Salam.
Sabtu. Bas takde.
Saya paling tak suka keluar masa hari Sabtu. Terutamanya bila kena keluar sorang-sorang untuk selesaikan urusan penting sebab rasa malu nak ajak kawan untuk temankan. Masing-masing ada kerja sendiri.
Nak carik teksi bukan senang dekat kawasan kolej. Kalau nak teksi pun kena jalan kaki dan terpaksa lalu jalan yang sunyi dannnn menakutkan terutamanya bagi wanita.
Ada kawan cerita kat saya yang dia dan kawan-kawan dia terserempak dengan penagih dadah di sebalik pokok. Senior pun pernah nasihat jangan jalan sorang-sorang sebab bahaya.
Terima kasih ya Allah.
Kerana setiap kali aku perlu keluar bersendirian, ada sahaja teman yang tiba-tiba ingin melalui jalan yang sama.
Hakikatnya, aku tidak pernah sendiri kerana Engkau sentiasa menemani.
Terima kasih ya Allah atas segala nikmat yang Engkau berikan: Iman dan Islam. Ibu bapa yang penyayang. Sahabat-sahabat yang baik. Tidak terhitung banyaknya.
Sering aku alpa dan sedikit sekali aku bersyukur.
T.T
No comments:
Post a Comment