Tuesday, March 31, 2009

Orang bernama Tini wajib bersemangat!

.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.

Salam,

Lama sangat sudah tak update blog kerana sibuk sangat (kagum dengan diri sendiri kerana sudah lebih kurang seminggu tidak berYahoo! Messanger) Bermula dari hari Jumaat yang lepas, saya bermusafir *perasan* ke Telaga Air untuk satu program anjuran PERKEPIS (Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak) bersempena dengan Bengkel Penulisan Remaja dan Muktamar Sanawi PERKEPIS yang ke-4. Memang seronok. Banyaknya pengalaman baru terutamanya dalam bidang protokol. Kak Mariati dan Kak Izzah dari PKPIM jadi VIPnya. Maaflah kak, sedikit kelam kabut Tini ni. Kuikui.

Hari pertama
27 Mac 2009
Jumaat

*Semangat* Saya habis kerja awal iaitu pada pukul 11 pagi. Maaf anak-anak murid sayang, Teacher Tini ada benda penting nak buat. Kak Hamas kata dia nak ambik Tini dan... tukar plan! Kami ke Kampung Budaya dahulu. Cey~ Rupa-rupanya Kak Mar dan Kak Izzah ada bersama. Memang kena dengan saya yang bertugas sebagai AJK Protokol. Kuikui.*perasan lebih* Memang seronoklah lawatan bersama mereka. Kak Izzah je yang sebenarnya belum pernah ke sana kerana saya dan Kak Mar orang Sarawak sendiri yang berlagak jadi pelancong jap. Letih sangat hari tu. Pukul 5 petang kamipun balik dan terus mengambil Kak Zana dan teruskan lagi perjalanan kami ke Telaga Air ( Telaga Biru kata Kak Izzah ). Hoho. Perjalanannya umpama dari utara ke selatan. Terkejut saya apabila terserempak dengan Bro Zamri ( yang dulunya pernah jadi fasi saya DUA tahun yang lepas ) dan sudah dua tahun kami tidak bertemu.

Hari Kedua
28 Mac 2009
Sabtu

Sedikit rasa pusing kerana tidur lewat pada malam sebelumnya. Tapi, sayakan Tini! Mesti semangat! ( Eh, orang nama Tini wajib bersemangat ke? ) Oh, lupa. Dalam PERKEPIS ada 3 orang TINI. Hoho. Kak Dyg Hartini, Kak Kartini, dan saya Nur Hartini. Kami boleh dikenali sebagai TINI 1, TINI 2 dan saya TINI 3. Sayangnya Kak Tini 2 tidak ada masa tu, kerana dia ada majlis konvokesyen ( Tahniah!) kalau tak mesti amat meriah dengan kekeliruan. Hoho. Ditakdirkan saya bukan jadi peserta sayapun tidak berada di dalam Auditorium Al-Wadi selalu untuk mengikuti Bengkel Penulisan oleh Saudara Firdaus Arif dari UIAM. Sibuk jugaklah dengan kerja lain. Jadi bussiness woman sekejap bersama Kak Zana; membuka gerai jualan PERKEPIS. Alhamdulillah, berjalan dengan lancar perniagaan kami. Oh, Kak Zana bakal rakan kongsi saya kalau saya melanjutkan pelajaran ke UIA PJ tahun ini insya Allah.

Hari yang ketiga
29 Mac 2009
Ahad

Kemuncak segala hari. Hoho. Muktamar sanawi. Buat pertama kalinya saya menjadi perwakilan. Seronoknya sebab boleh bersuara! Tahun ini tidak ada kesempatan hendak membahas ucapan dasar mahupun usul tapi insya Allah, tahun depan masih ada ( kalau masih dipanjangkan umur oleh Allah ). Rasa amat gementar sebab perlu duduk di hadapan sekali bersama VIP-VIP sekalian Kak Mar dan Kak Izzah. Banyak juga soalan dari saya kepada Kak Mar terutamanya. Ambil peluang yang adalah katakan. Bila lagi ada masa nak jumpa MT PKPIM ni. Cita-cita saya pulak nak ke Muktamar PKPIM pada tahun ini. Mesti amat hebat. Tak sabarnya~ Sedihnya saya melihat apabila pimpinan lama bersalam jamai' di atas pentas. Penuh tangis. *Terharu* Tahniah kepada pimpinan baru PERKEPIS. Kepada YDP baru Bro Khairul Anwar Sazali, fighting! Kepada Bro Syeed mantan YDP yang memang terserlah sifat ke'abang'annya, selamat menyambung pelajaran ke Yaman. Mungkin kalau balik nanti banyak benda boleh dikongsikan bersama kami di sini.

Itulah antara peristiwa yang berlaku semasa program.
Tammat.

Ada lagi!
Isnin. Hoho. Saya dipelawa Kak Khadijah untuk menghantar Kak Mar dan Kak Izzah ke lapangan terbang. Tapi sebelum tu, kami beli sedikit cenderahati buat mereka. Ya, saya, Kak Khadijah dan Kak Hamas menjumpai 2 beg yang terserlah ke'Sarawak'annya. Sebelum ke lapangan terbang kami makan-makan dulu. Kak Mar terkejut tengok saya lagi. Hoho. Saja je dia. Lepas tu dia cakap, " Eh, protokol! ". Comel-comel. Dan lagi, Kak Izzah ada beli beg yang sama macam kami belikan untuk dia orang, masa kami bertiga tengok tu ketawa tak henti-henti kat dalam kereta. Tapi, rupa-rupanya dia belikan untuk mak dia. Kuatnya ukhuwah sampaikan citarasa untuk beg pun sama. Masa perpisahan amat sedih. Insya Allah, kita akan bertemu lagi masa Muktamar PKPIM! Salam.

2 comments:

DH said...

salam...
tini...best entri tok...hehe...tp sedih bila kenang balit eh....huhu...tapi mcm kata ktk, org nama tini mesti bersemangat...cayao2....hehe
apapun...thanks sebab byk mbantu waktu program...sayang x dpt buli ktk sepuasnya....ehehe

The lady ♥ said...

wslm.
hoho.makseh kak tini 1. mena, kita msti smgt!sama2 kak.klk2 ktk buli mek gik. eh, online ms keja. komplen ngn bos lok. kuikui.