Salam.
Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Err, lebih tepat lagi kipas anginlah. Malam-malam buta ni tak kuasa nak buka pintu ( bukannya takut

Sebenarnya hati ini sedang sedih dan larut dalam satu kerinduan

Saya: Hariz, come here.
Hariz Haikal:

Saya: Sit here. Hariz, will you miss teacher or not kalau teacher berhenti?
Hariz Haikal: Rindulah ( penegasan yang dapat dilihat dengan penggunaan perkataaan lah )~

Sebak, sebak. Hari ini, masa baca doa rupa mereka sayu sekali. Adeh, saya tahan air mata dari jatuh dan seperti biasa senyum. Kalau saya menangis merekapun ikut sekali nanti. Dengan bersemangatnya, saya mengambil gambar dengan mereka! Mula-mula bergambar dalam pose yang seskema mungkin dan yang satu lagi semua tunjuk (^_^)V. Kami comel. Atas sebab-sebab tertentu, gambar belum dapat diupload. Selepas tu, saya bertambah bersemangat menulis nombor telefon saya sebanyak 20 kali! Hanya untuk mereka. Mereka cakap mereka akan telefon saya berulang-ulang kali terutamanya si Hariz Haikal, Ameera, Muhammad Danish dan Harith. Ezzarel pula asyik cakap "Mom, Teacher Tini gave me her number" berulang-ulang kali masa balik.


Semoga segala apa yang saya ajarkan mereka masih ingat dan akan kekal dalam ingatan sampai bila-bila. Amin. Ingat sayang, DAN bukan DENGAN untuk doa makan. Sakhkharalana untuk doa naik kenderaan. Jangan lupa doa masuk tandas. Masuk tidur baca doa. Ezzarelshah, recite your Basmalah properly dear. Dan juga, Surah Al-Kafirun, jangan mengarut. Harith, doa tidur takda tu, tu. Aineelia, share your toys because sharing is caring dear. For surah Al- Asr please children, haq first and then shob. Muhammad Danish don't cry dear when you doing your maths. Syahiran, don't talk when teacher is talking. Ashraf, teacher hope you'll get well soon, so sad bah because you're the only who was not inside my photo. Children, I love you all

Selamat tinggal
