Salam.
Terasa macam nak membebel malam ini.
Ya tidak dapat dinafikan, cuti ini assignments bertimbun tapi saya buat-buat macam sayalah orang paling takde kerja dalam dunia ni. Setelah satu minggu tanpa membuat apa-apa yang berfaedah saya pun rasa insaf lalu minggu ini bermula hari Isnin berazam hendak menyibukkan diri dengan semua kerja yang terbengkalai. Walaubagaimanapun, kehadiran kemudahan internet di rumah selalu menyebabkan saya terlampau sibuk meng-GOOGLE-kan banyak benda. Terlampau banyak sehingga menyebabkan saya letih dan Zzz.. akhirnya.
Selepas itu, disebabkan saya tidak dapat menahan nafsu makan yang melampau semasa di rumah saya pun terpaksa ke dapur mencari makanan. Bukan setakat itu saja, saya sibukkan diri dengan mengasah skill memasak dan memikirkan menu baru. Ditambah lagi, saya memang tidak sampai hati melihat makanan yang dimasak oleh ibu tercinta terbazir lalu dengan rela hati memakannya berkali-kali hinggalah licin. Inilah masalahnya apabila hanya saya, saya dan saya yang ada di rumah tanpa adik-beradik lain.
Perkara lain yang menjadi halangan lagi untuk belajar ialah apabila saya rasa amat merindui anak-anak buah lalu tanpa berfikir dua kali saya bergerak dengan pantasnya ke rumah mak cik yang terdekat. Lagi sekali, dengan rela hatinya saya menjadi baby sitter. Susahnya mahu tinggalkan anak-anak kecil yang comel. Jadi, saya pun habiskan banyak masa bergelak ketawa dan bersandiwara dengan mereka.
Selain itu, masa cuti ini saya dengan rasa besar hatinya menghambakan diri kepada novel-novel sama ada yang baru mahupun yang lama. Tiga hari yang lepas, saya merelakan diri untuk tidur lewat semata-mata untuk menghabiskan satu novel yang baru dibeli bertajuk PRINCESS BY JEAN SASSON. Oleh kerana tidak dapat menahan diri dari mengetahui kisah malang Sultana saya gagahkan diri sehingga jam 3.30 pagi. Keesokan harinya saya mengalami satu trauma kerana asyik terbayang hidup wanita di Arab Saudi kerana imaginasi saya teramat tinggi. Novel ini ialah kisah benar ok. T.T
Inilah sebabnya kenapa saya tidak sukakan cuti. Sebelum cuti bersemangatnya meletakkan buku pelajaran ke dalam beg dengan harapan akan dibuka selalu tapi perkara sebaliknya terjadi. Tidak sabarnya mahu balik ke kolej. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment