Sem.ala.m
.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.Salam.Semalam, hari yang memenatkan. Tadika
Sibuk sangat. Pagi-pagi lagi saya dan anak-anak murid saya membaca doa dan surah ( rutin harian ). Alhamdulillah, kecil-kecil lagi sudah diajarkan perkara seperti ini. Tapi, kalau memang tak mengarut sikit tidak sah pulak diaorang ni. Contohnya:Doa MakanMaksudnya: Ya Allah berkatilah rezeki yang Engkau limpahkan DENGAN ( yang sepatutnya DAN ) jauhilah kami dari siksaan api neraka. Amin!Comel betul mereka ni
. Setiap hari saya betulkan dan alhamdulillah sejak 2-3 hari ni ada juga yang sedar DENGAN tu sepatutnya ditukarkan dengan DAN. Selalunya kalau mereka salah sebut sikit saya akan angkat tangan ataupu kadang-kadang buat tanda X gunakan tangan (ala-ala Action Kamen dan Ultraman lah katakan ) supaya mereka tahu itu salah dan mereka secara automatiknya berhenti. Kelakar kan? Selepas bacaan doa dan surah pula, hari Jumaat akan ada praktikal wudhu dan solat. Saya ajarkan mereka solat Maghrib pula. Sedikit kelam kabutlah sebab selalunya saya praktikal solat Subuh sahaja tetapi apabila melihat kekeliruan dalam diri mereka, saya bercadang praktikal solat Maghrib. Insya Allah, minggu hadapan solat Zohor pula. Dah tu, masa rehat lagi. Melayan kerenah Ridzuan dan Hadi. Hoho. Comel bangat~ Bagusnya budak-budak ni, doa selepas dan sebelum makan dah pass dah! Makanpun sudah mula menggunakan tangan kanan. Alhamdulillah. Cuma ada sedikit masalah dengan doa masuk tandas sahaja. Mereka semua ni mesti ada co-enzyme ( betul ke ni? lupa sikit dah pasal Biology ) baru ingat doa tu. Maksud saya di sini, mesti diberi awalan doalah. Oleh sebab itu, sebelum mereka ke tandas, saya bacakan doa bersama-sama budak yang hendak ke tandas. Tapi alih-alih, semua bebudak ikut membaca sekali. Hoho.Masa balik... Hanya Hariz Haikal, Ridzuan, Syahiran dan Ameera yang tinggal. Ameera: Teacher Tini, Ameera nak baca buku. ( Buku Barney yang berwarna purple tu dan saiznya kecil amat )Teacher Tini: Ok Ameera. *membaca,membaca* The End.
Ameera: Teacher Tini, this book. ( Buku Snow White yang panjang berjela. Adeh. )Teacher Tini: Oh, oh. Ameera pergi dekat Teacher Mardziah ok. ( Sebabnya, saya kurang skill bercerita. Hoho. Kalau buku simple,simple boleh saja. )Ameera: Ohh, Teacher suka buku kecil-kecil saja~ Buku besar ( saiznya ) Teacher don't want lah. Ok Teacher! (Ameera berlalu pergi meninggalkan saya dalam perasaan blur dan rasa kelakar pulak kerana dia beranggapan saya tidak menyukai buku-buku besar saiznya. Ameera Teacher bukan bias kepada buku kecil dan comel lah~ )*
Restoran Selera Fatimah
Banyak sangat pelanggan kelmarin. Hampir patah kaki ni. Ambil order ni, hantar ni, hantar tu. Ada pula pelanggan yang nak air cepat-cepat. Ada yang nak tambah ni, tambah tu. Adeh. Maaflah wahai pelanggan sekalian, kerana keterlambatan servis.*
Tadika lagi!
Selesai sahaja tugas menjadi waitress, saya kembali lagi bertugas menjadi guru tadika pada sebelah petangnya. Err, lebih tepat lagi saya katakan sebagai cleaner. Hoho. Saya mop sana, mop sini, sapu sana, sapu sini, buang tu buang ni. Adoi. Penat bangat. Dengan semangat yang waja saya lakukan jua semua ini kerana-Nya. *
Madrasah Al-Khairat
Sebelah malamnya, saya ke Madrasah Al-Khairat bertempat di Gita. Malam tadi, kami membaca Qasidah dan tajuk utama untuk malam tadi ialah Solat. Amat menarik dan saya sukakannya. Perasaan gembira apabila di dalam majlis ilmu memang amat lain dari kegembiraan lain yang saya rasai. Wah~ Banyaknya perkara baru yang saya peroleh. Insya Allah, saya akan buat satu entri khas untuk itu. Sempat juga bertanya beberapa soalan yang sudah sekian lama tercari-cari jawapannya dari Ustaz Muhammad. Alhamdulillah, sudah ditemui jawapannya. Ustaz Muhammad, dengar sahaja apa yang disampaikannya semasa di Madrasah, hilang rasa mengantuk. Beliau penuh dengan semangat apabila menyampaikan sesuatu. Dan tidak kurang juga ada jenaka ataupun kisah-kisah di zaman Rasulullah dan sahabat yang sering diselitnya. Rugi betul kalau terleka
sedikit. Kalau terleka saja, tak sempat nak salin apa yang beliau sampaikan. *
Iya, semala m hari yang amat sibuk dan memenatkan. Tapi, saya rasa teramat-amat gembira! Hal ini kerana, saya sibukkan diri saya dengan sesuatu yang bermanfaat kepada diri dan masyarakat. Masa muda ini lah kita, sebagai remaja/pelajar menyibukkan diri untuk mencari ilmu dan membantu ummah sedikit sebanyak yang kita mampu kan? Yang penting, lakukannya ikhlas kerana Allah swt. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan menjadikan hamba-Nya yang bersyukur. Amin. Salam.

No comments:
Post a Comment