Salam.
Ini ialah kisah happy-ending. Lebih indah dari cerita Disney yang selalu berakhir dengan pengakhiran yang indah. Dan, hampir semua ceritanya mudah dijangka pengakhirannya ataupun predictable.
Tetapi kisah yang mahu saya bawakan ini, pengakhirannya baru diketahui sedang permulaannya sepuluh tahun yang lampau. Tidak dapat dijangka pada sepuluh tahun yang lepas apa pengakhirannya. Walaupun ini kisah seorang sahabat, saya catatkan di sini agar kita sama-sama mendapat ibrah/pengajaran, insya Allah.
Kisahnnya begini, Kak Hana (bukan nama sebenar) mempunyai seorang rakan sebilik iaitu A ( bukan nama sebenar ) yang bukan beragama Islam. Hampir setiap hari Kak Hana membaca Al-Qurannya di bilik dengan suara yang rendah.
Entah kenapa, pada satu hari ini, semasa Kak Hana membaca Al-Quran si A pun datang dan berkata
" Hana, boleh tolong kecilkan sikit suara. Saya terganggulah."
Yang menghairankan Kak Hana, suaranya tidaklah sekuat mana. Rendah dan halus. Macam mana si A masih rasa terganggu?
Sepuluh tahun telah berlalu, masing-masing membawa haluan sendiri. Ditakdirkan oleh Allah, bertemulah mereka berdua sekali lagi. Pertemuan yang tidak disangka-sangka. Lebih mengejutkan Kak Hana, A yang dulunya mengadu rasa terganggu dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran telahpun bergelar seorang muslimah. Alhamdulillah! Kini menurut Kak Hana,A seorang daie yang aktif dalam menyebarkan dakwah Islamiyah.
Subhanallah. Segala puji bagi Allah yang menentukan pengakhiran (sementara) yang baik buat A (Insya Allah pengakhiran yang sebenarnya pun akan baik).Dakwah Kak Hana dengan membacakan Al-Quran di biliknya berhasil walaupun ianya mengambil masa yang lama. Mungkin semasa A mendengar Al-Quran dialunkan, hatinya resah kerana sudah ada tarikannya kepada Islam di situ pada masa itu. Tetapi dia menafikannya. Hingga sampai satu ketika, Allah bukakan hati-Nya untuk menerima Islam. Alhamdulillah.
Mungkin ada yang berkata Kak Hana bukanlah satu-satunya yang cuba berdakwah kepada A sehingga dia akhirnya menemui sinar Islam. Ya, memang tidak dinafikan, ada juga hamba-hamba Allah yang lain menjadi tangga hidayah untuk A menemui Islam. Akan tetapi, apa yang mahu saya tekankan di sini ialah sekecil-kecil usaha kita insya Allah akan ada hasilnya jika kita benar-benar ikhlas walaupun kejayaannya belum pasti akan kunjung tiba. Kejayaan selepas kita berusaha itu urusan Allah. Selepas kita berusaha tanpa jemu, berdoa dan bertawakkallah.
*Semua yang ditulis ini adalah pesanan buat diri yang lemah ini terutamanya. Jika ada kesilapan mohon teguran dari anda semua. Semoga kita sentiasa istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam. Hayya bil jihad~
" Jika seseorang mendapat hidayah daripada Allah lantaran kamu ianya lebih baik bagimu daripada apa yang disinari matahari" (Hadis riwayat At-Tabrani)
2 comments:
Setiap kalimah yang baik itu ibarat benih yang ditabur ke dalam hati pendengar, mungkin kesannya tidak kelihatan, tetapi bakal menumbuhkan pokok yang indah dan teguh.
Wallahu a'lam.
ya, insya Allah. kta sm2 doakn moga Allah bg kekuatan utk mrka yg sdh mmpunyai benih tu utk trs brkmbg subur mnjd pokok y brmnft utk mnsia2 y ada disekitarnya.amin.
Post a Comment