Semalam vs Hari ini
.
::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.Salam.Semalam,
Awan hitam : Dalam mood yang memang kurang stabil.Mata yang kuyu: Demam.Mulut yang terbuka kecil: Tanpa suara. Mengajar tanpa suara. Saya membaca doa bersama mereka tanpa suara pada hari tersebut.Belon yang terapung: Berjalan terhuyung-hayang seperti mahu tumbang dek kepala yang pening.Hujan rintik-rintik: Dikelilingi budak-budak yang nakal. 5 titik hujan yang paling besar merujuk kepada Muhammad Danish, Wan Danish, Ezzarelshah, Ziqri dan Aiman.Hari ini,
Muka senyum: Gembira kerana demam telah beransur pulih ( alhamdulillah ) dan sudah ada sedikit suara.Belon oren yang terapung: Teramat gembira kerana pihak Shell telah menelefon saya tadi dan menjemput saya untuk mengisi borang biasiswa mereka!Warna biru muda: Mood yang sudah kembali seperti biasa. Awan putih: Kanak-kanak tadika yang sudah mula mendengar kata. Jadi angel. Hoho. Saya berjaya mengawal kelas dengan baik hari ini. Dengan suara yang serak yang menjadikan saya sedikit garang. Berjaya!Jom kita renungkan intipati surah Al-Insyirah.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. - أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
- وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
- الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ yang memberatkan punggungmu?
- وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
- فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
- إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
- فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
- وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
Demam semalam memang teruk sangat-sangat. Mungkin itu kafarah atas dosa-dosa saya. Moga Allah ampunkan saya. Amin. Semalam, dengan kepala yang teramat berat saya tetap gagahkan diri untuk ke sekolah. Masa ni saya rasa amat terharu dengan pengorbanan guru-guru saya yang sanggup ke sekolah mengajar walaupun sakit. Dan, saya sendiripun merasainya. Alhamdulillah. Kalau tak kerana itu, mungkin kurang kesedaran sikit. Astaghfirullah. Dan, hari ini alhamdulillah! Datangnya satu khabar berita gembira apabila pihak Shell menelefon saya. Hoho.Itu sahaja gambaran untuk semalam dan hari ini. Esok, hanya Allah yang tahu. Mari kita sama-sama jadi hamba-Nya yang bersyukur!

2 comments:
bagos2 suda sehat,kamO keje mana?
hehe. sy keja dkt tadika.=)
Post a Comment