Monday, March 9, 2009

Hilangnya simptom SPM

.::ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa-Mu::.

Salam.

:minimo_35: Angin bertiup~Awan berarak~ Hoho. Lagu subjek Muzik masa darjah 3. Ya! Hari ini kami sekeluarga ke Kampung Terombol ( nama dia banyak pelik ya tapi unik ). Sudah 7 tahun tidak menjejakkan kaki ke sana lantaran beberapa sebab.

Sebab musabab tidak ke sana
1. Saya semakin dewasa. Perempuan lagi. Dengan kekurangan kemudahan asas seperti bilik air memang amat susah nak hidup. Baru sekarang dibina jadi saya rasa :minimo_43:
2. Rumahpun jenis yang terbuka jadi susahnya nak santai-santai atau nak 'buat macam rumah sendiri'.
3. Jalan perhubungan yang sedikit rumit kerana perlu menaiki kereta selama 1 jam dan selepas itu menaiki bot selama 1 jam ataupun lebih. Kalau cuaca tidak mengizinkan tak sampai juga saya ke sana. Dan, yeay, tadi kami menggunakan jalan darat yang baru dibina. Kira-kira satu jam sahaja perjalanan!

Atukpun selalu ke Kuching melawat nenek dan dia akan balik ke sana kerana ada kebun yang dia sayangi ( tak dapat tinggalpun keladi, tembikai, lembu dan macam-macam lagi ) . Memang rajin. Bangga nih.:minimo_41: Dan alhamdulillah sudah ada jalan perhubungan yang baik jadi tidak menjadi masalah untuk kami selalu ke sana. Paling penting, tandas sudah ada. Tapi, kalau nak bermalam masih tidak dapat lagi kerana rumah tersebut terbuka sangat. Tenangnya jiwa ini masa main dekat pantai. Angin memang kuat sangat. Bunyi pelepah kelapa apabila ditiup angin, pemandangan Pulau Satang dan lautan luas yang terbentang mampu menghilangkan simptom SPM yang melanda sejak beberapa hari ini. Subhanallah. Cantik. Sampai saya sanggup berdiri macam tiang je dekat tengah pantai sebab nak nikmati semua ni.:minimo_38: Makan bersama-sama di atas tikar memang syok! Lebih meriahnya lagi apabila ada ahli keluarga lain yang datang menyusul. Insya Allah, lain kali akan ada ramai lagi yang lain akan ikut bersama dalam ziarah ke Kampung Terombol ni.

Salam.

2 comments:

anumz sarah said...

Kawaii des ne cerita kamu!! ^^ Tapi mmg pelik ya dgn nama kpg itu. Baru pertama kali mendgrnya. Di Sarawakkah?

The lady ♥ said...

iye. sarawak mmg bnyk nm tmpat yg pelik. beruit, lawas, satang, etc. hoho.