Wednesday, February 18, 2009

Imaginasi budak berumur 18 tahun

.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.

Salam.

Kisah ini berlaku semalam.

Lokasi: Hospital Normah

Semalam, saya membantu mak cik saya menjadi baby sitter untuk menjaga sepupu saya yang demam teruk ( semoga Allah memberi kesembuhan kepadanya ). Dalam perjalanan menuju ke hospital, di sinilah imaginasi saya sebagai budak yang berumur 18 tahun bercambah dengan aktifnya. Hoho.

Sebelum ke hospital, saya telah menonton drama Korea, New Heart di TV 2. Hati baru? Abaikan maksudnya. Setiap hari selepas pulang dari kerja saya hanya akan menonton drama tersebut selama 20-30 minit sahaja. Nak dipendekkan cerita, saya teramatlah bahagia apabila tiba-tiba muncul satu imaginasi yang amat cool. Hoho. New Heart dan Hospital Normah. Hoho.

Mengikut imaginasi saya...

1. Saya tentu akan menemui doktor dengan kot putih yang suci lagi bersih.

Ulasan: Hampa~Takda satupun doktor yang guna kot putih. Kenapa? Tapi kan, lucunya, saya temui doktor berbangsa Cina yang memakai bow. Di luar jangkaan! Itulah, think out of the box, Tini. Dan lagi, saya temui doktor Cina perempuan yang amat sempoi. Guna jeans dan t-shirt hijau yang cool. Di akhir kata, saya nak katakan, tak kisahlah doktor tu guna jeans ke, t-shirt Muslimin United ke, tapi kenapa tak nak guna kot putih yang suci dan bersih tu?

2. Saya akan sentiasa melihat doktor yang sibuk lalu lalang dan ekspresi kesibukkan terpancar di wajah mereka.

Ulasan: Hampir kesemua doktor yang saya temui tidak ada ekspresi tersebut ( 3 orang doktor sahaja ). Masa tu, saya rasa hendak melarikan diri ke Wad ICU ( saya lihat kamu ) yang berada di sebelah Wad Mulu yang amat senyap. Ataupun, curi-curi masuk ke dalam bilik pembedahan tetapi sebelum itu me'minjam' kot putih doktor. Hoho. Shuh, shuh. Pergilah wahai fikiran jahat.

3. Melihat nurse/misi dengan pakaian putih bersih dengan topi comel.

Ulasan: Kalau ini, memang ada! Ada seorang misi ni, comel dan baik lagi. Masa doktor Alvin bow ( inilah doktor yang pakai bow tu ) tanya, siapa saya, kerja ke? Masa tulah dia tahu saya bekerja sebagai guru tadika. *knock, knock* <=== Bunyi pintu ini hanya ada dalam imaginasi sahaja.
Masuklah misi yang comel tadi. Selepas periksa sepupu saya dia pun cakap gini, " Kesian ye kamu. Esok nak kerja lagi ". Keramahannya memikat hati saya. Bagusnya kalau semua misi begini. Masa balik pulak, kami bertemu lagi. " Eh, balik dah cikgu tadika ni," dia cakap. Saya seperti biasa senyum ( Alah, orang lain pun biasa senyum. Hoho. ) Servispun bagus hospital ni, padan dengan bayarannya yang sedikit mahal.

4. Melihat katil diusung dan mempunyai orang yang sakit di atasnya.

Ulasan: Bukannya maksud saya nak tengok pesakit-pesakit ni sentiasa sakit, cuma saya nak alami situasi seperti itu. Wahhh. Tak sabarnya nak jadi doktor ni ( SPM pun belum lagi keluar. Hoho. )

5. Saya sendiri berpeluang interview sesiapa sahaja di hospital.

Ulasan: Sebenarnya, saya ingin sekali bercakap dengan doktor Alvin bow. Masa balik tu je ada sempat kami bertegur sapa.

