Salam.
Mood:
nak berangan nih. hoho.Tajuk : Rumah Impian (bunyinya seperti tajuk karangan semasa darjah 6)

Pintu

1. Rasanya kalau tambah pengetuk pintu yang amat besar dan diperbuat daripada besi lebih bagus lagi. Senanglah nanti terutama musim jerebu kan, banyak orang demam dan sakit tekak jadi kalau suara mereka memberi salam tak kuat sangat, ketuk sahaja guna pengetuk tu. Dah tuan rumah (iaitu saya
) datang membuka pintu barulah beri salam.2. Pengetuk pintu hendaklah diletakkan tidak terlalu tinggi. Ini bagi memberi kesenangan kepada budak-budak ataupun...orang yang kurang ketinggian mereka. Hoho.

Entah kenapa saya amat sukakan rumah jenis cottage. Wah~ Cantik dan nampak classic kan?
Rumah saya nanti MESTIlah ada banyak bunga. Mm. Kalaulah bunga lavender dapat ditanam di Malaysia.
( bukan sekadar gambar hiasan ) Warna rumah pula nanti mestilah warna yang terang macam putih dan pink muda. Comelnya. Selepas itu, gate rumah nanti seboleh-bolehnya seperti di dalam gambar tu lah. Tapi, kalau kat Malaysia ni, kalau guna gate begitu habislah~Punah harapan ingin memiliki gate tersebut.
Hah! Kerusi macam ni WAJIB ada. Senang sikit nak bersantai sambil minum teh Boh ( iklan Boh sedang bermain di fikiran ) dan makan kek yang sangat sedap. Oh, kek cheese rumah Mimy~ Sangat sedap. Ataupun macam kek dalam drama Korea, My Lovely Sam Soon.

Kita ke dapur dulu. Kalau boleh, rumah saya nanti ada dapur macam ni lah. Nampak homey sangat-sangat! Setiap hari nanti boleh buat kek dan makanan yang sedap belaka ( bertambahlah berat nanti. Hoho. ) Saya akan buat sedikit modifikasi. Contohnya, saya akan tukarkan perabot saya menjadi warna putih semuanya. Nampak kemas sikit.
Ini pula bilik impian. Sepatutnya ada four poster bed. Hoho. Sedikit pembetulan, kalau boleh katil tu ditukar dengan four bed poster baru nampak lebih ke'cottage'an. Selain nampak ke'cottage'annya, four bed poster ini mengingatkan saya kepada katil di dalam cerita Harry Potter. Aww~
Macam kat atas ni. Katil four poster bed yang sungguh banyak laces. Comel-comel.

Rak buku. Ya, rumah saya nanti mesti ada rak buku kerana saya amat sukakan buku! Rak buku tu mestilah macam ni, lekat di dinding. Tetapi, mungkin saya memerlukan rak yang lebih besar lagi.
Ini ialah tempat untuk membaca. Cantiknya~Persoalan. Bunga kuning itu ada tak dekat Malaysia?
Kuda! Saya memang teringin hendak menunggang kuda. Rumah saya nanti, kalau bolehlah ada kuda. Hoho. Teringin nak pergi kerja guna kereta kuda, macam Cinderella. Wah~
Bunga lavender~. Saya nak pemandangan rumah seperti ini. Malangnya...Mungkin tanpa bunga lavender. Teringat pula masa kecil dulu. Hoho. Bunga kesukaan saya ialah..bunga..raya! Saya selalu memetik bunga orang rumah sebelah suatu ketika dahulu. Letak dekat rambut. Buat lauk dalam mainan masak-masak dan berangan jadi puteri. Hoho. Sudah terbukti, sejak kecil lagi saya memang kuat berimaginasi. Akan tetapi, kasih sayang saya terhadap bunga raya sudah tiada lagi dan saya beralih pula kepada bunga lavender dan lili
.Selamat tinggal bunga raya~( sejak itu, bunga raya jiran sebelah selamat dari gangguan saya. )Mungkin itu sahaja untuk siri Di alam Ribena pada hari ini. Assalamualaikum wbt. Selamat malam!
12 comments:
wa... nice idea... cottage house mmg cambest..tapi aku paling tak suka hiasan english style...
ya, cottage mmg comel n best.kenape tak ska hiasan english style?
kmk ska english style okey?
hehe. nice post deng.
kurang ketinggian ya ng kenak ngn kmk lah. haha. *winks*
ps:tersenyum sendiri bc post tok. hehe
sba eka. hoho. post tok xda kenak mengenak ngn yg hdp or yg tlh meninggal dunia. snyum? teringat spa kahhh?
anda mempunyai daya imaginasi yang tinggi. tahniah. hoho
sian husband ktk da rumah kaler pink putih cam candy.
puteh x seswai k dapur.nampak kotor. black is better. mun counter bttr made from marble.
makseh2.biarlh nya diam lam rmh yg kiut. mst tng jiwanya. haha. thanks for the advice. cam mek nak polah umah mena2 jak.
keepp on dreeeaammingg tiiiiniiiii wahahahahahhaha
ey.lelaki malang yg namanya da space. pe ak. skatilh mek nak berangan. ktk x terefek pun. you are so anarkis.
haha anarchist once more for many times
siera siera
skatilah si siera siera (aiyo, bnyk na nm ktk tok). ktk pun anarkis juak.haha.
saje boring2 study tersinggah jap.
huhu.. mari la ke ireland beli umah..
senang nak dapat umah camtu..
byk kuda lagi!
insya Allah klu nnti mmg dh rzki.
mst slalu naik kuda ni..
Post a Comment