Salam.
Entri ini ialah sambungan entri yang sebelumnya.
*
*
*
6.10 petangUsrah pun tamat. Banyak sangatt pengisian yang berguna dari sahabat-sahabat semua. Paling syok sebab boleh cakap Sarawak *Maaf Kak Azi (Johor) dan Kak Mariam (Kelantan) sebab kami asyik tersasul cakap Sarawak je.* Masa habis ni rasa gementar sikit sebab selepas itu kena balik kolej sendirian.
6.40 petang
Sampai di KL Sentral. Nasib baik masa itu, Kak Maira ada di sana. Jadi, dia nasihatkan guna teksi balik sebab lebih selamat. Paling mengharukan, dia tolong bayar separuh. *Terima kasih. Hugs* Tapi lepas ambik tiket teksi saya tak terus balik. Hoho. Lama dah tak jumpa Kak Maira jadi kami berborak sakan. Tup tup dah pukul 730 malam! Oh! Dalam hati ni dah cakap tawakkal jelah. Insya Allah Allah akan melindungi.
8.00 malam
Teksi berhenti tepat di hadapan pagar KTSN, Titiwangsa. Alhamdulillah, sampai dengan selamat.Oh! Abang Guard yang jaga malam tu.
Abang Guard : Balik kampung ke dik?
Tini: Taklah. Tadi ada usrah di KLCC. Jadi semuanya balik ke tempat yang lain-lain. Saya seorang je lah balik sini.
Abang Guard: *Terkejut* Bahaya adik sorang-sorang.
Tini: Saya tau. Inilah yang kali terakhir saya balik sorang. *Muka seposen*
Nasib baiklah Abang Guard yang jaga bukannya Pak Cik Guard. Kalau Pak Cik Guard mesti dia lebih risau sebab dia Pak Cik. Argh. Tak pandai nak terangkan. Faham-faham sendirilah kenapa. Untuk pengetahuan anda semua pagar kami akan tutup pukul 1230 malam.
Hari tu saya habiskan RM15.40 untuk kos perjalanan. Maklumlah baru pertama kali menggunakan kenderaan awam di KL, jadi sedikit membazirlah. Sekarang sudah tahu dah macam mana cara paling mudah dan murah kalau nak ke usrah. Sepatutnya boleh je guna RM2 untuk perjalanan ke KLCC. T.T Jauh betul beza dengan kos hari tu.
Anda mungkin rasa entah apa-apa lah saya ni sebab tulis pasal perjalanan yang bosan macam ni. Orang lain ada juga balik lebih lewat dan berseorangan lagi tak bising. Hoho. Suka hatilah. Kalau di Kuching saya tidak pernah keluar berseorangan ke mana-mana. Jadi, ianya menjadi satu pengalaman yang saya akan ingatlah sebab itu pertama kali saya berjalan seorang diri tanpa ibu bapa dan kawan-kawan di bandar yang saya tidak tahu sangat selok-beloknya.
Dan pada hari itu saya rasa amat bersyukur kerana Allah lindungi saya dari apa-apa kejahatan yang mungkin sekali boleh terjadi kepada saya. Terima kasih ya Allah!
mun ktk berada d tpt yg asing
bangunan nya asing
even
org nya majoriti / semua ktk sik kenal
ingat sigek jek
ada SATU DZAt yang
sik asing melihat ktk
walhalNya lebih kenal kita dari diri kita
dan Nya
sentiasa dekat
:)
No comments:
Post a Comment