salam.
*penat* Hari yang memenatkan sejak dari minggu lepas. Hari pertama sebagai seorang guru tadika berjalan dengan lancar. Memang teramat penat. Melayan kerenah kanak-kanak yang sentiasa dilanda 'hujan' pada setiap pagi.

Wan Danish. Muhammad Danish. Ezarel.
Ya, nama mereka akan berkumandang setiap hari paling kurangpun 10 kali. Kenakalan mereka memang menangkis 'gate' kesabaran yang mengelilingi hati dan perasaan saya. Adeh. Memang suatu nikmat kerana tidak menjadi guru kelas mereka. Akan tetapi...saya akan mengajar mereka Bahasa Arab! Ya Allah, permudahkan untukku... Walaubagaimanapun, saya amat sukakan Ezarel. Dia amat comel ( yang lain pun comel juga!

Ezarel: I don't know. I know.
Teacher Tini: I don't know, I don't know but you still want to do the samething. ( dengan gaya yang menyakitkan hati

Hoho. Lucunya. Selepas tu, si Amna dengan lagu Rain nya. Bukannya lagu Rain si Korea tu tapi
Rain, rain, go away,
Come again another day,
Little children want to play,
Bla, bla, bla..( malu untuk mengaku, tapi saya tidak ingatlah. Hoho. )
Kanak-kanak di tadika tersebut dikehendaki untuk bertutur di dalam bahasa Inggeris. Dan ini peluang baik bagi saya sendiri. Alhamdulillah saya tidak ada masalah untuk bertutur di dalam bahasa tersebut. Ini boleh juga dijadikan latihan kepada saya.

Teacher Kimi. Sampai hati mereka kerana memanggil saya dengan nama tersebut. Ini semua angkaranya si Muhammad Danish. Saya tidak sangka mereka menonton drama Indonesia seperti itu

Salam.
3 comments:
sine oleh nama teacher kimi ya ni?
haha..lucu eh nama ya. =p
aok ehh..cute bah teacher kimi!!
ng ada drama indon nama kimi ka? hahaha.
rindu ktk. bila boleh jumpa lg -_-'
jenab: crita big is beautiful kat ttv2 kol 6 ya bahh.
eka:haha. miss me? klk lh kta temu. ne tauk mek g umah tak 11 ari bulan tok.
Post a Comment