun mampu berkata-kata. Si ulat: Adapun di siang hari Allah mengilhamkan kepadaku untuk berkata Subhanallah walhamdulillah walailahaillah wallahuakbar selama seribu kali. Malamku, Allah ilhamkan aku berselawat Allahummasollia'lamuhammad wa'alaalihiwasohbihiajma'in.

Nabi Allah, Daud as pun berasa malu. Dan saya sendiri yang mendengar cerita ni pun rasa lebih malu. Malunya dengan si ulat. >Mari, mari. Kita banyakkan zikir sambil berfikir ( sila rujuk entri Ustaz Hasrizal untuk keterangan lanjut ). Takpe kalau mabuk zikir, Allah suka. Insya Allah, dengan mengingati Allah jiwa ini akan menjadi tenang. Tak rugi~< Ayat ni untuk diri sendiri sebenarnya. Ya Tini, bersemangat!

Monday, April 20, 2009

Apabila terkenang entri Di Alam Ribena (2)

*the phone, the phone is ringing, there's an animal in danger 2x~... this is serious* ==> lagu latar semasa menulis entri ini. Ya, saya sedang menonton TV3.

Cuaca cerah. Sunyi. Saya seorang je manusia di dalam rumah ni. Yang menjadi peneman cuma Tom ( kucing yang nakal macam Tom dalam cerita Tom n Jerry lagaknya, yang suka menjatuhkan barang dengan sengaja; perasan comel lah~ ), Baby Pigeon, Leny, Tuck dan Ming Ming! Eleh. Yang 4 makhluk terakhir tu, ada dalam tv je. Hoho.

Hati ni rasa macam tak tenang je. Adeh~ Sentiasa terkenang-kenangkan Ireland. Sila rujuk entri Di Alam Ribena (2). Ya, saya mesti menerima hakikat saya takkan ke sana pun untuk buat degree. Simpan dulu dalam poket impian tu. (~.~)^ Tini, semangat ahh. Orang bernama Tini kan mesti semangat! Fighting! Dalam keresahan saya saban hari, selalu je saya terngiang-ngiang satu ayat Al-Quran yang ni:

Surah Al-Baqarah(2) ayat 216,

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Ayat kat atas tu cukup dah untuk menerangkan semuanya. Harapnya, saya akan dapat ke UIAM! Kak Wina, Kak Wani, Kak Iman dan lain-lain, Tini tak dapat nak sertai kamu semua buat masa ni. Tapi~ tunggu masa degree nanti kot. Hoho. Kak Wina, kita berduakan dah rancang sesuatu. Tak sabar nak tunggu akak balik Malaysia. Ya, Kak Wina dan lain-lain dah nak final exam dah, mungkin dalam masa 2 hari lagi kot, jadi, doa-doakanlah mereka. Semoga nanti jadi daie bergerak di hospital *untuk Tini jugak*! Amin.Hoho. Salam.

Sunday, April 19, 2009

Seperti yang dijanjikan 1

Khas untuk manusia-manusia yang menyemat saya dalam ingatan untuk ditag.

Salam.

Ya, seperti yang dijanjikan saya akan menjawab tag yang pertama. Ini tag dari Kak Yan! Saya jawab ni~

1) Apakah nama blog anda dan mengapa anda memilih nama itu?

Bacalah kat atas. Hoho. Her name is Hartini. Kira-kira 3 hari ataupun lebih tau nak beri nama ni (dasar pemilih antarabangsa). Sebabnya pulak,mm kerana entah. Saja je nak pilih. Dari letak nama orang lain baik letak nama sendiri kan?

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

http://hartnycupcakes.blogspot.com. Yang ini pulak sebab masa tu saya terpengaruh dengan propaganda cup cakes yang menggila ketika itu. Ohh~

3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?

Kurang pasti. Yang ini, pembaca sila jawab. Tolong ye. Hoho.

4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?

Pernah mungkin. Sebab rasa macam malas benar nak menulis. Pembetulan, menaip. Selepas tu, rasa macam menipu diri sebab cakap nak buat semua sebab Allah kan, blog ni pun tapi dunia je lebih. Adoi,adoi~ Bilalah matlamat nak tercapai ni?

5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?

Kakak ni baik~ Suka sangat baca blog dia. ^^

6) Senaraikan 5 orang yang akan anda tag.

Kalau anda rasa nak ditag, tinggalkan nama dan url. Hoho. Macamlah ada yang nak.

Friday, April 17, 2009

Satu pengumuman: Fighting!

