Friday, March 6, 2009

Mari main lumba-lumba~

.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.

Salam.

Hari yang ceria walaupun kepala sedikit pusing. Pusing bangat. Malam tadi seperti biasa saya ke Madrasah Al-Khairat. Rasa amat terpukul dengan diri sendiri yang terlalu menyia-nyiakan masa hidup. Terngiang-ngiang kata-kata Ustaz Muhammad " Kita hidup bukan untuk bermain ". Sejak akhir-akhir ni, saya perasan sibuk. Sedangkan bila teliti balik, taklah sibuk mana. Itulah saya cakap perasan sibuk! :minimo_31: Selepas pulang dari kelas malam tadi rasa amat tenang. Itulah kan, makanan rohani pun perlu sentiasa disuapkan kepada diri. Apa gunanya kalau makanan yang sedap dan lazat penuh berkrim kita makan setiap hari kalau hati kita kosong? Saya selalu cuba ingatkan diri. Tapi, huh~ dek kerana iman yang tak semantap mana ni, selalu juga hanyut dalam arus dunia. Astaghfirullah. Bila baca satu entri Kak Wina ada satu ayat dia, " Now now, don't all of us feel like to race each other to Jannah now, as that is really the ultimate grand prize in life. Jom!~":minimo_26:. Semangat jiwa ni. Sayang Kak Wina.:minimo_30: Terima kasih ya Allah, kerana telah menghadirkan insan-insan yang sering menjadi alarm clock kepada saya. Eh, reminder lebih baik rasanya.

Berbalik kepada kata-kata " Dunia bukan tempat untuk bermain ". Masa kat dunia ni lah kita bertungkus-lumus melengkapkan diri kita kerana dunia ialah sawah ladang akhirat ( kira macam nilah bunyinya ). Kalau kita ada tidak bercucuk tanam kat ladang tu, tak akan adalah hasilnya untuk kita di akhirat ( kalau salah sila betulkan ). Begitulah analoginya hidup kita di dunia ni. Di dunia inilah kita tuntut ilmu sebanyak yang mungkin. Menuntut ilmu itu kan jihad. :minimo_19: Sesiapa yang pergi menuntut ilmu dia sedang melakukan jihad fisabilillah. Hoho. Subhanallah~ Katakanlah kalau ditakdirkan maut datang menjemput semasa dalam perjalanan menuntut ilmu kita akan mati syahid! Tak ke best tu? Orang yang mati syahid, dia akan ditempatkan di tingkat ke 100 dalam syurga. Subhanallah~ Bertambah best kan? Kita sudah tahu kenikmatan menuntut ilmu. Jadi,masih nak ponteng kelas dan sebagainya ke? Hidup di dunia ni sekejap sahaja, di akhirat nanti kita akan hidup selamanya. Syurga atau neraka? Semua kita pasti akan memilih untuk ke syurga.Now now, don't all of us feel like to race each other to Jannah now, as that is really the ultimate grand prize in life. Jom!~:minimo_26:
( Kak Wina, pinjam ye ) :minimo_12: Aja, aja fighting! :minimo_01:

Salam.

Nota kaki: Hari ini saya akan masak ayam masak kicap sahaja. Sudah lama tak makan menu tu.

2 comments:

anumz sarah said...

Reminder yg berguna dan sgt comel..^^ Huhu. Suka sgt membacanye. Hehehe...

The lady ♥ said...

keke. akak pn slh srg dr reminder eh alarm clock ke apa yang tini maksudkan.hoho. (: