.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.
Salam.
"Hi. My name is Yamaguchi Kumiko. You can call me Yankumi."
Dialog kat atas tu dipetik dari drama bersiri Jepun, Gokusen~!
Drama yang sangat best. Tersangatlah best sampai saya sanggup menghabiskan tiga siri ( Gokusen 1, 2 dan 3) sebelum, semasa dan selepas minggu peperiksaan. Hehe. Budak jahat. Tsk tsk.
Yankumi ialah seorang guru Matematik. Odou. Itulah gelaran Yankumi di rumah. Sayapun tidak ingat apa maksud Odou, tapi apa yang pasti Odou ialah gelaran yang ada kena mengena dengan ketua Yakuza.
Lantaran minat yang mendalam terhadap bidang pendidikan, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menjadi Ketua Yakuza.
Yankumi ialah seorang yang optimistik dan suka bersangka baik terhadap para pelajarnya walaupun 100% daripada mereka ialah 'delinquent' belaka. Disebabkan Yankumi sudah biasa bergaul dengan manusia-manusia yang lebih dashyat (betul ke ejaan ni?) dari para pelajarnya, dia lansung tidak pernah takut terhadap mereka. Yelah, dia lagi power~
Para pelajarnya suka bergaduh seolah-olah bergaduh tu macam dah jadi rutin harian. Ada juga yang pernah memukul guru. Kurang adab. Cukup lengkap semuanya. Macam Maggi Cukup Rasa.
Tapi, Yankumi masih percaya bahawa mereka semua masih mempunyai sisi yang baik. Dia percaya bahawa mereka semua mempunyai keinginan untuk berjaya di dalam hidup cumanya mereka tidak tahu bagaimana mahu memulakan langkah pertama.
Kerana inilah saya jatuh cinta dengan drama ini. Jatuh cinta dengan sikap Yankumi. Lupa nak cakap, Yankumi ni perempuan ye. Hoho.
***
"Eh, dia ni asyik lepak je. Takde kerja."
"Tak malu ke pakai legging? Macam nangka pun ada."
Memang kadang-kadang kita tidak mampu untuk menahan hati dari asyik mengata orang di sekeliling. Penampilan mereka mungkin tidak menyenangkan. Gaya percakapan mereka mungkin pada pandangan kita sebagai kurang adab.
"Daripada asyik mengata baik kita mendoakan orang tersebut dan diri kita." Ukhti kesayangan pernah mengingatkan saya.
Jangan asyik memandang kepada sisi buruknya sahaja. Berlaku adil dan optimis. Pandang pada sisi positifnya.
Setiap orang mempunyai latar belakang yang berbeza. Persekitaran membesar yang berbeza. Mereka juga tidak mahu untuk menjadi pencuri, kaki samseng atau jadi manusia yang ingkar kepada perintah-Nya. Ada pernah kita mendengar semasa kita di sekolah ada yang mengatakan
"Bila saya besar nanti saya nak jadi perompak lah cikgu."
Tidak ada kan? Semuanya mahu menjadi orang yang baik-baik.
Jadi, marilah kita sama-sama cuba memahami. Jangan kerana penampilannya tidak menyenangkan hati kita kita mudah untuk membuat satu penilaian yang terus menyimpang ke arah yang negatif.
Semua kata-kata di atas lebih ditujukan kepada diri sendiri yang sukaaa sangat bersangka buruk.
***
Bercakap pasal pelajar, teringat pulak dengan para pelajar saya yang comel-comel nihh. Err, macam tak kena je guna pelajar, murid-murid. Ok, murid-murid.
I miss them. Be a good servant to Allah and be good to your parents. Teacher loves all of you my little khalifahs~!
2 comments:
masyaAllah comel2 nyaaaa anak2 tokk!! heeee
hehe. tgga siapa mak oppss, cekgu nya.
Post a Comment