I have no picture to show you, but it is enough to say that I got matriculation offer. At Kolej Matrikulasi Labuan. 1 year program ( What?! ). Course, M001-Science. Hoho. To be honest, matric will be my LAST choice ever! *UIAM, UIAM!* 11 May will be the day of registration.

Mom and dad~I want to go to UIAM instead of matric. PLEASE~ My Arabic teacher will be so proud of me if they know Hartini who back then often went to the toilet and could only be seen in the class 10 minutes before class over choose UIAM as her first choice! Astaghfirullah. Yeah, back then, I'm a bit naughty.

Ustaz, Tini insaf dah. Sekarang nak belajar Arab sungguh-sungguh!Ustazah Dyg Rubiah (Ting. 1) --> masa ni baik je,Ustaz Sazidin (Ting. 2) --> masa ni hormon mula memberontak, suka hati dia je nak lepak dan masuk kelas akhir *jahat!*, Ustaz Shafie (Ting. 3) --> Hah. Masa ni baru mula nak serius dan saya seorang je budak harian yang ambik Arab *semangat*. Ingatkan gagal Arab, tapi Allah masih sayang lagi, saya dapat C. Sedikit cacat keputusan PMR yang hampir cantik. Jazakumullah untuk ilmu yang kalian taburkan. Serta seribu kemaafan atas kekurangan adab dalam diri saya ni.

FIGHTING!
FIGHTING!
GOMENNE~
GOMENNE~

Thursday, April 16, 2009

Captain Goh: Agakgeration!

Have you all ever notice or know who help us to control flood? Pernah ke? Hoho. This kind of question reminds me of Captain Goh Chin Guan. Kak Hamas, take note. Our Captain Goh. Hoho.

Bermulanya ceritanya begini, saya pergi menemankan Kak Hamas ke Kuching Barrage Management Sdn Bhd yang berada di bawah jambatan! Wah~Ya. Saya baru tahu bahawa ada rupanya hamba-hamba Allah yang membantu kita mengawal banjir dan inilah pertama kali saya ke baraj.*teruja*

Babak pertama

Captain Goh: Oh~ Both of you are from UNIMAS?

Kak Hamas: She's not. *me, me!*

Babak kedua

Captain Goh: We are working like hell here. But no one notice us. *sorry Captain!*

*

Captain Goh: We're just agakgeration because we've no device that can do the calculation for acceleration.

Saya rasa macam nak cakap kat dia yang tak apa~ Sebabkan, Allah tahu apa yang Captain buat tu. Ramai orang boleh diselamatkan kerana usaha Captain. Lagipun kalau kita buat kerja orang lain tak tahu, macam tawadhuk je. Hoho. Berbanggalah kerana usaha Captain, Bro Benjamin dan pak cik-pak cik berbaju orenlah kami tidak teruk sangat semasa banjir melanda. Jazakumullah.

Babak ketiga

Captain Goh: So, you, what are doing right now?

Tini: I'm a SPM leaver, Sir.

Captain Goh: Ohhh~ Really. Here, i got something for you. *this time, i was like hyperventilating*

Dia bagi saya ni!

Saya masih simpan brochure, name card dan bookmark yang dia bagi. Oh, Captain Goh, you made my day! What a great coversation we got. I still remember the agakgeration word you taught me. Cool. I'll pay you a visit again someday. Yeah, someday. =)

Tuesday, April 14, 2009

Bergumbira lagi!

Semalam, ( seperti biasa ) saya keluar bergumbira lagi bersama teman. Hoho. Tapi ni bergembira cara baik punya. Alah~ Tak teringatpun nak ambik gambar. Kira-kira dalam pukul 11.30 Kak Hamas telefon dan dia cakap nak ziarah saya kat rumah ( dah berapa kali ziarah dah dalam sebulan ni ). Hoho. Tetapi, kali ini berbeza sedikit kerana dia bawa Kak Aisah~ Selama ni kami selalu berhubung di alam maya je. Singgah menyinggah blog, komen mengomen dan teriak meneriak di shoutbox masing-masing. Kak Aisah ni lucu jugak orangnya. Sekepala kami rupanya ( tipu ). Walaupun jarak umur kami 10 tahun, eh, 9 tahun setengah. Kami jenis popular sanguine. Banyak benar perkara-perkara Ribena saya dedahkan kepada dia. Iyalahkan, saya sorang je yang berumur belasan tahun, yang lain semuanya berumur 25-27 tahun.