Dr Alvin bow: Mama dia sudah datang ka?
Saya: Iye. * senyum seperti selalu *
Dr Alvin bow: Dia nangis ka tidak tadi?
Saya: Ada, tapi boleh dikawal. ( Rasa nak bercerita panjang masa ni, tapi masa amat mencemburui saya. )

Mahu tahu apa yang saya buat taktala sepupu saya Ayu ( 6 ) menangis? Dengan berbekalkan semangat waja sebagai seorang guru, bakal doktor dan baby sitter, ditambah lagi dengan bola kecil Hulk, patung Krelin beserta bebola Dragon ball yang berbintang 1 dan 3 juga dengan pengalaman menjadi penonton setia kartun saya berjaya meredakan tangisnya. Hoho. Alhamdulillah. Begini, saya menggunakan tangan yang Allah anugerahkan ni untuk mencipta satu pementasan jari. Hoho. Hebat! Dia berhenti menangis. Selepas tu, dengan bebola Dragon Ball dan bola kecil Hulk tersebut kamipun membuat satu perlawanan bola di padang katil wad 316. Saya ialah pasukan Liverpool dan dia, Chelsea! Permainannya mantap jugaklah. Hoho.

6. Berlagak seperti doktor.

Ulasan: Misi berjaya! Hoho. Saya menyoal-siasat budak katil sebelah dengan pelbagai soalan. Wah, rasa macam doktorlah pulak. Cumanya, tanpa kot putih. Rupa-rupanya, budak yang berusia 12 tahun itu namanya Abdul Mutalib. Cantiknya nama. Nama datuk nabi tu. Dia diserang penyakit lelah. Kasihannya. Terpaksa guna neb.

Berada di hospital untuk 7 jam mengingatkan saya betapa nanti besarnya tanggungjawab saya sebagai seorang doktor. Betapa perlunya kita, sebagai hamba-Nya sentiasa mensyukuri nikmat kesihatan yang Allah berikan untuk kita beribadat dengan bersungguh-sungguh. Ampunilah kami ya Allah, kerana kekadang kami menjadi hamba-Mu yang tidak bersyukur.

Nota penting: Saya tidak meminati bola.

Salam.

4 comments:

DH said...

salam....
deng, bagus imaginasi ktk....cuma yg kakak blh padah, bab hospital ya x busy ngan pesakit sbb ya hospital swasta ba...mun ktk g GH maybe akan nemu la keadaan gya...
kakak blm nengok gik crita New Heart ya...ehe, tp kakak penah nengok IRYU@Team Medical Dragon...ya mmg la the best medical drama i ever seen :)

ensyuhadah said...

Salam alaik...

Wah, besar angan-angan Tini. Tapi xpe.. angan angan is good, cume kene tambah usaha kan? Err... I'm afraid to say, doctors in hospital, memang x pakai white coat (Uwaaa!~). Sepanjang attachment kat hospital, yang pakai white coat adalah..... MEDICAL STUDENT. Haha. Aduhai. Tu pun, in some parts of the hospital je boleh. I can't remember why, nanti I'll look it up. Also, lab people pakai white coat. Hehe. Nowadays, the trademark for doctors are, "Stethoscope", which I already have now!~ Woho!~ (Alhamdulillah). Well well, looking forward to see U 2 years in time here. ^_^. Kamik doakan kitak ya, kitak doakan kamik jua neh?

The lady ♥ said...

==> kak tini: oh,oh. mena juak. sa nak sneak out ke hospital ya indah. haha. sehari di GH bersama tini. mok join? ju kta 3 kak tini srg gik g sia.hoho.

==> kak wina: hehe. angan-angan bakal medical student le kan. hoho. akak pn sdeh ek sbb tak pakai kot putih? Kejamnye hospital sbb tak benarkan. Klu lupa stethoscope kan tak tau org kita nie dktor. Jelesnye akak dah punye satu. Amin. Insya Allah, mek akn doakn ktk juak.=)*hugs*

Anonymous said...

sweet post tok tny :)
mudahan kt sm2 dpt. insyaAllah Allah akn bantu, amin...