Sunday, December 7, 2008

tersalah tafsiran rupanya.

.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.

ya. Allah sedang berbicara tentang SABAR, IKHLAS dan SYUKUR kepadamu.
(ketika takbir sedang berkumandang dari Surau Kampung Semariang)

rasa amat terkesan setelah membaca blog
Ustaz Hasrizal
sebentar tadi. tentang buku Ayat-Ayat Cinta. selepas cerita AAC dimainkan di TV3, heboh satu kolej.

"Ahh..Tini, cerita itu amat sweet. Fahri is so mine.bla.bla.bla."
inilah antara ayat-ayat yang sering aku dengar. paling teruknya, aku juga antara yang mengagumi karya Habiburrahman El-Shirazy tersebut dengan meluahkan kata-kata tersebut dahulu. paling aku kesali, aku dan rakan-rakan amat menyimpang dari mesej sebenar si penulis. astaghfirullahalazim.

memang diakui pada kali pertama membaca novel ini setelah meminjamnya dari sahabatku, Amni, aku menangis kerana terharu akan kisah cintanya si Aisya dan Fahri. selepas beberapa kali membacanya, termasuk 3 hari yang lepas, alhamdulillah, aku nampaknya lebih terharu ketika Fahri berada di penjara dan sikap watak-watak novel ini yang menunjukkan cinta kepada Allah yang membuatkan aku terkesan dan menitiskan air mata.

alhamdulillah, sekali lagi aku tersedar dan benar-benar memahami mesej sebenar yang disampaikan oleh penulis AAC apabila membaca blog
Ustaz Hasrizal sebentar tadi. benar-benar tersentuh hati ini.

'Mana mungkin Habiburrahman El Shirazy menulis sebuah novel, hanya untuk membentangkan soal cinta! (dipetik dari blog Ustaz Hasrizal
)

ayat ini membuatkan aku tersentak. lantas aku berfikir sejenak sebelum meneruskan pembacaan. sebetulnya pemahaman aku tentang novel ini menyimpang sama sekali.

Ya… kesalahan Fahri adalah pada sangkaan dirinya, bahawa setelah hidup dalam ilmu dan ketaatan, beliau tidak wajar diuji. Beliau itu bersih, suci, bagai yang dimahukan oleh Allah. Apatah lagi ujian itu adalah pada sesuatu yang bertentangan dengan nilai hidupnya. Mana mungkin seorang yang begitu bersih dari menggauli manusia berlawanan jantina, tertuduh dengan sebusuk-busuk fitnah, merogol Nora?

“Apa salah saya kepada Allah???” soalan seorang manusia bernama Fahri, yang tertipu dengan dirinya sendiri.

“Istighfar! Allah sedang memberitahu kamu supaya jangan sombong! Ingat siapa diri kamu!” bicara waras seorang manusia gila.

Itulah beban Ayat-ayat Cinta, bahawa segala tentang Fahri adalah untuk mempotretkan seorang manusia yang sempurna pada ilmu, pada amal, pada ibadahnya kepada Dia. Tetapi ikhlas dan musuh ikhlas itu sulit. Sulit dan tersembunyi bagai semut hitam merayap di atas batu hitam pada malam yang hitam pekat.

(dipetik dari blog Ustaz Hasrizal)

ingatlah, kita tidak memiliki, tetapi Allah yang memiliki kita. jadi, Allah berhak menguji kita kerana kita ialah hamba-hambanya. dan kita tidak layak untuk mempertikaikan ujian yang yang Allah berikan.

terima kasih ya Allah kerana memberi petunjuk kepada hamba-Mu. jika bukan kerana petunjuk tersebut, mungkin aku tidak akan membuka blog Ustaz Hasrizal. dan kepada Ustaz, terima kasih atas artikel tersebut. aku ingin sekali membaca novel tersebut sekali lagi untuk benar-benar menghayati mesejnya yang sebenar. (^.^)/

4 comments:

zaiy said...

tny..i'm wondering the same thing.
apa mesej sebanar-benarnya.

The lady ♥ said...

msjnya sbnrnya, kita DIMILIKI Allah, jadi Nya berhak lakukan apa yang Nya mok wlupun kta tok seorang abid yang memang taat, hatta nabipun Allah uji nak. biarkan Allah berbicara tentang SABAR,IKLHLAS DAN SYUKUR kepada msnusia dgn memberi ujian kpd kta.ya msj nya.mun mok tauk lbh lanjut bukak blog ustaz hasrizal.

tinta di rantau said...

alhamdulillah..
xramai yang sedar message sebenar penulis sejak novel tersebut difilemkan..
lebih2 lagi bagi mereka yang tidak pernah membaca, langsung menonton filemnya.
dulu abg pelik, abg lihat ramai hatinya berbunga2 selepas membaca novel atau menonton filemnya sedangkan abg tidak.
abg rase teramat sedih especially sewaktu die terima surat dari azhar, kemudian dilanjutkan dengan kata2 hikmah seorang sahabat yang kurang waras dipenjara tersebut.novel membangkitkan imaginasi yang unik dan ia semakin meruntun hati pabila melihat visual dan audio dalam filem.
akhirnya ada juga org yang menghargai babak dlam penjara tersebut. huhu.. sejak ke ireland, xsempat bace entry ustaz has. xtau dia ade komen pasal tu..
sory tulis panjang.. baru abis study, nak tido.
salamualyk.
~rindu sama malaysia, ustaz has, kak muna n saif. salam ziarah..

The lady ♥ said...

terima kasih utk ziarahnya.
=)