.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.
Segi tiga. Segi empat. Segi empat tepat. Bulat. Bermanik. Berbutang. Ber'laces'. Jeans. Lycra. Chiffon. Cotton.
ceredit. ops, credit.
Macam-macam jenis tudung atau kerudung atau hijab yang ada di pasaran. You name it! Pakailah yang mana anda rasa selesa dan sesuai.
Nak lilit melilit silakan. Nak pin sana pin sini silakan. Nak ber'Hana Tajima' , ber'Maria Elena', ber'Sisters in Hijab' , ber'Kak Chik', ber'Hijab House'.
Tapi, jangan lupa :
♥ Tutuplah apa yang patut ditutup seperti: Rambut, leher, dada, telinga beserta dengan anak-anaknya sekali. Hoho.
♥ Guna tudung yang tidak jarang. Kalau pun nak guna tudung yang jarang sila guna tudung kecik di dalam.
♥ Labuhkan tudung sehingga menutupi dada. Pastikan ianya labuh bukan sahaja di depan tapi di tepi sebelah kanan dan kiri. Kalau nak ber'Hana Tajima' dan ber ber yang lain pun lagi cantek dan menawan kalau labuhkan. Cariklah selendang yang panjang dan lebar. Tak jumpa jugak, senang cerita buat sendiri. Setakat selendang satin tu, beli kain dan jahit. Siap~!
♥ Hahh, lagi satu elakkan tudung berfabrik lycra sebab lycra ni jenis kain yang melekat. Jadi, faham-faham lah ye.
♥Sangul kena jaga. Janganlah terlampau ditinggikan Cik Akak, Adik, Mak Cik. Buat ala kadar cukup.
Tak salah untuk kita berfesyen dan yang perghhhh!-terbaik-punya ialah bersederhana.
...
p/s: Kalau nanti awak tengok saya pakai tudung dengan cara yang tak betul tolong tegur ye. Takut-takut nanti saya lupa kerana Allah jualah yang membolak balikkan hati. Jadi, mari kita doa sama-sama,
"Ya Allah ya Tuhanku, Tuhan yang mengarahkan hati, arahkan hati-hati kami pada ketaatan kepada-Mu."
No comments:
Post a Comment