Janganlah hairan sebab memang saya mempunyai rakan-rakan dari yang terdiri dari pelbagai ketinggian dan umur. Sekarang ada yang sedang buat pre primary-mathematics books, ada yang sibuk menghafal PAFA, ada yang sibuk dengan eksperimen gunung berapi, ada yang sibuk buat asasi, ada juga yang jadi murid Captain Goh ( Kamu tahu siapa kamu ) dan tak kurang pulak ada yang sedang bedah-membedah ( Kamu tahu siapa kamu ).

Pelajaran pertama : tsk tsk tsk

Kak Hamas: Bla, bla, bla. ( dia sedang bercakaplah ni )
Tini: tsk tsk tsk. ( baca: t.s.k t.s.k t.s.k )
Kak Aisah: *blur*

tsk tsk tsk ===> bunyi cicak yang kita selalu buat tu.
Memang susah Kak Aisah nak terima tapi akhirnya dia praktikkan jugak. Yeah! Terpengaruh dah~ Hoho. Hairan pulaklah pesakit akak nanti kalau akak guna di hospital nanti. Hoho.

Pelajaran kedua: Wonder Pet

Boleh diterima akal apabila seorang doktor kurang tahu dialog yang popular ini. Ya,ya. Kelmarin ada Wonder Pet di TV3 pukul 9.30 pagi. Hoho. Sayapun semangatlah. Menyanyi-nyanyi depan TV. Tetapi dalam versi Bahasa Inggerislah.

Kak Khadijah: Apa yang penting?
Kak Hamas, Kak Aisah dan Tini: Kerjasama!

Berapa kali ulang dah~Tapi tetap je mantain keceriaan kami. Ukhuwahpun semakin mantap. Itu yang paling penting!

Gembiranya dapat luangkan masa bersama mereka semua. Sempat juga kami makan tengahari di rumah Kak Nisa dan berborak dengan aunty. Selepas tu, ke rumah Kak Shida. Anak dia comel bangat~ Oh Safiah! Dan ada lagi yang baru. Namanya Naguib yang disebut sebagai Najib. Postman Pat sudah bermula. Perlukan kefokusan yang tinggi ni. Salam!

Nota tambahan: Kak Aisah = Suluh Hati. Silalah singgah ke blog dia. Semoga bermanfaat.

Friday, April 10, 2009

Bahulu topi berharga RM 2.50 yang sedap!

Bosan, bosan. Dari pagi sampailah sekarang sibuk je mulut ni nak mengunyah. Dari nasi, kuih bahulu topi yang berharga RM 2.50 ( banyak isinya yang kini sudah tinggal sejarah je ), dengan air tehnya lagi dan keropok ikan. Akan banyak lagi yang menyusul mungkin. Hoho.

Tak sedapnya duduk rumah, taip menaip je kerjanya dari pagi tadi. Adeh~ Saya nak rasa sibuk. Cemburu betul tengok ada rakan-rakan yang sedang memerah otak di UTP. Ada yang pergi ceramah itu dan ini. Kelas itu dan ini. Ada mesyuarat itu dan ini. Rasa bersalah apabila saya duduk taip menaip sedangkan ummah memerlukan saya. Ada sesiapa yang perlukan bantuan? Tak sabar rasanya nak ke Ihya' Solat esok. Hoho. Malam ni dah mula bermalam di Banglo Tahfiz, Astana. Yeay!

Minggu depan, *semangat* saya akan ke Samarahan untuk program bersama saudara baru. Minggu minggu depan pula akan ada survivor di Pasir Panjang. Ha'ah. Semalam mak tak bagi pergi hiking. Kesiannya Tini duduk sorang-sorang di rumah meratapi nasib sendirian. Tapi ada hikmahnya, malam tadi *semangat* dapat pergi ke kelas di rumah Ustaz Muhammad ( Ustaz favourite ni ). Lama sangat sudah tak pergi. Rindu. Rindu dengan bau ketenangan dan keinsafan taktala kami bersama-sama membaca Ratib Al-Attas, berqasidah, berzikir dan banyak lagi! Dan, malam tadi saya balik awal lagi. Adoi~ Malunya. Ruginya. Selalu je saya yang terpaksa balik awal. Tidak sabar nak tunggu kelas pada minggu hadapan. Fighting!

Salam.

Wednesday, April 8, 2009

F4 menggantikan Wonder Pet hari ini.

*sedang dalam rasa terharu yang mungkin akan berakhir seminggu kemudian*

Bla, bla, bla.

Buk!

Kak Hamas: Tini, we're stuck!
Tini: Oh! *nervous*

Banyak kali kami cuba nak alihkan kereta tu dari atas penghadang jalan ( eh, betul ke nama benda tu? hoho ). Dashyat! Betapa hebatnya sikap tidak ambil peduli penduduk di sekitar kawasan Y. Kami berdua sedikit terkilan. Salah. Kami berdua amat terkilan! Boleh je dia tengok macam kami ni tengah main masak-masak.

Tiba-tiba, super heroes datang! 4 orang kesemuanya. Mereka semuanya berbangsa Cina yang mungkin sebaya dengan saya atau lebih 2-3 tahun je umur kami. Boleh ke kalau saya panggil kamu semua F4? Mungkin dalam versi Taiwan punya. Ken Zhu, Jerry Yan, Vic Zhou dan Vanness Wu ( dulu saya memang kipas susah mati F4 ). Ya, F4 datang membantu kami mewakili Wonder Pet yang sedang sibuk kerana ada haiwan dalam bahaya. Ini serius~. Terima kasih banyak-banyak F4. Jazakumullah! Kombawo! Kalau takda kamu semua apalah yang akan terjadi. Terima kasih ya Allah kerana telah menggerakkan hati mereka untuk membantu kami.

*iya, masih lagi terharu*

NotaKakiUntukTini: Ignorance is a bliss? Menyampah benar dengan orang yang berpegang dengan benda ni. Peringatan untuk diri supaya jangan jadi orang yang kurang common sense. Biarlah orang lain buat-buat tak tahu dengan kita, kita tak perlulah nak balas-balas balik. Allah tengah uji tu. Yeay! Insya Allah dinaikkan lagi darjat kalau kita bersabar!(^_^)v

Salam.

Monday, April 6, 2009

Catatan Jumaat

Catatan Jumaat.
3 April 2009

Kak Khadijah: Malam tok ada kenduri doa selamat di rumah Kak Yati. ( Malam ni ada kenduri doa selamat di rumah Kak Yati.)
Tini: Kak Yati ne tok? ( Kak Yati mana satu ni? )
Kak Khadijah: Angah, angah.
Tini: Angah? * tiba-tiba ada satu skrin senarai nama beserta gambar terpancar. kebudak-budakannya *

Eleh, rupa-rupanya saya kenal Kak Yati yang kami bicarakan tu. Masa tu neuron lambat sikit nak berhubung rasanya. Ya, malam tu ialah hari pertama dalam sejarah saya menjejakkan kaki ke rumah Kak Yati di Taman Sukma. Hati rasa amat girang kerana dapat berjumpa dengan kakak-kakak yang lain ~(^_^)~. Hoho. Masa tu masih tidak tahu lagi tujuan kenduri tu diadakan. Main pergi je. Ya! Masa menyiasat bermula.

*ambil masa jugaklah, nak tanya tu dan ini sebab orang tengah sibuk nak bersalam-salaman dalam bahasa mudahnya sedang LOADING*

0%...
12%...
49%...
70%...
100%...

Ohh~ Alhamdulillah,alhamdulillah. Ada saudara baru rupanya. Bahagianya hati ini. Hampir gugur air mata saya, kalau saya dah menangis susahnya nak berhenti. Adoi~ Nama kakak ni dulu Angeline kalau tak silap saya. Berbangsa iban yang berasal dari Bau, sebuah kawasan yang boleh dikatakan sikit juga populasi Muslimnya. Sebenarnya, dia sudah lama ingin memeluk agama Islam tapi tiada orang yang menggalakkan dia.

Sejak dia bekerja di hospital bersama Kak Diana ( yang juga telah memeluk Islam beberapa tahun yang lepas! ) rakan serumah Kak Yati, dia orang berdua ni banyaklah membantu dia. Alhamdulillah, sebab Allah telah mempertemukan mereka. Tepat jam 11.45 pagi pada hari Jumaat, Kak Angeline melafazkan Shahadah di Majlis Islam Sarawak. Dia kini boleh dipanggil dengan nama barunya Nurul Syafiqah. Syafiqah = baik hati. Malam meraikan saudara baru yang cukup indah bagi saya.

Insya Allah, pada 18 hari bulan ni, saya akan ke perkampungan saudara baru di Kota Samarahan untuk menziarahi mereka serta menemani kakak-kakak dan abang-abang yang bakal menguruskan bengkel solat untuk mereka. Ya Allah, permudahkanlah untuk kami segala urusan kami. Amin.

Nota kaki: Saya tengah cuba mencari layout yang lebih sesuai untuk saya. Yang sekarang ni sekadar hiasan sahaja.