Wednesday, January 19, 2011

Nikmat dan musibah

.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.

Salam.

Saya tersadai di bilik dek kerana diarrhea. Dalam bahasa saya sendiri saya panggil diarrhea sebagai Hari Pembersihan. Boleh dikatakan kira-kira dua bulan sekali saya akan berada di dalam keadaan sebegini. Alhamdulillah, saya masih boleh bertahan. Mujur saja teman sebilik sudi membelikan ubat di farmasi. Shasha, jasamu akan ku kenang~ A friend indeed is a friend in need.

***

"Lisa mungkin tidak akan bersama kita untuk semester ni."

Saya seperti tidak percaya mendengar cerita dari seorang rakan sekelas. Lisa seorang yang ceria dan lucu. Dia berasal dari Terengganu. Seorang yang sangat bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan kepadanya iaitu sebagai 'gadis fotokopi' di kelas kami.

Lisa menghidapi demam sejak 2 minggu yang lepas. Sampaikan di satu tahap dia tidak mampu untuk menghadiri kuliah lantaran badannya yang terasa lemah. Saya rasa risau kerana makanan pun tidak disentuhnya. Kalau makan pun hanya sesuap dua.

"Lisa dibawah pemantauan doktor dan dia tak nak bagitau apa penyakit dia. Dia sangat down sekarang."

T.T Rasa sangat sedih~ Kami semua tidak tahu di mana Lisa sekarang, samaada di hospital atau di rumah kakaknya. Kemungkinan besar dia akan balik ke Terengganu untuk mendapatkan rawatan di sana.

Menangguh pengajian bukanlah sesuatu yang mudah. Saya pernah berjumpa dengan seorang senior, Kak Dila yang terpaksa menangguh pengajiannya selama satu semester kerana sakit. Ada banyak masalah yang dia perlu hadapi selepas masuk semula ke semester yang baru. Dia perlu masuk ke kelas junior untuk semester lepas. Dia pernah mengadu tentang masalahnya kepada saya.

"Akak mungkin tak dapat nak duduk dalam kolej dik."

Saya sendiripun tidak pasti apa sebab utamanya. Seingat saya ianya ada berkaitan dengan statusnya sebagai pelajar tahun 2.

Baru-baru ni saya dikejutkan pula dengan penarikan diri Kak Dila dari satu program yang kami sama-sama terlibat.

Untuk Lisa dan Kak Dila,sama-samalah kita berdoa agar Allah menyembuhkan penyakit dan menitipkan kesabaran di dalam hati mereka. Amin.

Pesanan khas untuk diri sendiri, hargailah nikmat kesihatan yang Allah berikan dan redhalah dengan musibah yang Allah datangkan.

No comments: