"Jangan lokek untuk beli buku,sebab kita ni kan manusia. Lambat laun kita akan lupa jugak apa yang kita belajar. Kalau lupa senang la nak rujuk balik".
(Prof Jamal, pensyarah Pathology)
Saya risau pasal exam. BP & heart rate naik bila lalu tepi dewan exam. *lalu je pun sebab nak ke kafe, melampau kan*
Tapi, yang paling dirisaukan & merisaukan ialah bila saya lupa apa yang saya dah belajar. Selepas exam semuanya macam hilang. Adakah saya belajar semata-mata kerana exam semata-mata? *ouch menusuk ke hati*
Jadi, kena sentiasa betulkan niat Tini. Siang malam bersengkang mata di bawah lampu pendaflour (eh betul ke ejaan ni?), minum oligo koko sebab nak berjaga malam (saya je kot, orang lain minum kopi kan?) kalau sekadar untuk exam takde guna. Takde maknanya. Nada. Fullstop. Titik. Lakukanlah semuanya kerana rasa CINTA kepada ilmu. Pesanan dari penaja: Rajin-rajin baca balik apa yang kita dah belajar sebelum ni. Sayangnya kalau kita lupa perkara-perkara yang kita pernah belajar. Sayang sangat.
Semua ni bukan je untuk diaplikasikan kepada subjek-subjek universiti sahaja ye, segala surah-surah yang kita hafal, segala isi-isi kuliah agama yang tertulis dalam setiap helai buku nota, yang tercatat dalam mana-mana buku yang kita pernah baca pun kita kena sentiasa baca balik & amalkan. ^_^
Nota kaki: Exam Radiation Physics tadi 'terbaik' lah. Bertawakkal & doa je lah. >_<
"Apabila kamu membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah suka orang yang bertawakal kepada Nya."
(Al-Baqarah:159)
2 comments:
All the best tini!! :D
Makasih Razi. 5 paper lagik tinggal. (:
Post a Comment